Sunday, March 22, 2009

Akademi Fantasia 7 : Konsert ke2

Macamana adik-adik, best tak konsert AF7 yang kedua ni?

A.C. Mizal masih menjengkelkan dengan suara soprano tahap tinggi macam bunyi keretapi brek tu. Annoying sangat lah. Dan minggu ini akak rasa dia telah memecahkan rekod pengumuman penyingkiran paling kurang ajar dan tidak berhati perut pernah dibuat dalam rekod 7 akademi fantasia.

Sian ek, Adilla ek. Sesuai le dengan muka dia, kalau dah buat dua album pun tak laku, patut le dia faham kan kenapa dia tak laku-laku kan. Ada hati lagi nak masuk AF katanya. Nasihat akak buat Adilla lupakan sahaja lah impian nak jadi penyanyi dan gih le amik kursus pramugari ke kursus andaman ke, pastu nyanyi le part time kat club-club atau kenduri kahwin atau di pusat karaoke sajork.

Anyway, semalam ada tarian pembukaan menuju puncak, bukan pada penghujung konsert. Wahhh, sungguh transformasi sangat. Dah dua konsert tapi tetap takde transformasi. Yang ada transformasi copycat dan transformasi kepada tahap semakin hazab je. Tarian menuju puncak dia cam tak best je, sebab macam banyak step-step kosong harap kan si Yazid gih buat breakdancing je depan tu. Kalau patah leher budak tu, ada ke AF nak bayar insurans. Ada amik insurans tak budak-budak tu. Tapi harmoni masa menyanyi tu oke lah lite lite sugi.

By the way, semalam kan akak dengan set-set kawan akak akademician dok borak-borak pasal AF kan tau tak apa kita orang paling tak suka sekali? Kita paling tak berkenan dengan pengetua Tiara J yang bersiap tak henget mengalahkan pelajar-pelajar. Maybe sebab tu lah baju-baju pelajar semua buruk-buruk belaka sebab budget baju semua dah pergi ke Tiara kot.

Sebagai pengetua di sebuah sekolah seni, Tiara patut lebih menyesuaikan diri dengan pemakaiannya supaya nampak status academiciannya dan tidak terlalu seksi, especially bila dia sendiri berstatuskan Datin Seri. Tapi takde le perlu pakai macam cikgu-cikgu, berpada-pada dah lah. Tak yah lah lengan belah sampai macam tu sekali kot. Nanti pelajar-pelajar mendapat signal yang salah.

Well, itu pendapat kita-kita lah. Tapi yang pastinya, dia bersiap memang over.

Cakap pasal baju semalam, sapa lah punya kerja bagi pakaian-pakaian murahan beli satu dapat satu yang banyak di jual kat kenanga dan kedai belakang station LRT hang tuah tu. Kalau korang tak caya gi le sana. Baju-baju hongkong yang budak pompuan pakai tu semua boleh beli bundle 6 pasang RM20 hengget. Tak cukup buruk di tambah pulak dengan talipinggang WWF dan kalau boleh semua nak dibubuh tali pinggangnya. Tapi baju paling binatang sekali yang Zizie dapat le. Dah rupa macam superman dan akak tengok dia dengan baju merah, top hitam dan LEGGING BIRU MUDA.

Motif legging biru muda dengan baju merah. Dah rupa macam aiskrim paddle pop dah aku tengok. Minggu depan boleh kasi dia baju merah, hijau, kuning suruh dia pose-pose traffic light pulak.



Batman: Eh, superman mana ko pergi semalam banyak penjenayah.
Superman : Aku tengok AF kat stadium lah, sebab zizie pinjam seluar aku.
Superwoman : Adilla pulak pinjam aku punya talipinggang.
Batman : ohh, minggu depan mesti dia pinjam baju aku kan.


Budak laki pulak semua pakai baju sekolah kat hongkong merangkap pemain gold amatur dengan t-shirt buruk, cardigan hazab dan jaket sedih.

