Sunday, April 12, 2009

Akademi Fantasia 7 : Concert ke lima.

Telefon berbunyi...


Telefon Berbunyi...




Ming-ming. Cepat ada anak gajah dalam kesusahan lagi. Kita mesti beri bantuan.





In serious!!!!




Mari kita beri bantuan pada anak gajah.



Tuck.. Mari kita beri bantuan...



Tuck...



Mana tuck ni???








Menyemak le korang.


Hari-hari dok menolong binatang2 tersepit je, penat lah.

Tunggu kejab na, aku nak projek sat.




Oke, aku dah siapppppppppppp...


Mari kita ke wonder mobile..




Wonder pet, wonder pet
kami datang
bantu anak gajah pemalas dalam kesusahan.
Kami tak besar dan
kami tak kuat,
Bila bekerjasama semua jadi mudah!!!


Apa yang penting????

KERJASAMA!!

Apa yang penting???


KERJASAMA!


Minggu ini, tugasan yang diberi kepada pelajar-pelajar adalah untuk menyanyikan lagu secara duet. Pelik lah kan AF kali ini tiap-tiap minggu macam ada taman thema genting highland. Kalau minggu lalu kita dok tema Siti dan Amy. Kali ini thema duet.

Kalau kita tengok duet, kita mesti nak tengok no 1 mesti ada keserasian atau orang putih cakap ada chemistry. No 2, bila nyanyi duet ni akan mencabar vocal penyanyi sebab mereka kena nyanyi dalam pasangan mengunakan key yang sama. Jadi nak nyanyi duet, kena ada range suara yang besar, especially kalau duet laki dan perempuan. Laki kena capai notes yang tinggi dan perempuan pula boleh cecah notes yang rendah untuk mencapai harmony, atau mereka mesti pergi the opposite terus supaya mereka boleh compliment each other well dan nampak seperti duet dan bukan macam nyanyi choir pulak. Maksudnya mereka mesti boleh cuba mencapai harmoni dan menyanyi seiringan atau cuba untuk nampak berbeza sama sekali macam berbalas pantun dan melawan-lawan. Dan paling penting sekali mereka tidak boleh sama sekali tenggelam dan tidak menyerlah berbanding dengan pasangan duet mereka.

Apapun, duet bukan sesuatu yang mudah, sebab tu kita jarang ada pasangan duet ramai dan serasi macam Francisca Peter dan Roystan Sta Maria, atau Hail Amir dan Ogy Rashid dan jugak, walaupun macam sukar untuk di akui seperti Acik dan Nana. Sebab mereka semua ada chemistry.



Persembahan pelajar: Lucky
Selalu kita tengok dalam AF masalah yang sering pelajar hadapi bila diberi lagu Inggeris adalah dari segi sebutan. Ini first time pelajar menyanyi lagu Inggeris. Not bad lah, diction oke je. Sebelum nyanyian jangkaan paling akan terlingkup adalah Yazid dan Aishah, tapi bila dengar balik rasanya mereka are the better students yang ada diction English yang baik. Basically semua oke, dan kalau kumpulan ini diberi tugasan untuk menyanyi dalam bahasa Inggeris, mereka semua mungkin tidak ada masalah.

Sebutan lidah melayu perkataan tak abis macam wif (with), hard (heart), fren (friends) dan over stressing light-light tu biasa lah sikit-sikit, takde lah keluar perkataan macam biuti-fold mariah macam...

Anyway, seriously, i am quite suprise that Yazid and Aisyah were able to sing well in english. Oiitt, tercakap omputih lak.

Tapi paling hazab binatang masa dorang ramai-ramai adlib in harmoni part ohhh ohhh ohhh, serupa keretapi brek da..

Isma dan Zul : Kau Mawar ku.
Walaupun lagu ini busuk, tapi lagu ini lah antara lagu yang meletop-letopkan Datuk Siti dulu, especially Datuk punya part sebut "rangkai nyawa" tu. Sampai bila-bila akak ingat. Tapi sebelum tu, korang tak perasan-perasan ke lagi kakak kita sorang ni, kalau dok bercakap pun suara dia, sengau dia, lenggok dia pun dan macam Siti. Tapi suara dia sebenarnya berbeza dengan Siti, tapi dia sengaja dok buat gitu. Mungkin laki dia suruh kot.

Masa dorang dok nyanyi lagu ini, akak tunggu je dorang buat gila gih nyanyi pakai vibrato gila-gila babas, especially bila pasangan duet ni umur-umur 30 an popular gila dengan nyanyian kaedah ini. But they kept it to a minimal, supaya tidak lari dari mood lagu asal. Hasilnya, bila kita tutup mata dan dengar lagu tu, kita boleh dengar macam versi asal Zul 2by2 nyanyi dengan Datuk Siti masa mula-mula nyanyi kat Bintang RTM dulu.

