Thursday, January 14, 2010

Cuti-cuti di Bali

6 bulan yang lepas, akak mendapat perkhabaran dari kawan akak yang dia sudah pun membeli secara online tiket ke Bali dengan harga yang cukup menakjubkan.

Cuma RM 150 pergi balik termasuk tax, dengan apa lagi kalau bukan Air Asia, now everyone can fly and delay tu lah.

So akak pun agak tertarik akak pun terasa nak pergi gak. So akak pun calling le kawan-kawan akak untuk memberitahu berita gumbira itu. Rupanya dorang dah tau dulu dan dah book pun tiket.

Merasa tidak mau ketinggalan akak pun order jugak le tiket, tapi tak dapat le RM150, tapi dapat dalam 250 gitu.

Gila kan, mana nak carik tiket gi Bali dengan harga camtu, akak pun cepat-cepat le beli dan gih happy-happy bagitau lau kong akak nak gih bali. Rupanya dia pun sentap nak ikut. Dan mula membuat tuduhan-tuduhan palsu yang akak nak ke bali tak ajak dia sebab nak mengatal dan mengedik dengan jantan-jantan kekar di Bali. Ntah macamana dia tau pun akak tak tau. Suka kacau daun tau.

Tapi sebenarnya akak nak gih sana memang akak teringin sangat nak pergi tengok permandangan-permandangan indah kat sana, dan melihat kuil-kuil dan candi-candi hindu yang cantik dan tidak berbau minyak lenga macam Batu Caves tu.

Motif, nak gih masjid pun sikit punya liat, nak gih tengok kuil sanggup naik kapal terbang ni.

Walaupun sebenarnya dan hakikat, akak tak sanggup tengok brochure-brochure di internet selalu dok tunjuk jantan-jantan kekar yang melekit-lekit di tepi pantai tu.

Akak tak sanggup tak tengok.

Tapi itu sebagai bonus, dan bukan sebab utama akak nak ke sana.


Percaya lah.. Aku wanita biasa (mode Kris Dayanti)


Anyway, selepas di bebel 7 hari 7 malam, dan selepas abis alasan terpaksa le akak bawak jugak laki akak dan melupakan aksi-aksi cuci mata ala-ala menyembah berhala kat sana dengan kawan-kawan kat sana.

Sentap.


So akak pun, mula lah process mencari hotel dan akak call le kawan akak tu tanya dia duduk kat mana. Dia pun dengan confidentnya cakap, "tak payah carik hotel nok, kita walk in je"

tu dia, ko ingat nak pergi kuala selangor, feeling2 walk in, pastu kalau takde bilik boleh balik rumah.

So akak call yang lain cakap kawan akak tak tempah bilik, yang lain pun tak tau kejadian ni semua jadi kelam kabut le mencari bilik.

Untuk pengetahuan semua tarikh pergi itu adalah pada tahun baru ya. Dan pada tahun baru tu kita boleh imagine segala tok nenek pakcik makcik dari seluruh dunia akan ke Bali.

7 hari 7 malam akak search internet nak carik bilik dan akhirnya dapat le satu bilik di Kuta yang tak le hansap sangat, tapi boleh lah, 3 star dengan harga 5 star.

Merasa le aku swipe-swipe bayar hotel pakai american dollar gitu kan. 5 tahun le agaknya nak bayar balik kredit card tu nanti.

Kawan akak yang lain dapat bilik tempat lain kat Denpasar.

Dah kita semua berpisah.


Nak di jadikan cerita, akak dok plan bila pergi beramai-ramai ni dengan budget shoe string, al maklumlah kerajaan kasi bonus RM500 yang cukup-cukup untuk beli stock ubat gigi setahun tu je, bila pergi reramai dapat le kita jimat sana sini dari segi pengangkutan.

So kawan akak pun cakap dia dah dapat van untuk sumbat 9 orang, termasuk driver dan minyak dengan harga yang oke.

Akak pun happy-happy dan gumbira

Tup-tup, dua hari sebelum fly dorang cakap, since akak dok tempat lain, dorang dok tempat lain, jadi dorang amik van kecik je muat untuk 6 orang dan akak dengan laki akak kena carik van lain.

