Tuesday, September 8, 2009

Piknik!!


Piknik di bulan puasa??

Yup entri kali ni pasal piknik di bulan puasa. Tapi sebelum tu, dah dapat jawapan trivia semalam?

Kenapa selalu labour law mengatakan kita mesti kerja 8 jam? Bukan 6 dan 10?

Sebab, satu hari kita ada 24 jam, jadi kita kena bahagikan kepada 3.

8 jam kerja,
8 jam rehat, dan
8 jam tido


Ah, tapi moomoo tau bagi kebanyakkan pengila internet dan bloggers (yang tidak berblog dan bertenet ketika waktu kerja) memerlukan sedikit masa untuk berblogging dan berinternet.


Jadi labour law kena tukar ni waktu kerja kepada

6 jam kerja,
6 jam rehat,
6 jam blog/internetting, dan
6 jam tido.


Oke, hari ni konsep berbuka puasa Moomoo adalah konsep piknik. Tapi sebelum tu kita gih jenjalan dulu gih tengok uptown shah alam nak?



Dulu blog ni pernah cerita pasal uptown Shah Alam kan. Masa tu rupa dia cam haram je. Macam uptown yang ada kat Cheras, kat Danau Kota yang dipenuhi dengan khemah-khemah orang menjual barang-barang yang menjana ekonomi China dan Siam.

Tapi sekarang Uptown Shah Alam tak lagi rupa macam haram gitu. Sekarang dia dah di upgrade ala-ala Sungai Wang terbuka. Kedai lebih tersusun dan setiap kedai ada dinding. Nampak macam permanent pula bangunan-bangunan yang dibina di situ. Ntah dorang buat sendiri ke apa tak tau lah.

Tapi keadaan dia lebih tersusun kemas dan selesa. Kedai makan dia pun dah bertambah, dan penjual-penjual dia pun dah semakin kendo dan nampak lebih gumbira mungkin sebab dah ada EPF.




Kali ini, moomoo di temani oleh celebriti fashion designer yang suka-suka kontroversi dulu. Sekarang dia dah insaf dah. Tak mau kontroversi dah. Maklumlah tak lama lagi nak bukak butik, karang kontroversi banyak sangat takde lak artis nak pakai baju dia lagi nanti.

Tapi moomoo selalu cakap kat dia, pedulikan le, baik ko layan mak datin- mak datin dari layan artis, sebab kebanyakkan artis banyaknya nan ado.. Dorang ni semua nak baju cantik, dan nak
nampak lawa, tapi hakikatnya semua miskin dan nak sponsor je lebih. Tu lah ada artist yang pakai baju macam taik ada designer-designer bagi pun dorang pakai jugak.


Opsss...


Gurau je.


Tapi bukan semua lah. Sebab Moomoo dah jumpa banyak artis yang actually bayar designer untuk buat baju dorang, sebab dorang tak berangan macam artis hollywood walaupun hakikatnya hanya berlakon filem Prof Razak Moheideen dan David Teoh. Artis yang bayar ni selalunya yang banyak duit dan meletop le. Tak payah lah sebut nama ek...





Anyway, jom tengok uptown shah alam meh.



Nampak??

Kelas kan, ada pintu kaca macam kat supermarket katanya. Tapi ini uptown ni. Suka-suka tok nek dia je gih buat bangunan sendiri dalam uptown tu kan. Pastu mematikan peluang orang lain. Konsep niaga kat uptown ni utk orang miskin, bukan untuk orang kaya.

Local Council tidur kah? atau terlebih di sumbat?

Tak kisah lah kan, as long peniaga tu peniaga bumiputra bukan alibaba oke lah. Merasa le banyak duit kan.

Kat Uptown ni tempatnya di bahagikan kepada 3 bahagian. Bahagian hadapan ada pentas dan gerai-gerai jual titbits, di tengah-tengah kedai-kedai yang kebanyakkan menjual pakaian dan di belakang ada barisan-barisan gerai yang banyak.

Dan gerai-gerai dia nampak bersih dan terjaga, dan setakat ini belum nampak lagi Cik Ti.



Ada jual baju, made in china dan vietnam dan siam

ada jual buang buatan vietnam dan siam, dan juga ada syarikat berani mati kata dia adalah retailer dan wholesaler untuk kasut crocs, walaupun crocs tu adalah crocs Guang Dzou, China yang dibeli dengan harga RM20 sepasang, tapi di jual dengan harga RM90, which is RM50 cheaper dari crocs kat pasaraya.

Untuk pengetahuan semua kilang crocs memang terletak di China, dan kilang yang mendapat lesen tu, dorang sendiri yang produce crocs tu banyak2 secara haram dan dijual di black market. Secara teorinya crocs itu memang original, tapi bukan legal.