Semua-semua cost baju utk 14 pelajar tu adalah dalam RM 300 kot. Menyampah tul baju kaler merah dan putih ala-ala High School musical yang dorang pakai masa menyanyi menuju puncak. Dua kali tengok macam sailor moon lak aku tengok.

Sedih lah transformasi nya.

Sedih.

Cukup lah, komenter pasal perjalanan konsert yang bosan semalam. Sebab orang yang duduk kat stadium pun tak tepuk tangan. Apa Dollah tak buat kerja ke?

Satu je perlu diulangi, A.C. Mizal memang tetap menjengkelkan sampai bila-bila pun dan tidak boleh diubah sebab suara dia yang macam chipmunk tu sebenarnya. Bukan salah ibu mengandung, itu dah anugerah tuhan kita tak leh buat apa apa dengan suara dia.

Jadi baik kita tukar je pengacara lain.

Pleaseeeeeeeeeeeeeeee already.

Baik, jom kita tengok macam mana persembahan pelajar kali ini. Tapi akak busy sikit, jadi akak jemput kawan akak Encik Fredie untuk memberi komentar tentang konsert semalam. Bukan Freddie Fernendez tau.


En. Fredie, dipersilakan.



Hellooooo.. welcome to elm street.


Persembahan Pelajar

AKIM
Satu (Dewa 19)
Buronan Cinta (The Lima)

Cute kan dia. Sebab dia cute tak leh komen lebih-lebih. Akim langsung tak boleh bawak lagu Dewa 19 sebab suara dia terlalu lembut dan tak cukup projection. Dengar macam takde power langsung dan sedikit menyakitkan telinga. Pitching mengarut kelaut gila. Tak yah lah cerita pasal dinamik ke lenggok ke memang takde langsung. Dia pulak nampak macam tak sabar-sabar nak nyanyi lagu Buronon Cinta yang lebih mudah sikit untuk dia, tapi tetap takde voice projection. Paling tak tahan tengok dia punya body movement pelik sungguh. Kongkang gila memang tak leh menari sebab takde body rhytm langsung. Masa ubah lagu tu dia punya feel fake gila. Feel yang direherse.

verdict : Haramjadah kau suka main-main kan budak ni. Dalam sekolah main, tengah buat persembahan pun memain. Tak serious, 1 pasang selipur jepun dan babab montot dia 12 kali.

RUBISA
Dingin (Ziana Zain)
Gagap (Stacy)

Aiyoo, perit telinga dengar dia dok menjerit-jerit cam tarzan. Dia tak menyanyi tapi dia dok menjerit-jerit part tinggi macam nak koyak anak tekak. Rasa macam nak cakar-cakar je muka dia masa tu. Lagu Dingin hancur macam haram jadah. Masa dia nyanyi lagu gagap tu semput sesak nafas. Kita yang tengok ni pun macam sesak nafas tengok dia nyanyi kan.

verdict : Haram... selipar jepun curik kat masjid sebelah je.


QHAUD
Bila Nak Saksi (Spider)
Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussein)

Tak tau kenapa, tapi aku memang macam tak berkenan dengan Qhaud ni. Semuanya macam tak kena. Tapi suka tengok kening dia turun naik macam ziana zain masa nyanyi lagu bula nak saksi. Pastu dari Ziana Zain dia terus berubah macam pesakit anjing gila terkena parkison bila dia nyanyi lagu Untuk mu oleh MUH. Persembahan dia memang tak lekat kat kepala. Baru dia 5 saat je dah lupa. Tahap pertandingan karaoke kampung Ulu Sepri. Rasanya pakcik2 yang dok nyanyi kat stage uptown tu lagi sedap kot.

Baju dia tu memang pemalas tul dia punya wardrobe. Kalau setakat pakaikan tshirt hijau dengan jacket rempit naik motor tu, tak payah pakai wardrode department. Mat rempit pakai baju cantik lagi kot.

verdict ; super hazab, satu selipar sangkut kat telinga dia seminggu. Sebelah lagi selipar sangkut kat leher wardrobe crew.


