Thursday, March 19, 2009

Bengawan Solo

Bengawan Solo riwayatmu ini
sedari dulu jadi perhatian insani
Musim kemarau, tak seb'rapa airmu
Di musim hujan, air meluap sampai jauh
Mata airmu dari Solo terkurung Gunung Seribu
Air mengalir sampai jauh akhirnya ke laut

Itu perahu riwayatmu dulu
Kaum pedagang s'lalu,
Naik itu perahu




Ah kat atas tu adalah lirik lagu, Bengawan Solo. Lagu keroncong, sedap sekali. Bengawan Solo ini mengisahkan mengenai Sungai di Solo tu. Nama sungai tu Bengawan lah kot. Bukan cerita pasal Bengali Solo tau. Mesti adik-adik sexcited bila akak sebut bengali kan. Al maklum lah kan, kredential set set Mumbai dan seangkatan dengannya ni kan faham faham je lah kan.

Mati lah 6.8, opsss sapa tatau...

clue : Ginger pun set set mumbai jugak.


Opss, tertulis nama Ginger pulak.


Anyway kenapa akak tiba-tiba nak cerita pasal Bengawan solo sedangkan akak patut cerita pasal Ciken Ku Rambo, dalam siri Bercakap dengan Ciken yang tak abis-abis episodnya macam filem the bold and the beautiful katanya. Kawan akak ni ngada-ngada, tiba-tiba dia rasa takut lah nak cerita sampai abis. Kadang-kadang.

Suka tau aku buat cerita tergantung camni. Dah le dulu aku buat cerita Roslin tu dah tergantung, tah kemana hulu ke mana hilir. Ni tambah lagi satu cerita tergantung, rosak kredibiliti akak kan. Dah le terkenal sebagai blogger yang suka bukak tutup bukak tutup blog, jadi drama queen tak hengat ni. Sentap sikit tutup, sentap sikit tutup.

Eh sebelum tu, kisah Siri Bercakap dengan Ciken : Ciken ku Rambo itu adalah sebuah kisah benar yang berlaku pada kawan akak di utara nun. di ulang, KAWAN AKAK DI UTARA. Hanjeng tul, ramai dok speku itu adalah kisah akak sendiri yang akak dok tukar-tukar detailnya. Apa ko ingat muka akak ni, muka nak kena rodok dengan pisau je ke? Cukup le sekali akak kena rompak dengan Mama Raz dulu. Tak sanggup dah.

Jadi Kisah benar yang berlaku PADA KAWAN AKAK, akan disambung sehingga kawan akak hilang ngada-ngada dia tiba-tiba nak drama queen tak mau cerita pulak, sebelum akak hempuk kepala dia dengan kepala ciken-ciken tu dengan dulang karang.

Sebenarnya... lirik lagu tu takde kena mengena dengan Solo atau Bengawan Solo atau Bangali Solo, atau Wali Songo sekali pun. Kaedahnya akak nak cerita pasal makan lah.

Akak nak cerita pasal Restoren Wong Solo. Restoren makanan jawa yang begitu terkenal sekali di KL ini, dan begitu cikhal sekali, harus abang-abang askar yang dok ingat restoren KFC tu restoren mewah tak mampu pergi.

Kan leez kan kan kan, kan Imah kan.


Kasihan Leez yang dok tak abis-abis berkabung laki dia meninggal dunia tak lama dulu. Kita sama-sama doakan dia selamat di sana ya noks. Kita ni yang tah selamat ke tak, kalau kita mati agaknya ada ke orang nak berkabung lama-lama. Ntah-ntah bila kita mati nanti, famili dan kawan-kawan kita buat pesta kot ya. Ya lah, ala ala hidup tak mendatang kan hasil. Lain le macam Imah yang subur tu. Sejuk perut ibu mengandung.

Tapi dalam dok berkabung-kabung tu, mak dapat maklumat dari sumber-sumber yang boleh dipercayai bagitau mak yang hang tetap menjalankan aktiviti curan di Mind*f memalam, camana tu.

Tu berkabung ke berselubung namanya tu? Harus ko curan pakai skit pendek, stokin dua lapis dengan tudung litup kan. Pondan berjilbab katanya.

Prolifik dan progressif sangat ko kan. Akak suka... akak suka (tepuk tangan)

Over tau.

Anyway, jom kita sambung pasal Wong Solo ni. Tapi sebelum tu, untuk pengetahuan semua Solo ni sebuah daerah di Timur laut (northeast) Jogjakarta. Nama lama dia Surakarta. Adik-adik mesti ramai tak tau, sebab adik-adik tau Jakarta dengan Bandung je, sebab tempat shopping kan. Tak pun Bali dengan Batam je daerah yang dorang tau kat indon tu sebab boleh cur-cur lite lite sugi kat sana.

Wong Solo pulak adalah satu restoren yang menjual makanan istimewa makanan orang Jawa dari daerah ini yang semuanya cukup, iaiti:

cukup sedap,
cukup pedas, dan
cukup mahal.

Cik hal deknon, seketul ayam goreng besar tetek maya syaziela je dah sampai lapan hengget. Tak hengat ni.

Ops, akak dengar maya syaziela dah bertetek besar, tetek dia dah tak berbentuk tetek petai lagi.

Tapi dia sedap, jadi tak kisah le kan. Melantak je lah. Sedap sangat punya pasal, lepas tu akak dengan kawan akak datang balik melantak kat situ. Kedai dia ada banyak cawangan. Cawangan yang akak gih ni dekat Taman Nirwana Ampang (eh betul ke nirwana namanya), di belakang pasaraya hidup segan mati tak mau Galaxy ampang yang penjualnya lebih ramai dari pengunjung tu.


