Friday, April 3, 2009

Nasi Itik

Korang pernah makan nasi itik tak? Bukan nasik kasi itik makan tu lah. Dia macam nasi ayam, tapi dia tak pakai ayam. Dia pakai Itik. Kalau dia pakai ayam, tak le dia panggil nasi itik ya dak? 

Tapi nasib baik nasik briyani takde besi berani atau nasik hujan panas ada air hujan kan. 

Hari tu aku gih Pavilion untuk kali kedua. Malu lah sebenarnya nak cakap tapi akak walaupun duduk dekat je dengan pavilion tu, kalau drive 1/2 jam, kalau jalan kaki 2 hari, tapi akak baru dua kali je pergi Pavilion tu. Kawan akak yang duduk kat Afganistan tu pun dah 15 kali gih dah kot. Bukan apa deknon, akak kalau shopping ni akak suka dekat-dekat je, macam kat Tesco ke Giant ke camtu lah. Walaupun tahap tesco dan giant tu kalau nak dibandingkan dengan Pavilion itu macam langit dengan bumi, tapi akak suka je sebab kat situ semua boleh beli (walaupun hakikat sebenarnya tak pergi sebab tak mampu) 

Ya lah nok, ko tengok le kedai-kedai kat sana. Semua mahal-mahal belaka, pastu kalau kedai baju atau kedai kasut semua bubuh kasut kulit babi kat depan. Hanjeng sangat ala-ala tak kasi orang melayu masuk sangatkan. 

Anyway, dua kali akak gih sana dah. Sekali dulu akak teringin nak makan donut J.Co tu dia kata kat sana beratur tak panjang. Ya lah, 2 jam aku beratur beli donut masa tu. Bila makan tak sedap mana pun. Propah je lebih. Sedap lagi kueh donat kat kantin sekolah akak dulu, kalau cicah susu cap junjung. 

Anyway, hari tu akak gih sekali lagi dengan Hatta Dolmat, designer penuh kontroversi tu yang kini dah insap tak mau kontroversi lagi. Ya kah??

Sebab lepas kita orang jumpa Anggun dengan Manager dia kat hotel istana nak tunjukkan hasil kerja Hatta, kita orang pun rasa lapar dan pergi le jenjalan kat pavilion. Walaupun awal-awal dah tau dia tak hingin pun nak pakai baju local design, sebab koleksyen dia semua jenama apa pulakkan. Tapi dah orang jemput, kita gih le jugak tunjukkan design satu dua. Masa tu akak ala-ala merangkap entourage Hatta lah. Kononnya nak jadi jurucakap, sampai depan anggun je akak tak boleh terkata-kata. Akak terus jadi bisu. Cipap sangat tau. Hatta pun cuak je, nasib baik pompuan tu tau cakap Melayu. Kalau tak haru. Bila kita duduk depan dia, terus jadi takut gitu. Akak rasa akak kecilllllllllll je masa tu. Mrasa le jadi slim. Tapi takde le bisu terus ya kot. Adalah cakap dua tiga ayat, sampai dia pun berminat nak tengok lelebih dan suruh hantar few design ke bilik dia. 

Berani mati ko gih bilik Anggun? 

Anway, ni nak cerita pasal nasik itik ke apa ni. 

Hik, sebenarnya nasik itik tu cerita selingan je. Yang akak nak cerita sebenarnya kes jumpa Anggun tu. Tapi sebab akak tak mau le nampak riak sangatkan, jadi akak cerita lah pasal nasik itik. 

So akak dengan Hatta pun gih le jalan-jalan sambil pose orang kaya kat Pavilion tu, walaupun sebenarnya nan ado. Takut akak tengok harga barang kat sana. Contohnya macam ada satu beg coach ni akak tengok berkenan gila, harga dia RM4000. Beg yang sama akak boleh dapat kat Uptown damansara tu harga RM40 je. 

Bukannya orang tau kan?

Seronok jugak gih Food Republic ni. Nama pun kelas. Ala-ala kalau MP MP dari PKR ke DAP ke mana-mana yang teringin nak jadikan negara ni sebuah republic, tidak berjaya, bolehlah mereka melawat ke Pavilion dan makan nasik itik di Food Republic tu. Tak pun mereka boleh ramai-ramai pindah ke Republic Singapura. 

Anyway, macam-macam le ada. Makanan dari Malaysia, makanan siam, makanan cina, makanan amerika, afrika, eskimo, makanan afghanistan semua adalah. Cakap je nak apa semua ada. 

Makanan pelik-pelik macam cheesecake in a cup, pizza bentuk kon aiskrim, roti bentuk tetek, roti bentuk konek semua adalah. Jauhari mata memandang, hanya tepuk dada tanya selera. Kalau selera kata oke, order dan bayar di kaunter. 

Kalau tak mampu, jalan keluar sikit gih depan BB pergi kedai Kak Ara. Tak pun jadi je macam adik-adik when i grow up, tak mampu tapi ada hati nak gih Pavilion bawak bekal dari rumah. Pastu pose-pose macam orang kaya kat depan, tak sedar mak ayah bersengkang mata nak carik duit korang gih sekolah. Bila sekolah bodoh, kata tak reti jawab soalan math dan sains dalam bahasa inggeris. Sebenarnya ko tu yang malas nak gih sekolah, nak pose-pose kat Pavilion sajork.

Eh marah pulak.

Mana akak tak marah deknon. Ko tengok le orang yang dok membeli belah kat Pavilion tu kat Times Square tu semua nya bukan orang kita, sebab tu le hampir kesemua kedai-kedai yang jual kasut tu kat depan-depan dah bubuh kasut kulit babi. Apa maksudnya tu?

Orang kita pulak duduk lepak kat luar tengok orang. Kalau ko nak tengok orang, baik ko gih masjid, macam-macam orang ada kat sana. Tak pun ko gih melawat Parlimen Malaysia, lagi macam-macam jenis orang ko akan jumpa. 

So leka mata memilih tak tau nak amik apa, akak pun nampak le itik gantung ni. Dari kecik lagi kalau akak dok jalan-jalan kat bangsar ke kat bukit bintang ke, petaling street ke akak terliur tul nak merasa itik gantung tu tau. Tapi cukup le akak dok makan satu je menda haram yang boleh kembang kuncup tu. Tak nak le akak dok tambah koleksi makan menda haram lain ya. 

Jadi bila akak dok tengok itik tu, akak terus mengimbau kenangan silam masa bapak akak silambam kalaripayat akak bila akak nangis-nangis suruh dia beli nasik itik kat klang tu. Meraung-raung ni nak makan itik gantung kat restauren sebelah kedai mamak gunting rambut kat klang dulu.

Tapi lepas akak kena belasah dengan bapak akak, akak terus menjadi anak yang soleh dan tak berani dah mintak nak makan itik gantung tu. Tapi deep down inside, akak berazam satu hari nanti aku mesti makan itik gantung tu. Aku tak kira. Nasib baik akak tak mengidam nak makan menda lain kan. Haru jadinya. 

Bila akak tengok ada tanda halal tu akak menjadi girang sekali dan akak gih order nasik itik yang paling mahal sekali noks. Ko tak tengok camana gembiranya muka akak, dan muka taukeh tu sebab dia pun menjadi gembira melihat akak gembira. Hatta pulak buat muka macam siyal je tengok akak excited nak makan itik gantung. 

Dah dia tulis Halal, kalau dosa dia lah ek. Mati lah mak. 

Bila dia kasi itik tu, aku tengok minyak-minyak dengan kaler-kaler kilat-kilat hitam tu buat akak terliur sungguh. 

Meh tengok gambar meh.... 

Ni namanya sup dumpling dengan wantan. Ah tamak sangatkan, tak cukup itik segala apa kat kedai tu semua aku order nih. Nampak macam sedap sekali.



Tu dia peha itik di tabur dengan sos plum, dan dimakan dengan sos cili halia dan kicap masin. Nampak sedap sekali kan. 


Close up katanya... tak terliur ko tengok. 

Bila akak ngap je, terus first bite akak rasa nak keluar balik deknon. Rasa dia pelik sungguh, memang tak kena langsung dengan tekak akak. Loya tekak akak dibuatnya. Tapi sebab mahal akak cuba le jugak membedal nasik tu tapi tetap cannot go. 

Apa-apa punkan, akak rasa puas sekali dan , the moral of the story is, all that glitters aint gold. 

tibaaaaaaa tibaaaaaaa....

5 comments:

beautiful life said...

fiebss..

nasi itik tu...kalu u nak rasa sedap..u cari itik yg di goreng. tak payah ada plum sos ke apa. Selalunya, dia buat mcm nasik ayam. sup kosong..pastu sos nye chilli & ginger.. i will let u know once i dah recall kat mana i makan nasik itik yg halal ni.

lagi satu nasi itik yg sedap, ada kat Bali. sgt popular! Itik Betutu nama nye. mmg sedap! and its halal!

- h A r h A r h A r - said...

kak..cipap tu ape?
sedap ke?

HarLisz said...

sebab tgk entry nasi itik trs ai nk jd follower akak...bole gitu? nasi itik ni mmg tak sdp ea? alamak teringin sehh...nk mkn nasi itik nie..tp klu tak sedap..huhuhu...

ida nabilah said...

kt sg wang pn ada nasi itik tp sedap sbb sambal dia special..

ida nabilah said...

klaka la cite akk ni..tp sy prnh mkn nasi itik kt sg wang plaza best kt ctu sambal dia special tp dh lupa apa nama tmpt tu sbb dh lama sgt..