AISHAH
Coba (Faizal Tahir)
Gila (Mila)

Ah?? dah gila ke apa team AF ni. Kalau dah budak lembut kuat melatah camtu ko kasi lagu Coba. Dah sah sah le dia tak mampu. Kasi le lagu Aisyah ke, Lagu Fauziah Ahmad Daud ke boleh le dia bawak dengan suara lembut camtu. Nasib baik dia tak melatah atas stage tu. Tak ke buruk rupanya. Dan boleh tak cikgu bagitau dia jangan dok senyum sepanjang-panjang menyanyi tu cam orang gila dah aku tengok.

Verdist: Hazab lite lite : terompah kayu haus satu.


OBRI
Akan Tiba (Aliff)
Ada Untukmu (Nubhan)

Perlu ke kenyit-kenyit mata camtu. Tak seksi oke. Pastu perlu ke nyanyi lagu Aliff cuba sound macam alif, nyanyi lagu Nubhan cuba nak bunyi macam Nubhan. Ini pertandingan nyanyian le untuk mencari originaliti dan bakat terpendam, bukan pertandingan tiru gaya artis.

Expression muka fake gila dan falsetto out tahap gila-gila out. Ala -ala kalau main bola, jenis gol di gawang sendiri punya out. Pitching larik ke Afghanistan siap perang-perang dulu pastu singah Gaza.


Aiyoo enough already with this Cardigan. Berapa bundle le dorang beli cardigan kat Kenanga tu lahaiiiiiii..


Hello Astro!!!!!!!!!!!!! your wardrobe officer buat resit sendiri kot. Baik korang check berapa ringgit dia charge baju tu.

Hello!!!!!!!!!!! Orang nak menyanyi le bukan nak pergi main golf. Cukup-cukup le tu.

verdict : Super duper hazab. Sila keluar sebab sempat lagi tarik surat letak jawatan kat bank tu. Tak layak dapat selipar. Dapat satu stokin busuk sumbat kat mulut.


p/s : hampunnnnnnnn kan akak Ajami. Ini bukak akak yang tulis. Ini Encik Fredie Krueger yang tulis.

ZIZI
Sembilu (Ella)
Wonder Women (Mulan Jameela)

Kannnnn, sesuai dengan lagu, patut le kasi baju wonderwoman. Pandai wardrobe kan. Tepuk tangan

Zizie oke, tapi key dia low sangat. Sampai semput dengar dia nak capai low note tu. Aku cukup benci kalau buat rambut pakai extension dan pakai curling iron tu pastu biar dia dok curly-curly macam roti croissont camtu. Nampak tak siap dan nampak murah.

Tone suara dia sedap, rasanya kalau lagu Coba Faizal Tahir tu kasi kat Zizie dia boleh buat lebih baik dari Aisyah kot.

Verdict : Lulus , sepasang selipar asadi.


SIDI
Selamat Ulang Tahun Sayang (Imran Ajmain)
Kukoo (Ferhad)

First song dia sebenarnya nyanyi lagi sedap dari Imran Ajmain. then again, Imran Ajmain sedap ke dia nyanyi pun. Opsss. Terlalu nak copycat Anuar Zain. I am beginning to wonder, ini bukan masalah student, tapi masalah pemilih student yang tak faham tentang pemilihan dan memilih suara-suara yang mereka rasa sedap dan suara yang mereka rasa sedap tu sebenarnya adalah mirip suara-suara penyanyi yang sedia ada.

Sidi punya kebolehan terhad pada lagu slow je. Dia tak mampu bawak lagu laju mungkin kerana tidak cukup masa dan lagu itu sendiri susah nak nyanyi. Tapi ini tak boleh dijadikan alasan, sebab Farhan dulu pernah dapat lagu tak munasabah dia boleh buat dengan baik.

Sidi jugak tak boleh Adlib walaupun untuk menyelamatkan hidupnya. Dan dia jugak tidak boleh manari lag. Nampak pelik sekali.

Dan last note tu dia dok jerit ohhhhhhhhhh tu, very- very der tak perlu.

verdict : first song lulus cemerlang, second song out. I selipar bata.

ADILA
Merawat Luka Terpendam (Liza Hanim)
Asyik (Amelina)

Ni dua lagu favorite aku ni. Biasa je, tidak ada apa yang impressive dan tidak terkilan dia terkeluar. FOr someone with albums, she should do way better than everyone else. Tapi dia tak deliver. Sekarang mungkin dia dah dapat jawapan kenapa dia buat album tak laku. Muka cantik je tak cukup.

Time ni akak dah bosan dah banyak sangat medley dan macam Show RTM lak rasanya. Show Medley pendek-pendek ni tak capai apa-apa pun, sebab pelajar tak sempat nak tukar mood. Kecuali lah Medley tu sama genre dan sama beatnya.

Dan cukup-cukup lah baju blouse satin murah (satin ke polyester) dengan belt tak perlu tu. Semua budak-budak pompuan tu pakai blause dengan belt. Itu je ke mampu difikirkan, baik amik makcik indon cleaner kat tempat kerja aku. Sebab dia pakai baju lagi cantik dari budak-budak ni?

Tapi aku cukup tak setuju cara AC. Mizal bagitau keputusan macam tu, ala-ala menipu dengan memberi harapan palsu, kemudian gih tanya sedih ke tak, pastu whammmmmmmm on your face macam tu.

Terlalu kejam gila.

Tapi tidak sekejam kepada semua penonton yang terpaksa mendengar suara keretapi brek A.C Mizal setiap minggu.


Verdict : Biasa sajork, 1 pasang selipar jepun

ARIL
Benar-Benar (Adam)
Robot (Adam)

Dia ni nyanyi ke bercakap. Useless sangat. . Langsung takde lenggok, colour, dinamik whatsoever. Suara sedap serak-serak basah camtu. Tapi dia tak pandai bermain dengan suara dan emosi. Patut kasikan je lagu Nubhan kat dia. Mendatar tahap dewa-dewa guanyin.

Aril masih belum diuji. Dia masih lagi selamat menyanyi lagu-lagu yang biasa di halwa telinganya.


RINI
Aku Sindarela (Amylea)
Kiblatku (Hazami)

Ah, tadi Aisyah dapat bathrobe, Rini pun dapat bathrobe jugak.

Vocal wise, tak merdu langsung, tapi ada power dan projection. Jadi dengar dia punya pitchiness dan flatnya. Tapi oke lagi dari minggu lepas.

Nasib baik tak kena kick kan minggu ni. Minggu depan kena kick le tu.


YAZID
Lelaki ini (Anuar Zain)
Fikirlah (Aizat)

I was hoping dia boleh persembahkan sesuatu yang magical, sebab dia dapat lagu yang sedap dan fresh. Tapi nothing happen. Takde projection dan terlalu bunga-bunga mat cintan. However second song is better than the first one. Baik-baik deknon, lama-lama orang jadi bosan. Ko pusing le camana pun sampai terkulai leher, kalau ko tak leh nyanyi nanti orang tak undi, kecuali ko Mawi.

opssssssssssssss.

Acah je. Gurau je ek.

verdict : Biasa je, 1 sepit rambut dan 5 tube hair gel.


CLAUDIA
Kumahu (Siti Nurhaliza)
Wanita (Siti Nurhaliza)

The best girl of the night. Ada kelas yang tersendiri.

verdict : lulus cemerlang, 1 jimmy choo last season.