Eh, kuat lak aku membebel.


Pastu ada pusat urut, bukan rumah urut yang haram ada body to body massage tu tau. Tukang urut dia semua abang-abang Siam, ala ala kendo jugak you all.


Kueh raya pun ada. Harap-harap kueh ni bukan made in China atau Taiwan.



Eh apa abang ni buat ni???

Ohhh, abang ni jual Aiskrim... Singgit je sebiji ice cream dia.



Ah tu Hatta Dolmat dengan pengurus baru dia yang sangat garang walaupun kecil je orangnya.


Pastu ada t-shirt kualiti rendah ciplak yang made in China atau Siam atau Batam Indonesia.




Ni gerai-gerai makanan.



Ada jual kasut adidas Ciplak yang made in China. Kasut ni sapa kaki yang kuat berpeluh, nescaya kalau pakai 3-4 hari dengan stokin tak berbasuh, nescaya berbau tungkik le satu rumah setelah membuka kasut haruman bak Ambi Pur.



Abang jual air jambu yang agak jambu yang confuse dan tak faham kenapa muka dia di ambil gambarnya bersama seekor lembu.


Ni lah gambar Crocs Retailer & Wholesaler tah crocs mana tah gila kasi lesen kat dia.



Ah tu lah dia kisah Uptown di Shah Alam. Walaupun kaedahnya Uptown ni adalah satu konsep perniagaan untuk Bumiputra yang bagus untuk melatih lebih ramai bumiputera untuk menjadi lebih berdaya saing dan bersifat entreprenuers, tetapi kebanyakkan barangan yang dijual oleh mereka bukanlah produk-produk yang dihasilkan oleh orang tempatan.

Kebanyakkan atau hampir semua barangan yang dijual oleh mereka samada di import dari Siam, China, Taiwan dan Indonesia. Semua uptown di Malaysia sampai ke Wakaf Che Yeh tu kat KB tu pun menjual barangan yang sama.

Ini tidak menciptakan usahawan, tapi hanya melahirkan peniaga yang kecil-kecilan yang sampai bila pun takkan berjaya nak sama macam Lim Goh Tong ke, Robert Kwok ke Anandha Krishnan ke.

By the way, tahukah anda hanya ada sorang sahaja jutawan melayu dalam list Malaysia 15 most rich people in Malaysia.

Nak tau sapa?? tunggu di akhir rancangan.


Anyway, dari segi pengaliran wang dalam ekonomi adalah tidak baik untuk imbangan ekonomi negara bila banyak aliran wang keluar berlaku untuk membeli barangan import ini. Jangan ingat barangan import tu yang had mahal-mahal tu je. Had murah ini dalam kuantiti yang banyak yang juga kalau dikumpulkan dalam tempoh sehari ntah-ntah lagi mahal dari harga sebiji Boeing 777 tau.

Bayangkan 2000 pengusaha uptown di seluruh malaysia membeli barangan import dari luar bernilai sebiji boeing sehari.

Setahun dah 365 biji kapalterbang.

Tapi ini adalah perbincangan yang secara ektreme lah, semata-mata untuk mempermudahkan pemahaman.

Jadi kerajaan perlu lakukan sesuatu, sebaliknya melatih bumiputra untuk jadi pengusaha, dan kita semua mesti sokong usahawan dalam Negara dan membeli barangan tempatan.


Mampus aku kalau ada peniaga uptown baca ni abis kena pukul sampai mati.


Itu lah kisah uptown di Shah Alam.



PARAM KOMPLEKS PKNS


Hari ni kita melawat Param Kompleks PKNS dan tengok apa ada di jual di sana. Sebelum tu, moomoo rasa panas jadi moomoo nak berendam dalam tong ais ni kejab dengan botol-botol air tebu yang begitu sedap sekali ni.




Param di PKNS Shah Alam ni terletak di belakang kompleks PKNS dan di sebelah Shah Alam City Centre (SACC). Param dia kecil je, dalam dua baris dan menjual makanan-makanan yang biasa dijual di semua Param yang lain.

Ada nasik kerabu.

Ada nasik lemak. Beratur orang nak beli ni walaupun dah masuk hari ke 18. Maksudnya nasik lemak dia mesti sedap kan.


Ada cucur udang, keropok dan cekodok pisang


Ada nasik tomato dan nasik minyak.

Kat sini nasik tomato dan nasik minyak dia ada 3 lauk. Lauk ayam, lauk kurma daging dan jugak ada jelatah. Dan harga dia RM4 ringgit je. Rasa pun not bad.




