Kita rehatkan sikit untuk satu kejadian seram yang berlaku pada akak semalam.
Takut sekali you all.
Hari tu kan, abang akak nak balik kampung. Satu family akak dihangkutnya termasuk mak akak, akak-akak akak (confuse tak?) adik-adik akat my in laws dan semuanya termasuk le adik ipar akak dan adik akak yang balik bercuti dari Brunei tu. Jadi kalau nak sumbat semua dalam 2 kereta tak le muat, jadi dia pinjam le kereta akak sekali.
Dua tiga hari jugak le dorang gih balik kampung. Rupanya bukan setakat balik kampung je, abis seluruh malaysia dorang gi pusing rupanya. Haram kalau akak tau nak gih jenjalan, harus le aku ikut sekali kan. Kalau balik kampung je akak malas. Akak bukan apa, akak dah tak larat nak jawab soalan-soalan bonus sedara mara akak tau. Asyik-asyik soalan yang sama je dorang tanya. Disebabkan akak tak mau pose-pose jawab soalan do you want to be a millionaire, jadi akak duduk je lah rumah.
Masa dorang balik tu, kakak akak sorang ni pun bukak le cerita yang dalam perjalanan beramai-ramai tu dia cakap dia ternampak sesuatu. Macam satu bayangan gitu. Kita semua buat derk je lah. Sebab kakak akak ni dia memang fobia sikit. Macam-macam le dia nampak. Masa kes Mona Fendey dulu pun, dia sampai tak leh tidor seminggu sebab takut jin mona fendey datang kerat dia 18 jugak.
Kakak akak ni dia pun suka nau filem-filem seram, mistik dan misteri nusantara ni. Bagi dia semua kisah itu sebenarnya betul. Cuba teka apa majalah kegemaran dia?
Ya betulll...
Dia suka sekali majalah Mestika. Kalau gih rumah dia ada koleksi mastika you all.
Satu lagi hobi dia ni, dia suka tul jumpa bomoh-bomoh ini. Semua penyakit dia nak jumpa bomoh. Anak dia jatuh tangga patah tangan dia bawak jumpa bomoh patah. Anak dia nak pergi amik SPM, PMR, UPSR semua dia gih bawak mandi bomoh. Mak akak demam sikit dia nak bawak jumpa bomoh, pendek kata segala-galanya bomoh le yang pandai.
Dia selalu cakap hidup akak tak tenteram sebab akak malas semayang, so dia suruh akak gih jumpa bomoh buang jin yang buat akak malas sembayang. Mulut dia kalau tak sebut perkataan bomoh sehari tak sah.
Jadi masa dia dok cerita dia ternampak bayangan orang dalam kereta tu akak tak le hirau sangat. Lagi-lagi bila dia cakap dia nampak bayangan tu dalam kereta akak. Suka tau nak buat akak fobia jugak. So akak tak amik endah lah cerita dia ni.
Janji dia pulangkan kereta akak elok sudah lah. Tak kisah le ada bayangan ke tak kan. Sebab kita mana pernah kacau menda-menda tu. Jadi diharap menda-menda tu tak kacau le kita kan.
Simpang malaikat 44.
Lepas dorang dok cerita-cerita tu dan lepas makan malam, akak dah abis stock rokok. Jadi lepas makan akak pun gih le kedai ini. Akak pun start le enjin dan jalan seperti biasa.
Tiba-tiba kan tak berapa lama drive tu kan akak terbau macam menda pelik. Macam bau kueh ada, macam bau wangi ada. Bau dia ala-ala daun pandan. Akak tiba-tiba rasa seram. Kalau dah ada bau-bau wangi ni akak pun fobia jugak.
Untuk mengelakkan bau tu, akak cucuk air freshner akak kat aircond dan bukak aircond kuat-kuat. Tapi bila akak buat gitu bau tu makin kuat pulak. Sebiji macam bau pandan. Dan bau itu datang dari belakang. Akak tiba-tiba jadi seram. Nak pandang belakang pun akak tak berani.
Akak bukak pulak empat-empat tingkat, tiba tiba bau itu hilang. Akak pun isap le rokok biar bau tembakau pulak menguasai ruang. Bila dah abis isap rokok akak tutup tingkap balik akak terbau balik bau wangi pandan tu. Akak dah terfikir dan bayangan yang kakak akak nampak tu betul ke tipu sebenarnya.
Sampai rumah, akak tak tengok kiri kanan, akak terus masuk rumah dan tengok TV. Akak tak bagitau sapa-sapa, terutama kat kakak akak. Mesti dia gelakkan akak, sebab tak percaya dengan dia. Mana tak nya, dia selalu sentap bila dia buat cerita seram akak dok buat lawak-lawak bodoh depan dia.
Tiba-tiba mak akak tengok akak, lama dia tengok akak. Pastu dia macam nak cakap sesuatu pada akak, tapi dia tak cakap.
Kemudian mak akak pusing kat kakak akak yang misteri nusantara tu dan dia tanya...
"Mana pokok pandan yang mak cabut kat rumah mak ngah hari tu?"
"ada dalam keta fiebie kot" kata kakak akak.
Lerrr.... ada daun pandan rupanya ke. Buat suspen je. Ingatkan apa lah. Akak pergi lah kat kereta balik dan bukak bonet kereta nak amik pokok pandan tu.
Tapi kan, bila akak bukak je bonet kereta kan, takde apa-apa dalam bonet tu. Akak jadi seram balik semula selepas itu.
Very der sangat tau.
Daun pandan tu Abang ipar akak dah pindahkan dalam kereta dia lama dah, sebab kereta akak tak muat. Jadi apa yang akak bau hari tu.
wallahualam.
No comments:
Post a Comment