Tuesday, April 14, 2009

Queen of Langkasuka

Trivia Question!


What happen when you have both your ex hubby and your new hubby in one car?



You get scared and noya and hit a Toyota Estima on your way to Ikea!



So moral of the story, do not put any of them in one small space, it will be too much to handle.
Nasib baik le langgar Estima, kalau langgar kancil ke wira ke, mampus aku nak bayar bumper runtuh, and luckily the owner is the most rational chinese man i have ever met.


Oke on to our movie review...



THE QUEEN OF LANGKASUKA.


Dalam banyak-banyak sejarah Melayu, sejarah Patanni adalah paling orang tak kita tahu sekali sebab Patanni bukan lagi sebahagian dari Malaysia. Tapi satu masa dahulu Patanni adalah sebahagian dari kerajaan Melayu yang paling terkenal malahan sama hebat dengan kerajaan Kedah Tua ketika itu. Malahan dikatakan penguasaan Kerajaan Patanni ketika itu meluas sampai ke sebahagian Kedah, Kelantan dan Terengganu. (Sabri Zain, 2008)

Langkasuka adalah nama Patanni ketika ia masih lagi di bawah pentadbiran Melayu Hindu, dan kemudian ditukar nama kepada Patanni setelah ketua kerajaan negeri mula itu memeluk Islam.

Kiranya kalau kita dok teringat nama Cik Siti Wan Kembang tu nama-nama dari kerajaan Patanni lah tu.

Dalam banyak-banyak negeri Melayu yang asyik le dok berperang ni, salah satunya adalah Patanni, mahalan mereka berperang sampai ke hari ini. Satu sebabnya adalah kerana kedudukannya dari segi geografi yang sentiasa menjadi perebutan dan punca konflik dua negara, iaitu Siam dan Kerajaan Melayu, dan juga kedudukan nya tepi laut menyebabkan ia terbuka kepada banyak serangan lanun-lanun dari merata kawasan Archipelago Melayu ini.

Kisah ini lah yang cuba diadaptasi oleh Pengarah yang pernah mengarahkan filem Nang Nak dan dilakokan oleh beberapa pelakon popular Siam, termasuk le pelakon Nang Nak sendiri yang kendo ya amat dan akak stim tengok, termasuk pelakon lelaki filem siam yang kendo ya amat, si Ananda tu yang amat akak taste dan tak kisah jadikan dia laki.

Bukan Ananda Krishnan tau.

Tapi kalau Uncle Anandha Krishnan tu katakan le dia mengurat akak kan, walaupun dia dah tua, akak tak kisah. Kecik tapak tangan, Bas Station Puduraya akak tadahkan.


Anyway, meh tengok-tengok gambar dulu sikit sikit na





Pari

Balairong seri

Prince Rawi/ Rawee


Sinopsis
Filem ini mengisahkan bagaimana Puteri Hijau setelah kematian bapanya, ke suaminya, akak pun tak ingat terpaksa menjadi permaisuri dan menjaga Langkasuka selain dari menjaga adiknya dua orang.

Langkasuka ketika itu mendapat ancaman dari Puteri Rawai yang bersekongkol dengan Lanun-lanun laut cina selatan yang diketuai oleh Gagak Hitam (Black Raven - pelakon filem NangNak, Bang Rajan) yang bukan setakat ganas, malahan mempunyai khidmat memanggil ikan yang hebat sekali.

Jadi untuk mengatasi masalah ini, Permaisuri Hijau terpaksa mendapat bantuan dari Kerajaan Pahang dan mengahwinkan adiknya dengan putera raja Pahang. Pada masa yang sama Permaisuri Hijau cuba mendapatkan semula meriam yang dihadiahkan oleh seorang pembuat Meriam dari Belanda.

Tapi disebabkan serangan lanun, Meriam-meriam belanda itu telah jatuh ke dasar laut, jadi Puteri Hijau terpaksa meminta bantuan seorang pakar pembuat Meriam dari Cina bernama Lee Kuan Yew... Eh LKY lak, silap


Ntah apa tah nama cina tu tak henget.

And nak dijadikan cerita, cina tu telah ditangkap bersama adiknya dan dia sempat membuat meriam dulu untuk lanun-lanun tu, tapi setelah dia diselamatkan, dia terus membantu membuat meriam paling hebat di negeri Patanni.

Sampai sekarang kalau kita pergi Bangkok, kita boleh tengok Meriam Patanni yang bernama Seri Negara dan Seri Patanni sangat popular itu di depan bangunan kementerian pertahanan Thailand.

Jadi banyak lah aksi-aksi perang, dan sebagainya dalam filem ini.


Putera Raja Pahang dan Puteri Biru



Puteri Biru, Puteri Ungu dan Permaisuri Hijau


Permaisuri Hijau


Bukan mudah untuk mengadaptasi sejarah ke Filem, tanpa menyebabkan orang menjadi bosan dan membuta di panggung wayang. Macam le korang masa sekolah dulu tak menguap kan bila belajar sejarah.

Dalam banyak-banyak subject, subject ini le paling noya dan merengsa sekali nak membacanya sebab banyak tul nama, nama tempat, peristiwa yang nak dibaca dan banyak lah pulak plot subplot dan teori sejarah ini. Lagi-lagi sapa yang amik sejarah masa STPM faham le apa akak cakap ni, terseksa jiwa raga batin nak menghafal satu-satu fakta.

Jadi untuk menjadikan ia satu filem yang berkesan, pengarah ini cuba untuk membuat filem yang sehampir mungkin kepada sejarah dan cuba menyelami keadaan masa ketika itu dari segi socio budaya, seperti pakaian, peradaban dan tingkah laku, juga dari segi politik bagaimana kerajaan di tadbir, pergolakan kuasa dan korupsi, dan tidak lupa elemen-elemen mystic dan komersial untuk memastikan filem ini laku.

Dari segi pengolahan dan pengarahan terhadap keadaan dan situasi ketika itu, penceritaan, wacana, pembikinan set dan perjalanan cerita adalah boleh tahan. Dari segi cinemetografi juga adalah minimum bagi standard hollywood, tapi bila kita dok ingat filem ini dari Siam, agak terkejut lah jugak dan ternganga dengan kebolehan orang Siam ini, dan kita terus tidak berfikir banyak dan terus membandingkan dan mengeji filem kita sendiri yang jangan kata nak bertanding dengan filem Hollywood atau Hong Kong, ntah-ntah filem dari Papua New Guinea pun tak mampu nak tanding kot.

Akak paling suka sekali set dan prop yang digunakan nampak mewah sekali. Dari cara mereka bina kota dan istana, pakaian-pakaian diraja, prop dekat gua tempat lanun-lanun tu bertapa, bangunan-bangunan, kapal-kapal dan sebagainya memang WOW sekali...

Sebut WOW kuat kuat, macam dalam filem P. Ramlee tu.

Semuanya nampak mewah dan dibuat dengan berhati-hati dengan penekanan diberikan kepada aspek-aspek seni dan estetika. Bukan konsep tangkap muat je. Pendek kata memang cantik lah. Kalau sapa-sapa suka filem-filem epic mesti suka citer ni. Lagi-lagi sapa sapa yang kata dia suka gila tengok filem Puteri Gunung Ledang, mesti gembira tengok citer ni. Kalau adik-adik yang suka tengok filem epic dan suka tengok orang Siam tak pakai baju, lagi gerenti suka, dan tak tahan nak balik rumah nak cikcap 3 round.

Emm, sib baik akak tak suka sangat orang siam. Sebab tu dua round je.


Anyway, untuk membuatkan filem ini tidak bosan pengarah juga selain dari meletakkan beberapa pelakon lelaki siam kendo yang hanya memakai cawat sahajork, dan beberapa putera raja yang kendo-kendo jugak, beberapa elemen mystic juga di masukkan untuk menjadikan filem ini lebih sexcited sekali.

Filem ini juga penuh dengan aksi-aksi perang dan kungfu, silat dan kalaripayat silambam semua le dimasukkan untuk menjadikan dia lebih action pact.

Selain dari memgekalkan elemen sejarah negeri tersebut. Elemen-elemen percintaan juga ada diselitkan tapi diminimumkan seboleh mungkin.