HAFIZ
Cinta Ini Membunuhku (D-Masiv)
Toyol (Aznil)

Tak kisah lah deknon orang cakap ko macam Herman Tino. Sebab Herman Tino sampai sekarang dah lama tak nyanyi pun orang tetap ingat dia. Kau patut rasa bangga di bandingkan dengan legend.

Lengkap very original, ada dinamik dan ada power. Dan dia hebat tukar register dari high notes ke low notes ke high notes dalam satu rangkap macam professional. In a league of his own. Dia patut direhatkan dan terus letak kat Final je dan suruh budak-budak lain capai tahap Hafiz.

verdict: lulus cemerlang, 1 pasang kasut prada second hand.

ISMA
Jat Da Da Da (Dia Fadilla)
Hello (Farah Asyikin)

Gila undian Isma dah hampir 40 peratus. Orang dok undi dia gila-gila mungkin sebab dia mengingatkan kita kepada penyanyi yang kita semua sayang. Atau orang nak tengok dua juara dari rumah yang sama, sebab tomok pun nampaknya mengungguli carta satu lagi rancangan realiti show di TV tidak berbayar. Atau pun orang undi dia lebih-lebih sebab dia ada gaya kakak-kakak dan sangat baik hati dalam akademi. Atau pun sebab dia ada lima orang anak.

Apa pun dalam permainan undian ini, Isma nampaknya melangkaui semua pelajar dengan jauh sekali.

Satu lagi juara simpati maybe?

Tapi suara dia memang sedap didengar sebab dia ada satu kelembutan yang tersendiri. Walaupun sedikit pancit untuk lagu kedua, isma berjaya menyelesaikan tugasannya dengan baik.

verdict : lulus, 1 kasut bata.


Sekian sahaja ulasan saya untuk kali ini. Kembali kepada Fiebie.


TANKS TO COME Freddie dengan ulasan yang sungguh tidak bias itu.

Oke deknon, itu sahaja lah ulasan untuk akademi fantasia konsert kedua untuk kali ini. Basically apa yang cuba disampaikan oleh Freddie adalah dari segi seni suara, budak2 ni kebanyakkannya useless, tapi dari segi menarik undi dorang ada tarikan2 yang tersendiri.

Untuk gambar dan music video sila baca blog lain.

Hik, sekian.


daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa



p/s: Dengar cerita Anggun nak lawat Akademi. Mrasaaaaaaaa...

6 comments:

jeremytuah said...

benchmark AF ni tinggi sangat tau.. AF dah jadi satu fenomena.. tapi setakat 2 minggu ni, belum ada kelihatan any improvement ketara dari segi persembahan.. Konsert 2 macam Malam Karaoke je.. **sigh

insan pelarian said...

verdict: lulus cemerlang, 1 pasang kasut prada second hand.

He..he..second hand katanya .. talipinggang LV 2nd hand tak ade ke nak menggantikan talipinggang diaorang yg azab tu..???

theotherme said...

ac kijam giler...

theblabber said...

spt tahun2 sudah,komentar ko pasal AF ni membuatkan aku gelak sorang2 depan PC ni. tak yah tgk TV aku leh imaginekan show budak2 tuh.

ye, AC adalah annoying. pastu cam bajed semua org suka. apakah?

@rep said...

dapat selipar jepun pun jadilah.. ada few students yg tak dapat apa2 pun.. kejam...

Fiebie said...

betul jeremy, i have to agree. tapi yang menjadi kebanyakkannya budak bintang rtm dan oiam, malaysian idol. tapi af ada tarikannya yang tersendiri sebab penonton rasa dipertanggungjawabkan untuk menentu masa depan pelajar ini. bukan untuk mencari seorang yang boleh menyanyi semata-mata

insan pelarian : kasut second hand je murah, belt, bag semua mahal lagi walaupun 2nd hand.

darling8tabby : tak baik kata ac kejam. dia tak kejam lah. dia bodoh.

miezi : tu sebab ko gila lah.

arep: tu nasib baik aku kasi selipar jepun. kalau aku kasi azwan ali camana?