Tuesday, August 23, 2011

erkkk

23 hari berpuasa, dan sehingga kini tiada apa yang menarik perhatian aku untuk di catitkan dalam naskah elektronik yang hampir hilang makna ini.

well, sekurang-kurangnya 23 hari aku tak perlu menulis apa apa yang menyakitkan hati orang lain. Boleh dikira sebagai satu kemenangan juga itu.

Tapi kalau nak cerita jugak, ini ada beberapa perkara yang perlu aku ceritakan.

1. Pasar Ramadhan yang harga camharam.

Pasar ramadhan sekarang ni macam punya mencari kekayaan segera peniaga-peniaga bermusim ni. Kalau dulu niaga semata-mata untuk mencari wang saku lebih sikit untuk berhari raya. Tapi kali ini meniaga sebab nak beli rumah banglow.

- Ayam golek tahun lepas RM12, tahun ini RM18 ada sampai RM 22.

- Munculnya murtabak berinovasi baru, walaupun hakikatnya sama dan di beri nama yang lebih international seperti Murtabak Singapura yang harga boleh mencapai RM10-12.

- Kueh popiah goreng dan popiah basah, kini telah mencapai harga baru iaitu RM1.00 sebiji. Popiah yang dibungkus dengan tepung dan diisi dengan taugeh semata-mata yang dulu berharga 25 sen, yang naik ke 30 ke, ke 50 sen, 70 sen (thanks to Popiah Syed Ali) kini telah mencapai harga baru iaitu RM1. Satu pencapaian yang cukup hebat untuk kueh cina yang popular di malaysia ini. Tak lama lagi boleh bersaing dengan harga Crispy Popiah pulak.

- Tepung gandum sekarang berharga RM2.70

- Minyak petrol bakal naik ke RM3 lebih selepas pilihanraya nanti. (ni aku speku je, memandangkan spekulasi di bawah pula)

- Gaji kakitangan awam akan naik sehingga 20% (speku juga ini)

- Kebanyakkan negeri-negeri akan kembali ke Barisan Nasional pilihanraya akan datang, kerana state government dari parti satu lagi ni tidak inovatif, tidak kreatif, dan tidak mendatangkan apa apa pembaharuan langsung. Sebaliknya melangsungkan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan lama. Dan semua tuntutan mereka tidak dibuat dengan serious dan nampaknya tidak ada apa pun yang di capai, selain dari hampir menyebabkan negara huru hara dengan sokongan terhadap kafir laknatullah (atau mungkin sebab kenaikan gaji dan bonus pilihanraya semata-mata

- Oh, ini apa yang aku nampak dengan mata kepala sendiri. Seorang wakil rakyat atau ahli Dun, sebuah parti bukan kerajaan persekutuan, tetapi parti sebuah kerajaan negeri telah mengajak orang tua tua untuk satu majlis amal. sungguh murni.

Berbas bas orang tua datang, parking di tempat letak kereta dan berjalan perlahan-lahan ke dewan yang lebih kurang 200 meter menaiki bukit. Di akhir majlis, orang tua orang tua ini diberi Sebungkus Beras (10 kilo) dah sepeket barang yang mengandungi gula, kueh raya, kordial yang beratnya ahli bina badan sahaja yang mampu angkat sejauh 50 meter.

Sian makcik makcik tu di paksa mengangkut beras beras. Dan bila dia minta bantuan manusia manusia berkopiah putih dengan seluar besar dan jaket pelik seperti baju orang pakistan/taliban dengan dua tanda lekuk di dada, jawap mereka "oh ini kena bayar upah angkat"


Komen aku pada wakil rakyat itu... BODOH!!!


Majlis amal ko jadi majlis orang komplen, walaupun semua amik bantuan tu, dengan keadaan terpaksa. Sebab barang free. Tapi majlis ini di adakan di kawasan agak elit, masalah dengan orang tua kawasan elit ini mereka semua cukup makan. Dorang tak heran dengan beras, kueh mueh dan kordial murahan itu. Mereka lagi prefer duit.

Hari raya ini lah, (dan mungkin Tahun baru cina) adalah dua perayaan yang mana Politik Wang adalah dibenarkan sama sekali dan tidak ada sesiapa yang akan bercakap apa apa mengenainya. Masukkan sajok dari sampul hijau atau merah, dan panggil lah dia duit raya atau bantuan hari raya.


Oke lah, tak tau nak cerita apa bulan puasa ni.


Seriously, blog ini memang telah kehausan cerita dan tidak akan di update regularly lagi, kecuali ada cerita-cerita menarik untuk dikongsi.

Sehingga itu, jumpa lagi.



Sunday, August 7, 2011

Belasungkawa Roland Hashim


In loving memory of Abang Roland Hashim yang telah pulang ke Rahmatullah pada 7 Ramadhan 1432 Hijrah, bersamaan 7 Ogos 2o11.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan dengan orang yang disayangiNya.






p/s : Last jumpa pada majlis pertunangan Elyana ketika arwah menjadi official photographer majlis tersebut.
p/p/s: Semoga arwah sempat memaafkan dosa dosa ku padanya.

Monday, August 1, 2011

Pasal Ramadhan

lets get a lil bit interactive.

Its time for you to write about things you like.

Write what ever you want to share. Pasal pasar ramadhan, pasal resepi kueh raya, pasal karenah anak anak, pasal membeli belah, pasal gaji tak cukup, pasal persiapan hari raya. Apa sahaja yang berkaitan dengan ramadhan dan shawal, tulis dan kita kongsikan bersama pada semua orang dalam blog ni.

stories, or pictures or videos, or whatever lah.


Just take nice picture and put some caption, and bagi citation when necessary and send it to


fiebierossa at yahoo dot com

(kalau sapa yang bengap tu at=@ dan dot = . )




Share your story na.



p/s: i want to know who you are.