Wednesday, September 9, 2009

Piknik Again???

Yuhu.

Selamat kembali, dan selamat ramadhan kareem al mubarak yang ke 18. Berdebar-debar ni lagi 12 hari lagi banyak le kawan-kawan kita akan dikorbankan menjadi rendang, serunding dan sebagainya.

Dah dapat dah jawapan trivia semalam?

Sapakah manusia terkaya di Malaysia, dan sapa satu-satu orang melayu yang ada di dalamnya?

Tu dia, orang Melayu terkaya di Malaysia, Tan Sri Mokhtar Albukhary. Multi billionaire businessman bukan sahaja kaya malah handsome dan suka menderma. Macam Robert Kwok, dia pun ada business gula dan salah satu dari 4 syarikat di Malaysia yang ada konsesi memproses gula ada milik syarikat nya. Kalau tak silap Prai Sugar. Sebab tu muka dia manis je.
Kalau gula di Malaysia abis, boleh pergi rumah dia mintak gula na.

Kalau bapak dia dah handsome camni, harus anak-anak dia kendo ya amat kan. Sapa le jadi menantu dia harus beruntung kan.

Selain dari Tan sri Mokhtar, Tan Sri Mustapha Kamal dari MKLand juga adalah salah seorang billionaire Melayu.

Jadi kita kena contohi keberanian dorang dalam nak berniaga.

Persamaan antara kesemua billionaire ini adalah they are there at the right time with the right people, and they are the masters in their own trade.

Ingat, knowledge is power, and power is knowledge.

Knowledge generate power, and power generate knowledge.

Hari ni takde isu. Hari ni ada gambar-gambar je. Sebab hari ni kita nak feeling2 jadi photographer.



Hari ini, mesyuarat jemaah pakar-pakar permakanan sahur dan berbuka puasa telah mengambil keputusan untuk berpiknik kali kedua, kerana aktiviti semalam adalah sangat menyeronokkan.

Project manager untuk majlis berbuka puasa hari ini adalah Hatta Dolmat. Tapi kali ini, kita tak membeli belah di Param, tapi Zery Zamry, dari Zery Zamry Couture (link boleh di lihat di tepi blog ini) telah dengan relahati mengoffer diri untuk memasak untuk juadah berbuka puasa hari ini.

Makanannya harus lah special.

Hebat Zery ni, boleh design baju, jahit baju, boleh buat interior decoration, design pelamin, design hantaran meletop dan selalu dia kalau tunjuk skill memasak dia memang respect. Makanan dia semua menjadi dan sedap-sedap walaupun dia mengoreng ikan sampai hancur.
opsss.

Jom tengok lauk pauk yang sedap belaka


Tasty Fried chicken and potatoes with black soy sauce and black pepper with cilentral.

Nama melayu dia ayam masak kicap. Bila nama orang putih cam best je kan.


Sayur kobis goreng




Ikan sardin goreng retak seribu cinta ku hancur berkecai di kebas orang
(Lagu terbaru Siti Nordiana berduet dengan Abby Abadi)



Ikan Singgang Seri Ramadhan Al-Mubarak Asam di darat Ikan di laut, akhirnya bertemu jua di dalam Periuk.

dannnnnnnnnnnnn...

Paling penting sekali.....

Budu ku budu mu jua


Juga beberapa kueh seperti popiah, roti john dan kueh almond london.

Masak Singgang kalau dilawan dengan budu memang tak leh cakap apa lah. Mak mertua lalu pun tak sedar punya. Camana tah sedapnya jadinya.

Nanti di akhir rancangan, kita akan sharekan resipi singgang oke... tunggu.



Hari ni konsep berbuka adalah konsep piknik di dataran. Dengar cerita di Padang MPK di kuantan juga mereka banyak konsep-konsep berbuka secara piknik di tengah padang. Ah sapa-sapa suka piknik, kalau hari tak hujan dan tak suka piknik di tengah panas ini sahajalah masa ketika bulan Ramadhan untuk berbuat demikian. Kalau hari-hari biasa ko pergi piknik di tengah padang tu orang akan kata ko gila meroyan. Merasa naik lori hospital bahagia bersama-sama makanan sekali katanya.

Tapi jangan lak pergi piknik kat tengah padang Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Nanti korang kena tangkap dengan penguatkuasa DBKL yang kekwat tu tapi hanya mesra pelanggan kepada pengusaha-pengusaha kedai mamak yang banyak dikatakan sebagai pembayar gaji terbesar kedua mereka.

Tapi bukan semua lah.

Hik, tipu je. Akak speku je semua tu. Kakitangan Local Council semua baik-baik belaka tau.
Anyway, peliknya semalam tak berapa ramai orang piknik, tapi selepas gambar-gambar piknik ni di paparkan di dalam blog-blog dan merata alam, tiba-tiba penuh padang dataran tu dengan orang. Ntah mana datangnya dan semakin meriah.




