Friday, April 29, 2011

Murah je...

Few days ago, akak gih bengkel nak buat balancing and alignment tayar. Tayar akak tu dah sedih nau kalau bawak laju sikit sampai dia punya steering pun bergetar. Kalau lagi laju dengan badan badan kita bergetar bagaikan naik kerusi urut Osim harga 20 ribu tu.

Jadi sebelum akak bawak kereta tu tiba-tiba tayar dia tercabut dan kereta akak jadi macam motorbot, akak pun pergi lah kedai nak tengok-tengok rim tu.

Pastu cina yang layan akak ni kendo ya amat. Akak tanya le dia apa masalah kereta akak. Pastu dia cakap dia akan check. Pastu dia bawak lah kereta tu round round area tu.

Pastu dia cakap, maybe rim akak dah bengkok. Bila dengar rim bengkok makanya berdebar lah jantung akak sebab menda tu mahal.

Tapi dia cakap boleh repair, tapi amik masa sikit. So akak pun tanya repair berapa? dia cakap dalam RM60 satu tayar.

RM60 oke lah kan. Takde lah akak pening kepala. So akak pun cakap oke lah. Repair lah.

So dia bukak tayar tu. Bila dia bukak dia buat muka macam pant*t (cuba teka * tu apa?)

Dia cakap, oh ini tak leh repair, ini kena ganti, sebab dah bengkok terus, sambil dia tunjuk lah akak rim bengkok tu. Akak tengok cam tak lah teruk sangat, walaupun tayar yang sepatutnya berbentuk bulat itu telah menjadi octagon. Oke pe, lawa kan tayar bentuk camtu.

Akak cakap tak payah lah, i takde budget bulan ni.

Pastu tiba tiba dia cakap, rim tak mahal. kalau tak leh amik second hand rim je. Dalam Rm400 lebih dan boleh tolak rim lama dapat disksun 200.

Kalau repair sebiji dah 60 hengget. kalau 4 biji dan 240 katanya. Rim second hand baru 400 lebih. Kalau tolak rim akak 4 biji, so kos semua tak sampai RM280 katanya.

So akak pun rasa cam murah jugak ya. So akak pun pilih lah rim yang ada kat kedai tu. Cantik-cantik gak, akak pun feeling sport woman amik lah yang sportif sikit ni.

Sebab akak ingat, akak hanya tambah 40 ringgit je bila akak tukar rim second hand harga RM280 dari nak repair rm240.

Akak pun suka lah sebab dah berjaya menjimatkan wang katanya.

Pastu cina muka kendo yang berubah menjadi muka pant*t tadi berubah lah muka dia macam puk* haram.

Pastu dia cakap, oh ini tayar sudah makan tepi. Tayar tak boleh pakai. Kena tukar ni.

Akak cakap tak payah lah. I takde budget. Tapi dia buat muka concern dan cakap, kalau akak pakai terus nanti bahaya, sebab tak guna tukar rim tak tukar tayar.

So akak pun cam cair, akak cakap oke lah tukar lah tayar tu. Sebab tayar depan tu akak baru tukar few months ago, akak suruh dia tukar dua biji je. Yang dua biji depan tu hantar ke belakang.

So tambah lagi 400 untuk tayar dua biji. Actually tayar sebiji harga berapa ringgit? akak pun bukan tau sangat, akak ya kan je lah. Masa nenek akak jual getah dulu, akak tengok getah sekerap seguni baru dalam 20 hengget je. Awat tayar ni dua biji sampai RM400 kan.

Tapi sebab muka cina tu kendo, akak malas nak gaduh suruh dia tukar je.

So dia pun keluarkan tayar lama akak masuk dalam rim baru, dan tayar baru masuk dalam rim baru.

Pastu muka cina yang macam pant*t dan puk* haram tu tiba-tiba menjadi macam cip*p basi.

Akak dah risau dah.

