Mama Raz ajak makan sebab dia nak masak.
Walaupun mama Raz seorang wanita berkerjaya yang sentiasa sibuk, namun beliau tetap meluangkan masa untuk memasak untuk kawan-kawannya. Sementara semua sibuk ke Param membeli makanan siap tapi Mama Raz tidak mau menjamu kawan-kawannya dengan makanan pasar malam.
Mama Raz masak malam tu.
Tengok betapa gigihnya beliau memasak memakai court shoes mana le tau, tiba-tiba dia di kehendaki untuk ke Pejabat atau ke Mahkamah, jadi Mama Raz sentiasa bersedia untuk menjalankan tugasnya. Bagi Mama Raz, kita mesti kelihatan cantik setiap masa setiap ketika.
Sementara menunggu Mama Raz abis masak maka kita pun dihidangkan oleh kueh mueh yang popular di bulan Ramadhan ini seperti karipap, kueh lopis, kueh kaswi dan kueh cara manis.
Tidak lama kemudian, mama raz pun siap masak dan telah memasak....
Tempe Goreng
Tauhu Goreng, dan...
Ikan goreng!!!!
Thats IT!!!!!!!
Mama raz cakap kita kena sentiasa hidup sihat jadi dia masak tauhu yang kurang kolesterol. Selain itu tempe pula mempunyai banyak khasiat yang akan menyebabkan muka kita menjadi cantik seperti Khir Toyo dan ikan goreng pula adalah Brain Food yang baik untuk perederan darah di otak menyebabkan kita semua menjadi bijak.
emmmmmmmmmmm...
Ajak ramai-ramai berbuka puasa di rumahnya hanya mengoreng ikan dan tempe dari jam 5.30 petang????
.
.
.
Hik, takde lah mama raz sekejam ituewwwwwww..
Moomoo kidding kidding je
Mama Raz juga telah memasak hidangan lain yang sedap-sedap belaka seperti
Ayam masak kicap Sri Rampai. dan
Sup Sayur TTDI.
Semua makanan sedap-sedap belaka sebab di masak dengan penuh kasih sayang. Kepada Mama Raz, terima kasih daun keladi, nanti free buat lah lagi.
Muahs muahs.
Dan sebelum kita mengakhirkan rancangan, kita semua telah lepak-lepak sambil memakan colek sambil mengedik di sebuah restoren yang pekerja/pelayannya semua adalah lelaki siam yang kendo-kendo belaka di TTDI.
Sekian sahaja Entri kali ini yang nan ado.
Jumpa lagi... daaaaaaaaaaaaaaa
No comments:
Post a Comment