Saturday, March 14, 2009

Siri bercakap dengan ciken: Ciken ku berpisau Rambo episod 3

Previously in Westeria lane, Abunita was so sad because her chicken is so one kind one. So she called and said "heyyy syaitaannn, pulangkan harta ku" and then she sang Pulanglah By misha omar. The chicken cross the road and get to the other side and as he was approaching to the car, Abunita suddenly felt so scared one out of a sudden. 

"This is not good... this is not good"  she said to herself. 

What happen to Abunita, will she get back her phone, or will her short porno film will be aired in xtube.com???

Tune in to Desperate Ciken right after this break. 

-------------------------------------------------------

Iklan tissue primeer

-------------------------------------------------------

Oke, mak sambung na cerita sedih mak, kata abunita pada akak sambil mengesat mata dengan tissue primeer"

"Baik, teruskan, mak dengar ni"  cakap mak dengan muka tersenguk-senguk, tak sangka lak cerita ni lama tul climaxnya kan. Bak membeli dvd porno orang putih yang 1 1/2 jam tak abis-abis lagi satu round, sedangkan cd lain 1 jam dah 4-5 round dah orang tukar. Rugi RM30 hengget. 

Macam ni lah sambungan nya noks...

Bila dia dok berjalan dengan muka serious ke arah mak, mak dah sedikit cuak. Mak keluar dari kereta dan menutup pintu. Begnya mak biarkan dalam kereta. Dia lihat mak dengan hujung anak mata sambil dahi yang berkerut. Mak dapat lihat urat di dahi nya bergetar, dan matanya bergerak-gerak. Mukanya marah padam. Mungkin dia terkejut modus operandinya telah berjaya mak patahkan. 

Tapi mak memberanikan diri. Mak dapat kekuatan bila melihat orang ramai lalu lalang. Maklumlah wanita-wanita besi macam mak ni, segagah manapun bila berlaku konflik camni automatik mak menjadi wanita yang lemah. Lalu mak cakap kat dia,

"kalau hang nak beg hang, hang pulangkan telefon aku" mak cakap dengan begitu tegas sekali bak halilintar mengunakan suara soprano mak supaya nampak garang dan at the same time masih mengekalkan sifat terpuji wanita melayu yang ayu. 

Pandangan matanya begitu tajam. Mak rasakan diri mak seakan kecil dan genit seperti Milla AF walau hakikatnya mak sebesar macam Chef yang berlakon iklan jual air tin Lo Hong Ka yang mempunyai gambar potret angkasawan negara yang besar sekali di bilik tidurnya itu, betul-betul di atas kepala katilnya.

Motif potret!!! sesuatuh...

Dia pun nampak dengan hati yang berat, muka tidak puas hati  seperti wajah Datuk Rafidah Aziz semasa diumumkan kekalahan dalam pilihanraya yang lepas dan tidak banyak cakap terus menghulurkan telefon mak. 

Mak pun terus  menyambar telefon mak, dan terus sujud sahwi dua kali untuk menunjukkan rasa bersyukur mak memandangkan telefon mak tidak lagi menjadi mangsa doorgift. Mak dah serik asyik jadi santa claus ni. 

Pastu dia pun terus amik beg dia dengan muka sentap, dan berambus. Fuh lega sikit hati mak bila dia dah pergi. Walaupun mak sedikit terkilan kenapa boleh jadi macam ini. Mak pelik cinta suci murni mak selama ini dibalas dengan perangai serupa iblis hanya kerana sebiji handphone. Jangan kata handphone, rumah bungalow pun mak boleh bagi kalau dia bersabar 30 tahun bila mak dah kaya nanti. Tapi dia tak sabar, so nasib lah. 

Perlahan-lahan mak nampak dia berjalan pergi, membawa bersamanya pengalaman mak dengannya dan kebahagian yang sementara. Sambil-sambil tu mak check lah handphone mak mana le tau ada message ke apa ke, and mak terus terperasan yang telefon mak itu tidak ada datacard. 

Syaitan tu dah amik datacard telefon itu. Datacard yang ada filem lucah kita berdua. Dan mak terus menjerit...

Syaitannnnnnnnnnnnn, pulangkannnnnn...

