Monday, April 6, 2009

AF is not a Singing Competition

Tu dia, AF bukan pertandingan Nyanyian ya. Ia adalah pertandingan untuk mencari penghibur. Jadi akak nak cadangkan beberapa kerjaya yang boleh diterokai oleh pelajar-pelajar ini bila mereka keluar nanti dari Akademi Fantasia.

Kerja-kerja macam pengacara, pelakon, pelakon teater dan pelakon iklan air soya dan tuala wanita tu dah biasa sangat. AC mizal jadi pengacara tak yah masuk AF pun.


RRRRRUUUUUBBIISSSAAAA!
(pepet ko!)


Jadi di sini akak nak cadangkan beberapa kerjaya yang dikategorikan sebagai penghibur yang boleh dilakukan oleh pelajar dan boleh di ajar di akademi oleh tenaga pengajar di dalam akademi nanti.



Jawatan penghibur yang boleh dilakukan oleh pelajar adalah ....



Jeng jeng jeng....


In no particular order






Badut supermarket.

Jawatan ini sesuai dengan pelajar yang ada daya kental yang tinggi dan pandai membuat lawak bodoh sama macam A.C Mizal. Mereka boleh belajar meniup belon dan membuak aksi-aksi spondan seperti ketawa, menangis dan sebagainya. Badut diperlukan di majlis-majlis harijadi kanak-kanak dan jugak di promosi-promosi supermarket untuk menarik perhatian pengunjung.




Ventriloquist

Ini jugak adalah satu jawatan yang menghiburkan orang menonton. A.C Mizal ada menunjukkan cara-cara untuk menjadi ventriloquist ketika dia menghiburkan dirinya sendiri di atas stage bersama Obri dan ketawa sendirian, walaupun ketika itu semua orang hanya mampu ternganga. At least kalau orang tidak terhiburpun, AC mizal sendiri cukup terhibur.


Untuk jawatan ini boleh diberi kepada pelajar-pelajar yang menyanyi tetapi malas untuk membuka mulut dan menyanyi sengau mengunakan hidung seperti Tomok. Tapi memandangkan tomok tidak masuk dalam pertandingan mencari penghibur, jadi dia tidak boleh meminta jawatan ini.





Mime

Ini adalah jawatan yang paling senang sekali dan dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang pendiam. Hanya memerlukan bedak sejuk dan jugak marker pen. Pelajar hanya duduk di tepi dan buat-buat bisu dan bodoh.

Ia sangat menghiburkan.


Juggler

Ini juga adalah satu kerjaya yang menghiburkan dan banyak diperlukan di Majlis-Majlis secara formal dan juga di pembukaan supermarket. Selain dari menjuggle batton, pelajar jugak menjuggle nasib mereka masuk menyanyi di dalam Akademi Fantasia yang telah menghasilkan lebih kurang 80 puluh penyanyi yang tidak mendatangkan hasil kecuali Mawi dan beberapa penyanyi sahaja.

Mereka mesti di ajar untuk melakukan kerja-kerja multitasking selain dari menyanyi supaya mereka tidak frust dan menjadi pengkid atau masuk bertanding dalam pertandingan lain.



Aiyoo, ini ginger kah?

Drag Queen

Oh ini adalah penghibur yang penting di kalangan adik-adik when i grow up, yang sentiasa dahagakan show-show paperdoll yang menghiburkan dari kakak-kakak , i-have-grown-up-and-now-i-am-a-drag-queen di kelab-kelab gay dan jugak restoren seperti the ship dan sebagainya.

Banyak filem dan teater melayu yang mengunakan khidmat drag queen sekarang ini. Contohnya seperti Ahmad Tarmimi Saregar, Jalaluddin Hassan, A.C Mizal sendiri, Azwan Ali, dan beberapa pelakon Malaysia mula belajar untuk menjadi drag queen dalam filem mereka.

Jadi pelajar-pelajar ini perlu di ajar untuk menjadi drag queen untuk meluaskan lagi kerjaya mereka nanti.




Penjaga Binatang Sarkas

Kita perlukan ramai penghibur di sarkas, selain dari badut. Jadi pelajar-pelajar AF jugak patut di ajar untuk mengendali binatang. Ini tidak menjadi masalah kerana tiap-tiap minggu mereka terpaksa berhadapan dengan pengacara yang macam binatang (opssssss) yang suka buat lawak binatang.

Jika mereka gagal untuk menjadi penghibur kerana tidak berjaya mengendalikan binatang sambil berhibur mereka tidak perlu khuatir kerana mereka boleh meminta kerja di Zoo Negara yang memerlukan ramai pengendali binatang yang berkaliber.



Pole Dancer.

Kerjaya ini belum popular di Malaysia kerana tidak dibenarkan oleh JAWI dan JAIS, tetapi jika dipopularkan oleh Akademi Fantasia mungkin ia akan menjadi kerjaya yang diterima umum. Kerjaya ini begitu menghiburkan sekali kepada daddy-daddy dan nescaya jika produksi AF meletakkan pole ini di tengah-tengah stage dan meminta pelajar membuat aksi-aksi menghairahkan, AF akan membuat sejarah buat pertama kalinya, kerana syarikat telekomunikasi tidak mampu untuk menerima kemasukan undian yang terlalu banyak dari seluruh Malaysia.

Leez, Sherita dan Mirch, sedang mengerjakan Ginger dan Imah.
Mati lah makkkkkkkkk, larikkkkkkkkkkk


Male Stripper

Ahhhhh, akak tahu korang sentap akak dok censored bahagian tu kan. You all boleh search di google, klik picture dan type strippers you all. Aiyoo banyak sekali gambar-gambar camni. Akak sampai tergendala lah nak tulis entri ni sebab terlalu taksub melihat gambar-gambar yang menghiburkan ini.

Sungguh terhibur sekali.


Sila pastikan pelajar-pelajar ini belajar untuk menjadi stripper-stripper yang professional dan tidak memilih customer. Ini kerana customers are always right, and paying customers are never wrong.

Jadi memandangkan ramai antara yang mengundi adalah makcik-makcik dan kaum-kaum separa wanita, jadi kita latih pelajar AF untuk menjadi Stripper yang professional ya. Ini dinamakan pendemokrasian hiburan, semua orang patut mendapat kegembiraan yang sama dan menuju utopia dan euporia bersama-sama menuju puncak.



eh terguna gambar lama lak. Sorry dato'

Ni baru handsome



Politician


Politician juga adalah penghibur. Tugas mereka adalah untuk memberi kegembiraan dari segi sosial dan ekonomi dengan objektif untuk mencapai keseimbangan dan sustainable development. Jadi politician ini menghiburkan rakyat dengan polisi-polisi mereka dan kata-kata dan janji-janji manis mereka.

Kalau di negara lain, ramai dah pelakon dan penghibur telah masuk dalam politik dan berjaya dalam bidang politik. Contoh macam Arnold Swaze.. Arnold Swazerne... Arnold Swaztzerne..

Macam pelakon filem conan dan terminator tu, macam Bekas Presiden Filipina dan Amerika, macam Amithab Bachan dan sebagainya. Di Malaysia kita belum ada lagi politician penghibur, kecuali Datuk Jins Shamsuddin yang menjadi Senator Dewan Negara. Jawatan senator adalah atas lantikan, jadi belum ada lagi betul-betul penghibur di Malaysia yang menjadi Ahli politik. Bayangkan kalau undian pilihanraya dijalankan melalui SMS.

macamana?????

sah sah perdana menteri kita sekarang adalah MAWI!!!!!!!


dan last but not least, pelajar-pelajar ini boleh belajar untuk menjadi penghibur dengan menjadi....



BINATANG

Opsss, takleh. Sorry...

Jawatan ini ekslusif dimiliki oleh pengacara AF sahajork.

Sorry deknon, korang kena carik kerjaya sebagai penghibur lain.

---------------------------


Sekian sahaja laporan saya kali ini, izinkan saya untuk melarikan diri ke Zimbabwe sekarang jugak...



p/s: order tiket di airasia online ke Zimbabwe tanpa surcaj minyak dan cukai NOW...

Larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

6 comments:

DonCorleone said...

Lu memang blogger tegar AF7. Tahniah!

Fiebie said...

wah, wartawan popular comment dalam blog akak.

cool.

tak kisah lah komen itu positif ke negetif ke, janji wartawan popular.

Lily.Lulu said...

wakakakakakaka
tergelak bahak bahak okeh baca
:P

lawak lawak ~

captainlukman said...

kak, saya terus chop jadi male stripperr hahahahah sesuwai tak????

[Y]..Just [Y] said...

Motif Y Gemuk?.. matilah hidup ko lagi gergasi kan..blueks..jiungs

methanepump said...

terlalu TAKSUB!