Tu diahhhh, memanggil manggil azan di masjid tu.
Ahh, amik ko, ada perhimpunan PKR kah??? Kalau orang PKR datang dan mengedarkan risalah, harus ramai orang akan bertambah mengundi PKR selepas ini katanya.

Nasib baik takde orang tabligh datang mentablighkan sorang-sorang kat situ. Harus berdesing telinga memasing.





ada yang datang dengan kawan-kawan persis piknik 1 Malaysia.



Ada yang datang berkonsep semua baju Black and white. Puak-puak ni tengah gembira menyambut besday. Masa dorang nyanyi lagu birthday tu satu padang semua nyanyi bersama-sama.

Meriah sekali




Ada yang datang satu kampung dan buat sessi photography









Ada yang berdating. Sooooo sweettttttt. Tak yah risau JAIS datang






Ada orang nak balik, dia baru datang. Mungkin tak dapat parking. Tapi kita speku dia orang gih Maghrib dulu.

Ada yang sambut besday sambil main baling-baling tepung.

Aiyooooooo, that is so yesterday. Tapi memang seronok gila main tepung ni.

Ah tu dia.. Sian abang kita ni kena lumur dengan tepung.

Ah, tu lah seronok jugak piknik ni buat perkara-perkara yang pelik sikit dari gih dok bayar RM100 lebih untuk gih buffet kat hotel tu, atau gih restoren ni kira makan makan luar jugak lah.
Cuba lah. Seronok.

Oke jom kita masak singgang pulak.

RESIPI SINGGANG.

Resipi singgang ni berbeza dari satu daerah ke satu daerah, tapi bahan utama dia tetap sama. Mesti ada lengkuas, halia, bawang besar, bawang putih dan asam. Ada singgang di panggil singgang Serani warna kuning di bubuh kunyit, atau warna merah di bubuh cili merah.
Cara masak dia sangat mudah, semua bahan di hiris-hiris sahaja. Ada yang suka tambah serai, bunga kantan pun boleh, dan biji sawi pun ada, dan tambah cili api.

Ada yang buat pakai ikan tongkol atau ikan aya, boleh pakai ikan kembung atau ikan selar kuning, ikan tenggiri pun best, dan di Kelantan terkenal dengan singgah tulangnya. Perghhh memang best.

Tapi hari ni kita masak singgang kuning ikan kembung.

Cara-cara memasaknya.

4 cawan air
2 ekor ikan kembung yang dibersihkan
2 ulas bawang putih di hiris
4 ulas bawang kecil di hiris
1 cm hirisan lengkuas
1 cm hirisan halia
1 cm hirisan kunyit hidup (di tumbuk)
3 keping asam keping
sedikit garam dan sedikit minyak untuk menumis.

Panaskan 2 sudu minyak sehingga panas, kecilkan api, masukkan semua bahan hirisan masak sehingga layu jangan sampai masak hangus (layu sudah) kemudian masukkan air, asam keping dan ikan dan bubuh perasa sedikit garam.

Masak dalam 6 minit atau sehingga ikan masak, dan masukkan cili merah sebagai hiasan.
angkat dan hidangkan bersama nasik panas dan budu.

Best.

Cuba lah.

Oke lah, sampai jumpa lagi.
Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

8 comments:

n0n0n said...

giler ramai yg piknik sana?nk try gak ar....ayark,lupa lak...hari ni ada jemputan berbuka kat Sheraton...mkn free beb.....terpaksa rela la pegi....nnt aku nk ajak cousin aku la g sini...kekekekeke

ikanbilis said...

lembu tu chomey!

@xiM said...

minggu lepas pi kuantan sempat berpikni kat padang MPK tu..punya lah meriah siap ada yang main mercun,siap ada yang da beraya salam salam semua pun ada..hehe..meriah tapi nya!!

mummy said...

macam best ler plakkk aikkk...
mummy pun nak berbuka lah bwk ank2 ke padang tu.sekali2 ber piknik di bulan ramadhan.

captainlukman said...

ok lah tuh kak, atleast byk jgk makanan, mau buka telan airliur time take off? Tak ke kejungggg

p/s:singgang itteeww sungguh mengoda

LiliLaDiva said...

thanks utk recipe singgang tu moomoo. mmg dah lama i cari!

ZubaidahArshad said...

FB, tak meriah piknik kau! kat padang MPK Kuantan lagi meriahhh. sampai penuh satu padang besar tu nak cari tempat nak piknik pon payah.
And yang paling meriah tetap la abang2 uol!

mrasa ko mai sini. sempat lagi nih. mak balik raya hari kamis. ops

imahTHESTAR said...

kan...rajin katanya berpiknik.. tapi oberita panas ada juru makeup jumpa laki artis usung puki muka azab, kau blum dpt lagi kan?*chabut*