Kesannya, filem ini mengandungi banyak Plot dan subplot dan sub-sub plot dan banyak karektor yang semuanya penting dan banyak fakta untuk disumbat dalam satu filem. Filem ini menjadi sangat panjang lebih kurang 2 jam lebih. Hasilnya filem ini pada satu ketika seolah-olah macam hilang direction, editing yang sedikit pelik dan pengenalan karektor yang sedikit-sedikit dan off phase, especially bila terdapat ramai betul charactor dalam tu.

Dari segi dialog dan script pulak akak sepatah haram tak faham sebab dia cakap siam, tapi dari apa akak baca kat subtitle tu akak rasa oke kot, tidak begitu meleret-leret



Putera Raja Pahang dengan Bendahara Patanni



Memang kalau nak di bandingkan dengan Filem Anna And the King yang diterbitkan oleh Hollywood filem ini tidak lah sehebat mana. Tapi bila difikirkan filem ini dibuat oleh orang Siam, dan melihat hasil kerja mereka yang halus, kita akan secara automatik respect mereka dan terus merasa sedih bila dok fikir filem negara kita sendiri yang tahap longkang pembiakan nyamuk eades.

Lakonan pelakon-pelakon juga boleh dikira excellent dan bersahaja dan mereka mampu membawak watak dengan baik dan menyelami jiwa dan perasaan manusia-manusia dari keluarga di raja berdarah biru ketika itu.

Filem ini worth your RM10, terutama mereka yang suka filem-filem foreign, filem berbentuk adaptasi sejarah, dan adik-adik berangan yang suka sangat filem-filem klasik-klasik ini sebab dok berangan dan imagine diri tu jadi puteri di raja menunggu saat di lamar putera raja yang kendo.

Oke itu je.

p/s: I enjoy the filem because i was amazed at the hard work they put into it, lagi-lagi bila kita tahu they have only minimum budget tak macam budget filem hollywood.
p/p/s : taste gila baby kat lanun botak yang kerja nya dok merogol bini orang je tu. Rogol lah akak anytime, akak relakan sajork.

8 comments:

captainlukman said...

Amboi bila release kat pawagam ni, nak balik time tuh jugak nak tgk movie ni, sbb review akak, jgn kata stims, 3 rasa, masak kicap pun sodap....

mrasa!!

Fiebie said...

kan, sekali ko balik tengok tak sedap. aku jugak ko hina lepas tu.

Halamanku said...

Cite nie pun best gak, tapi cite tahun 2001, http://en.wikipedia.org/wiki/The_Legend_of_Suriyothai

imahlenggok said...

matila subject TITAS sgt! mak sujud* Trus masuk fakulti sains soSIAL!

Najib Ariyan Ali Basha said...

yep yep yep... masa Abg Bear ke Langkawi dulu dulu tu.. kami masuk lah ke Siam kejap... Danok ke amende namanya... masa tu lagi dah terjumpa dvd filem ni tapi tanpa subtitle... haramlah aku nak beli...

tapi siang malam dok carik fikir mana nak dapat tengok felem hebat nih.. alih alih diberitahu baal ditayangkan... hmmm first day Abg bear gih tengok... tabik spring sangat... 5 bintang compare to our filem...

tapi Fiebie... betul ker Langkasuka tu nama lama Patani? Abis Langkasuka yg kat dalam Hikayat Merong Mahawangsa tu kat mana pulak??

Unknown said...

Kalau nak diikutkan, nama asal filem ni Queens of Pattani. Cuba baca Wikipedia.
Tapi penggunaan nama Pattani tu mungkin sensitif sebab keadaan politik kat selatan Thailand.

Niza said...

erm...memang citer ni best gler...sekurang2nyer kte sume tau psal sejrah dulu2.Kita bleh tau mcm mane org dulu2 nak bebas...kan...kan...erm,saya ne memang suke citer thailand,tambah lgi,lau citer aksi,biaselah kan saya orang melayu thailand...mestilah layan gak citer2 seberang...hu hu,lau korang gi kat thailand,,,datanglah kat surin province area k,kite bleh jalan2 kat sane...kawasan 2 dekawt je dgn rumah ehm...ehm...-------

DRAMAHIDUP said...

sejarah membawa kite kenal asal usul kite dan melihat perjalanan alur keturunan sesuatu bangsa..at least pengkarya2 filem menjalankan tanggungjawab nya menyampaikan sejarah/..huhuh..sama ngan filem merong mahawangsa bebaru nihh..:)