Wednesday, April 29, 2009

Harimau Beriman

Hari ni akak nak kongsi cerita-cerita dakwah sikit boleh tak? Kau jangan ingat Imah Lenggok je boleh buat siri-siri dialog camni. Akak pun nak cuba gak.


Kali ini akak nak cerita sikit pasal seorang lelaki yang selalu ponteng semayang jumaat. Tapi ini bukan akak tulis pun, akak copy and paste je dari email, sebab pengajaran dari cerita ini patut di kongsi bersama cerita pasal harimau beriman.
boleh??


Kisahnya macam ni,


Ada lah sorang lelaki Islam ponteng sembahyang Jumaat. Sebaliknya dia masuk hutan untuk memburu ayam hutan. Sedang dia terhendap2 di dalam semak, tiba2 dia berlanggar dengan seekor HARIMAU yang sedang lena tidur.Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur kedalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan...


KRAKKKK!


Kedua2 kakinya patah.


HARIMAU tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak boleh bergerak lagi.


"Ya Allah," doa lelaki tersebut,


"Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang jumaat pada hari Jumaat yang mulia ini...Ampunilah aku ya Allah... makbulkan hajat ku ini... jadikanlah HARIMAU yang memburuku HARIMAU yang beriman...tolong la ya Allah! Aminnn.."


Tiba2 guruh berdentum!


HARIMAU tadi tiba2 terhenti betul2 di hadapan lelaki tadi. Tiba-tiba....Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit .. HARIMAU tersebut pun berdoa,



"Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azzabbannar. Amin"



Sekian sahaja cerita kita untuk kali ini.

6 comments:

linn said...

sungguh beriman harimau tuh. nanges aku dgr dia baca doa tu lah!

tidak dikehendaki said...

beriman skals harimau itew kanz.. ;)

Unknown said...

mesti comel sangat harimau tadah tangan baca doa.. dah la ada very big paws.. cute cute cute!

Kyra said...

kelakar la...

teringat masa "akak" remaja dulu pergi semayang jumaat pakai faundasi...hiks...

Yang Penting Jangan Tinggal kan kewajipan kita sebagai umat islam...

Lets gi masjid...

imahlenggok said...

MACAM SIYAL!!

ramzylee said...

hahaaa...cam gampang je citer ..
tersedak aku makan roti canai ni wei.