PIKNIK


Jalan-jalan punya jalan, tiba-tiba dah nak masuk waktu berbuka puasa. Jadi kita semua beralih ke tempat yang dituju dengan berbekalkan kueh mueh dan makanan yang dibeli di Param PKNS.


Kueh tart tu bukan dibeli di Param, tapi di beli di IKEA.



Moomoo suka kueh tart dan apam balik.


Tu dia semua mengambil kedudukan masing-masing sambil menunggu Azan berkumandang.


Ni dewan Teater Shah Alam, berbentuk seakan Topi Belanda, tapi dia kali tengok macam kerang. Atas dasar apa dia buat topi belanda tu moomoo pun tak tau. Mesti designer dia dan pemilih designer dia pun lembu macam moomoo tak belajar sejarah.


Best tak nampak macam kelas kan. Tak yah tune-tune channel radio ke tv ke nak dengar azan.



Ni pulak bahagian muzium shah alam.

Ada yang datang dengan kawan-kawan, ada yang datang dengan famili.


Ada yang berdating dua orang.




Tapi nak piknik-piknik juga.

Selepas piknik jangan lupa bersihkan kawasan. Sapa yang membeli makanan tu bungkus balik sampah dan kalau tak pakai tikar, boleh pakai surat khabar, buang semua surat khabar tu.






Oke lah, itu lah kisah piknik di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Tempat ni terletak di bersebelahan Muzium Shah Alam, hotel grand Bluewave dan masjid Shah Alam.


Oke satu lagi soalan Trivia.

Apa persamaan antara kesemua yang berpiknik di Dataran Shah Alam ni???



Betullllllllllllllll


Semua tak semayang Maghrib, atau lambat sembahyang Maghrib.



Soalan Trivia pertama tadi Sapakah satu-satunya orang Melayu (walaupun dia adalah separuh arab) yang termasuk dalam list 15 most riches man in Malaysia???





Jawapannya, selepas ini.



Chowwwwwwww cinnnnnnnn cauuuuuuuuuuuuuuuuu




11 comments:

Perindu Sepi said...

syed apentah albukhori.... ye tak?
huhuhu

CAHAYA said...

kat mana lokasi Uptown Shah Alam tu. Macam menarik je nak carik Crocs murah.

n0n0n said...

uptown shah alam....tak penah lagi aku pegi walaupon duk shah alam....nanti la aku pegi ngan cousin aku...hahaha...kat seksyen 24 kan uptown ni?dekat je la tu...leh arr nnt aku pegi...

nieza said...

akak ku
keji tau amik moomoo wat ganti diri,lak tu nampak jari jemari akak jek yg mulus gitewww...bagi la imbasan ruper akak,huhhh sumpah akan minat kt akak sampai biler2...hikkk

Fiebie said...

guyz, ah pandai pun. tul le tu. ntahkebenda.

cahaya, kat seksyen 24. senang je, dari dataran shah alam terusssssssssse je ke seksyen 24, eh ke 23 tak ingat.


nonon, pergi cepat beli crocs

nieza: muka aku cam lori hantu, tak yah bubuh gambar

nieza said...

akak ku
oooo cam lori antu ekkk..ok per lori antu pun ada gak dier nyer natural beauty...hikkk mana janji akak nk turun pg bagai...tuntut nie

Pnut said...

huwaaaa nostalgia...
aku masuk sini rasa nak sawan nengok gambo makanan jek..

tp teori bab usahawan malaysia kena jual produk tempatan payah sikit,

sbb sini kos buruh tinggi, jadi kena jual produk tinggi gak.. macam kalau mesin cetak baju bagai mahai, kos upah pekerja lagik

kat china murah, itu sebab ada usahawan melayu share-share pegi china borong baju murah-murah satu kontena...

itu sebab depa balik boleh jual murah..

a m l y n y x said...

weolss ni kan dr uols bukak tutup bukak tutup bukak balik belog weols layann blog uols nih. tah apa weols minat tah.

semua tempat uols tunjuk dlm belog nih weols dah jajah. kita duk daerah same ler kan. nak jer weols serempak ngn uolss. tp penah aku srempak ngan uols sume, tetiba aku jadik shy2 moo, opss cat! motiff??!

Iman shah said...

ade kilang croc ke kt malaysia??

joetamchi said...

pengusaha kt m'sia payah nk cari mkn beb,
senang jd trader jer,,,,

keta m'sia pn org msia pndang sblah mata......

joetamchi said...

korang nak g china cari pruduk niaga???
call 0123609097
atau
00861357055010
(mizi / fendi)
macam-macam ada...
5 hari / 4 mlm