Korang kan suka tengok gambarkan. Meh kita tengok gambar meh. Harap maaf, gambar macam haramja, maklum lah telefon kamera akak set-set zaman Firaun dulu. Flash pun takde. Itu pun gigih akak nak mengambil gambar oke, sebab kena snap berkali-kali. Tak leh bergerak, kalau bergerak amik gambar kucing, rupa anjing, amik gambar anjing rupa cam....




anjing lah, takkan rupa gajah ya kot.



Kalau amik gambar pepetz, rupa apa lak dia keluar agaknya kan?


Mesti keluar gambar A.C. Mizal kan, sebab dia macam pepetz je bila jadi pengacara.


hik.



/me terus pose-pose Maria Tengku Sabri dalam Rancangan Jalan-jalan Carik makan, dan makan sambil bercakap dan mengunyah tak henti-henti, sambil mempromosi tong gas.



ah kita nak makan, kita kena le minum dulu ek. Nama air atas tu adalah Es Gembira Pop. Ah sekali minum terus gembira nak terlompat-lompat katanya. Walaupun sebenarnya nan ado. Air tu ala-ala air bandung campur aiskrim soda je. Yang kat belakang tu adalah air, teh o es limau. Kalau makan kat sini, kalau ko tak minum 8 cawan air tak sah oke. Pastu air tu keluar ikut merata-rata dari hidung, mata, telinga semua keluar lepas tu.


Ni sedap sekali ni. Akak suka sangat. Sambal Terung. Akak ni dilahirkan dalam keluarga berdarah minang. Akak ingat mak akak masak tu kira dah handal le pedasnya. Tapi tidak you all, makanan Solo ni lagi tahap kepedasan dia melampaui batas. Ko punya lah syahdu makan sampai tak sedar diri air mata tu meleleh-leleh tanda kesyukuran. Tau-tau je abis dah sekotak tissue dok mengelap peluh kat dahi dan air mata.

Tapi memang sedap sekali.



Ni pulak sambal tere goreng bercili. Tere tu maksudnya ikan bilis lah. Ikan bilis dia lembut dan ranggup dan digoreng berempah, pastu dimasukkkan cili hijau dan tomato.

Orang solo ni akak rasa dia punya hasil sumber pertanian paling utama yang menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasarnya adalah cili kot. Sebab pemurah nau cili tu.



Oh ini paling mables. Nampak gambar macam haramjadah je. Ada ke rupa macam selipar jepun rentung camtu nak dimakannya.

Tapi sebenarnya itu lah namanya Daging Empel. Seketul daging yang lembut dan dihempuk-hempuk supaya menjadi lembut dan digoreng sehingga menjilat jari sekali.

Actually masa kat situ cantik je rupanya. Tapi bila dah diamik dengan kamera sedih ni, camtu je lah mampu kejadiannya.


Ni biasa je, ini adalah ayam penyek bakar. Ayam kampung yang dimarinate dengan perisa-perisa dan dibakar kemudian dihidangkan dengan sambal pecal yang cukup mables wonderbra yang pedasnya hampir-hampir memecahkan gegendang telinga akak.




Ini speciality kedai tu. Ayam penyek Wong Solo. Kaedahnya ramai orang datang sini sebab nak makan ayam penyek ini le. Ayam penyek ni dipanggil ayam penyek sebab dia dah penyek le. Tapi jangan risau, dia tak penyekkan ayam tu sebelum di sembelih. Satu hal le steamroll tu nak mengejar ayam-ayam tu kan.

Akak tengok dalam internet resipi ayam penyek ni macam senang je. Ayam ni diperap dengan rempah-rempah, kemudian digoreng sehingga garing. Bila dah siap digoreng tu, ayam tu dipenyek-penyekkan supaya dia menjadi lebih lembut dan dagingnya tercerai dari tulang.

Jangan dia penyekkan pakai tumit kaki sudah.

Ayam penyek ini pun dihidangkan dengan pecal (sambal) cili api yang super pedas.



Harga lauk-lauk itu termasuk air untuk 3 orang, dan nasik untuk 3 orang makan adalah....

jeng


jeng


jeng...


RM90 hengget!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Mati lah ayam 3 ketul dengan ikan bilis dan terung harga RM90 hengget ko. Akak ingat kan harga tu untuk pinggan-pinggan perhiasannya sekali, rupanya tidak.


Tapi makanan dia sedap dan memang berbaloi sekali. Sebab seminggu dua lepas tu, kita orang gih sekali lagi makan menda yang sama, tapi kan harga dia dah berubah pulak. Kalau dulu harga dia 90 hengget, kali kedua pergi dah jadi RM100 hengget lebih pulak.


Cukup lah dua kali, tak mau dah pergi kali ke 3. Tak tau le berapa pulak jadi harganya karang.



p/s: hik, actually ada le lauk-lauk lain satu dua jenis. Tapi tak best.

5 comments:

Kurt Kuden said...

Haah kak.. wongsolo kat jogja ni pon terkenal sbb mahalnyee

Fiebie said...

tak kisah lah mahal. janji sedap dan service bagus. dan waiter dia kendo kendo.

Kelomok said...

aiyo..dtg galaxy..pm pm la aku..

linn said...

kalo ikut dlm bahasa jawa wong tu maknanye orang. nama kedai tu org solo laa ye hehe.

opsss kak. aku ni pengunjung setia blog ko dulu. sekarang dah ada blog dan nak link ko yea.

Fiebie said...

oke oke lin, silakan.