Love the feel and part chorus masa dorang ubah sikit style lagu tu, and i love Isma's hair. Nampak cantik sekali. And somehow i love the cheap gold bangles bracelet dengan simple dutchess satin dress tu. She look oke this time.

Tapi ini adalah antara persembahan paling lucah di sejarah persada seni tanah air Malaysia, mengalahkan show Sahara Yaacob dan persembahan masa Ajai dan Nurul masa dok masih laki bini dulu. They are almost making love atas stage tu. Nasib baik le si Zul tu pakai seluar jeans, kalau tak... satu malaysia nampak ceknek melintang dia kot.

Emm, i wonder dia park mana ek?

Anyway, 2 apples and a packet of sweet sunflower seed

Akim & Farah
Tak banyak nak komen pasal lagu ini mungkin sebab la ni tak le sedap mana pun. Tapi bila dok fikirkan Yursi dan Erra Fazira patutnya Akim dan Farah patutnya sound better. They did actually, sebab dorang nyanyi life. Cuba suruh Yusri dan Erra nyanyi life, macamana le rupanya ya.

Tapi one thing for sure, Akim nampak dah sangat selesa dengan stage, dan dia tak kisah pun pergerakan tahap binatang dia tu, sebab dia control the crowd and the crowd loves him. Infact kalau bagi sapa pun duet dengan Akim, orang akan tumpukan kat dia. While the audiens like him, the voters pulak belum boleh terima his charisma, if he has any.



Tapi Akim is always fun to see. And if they said, they are not looking for a singer, they are looking for an entertainer, this budding 18 year old singer can surely entertain.

3 biji buah pear dan 2 batang saderi

Qhaud and Heliza : Di Bius Cinta.
Ini adalah contoh chemistry went wrong, and too much emphasize of drama personafication. They start to do a pentomine and forget to sing. Somehow i like Qhaud voice dalam lagu ni, tapi sumbang mahram dia disebabkan Heliza tidak mampu menyanyi bila Key arrangment terlalu rendah untuk menyesuaikan dengar suara Qhaud. Heliza awal-awal dah nyanyi dengan very low notes dan as her voice progresses, Qhaud punya suara pulak turun. See saw, see saw up and down, lingkup dua-dua sekali.

Dua biji ubat sakit tekak, dan kapas telinga untuk semua orang

Hafiz dan Mila : Terlanjur Cinta.
Tu dia lagu tema blog akak untuk beberapa minggu ini. Lagu ini sendiri sedap dan ada class.
Mila OK, Hafiz excellent seperti biasa, Feel was extraordinary, drama terlebih-lebih dan very de tak perlu. Seriously akak benci tul tengok show ada videoclip konsep-konsep pentomine ni. Kalau judge dia Simon American Idol tu, melalak dah budak dua orang tu atas stage kena carut.

Malas lah nak komen pasal Hafiz. Sah-sah le dia juara pun, semua orang tau. Yang lain terlalu jauh nak kejar dia. Even Mila sendiri bekas juara AF tak mampu nak at par with his level. Tapi sekarang dia kena jadi juara bukan sebab bakat dia, tapi sebab menda-menda lain, macam berapa kali dia nangis, berapa kali dia baca doa makan di akademi, dan berapa kali Astro tunjuk keluarga miskin dia kat kampung.

Tapi masalahnya dia bukan dari keluarga Miskin.

Nasib le ko deknon, ko jangan risau, tak menang pun takpe, famili ko banyak duit boleh buat Album sendiri. Ko tengok si Aizat tu sekarang sorru tak miss.

4 biji apple hijau dan 4 biji apple merah.

Claudia dan Vince : Kau Muzik di Hati ku
The best performance of the night, the best vocal, the best chemistry, the best. Serious, i am a fan of Claudia dah. No, i am a die hard fan of Claudia. Akak dok imagine kalau dia duet dengan hafiz dan biar dorang dok melawan-lawan mesti meletop tahap cipan beranak lapan. Nampak macam professional dan ada class, ala ala international standard gitu. Tengok performance ni betul-betul feel good.

Kalau kita dengar suara Isma kita nampak bayangan Datuk Siti, tapi dengan Claudia mula-mula dulu nampak macam Dayang, tapi sekarang tak lagi. Dia ada gaya dan suara dia yang tersendiri, dan suara-suara macam Ruth Sahanaya ni memang susah nak carik. Even kalau kita dengar lagu menuju puncak betul-betul, kita boleh dengar suara Claudia paling jelas dan powerful sekali.

I really wish Claudia akan pergi Final. Make her go to final please.