Hik, mak tak le jerit sebenarnya mak terus lari kat dia dan ikut dia. Mak ikut kemana dia pergi dan cakap kat dia, pulangkan memorycard aku, pulangkan memorycard aku. Tapi dia tetap buat bodoh dan buat tak faham. Tapi mak tak peduli. Mak ikut jugak walaupun dia berjalan semakin laju, mak tetap mengejar dia dan mak mula meninggikan suara. 

Jangan larik... pulangkan setannnnnn!!!!

Bila dia buat tak layan mak tarik beg baju dia. Dia pun berhenti dan berlakukan aksi pergaduhan ala-ala menarik beg macam dalam citer hindustan. Memandangkan kita dua-dua pun jenis gagah perkasa, nak dijadikan cerita sampai koyak dan putus tali beg itu. 

mak tak kira, mak nak jugak-mak nak jugak...

Opss, i am sorry, kata mak sambil membuat aksi lawak tak menjadi amir raja lawak tu. 

Dia nampak bengan gila dengan mak. Renungan mata dia boleh menembusi dinding masa tu. Mak tau dia akan bertindak agressif, jadi mak menjauhkan diri sedikit. Tapi dia tetap tidak memulangkan memory card tersebut dan terus berjalan seperti biasa. 

Mak tak kira mak tetap mengekori dia dari belakang sambil teriak pulangkan memorycard. Dia berkali-kali cakap dengan mak supaya jangan ikut dia. Tapi kalau dia mampu degil, mak lagi hebat dalam hal keras kepala ini. 

Mungkin kerana bosan tengok mak terus mengekori dia, Tiba-tiba dia terus hilang sabar dia pusing badan dia dan menyelok sesuatu dari poket depan beg dia dan mengeluarkan pisau rambo yang sangat besar sekali. 

ko nak apa, ko nampak pisau ni!

Sambil dia hunus pisau tu mak dia cakap, "awak jangan ikut saya kalau tidak saya rodok perut awak dengan pisau ni"

Mak terkejut beruk noks. Beruk pun tak mampu terkejut macam mak. Nasib baik mak tak sempat membuat pembedahan plastik lagi. Kalau tak mesti tetek silikon mak pecah sebab terlalu terkejut. 

oii, kus semangat. terkejut akak deknon

Harus le mak kecut kan, takkan mak nak pose pose cantik pulak

. Mak pun berhenti ikut dia dan mak jalan perlahan-lahan ke kereta mak sambil bercucuran air mata. Sekurang-kurangnya mak mendapat telefon mak, walaupun memorycardnya dah hilang. Dah le tu, memory card tu ada video lucah mak pulak tu. Dan mak jugak yakin sangat, memorycard yang hilang awal-awal pun sebab beruk ni jugak yang amik. 

Tapi mak bersyukur, nasib baik perkara ini berlaku di siang hari dan di tempat ramai orang. Kalau takde orang, tah-tah mak dah mati dah kot. 

Mak bersyukur perkara ini telah selesai. Mak dah dapat pengajaran yang besar dan berharga bagi mak. Bukan semua orang yang baik, atau nampak baik, waima dia bekerja sebagai orang baik itu sebenarnya baik ya. Manusia sekarang wujud dalam berbagai bentuk dan penuh dengan hipokrasi. 

Bersyukurlah semua nya telah berakhir. Tapi mak silap, mak bersyukur terlalu awal. Mak ingatkan hujan sampai ke petang, rupanya salji di tengahari, dengan ribut taufan dan puting beliung sekali. Selang beberapa hari itu mak tiba-tiba mendapat sms..

SMS yang bakal merubah pandangan mak tentang konsep keadilan, sms yang akan memusnahkan hidup mak ...

bersambung...

--------------------------------------

Hik, tak abis lagi katanya.  

Ikuti siri terakhir Ciken ku berpisau rambo pada entri seterusnya dengan isu-isu yang lebih menarik melibatkan pegawai kerajaan di Putrajaya dan seorang Peguam di Utara ini, yang disebabkan oleh seorang kakitangan bukan swasta di utara tanah air dengan seorang kakitangan anggota keselamatan  negara yang harapkan pagar- pagar makan padi. 

sedihkan.. cian ek

Apakah akan terjadi pada Abunita?

Adakah yang dilakukan oleh anggota polis berpangkat prebet itu?

Kenapakah peguam dan kakitangan kerajaan di putrajaya masuk campur... 

suspen tak???

Tungguuuuuuuuu.....

No comments: