Sunday, April 5, 2009

Wonderpet

Telefon berbunyi...

telefon berbunyi...


Eh ada anak gajah dalam kesusahan... Kita mesti beri bantuan.




Wonderpet wonder pet wonder pet kami datang. Bantu kawan yang kesusahan. kami tak besar kami tak kuat... bila bekerjasama semua jadi mudah




apa yang penting, KERJA SAMA... apa yang pentingggg???, KERJAAAAAAAAA SAMAAAA






Hey, Ming ming dan tuck... Akak fiebie busy lah. Camana takde review konsert akademi fantasia minggu ni?



Ini serioussssss???

Kita mesti kasi kerjasama. Kita mesti bantu dia..



Baik mari kita semua menaiki wonderpet mobile sekarang....

Wonderpet wonder pet wonder pet kami datang. Bantu kawan yang kesusahan. kami tak besar kami tak kuat... bila bekerjasama semua jadi mudah




Mari kita semua bersiap sedia. Kita bantu akak fiebie memberi ulasan Akademi Fantasia 7, konsert ke empat.




Kita mula kan ulasan kita dengan pelajar yang pertama iaitu...

AISHAH – Mentari Di Ufuk Timur.

Eh Madonna pun masuk Akademi fantasia ke?

Ini bukan Madonna lah, ini nama dia Aishah.

Abis kenapa dia pakai baju macam Madonna masa tahun 1980 an dulu, dengan sarung tangan Madonna?

Ini namanya rock lah... Penyanyi rock semua pakai macam ni.

ohhhhhhh... Tapi kita suka lah akak ni menyanyi. Dia nampak serious sekali macam ada semut masuk dalam sarung tetek dia. Kenapa dia buat muka macam tu setiap kali dia nak nyanyi? Tapi kita tengok kakak ni nyanyikan dia beri penumpuan terhadap setiap bait perkataan dalam setiap ayat yang dia ungkapkan. Sebutan dia bulat-bulat dan jelas. Nampak dia begitu faham dengan lagu yang dinyanyikan. Tapi pergerakkan dia nampak cam pelik kadang-kadang.

Ekspresi muka dia serious, tapi kakak yang bertubuh kecil ini sentiasa mampu menzahirkan tugasan yang diberi dengan baik sekali. Kawalan vokal dia oke, walaupun tidak sehebat mana. Kakak ni masih play safe lah, dia belum mahu tunjukkan taring dia lagi. Maybe dia simpan untuk last minute kot macam Mila dulu.

Kita kasi kakak ni 2 setengah batang daun saderi yang lazat.

QHAUD – Di Taman Teman

Kenapa abang ni pakai baju kain lapik meja ek?

Kita tak suka lah abang ni. Kita rasa abang ni macam pondan lah gaya dia. Cara dia cakap pun cam lembik je dalam akademi tu kan. Tapi kali ini dia nyanyi oke lah takde lah mendatar. Takde lah hebat mana. Alah lagu pompuan kalau diturunkan Key, pastu suruh nyanyi key lelaki senang lah untuk penyanyi macam dia, sebab dia dah selalu train kat karaoke. Sebab dia nyanyi pun macam kat karaoke je.

Kita tak suka lah dia, muka dia tak komersil, dan dia ni macam nak ganti mawi je. Kita buang lah dia minggu depan boleh tak?

Kita kasi abang ni, rumput alfafa 2 ikat.

CLAUDIA – Suralaya Dalam D Major

Sedapnya suara kakak ini. Kakak ni mempunyai suara yang dianugerahkan tuhan sebagai sangat sedap sekali. Suara macam ni boleh nyanyi lagu apa je. Kasi je dan tidak akan bosan mendengarnya. Tapi suara akak ni susah nak lari dari dikaitkan dengan suara dayang Nurfaezah kan. Dah lah muka dia pun lebih kurang sama je.

Tapi dalam persembahan kali ini, kakak ni paling cemerlang dalam penghayatannya.

Kita suka, kita makan sama-sama daun saderi dengan dia. Kita bagi dia, 3 batang daun saderi, dua biji tomato, sebiji carrot dan dua biji apple.

yey!

ARIL – Lakaran Kehidupan
Ohh, dah abis ke. Sorry kita tertidor kebosanan.

Lupa lah nak kasi verdict, sebab kita dah ada Adam, dan cukup lah sorang dari kelaurga Pilus yang membosankan. Kita tak perlu sorang lagi.

Kita kasi abang ni, 1 batang saderi.

Next,

YAZID – Aku Cinta Padamu


Eh, kenapa penari-penari dia pakai baju snowhite tapi versi busuk paria makan tikus dalam dokumetari kat national geografic tu? Benci tul kita tengok. Pastu perlu ke topeng-topeng tu, apa kena mengena dengan lagu.


gambar di kebas dari blog sultan muzaffar tanpa izin.
(suka aku lah kan)


Tapi abang kita kali ini tak out of tune minggu ni, tapi tetap mendatar. Walaupun tidak memenangi piala sumbangsih kali ini, tapi jelas ini bukan pentas untuk Yazid. Dia masih bernasib baik sebab tone suara dia yang jantan tu dan rambut dia yang mengerbang itu telah menutup mata ramai orang untuk tidak afundi kelaur dia.

Tapi oke lah, dan kira suprise jugak lah Yazid boleh nyanyi lagu Datuk Siti dengan cara dia yang tersendiri.

Kita kasi dia 2 batang saderi yang layu.


AKIM – Destinasi Cinta

Kenapa kita tengok muka dia kan, lama-lama rasa muka dia macam pelakon drama yang selalu belakon kat cerekarama tu. Alah yang pernah berlakon dengan Raja Azura berebutkan laki, pastu dia jadi gila sebab dia kurang ajar ngan mak dia, pastu dia baling nasik goreng kat mak dia tu. Tak ingat lak nama.

Suara abang ni biasa je, tapi show dia macam best lak tengok. Dia ada stage presence. Walaupun kongkang dia masih nampak lagi, tapi dia jenis selamba badak dan dia tak terlalu berkira dalam pergerakkan dia macam pelajar-pelajar lain. Jadi dia nampak natural walaupun pelik. Persembahan dia nampak Ikhlas dan nampak dia begitu enjoy dengan lagu yang dia nyanyikan.

Tapi boleh tak sapa-sapa suruh dia pasang balik misai dia, sebab nampak pelik lah tengok mulut dia boleh jadi tempat letak hanger baju tu. Rasanya dia nampak lagi cute dengan misai tu.

Kita kasi abang ni 4 batang saderi dan satu biji tomato.

Isma- Kerja Gila

Sian akak ni dapat skirt Tarzan. Adakah konsert minggu ni konsert ala-ala memperingati Disneyland. Kenapa lah kasi dia skirt kain lebih buat baju penari tadi.

Akak ni kan, dia ada very good control of voice. Dan sebab dia pakai baju tarzan, dia nyanyi pun ada gaya-gaya tarzan jugak. Mula-mula macam tak dengar pun lagu rock, macam lagu pop, tapi gaya terlebih rock. Tapi bila dia dah datang gila dia, dah naik sheikh, amik ko, terus keluar aura mama rock dia.

Kita suka sekali kali ini sebab first time nampak dia lari dari suara Datuk Siti, walaupun make up dia nampak muka dia sikit-sikit macam siti. By the way, minggu ni, walaupun baju tetap hazab, tapi make up meletop sekali.

Kiranya, minggu ni semua pelajar adalah lebih baik dari minggu sebelumnya. Mungkin dorang bubuh ubat dalam makanan dorang minggu ni.

Kalau isma buat album dengan style macam ni, kita akan beli album dia. Memang sedap, dan tak sangka walaupun anak ramai, tapi ibu muda ini masih mampu menghasilkan sesuatu yang rowkkk... pancit-pancit sikit-sikit tu boleh dimaafkan le.


Rubisa - Tiada lagi

Hari ni Rubisa dapat lagu paling sedap sekali dan paling orang ramai boleh relate. Sian dia kena buang, sepatutnya dia amik peluang ini untuk memenangi hati pengundi. Tapi Rubisa gagal untuk deliver di hujung2 persembahan.

Dia buat opening dengan notes yang hebat, and that is it. Lepas first note itu, persembahan dia seterusnya semua semakin down dan down dan down, sedown low notes dia yang sangat lemah dan tidak kedengaran.

Low notes rubisa tidak kuat, dan bila dia pergi high notes pulak dia meneran dan hampir menjerit. Basically range suara Rubisa sangat limited, walaupun hakikatnya suara dia sangat merdu.

Suara-suara macam ni mahal bukan untuk menjadi penyanyi, tapi untuk menjadi suara-suara penyanyi iklan, suara yang buat pengumuman di supermarket, di KLIA dan dalam telefon yang sebut, "no yang anda dail tiada dalam perkhidmatan"

Tapi dia tidak patut keluar awal, sebab ada yang lebih teruk dari dia. Orang macam Rubisa patut stay lebih lama supaya dia boleh belajar teknik2 menyanyi yang lebih betul.

Tapi nampaknya pengundi sekarang sudah pun memula perang undian dan tiada belas kasihan. Mereka mula menyelamatkan pelajar kesayangan mereka dan menyebabkan talented people terkeluar satu-satu selepas ini.