Alasannya sebab dorang ingat akak nak pergi honeymoon.

Honeymoon kejadahnya kalau setahun 10 kali honeymoon.

Haruslah akak sentap kan, sebab bukan salah aku kita orang semua duduk berasingan camtu, tup-tup akak pulak kena tanggung beban.

Tapi bila akak buat kajian lebih lanjut lagi, alasan honeymoon tu adalah alasan untuk menyedapkan hati akak je.

Sebenarya alasan lain sebab akak bagi cadangan kita amik Van untuk 2 hari, dan sehari lagi kita abiskan masa di Kuta. Jadi boleh lah kita berjimat cermat. Tapi dorang nak amik van 3 hari senang nak bergerak dan tidak setuju dengan cadangan akak nak amik 2 hari je.

Jadi sebab akak tak nak amik 3 hari dorang buang akak tanpa bagitau pasal ni, sehingga lah akak sendiri yang tanya. Kalau aku tak tanya, jadi orang bodoh je aku sana,

Nasib baik aku tak tanya kat Bali, harus le akak meraung jadi Hanuman kat sana. Tapi since akak tak mau gaduh, akak diam kan je.
(tak gaduh katanya, tapi tulis blog. Camana? Mampuslah ada aku kisah)

Tapi akak sedikit terkilan lah sebab beza sehari tu pun nak di bisingkan, sebab kalau di bahagi-bahagikan dalam 50-60 sehari tu, yang akak tak join transport tu, adalah dalam 10 ringgit sorang kalau di bahagikan 6.

Akak dok termenung lama sangat, adakah nilai persahabatan akak selama ini nilai dia tidak lebih dari RM10 je.

Emm too much info.


Kadang-kadang menda macam ni buat akak terfikir lama. Macamana sesetengah manusia boleh jadi sampai tak berhati perut dan buat keputusan sewenang-wenangnya tanpa memikirkan kesannya pada hati dan perasaan kawan-kawan.

Nasib baik le akak ada kengkawan lain yang boleh diharapkan, jadi akak tak le tertekan sangat. Maklumlah akak pergi dengan budget yang sungguh tight, pastu elok budget untuk sorang, terpaksa budget dua orang lak (maklumlah, laki akak kerja menoreh getah je - mati lah spedo, ada aku kesah) dan duit pun takde sebab akak dah kasi emak akak duit sebab dia terpaksa gi Brunei gi tengok adik akak beranak. Tiket kapal terbang je dah 2000, emak mak kekwat, tak nak naik air asia, takde makanan katanya. Dia tak tau, nasik lemak dalam air asia tu sikit pun sedap, dan selamat duit aku sikit.
Tapi kan, kalau simpan duit bebanyak pun, bukan kita nak simpan bawak mati pun ya.

Adik akak pun satu, tak boleh ke dia tunggu tahun depan baru beranak, time aku nak pakai duit tu lah dia sibuk-sibuk nak beranak.

Jadi terus terang akak nak ceritakan ni macamana akak dan laki akak membuat magic dan mampu survive dengan hanya membawa kurang dari seribu ringgit ke bali untuk 4 hari 3 malam di Bali dan tidak kebulur (walaupun sebenarnya, sakit jiwa kat sana)

Nantikan cerita....


KAEDAH-KAEDAH PERCUTIAN MISKIN DI BALI PADA TAHUN BARU 2010 YANG SUNGGUH MENGASYIKKAN.

Wednesday, January 13, 2010

mode malas

yuhuuu, akak tengah mode malas. tak tau nak tulis apa, dan sedang kepenatan nak siapkan banyak kerja sebab kelas menoreh getah, dan membuat getah beku sudah bermula. Pastu kena supervise research pasal kaedah-kaedah mengvulkan getah lagi, menyebabkan akak menjadi malas.

tapi sebelum tu akak nak kekwat sikit nak bagitau aku pergi


sini


dan sini






Dalam masa tak sampai 2 minggu.


ntah feeling-feeling kaya camana tah, dan sekarang aku dah brokeback mountain mood akak semua dah takde.


tunggu lah sampai aku ada mood nak menulis.


sehingga itu,


chow cin cauuuuuuuuuuuuuuuuu