3 Batang saderi dan dua biji tomato and a packet of sunflower seeds.

p/s: I think having Edri as a jury is a very big mistake!!! AF, can start do some transformation NOW..

I mean now.

Aisyah dan Aliff : Dua Hati Jadi Satu
Aiyoo, ingatkan takde Rubisa dah, AC. Mizal tak buat dah suara samurai panggil pelajar tu. Aissssssssyahhhhhhh. Eee meluat tul aku, nasib baik le aku memang jenis takde bulu ketiak. Kalau tak rasanya rabak dah ketiak aku dok tarik bulu ketiak setiap kali AC. Buat lawak.

Anyway, akak ada gossip tau. Ada le kawan akak ni cakap kan, ni kisah lama lah. Kalau dia tipu, maka tipu lah akak. Kisahnya ada orang orang ni kan, masa belajar dulu kalau tak silap akak dalam 10 tahun dulu lah dan kalau tak silap akak kat UiTM pernah le dok couple dengan budak sabah, kalau tak silap akak. Nama budak tu pulak Linda kalau tak salah akak. Pastu kan biasa le zaman pelajar kan, dok mengatal-gatal nak dijadikan cerita budak pompuan tu dibuntingkan. Tak tau le apa cerita budak pompuan tu sekarang, dah balik Sabah dah kot.

Isk isk isk

Emm, tak tau le sekarang kalau betul lah cerita yang difofular kan oleh Kak Wan ni (opssss...) ada tak bapaknya dok gih lawak anak dia kat sabah ni.

Tapi tak tau lah, sebab kak wan ni kadang-kala suka propah jugak. Especially dia suka propah cakap rambut dia asli walaupun sebenarnya.... bila selak-selak ada jenama.

p/s: Kak wan hanya propah pasal rambut sahaja.

Eh, salah que pulak. Maafkan lah cerita selingan tadi. Oke berbalik pada persembahan lagu Aiskrim Aishah dan Aliff ni, emmm...
emmm...

ehhhhh, ada belon!!!

i love balloon.

Sekian.

Hik, Acah je.

Suara Aliff tengelam terus dengan suara lantang Aishah.

Oke, sekian.

2 biji apple untuk Aisyah, dan satu sekeping chewing gum yang telah dimakan untuk Aliff. (mati lah mak)

Yazid dan Yazer :
Rockkkkkkkk steaaaaaaadehhhhhhhhh...

Yeah laki akak, lama dah tak nampak dia ni. Makin handsome le pulak aku tengok.
Vibe ada, showmanship meletop, tapi feel terlebih sudah, execution vocal houtt, no colours what so ever tapi tak off key. Kira oke lah tu ya. Yazed masih lagi karaokeish dan it will take him alot of training and drilling on how to sing correctly. Sayang suara dia sedap dengan tone yang ada commercial value. Tapi no worries, nanti kalau dia janji recording artist nanti ada banyak mesin boleh sedapkan suara.

Yazer pulak tetap rockkkkkkkk steaddehhhhhhhhh...

Tapi sebab ini lagu duet, kira not bad lah, nampak le duetnya. Satu je akak tak faham konsep tea kwan do atas stage tu dengan lagu ini.

Serious tak faham.

2 batang saderi

Aril dan Marsha : Aku dan dirimu.
Sedap jugak, somehow the duet between Aril dan Marsha complement each other. Macam Claudia dan Vince tadi best performance of the day, sebab depa duet bagus fast song. Kalau slow ballad pulak, this one would be the best ballad duet performance of the day. Very subtle showmanship dari back up dancing dan penghayatan yang tepat.

Nice, 3 batang setengah saderi.

Sidi dan Zahid : Cinta yang Sempurna
Permulaan persembahan yang oke, tapi bila part chorus Sidi Hancur, tak sampai dan tak boleh sustain note. Suara pecah dan pitching lari baik punya dan stamina takde. Dan takde chemistry sebab Yazed nyanyi duet, tapi Sidi dok nyanyi sorang-sorang dia. Takde apa yang positif nak cakap kecuali verse pertama tu je.

The worse of the bunch dalam concert ke 5 dan kena buang kira adil lah pada pelajar-pelajar lain.

Verdict : 1 batang kangkung tepi lombong.





Oke, kerja dah selesai. Kita sudah berjaya tolong anak gajah.

Jom kita pulang...


dadaaaaaaaaaaaaa

p/s: Abang Bad, mesti suka dia punya cadangan dah terima kan. Tak rugi dia dok bebel-bebel hari hari

2 comments:

Ima said...

i love claudia jugak...best kan die...die ade personality n mmg best..huhuhu

Intan and The Boys said...

seronok tgk sidi kuar. hehehehe.