Monday, March 23, 2009

Mudanya!!!

Abunita Cardova Al-Kangari, mana ko sundel. Ko suka kan buat pose-pose nyorok tak perlu. Ko ingat ko nyorok belakang pondok telefon tu akak tak nampak perut ko terjojol keluar tu. Kan, Justify Fullmengata orang tak hengat ni PJD. Paku dulang paku serpih, mengata orang, perut sendiri yang lebih.

Hik.

Tapi takpe.

Ko suka kan cerita separuh jalan. Mana janji-janji palsu hang nak hantar sms ugutan semua tu. Akak nak abiskan episod Ciken Rambo tu. Jangan takut nok, orang tu tak baca pun blog akak ni. Kalau paling kuat pun dia maki hamun hang ja. Dia tak berani buat lelebih sebab sms-sms ugutan dia semua ada kat hang. Kalau jadi apa-apa akak suruh Angam gih print je message-message tu kat PC dia no. Tapi kalau dia lebih-lebih tu nasib hang lah ya.

Anyway, ni nak cerita sikit. Sebenarnya seminggu ni akak happy je tau. Dok senyum sepanjang hari ni. Bukan sebab gaji dah masuk, gaji masuk lagi 2 hari no. Sebab hari tu akak dok jenjalan dengan Kyra Osman ni dok teman dia gih beli beg dan mencari ubat kurus. Tu lah ponen tu kan, setiap kali outstation mesti beli beg baru. Suka nau beli beg PVC yang merosakkan alam sekitar ni kan.

Nak dijadikan cerita masa akak dok jalan-jalan dengan kyra kat Jusco Bukit Tinggi, ada lah sorang budak remaja cina ni dok usha-usha. Ingatkan dia nak berkenalan ke apa, akak dengan kyra pun terus buat muka ayu lah ni. Rupanya dia nak jual barang da. Dia jual alat pengelek perut tu. Ala-ala talipinggang tu sangkut je kat perut, on switch, sebulan dari Adibah Noor terus boleh kurus macam Saiful Apek.

Kata dia lah.

Propah kuat kan, sebab yang dok jual tu pun set-set Adibah noor dan Mazidul Akmar Sidek jugak kaedahnya.

Tapi takpe lah, disebabkan kat tempat demo tu ada sofa besar kita orang pun dok le pose-pose sambil di layan oleh budak cina tu. Sebenarnya nak duduk kat atas sofa tu je. Maklumlah Jusco Bukit Tinggi tu sebesar tidak.

Masa kita orang menuju kat budak tu pastu duduk kat kerusi tu budak tu tiba-tiba cam ala-ala tercengang tengok kita orang. Adakah dia terpesona dengan kecantikan akak dan kyra? Atau dia terkejut sebab tengok ahli gusti dua orang dok pose-pose manja.

Rupanya dia cakap, dia ingatkan abang, tapi rupa-rupanya kakak.

*pengsan 15 minit.

Dah buta ke apa budak tu. Tapi akak tak salahkan budak tu, sebab kalau dah dua dua lawan kepit suara kan, jangan kata budak cina tu confuse, mak bapak sendiri pun boleh confuse dulu dorang lahirkan anak laki ke anak pompuan.

Tapi akak speku dia saja je nak kasi kita orang rasa kembang cam belon.

So Kyra Osman pun cuba lah pakai talipinggang ajaib tu yang menjanjikan kurus tanpa diet dan tanpa bersenam. Boleh?

Akak pulak cuba le mesin pengurut kepala ni.

Memang sedap sekali mesin-mesin tu, tapi bila tengok harga dia yang besar itu tidak memadai dengan barang yang kecil itu, maka kita lupakan lah sahaja hasrat untuk menjadi kurus sebentar. Tembam pun cantik jugak ya.

Disebabkan menda tu sedap sangat pakai, jadi kita terlupa lah yang kita dok pose-pose cuba je, terlama pulak sessi percubaannya. Dak cina ni tak sabar-sabar dia nak suruh kita swipe-swipe card ni.

Jadi masa kita dok cuba-cuba tu kan, dia pun borak-borak le. Tanya macam-macam le cam nama berkenalan. Nama dia Lee. Macam berminat sangat ni nak tanya. Abis semua kerja mana, semua dia tanya. Tapi bukan akak tak tau, dia tanya tu semua nak agak-agak gaji kita berapa je, so dia boleh jual mesin pengurut badan yang harga macam kereta kancil tu.

Kalau mesin kecik pun tak mampu, lagikan kerusi urut tu, mimpi je lah kan.

Pastu dia tanya le umur akak dan kyra.

Terus kita orang diam. Maklum lah ponen-ponen tua ni agak sensitif kalau ditanya bab umur kan. Macam le takde soalan lain. Jadi seperti biasa, kita pun buat-buat lah aksi manja suruh dia teka umur kyra dan akak.

Pastu budak cina ni cakap,

"i lasa akak ni abang (mati lah akak ya dia panggil), dan akak ni alik (merujuk pada kyra)"


Harus le akak sentap kan. Berani mati dia kata akak tua, walaupun hakikatnya akak memang 6-7 tahun lagi tua dari kyra.

Harus le akak tak puas hati, akak tanya lagi.

"Kalau i abang, umur i berapa, cuba teka" akak tanya sambil buat-buat muka ceria dan friendly.

Pastu dia jawab....


"i lasa umur you.....


jeng jeng jeng...


jeng...




jeng jeng



jeng...



22 tahun



*Terus pose-pose menyembah di lantai sambil buat sujud sahwi dan berdoa dikekalkan keremajaan ini selamanya.



Kuattttttttttttt nau ko propah kan, sebab nak jual barang macam-macam ko cakap kan. Kalau akak tanya lebih sikit harus ko cakap muka akak ada mirip mirip Beyonce atau Faye Wong.


Abis kalau akak 22 tahun, kyra berapa tahun pulak?


15 tahun?? Genittttttttt nauuuuuuuuuu.



Akak nak layan lagi budak Cina tu, tapi Kyra dah tengok akak sengeh-sengeh sendirian cepat-cepat dia ajak akak gih tempat lain.

"Mak ayam, cepat sikit, supermarket nak tutup tu"

Kacau daun tul, tapi kalau kyra tak selamatkan akak masa tu, harus dah akak bawak balik rumah alat pengurus badan dan alat pengurut kepala dan menambah lagi hutang kredit card akak sebenarnya.


Apa pun, akak tetap happy, sebab akak hakikatnya masih kelihatan muda belia (walaupun hakikat sebenarnya akak rasa cina tu propah kuat)

1 comment:

Kyra said...

22 tahun la...

Kelakar nau masa tue...tak tahan sebab dia cakap i nie kejap cam laki kejap cam pompuan..matila...

Tgk nok orang boleh ckp umur kita bawah dari 22 tahun...so ini bermakna kita kitak lah

KEDAUNG....