Pastu dia cakap, rim tu tak leh pakai nut yang biasa. Kena tukar nut yang luar biasa, sebab berseuaian dengan akak gadis genit yang modern, sophisticated dan bergaya lagi murni ini. Bila akak tanya nut tu berapa. Dia cakap harga nut je rm85 hengget.


Tak gila kau, skru nut bodoh tu je dah harga RM85 hengget.

Kalau bagitau awal, sempat lah akak curi kat kereta-kereta kat kebun getah ni kan. Satu kereta akak amik dua biji je. Bukan orang perasan kan.

So akak hangin akak pun mengamuk lah. Akak cakap tak jadi lah tukar. Pasang balik i punya rim tadi. You cakap satu satu macam ni, i pening lah. You buat macam ni tak baik lah tipu orang.

Sebenarnya bukan pening, tapi sebab takde duit.

Pastu dia pegang bahu akak dan senyum yang terus mencair kan hati akak dan cakap, ini bagus punya skru. You jangan risau, skru ini tak karat punya. I kasi sekali dia punya nut head semua. Ah nampak kan rim ni cantik kat you punya kereta. Baru lah cantik kan. bla bla bla bla dia bebel.

You had me at hello


Sebab dia comel akak pun oke je lah. Tak kisah lah.


Pastu bila dah siap pasang semua akak ingat akak boleh berambus.

Pastu dia cakap dia nak check kan bunyi gegar dan buat allignment dan balancing dan bagai. Pastu dia cakap, chamber nut belakang akak kena tukar. Sebab yang depan akak dah tukar masa dulu dulu beli kereta. Dah dua biji chamber nut tu harga 100 lebih.


Apa ni, akak apa lagi akak terus menjadi tarzan lah kat kedai tu. Menjerit jerit meraung raung macam orang gila aku dibuatnya.


Aku ni datang nak buat allignment dan balancing je, end up kena tukar rim, tayar, but, chamber nut bagai.

Elok elok aku budget 60 hengget, end up aku kena bayar 900 lebih.


uwaaaaaaaaaaa....


Bila time bayar tu akak tengok dia sengih je. Akak pulak yang muka macam pant*t, puk* haram cip*p kering sebab baru je kena tipu dengan cina kendo repair tayar.


moral of the story: Sila tanya bebetul dulu sebelum buat apa apa kat kedai repair kereta yang sial. Sumpah aku tak pergi lagi kedai kau. Ntah ntah, kereta aku ko suruh tukar nanti.

Hanjeng


contoh muka pant*t




Thursday, April 28, 2011

Court Mammoth

Tadi masa akak balik rumah lunch, ada makcik jiran yang selalu lepak mengumpat dengan my mom ada. Dorang tengah busy tengok sinetron indon. Masa akak tengah makan tu ada iklan keluar. So dorang pun sambung borak-borak.

Makcik Sebelah : Ko kerja kat Kebun Getah lagi ke, fiebs?
Akak: Ah ah, nak kerja mana lagi.
Makcik Sebelah : Salina kerja kat Kot Mahmod sekarang ni. 11 tahun kerja klinik gaji camtu je.

(Salina is my kawan masa sekolah rendah dulu)

Emak akak : Salina kerja cot mamot, senang lah beli perabut
Makcik Sebelah : Ah ah senang nak beli perabut. Macam macam dia jual bukan perabut je.
Emak akak : memang besar kedai tu.

Makcik sebelah : Kedai tu nama je Kot Mamod, tapi bukan kedai melayu tu. Cina punya. Nama je Mahmood.
Emak akak : Memang lah, court mamoth tu nama gajah dulu dulu.


Makcik sebelah: Eh makcik ni, ada ke court mammoth tu Gajah.
Makcik sebelah: Gajah tu elephant lah.


Akak dan Emak akak ..... *pengsan

Wednesday, April 13, 2011

Rahsia

Akak ada rahsia. I want to tell you about it. Tapi akak dah cerita kat budak dua orang ini. They will tell you what it is

hello

hello,

anybody home?


hik