Hafiz - Cinta Ini

hafiz tak nak menang, hafiz tak nak jadi superstar, hafiz tidak mau jadi mawi.Hafiz hanya mahu jadi penyanyi, dan hafiz sentiasa nyanyi dengan baik sekali.Kita je yang perlu jalankan tugas tu. Kita yang akan jadikan dia pemenang, kita angkat dia jadi superstar, kita perlu angkat dia lebih tinggi dari Mawi sebab dah sah sah langit dengan bumi.

Bersahaja, macam professional. Kalau di Indonesia mereka boleh berbangga dengan penyanyi-penyanyi macam afghan, glenn, the lima dan sebagainya, kita patut bangga dengan hafiz kerana dia adalah better than all the 3 names combine.

Tujuh akademi fantasia telah berlalu, I would say this is the best.

Amboi over lah kita memuji ni ya.

Amy kata tak nampak pergerakan yang wow, agaknya amy suruh hafiz buat sarkas kot naik basikal satu tayar atau buat show dengan monyet.

Adlin suruh, work out with his physical, well hello, tell that to bob tatapuli, broery marantika, p. ramlee atau Elton john. Please lah, zaman-zaman penyanyi kurus tu dah berlalu dah.


5 batang saderi yang segar-segar, dan 3 biji durian untuk hafiz


Sidi - Ku milik mu

Emm, i think we have enough good RNB singers lah kat Malaysia ini, and he is not one of them.

Bila dia adlib hazab sungguh, macam bunyi jam loceng digital tu, tu du du du, tu du du du, tu du du du.

tak perlu!!!!!!!!!!!!

Buang dia minggu depan please, kalau tak nak tengok pelajar kegemaran korang terkeluar.


Zizi- Aku dah bosan

I don’t think she should go, sebab persembahan dia tidak lah begitu membosankan, especially untuk lagu-lagu yang lirik dia terhad kepada 4-5 baris ayat sahaja. Infact persembahan dia antara yang terbaik selepas Claudia dan Hafiz.

Zizi kira pandai jugak memberi persambahan yang menarik tapi nak buat camana, the tribe has spoken.

Lepas ni jenuh lah Isma nak lawan undian dengan Hafiz sebab semua undian dari sabah dan sarawak semuanya akan ditumpukan pada Hafiz.


Or...

emmm,


adakah tidak pelik dua orang sabah terkeluar dah tinggal hanya dua orang dah sarawak sahaja???


Emmm, adakah???


emmmmmm...



Oke lah, itu sahaja lah ulasan untuk kali ini. Persembahan pelajar kali ini, oke je, tapi Isma betul betul sebiji bunyi macam Datuk Siti.

Fikir-fikirkan, do we need a copycat.


oke lah, kita dah abis tolong Akak fiebie buat ulasan, dan ingat...


APA YANG PENTING???????????


KERJA SAMA...

Gih dulu deh, jumpa lagi


Fiebie's Note: Ada baiknya juga Rubisa keluar, kalau tak tiap-tiap minggu kena dengar AC. Mizal sebut RRRRRRUUUUBISSSAAAAAA, dengan gaya jepun cum putera jawa dia bawak kat dalam teater tu, bisa sangat telinga aku dengar.

i really-really hate him. i do.

p/s: AF bukan pertandingan nyanyian!!! wowwwwwwwww, betul-betul transformasi kali ini. Sapa suruh amik pengetua yang bukan penyanyi. I wonder kalau Tiara actually ke menonton akademi fantasia sebelum ni? Cuba suruh dia sebut satu-satu pemenang Akademi Fantasia. Sapa lah punya orang bodoh lah yang cadangkan dia jadi Pengetua.

Haram jadah sekali transformasi AF kali ini.

7 comments:

Fiebie said...

takde de le sapa nak komen nya ya.

Kurt Kuden said...

ok aa.. akim still mcm best lagi la kak..

linn said...

pasal AC laa haku tertido masa tgk AF last week. bisa sungguh!!! sib baik ada wonderpets bg ulasan.

waiem said...

transformasi kita tahun ni...tengok final je (sbb AC masih hos konsert)..dah serik tgk dia tahun lepas...

konsert mingguan kita baca ulasan wonderpets je...lagik gempak...hehehe

diari pon tak tengok sbb jalan cite dia sama je every year...

Akim AF7 Fan said...

TERIMAKASIH BAGI ULASAN CIK.FIEBIE ;-)

AFUNDI AKIM

Kunangsepi said...

akim mmg best
ac ttp di takuk lama
bosan nak mampos terjerit2
tak pandai main emosi mcm paknil
thanx kak fib with wonderpet yg comel itu

captainlukman said...

Sebab akak punya komen, akan saya cari dalam you tube AF kali ni...nak tgk best ke tak????