Wednesday, September 2, 2009

Hahaha... Moomoo vs JPJ

Selamat pagi. Dah berapa hari kita dok berpuasa ni ek.

Hari ni Moomoo nak cerita pasal kawan moomoo yang memandu tanpa lesen selama lebih kurang 3 tahun lebih. Hebat kan.






By the way, Moomoo hari ni puasa, setelah beberapa hari tak puasa sebab datang bulan. Korang puasa tak. Puasa tak boleh olok-olok tau. Jangan jadi macam kawan Moomoo yang pura-pura berpuasa bila housemate dia ada rumah. Bila housemate dia takde rumah, dia tak puasa. Dengan alasan housemate dia masak sedap!!!

Boleh.

Ala-ala kalau housemate dia berpuasa sorang-sorang, dia tak kuasa nak masak dia makan kat luar. Kalau ada kawan lain yang berpuasa, dia akan masak. Dan kawan moomoo akan pura-pura berpuasa walaupun menyorok nyorok isap rokok di bilik bila housemate ada, sebab boleh makan sedap hari-hari.

Macam itu pun ada kan, tapi kawan Moomoo lembu, jadi kawan-kawan moomoo pun lembu jugak kaedahnya.


Sport light please!!!!!!!


Moomoo nak cerita ni pasal kawan moomoo sorang ni...






Ceritanya macam ni,

Ada kawan Moomoo dulu dia pernah kena rompak 3 tahun dulu. Ada le kisah rompakan dia dalam blog ni dulu, tapi dah kemana tah entri tu. Jadi masa dia kena rompakan tu abis lah semua barang-barang dia termasuk le wallet dan handphone dan duit semua kena rompak sekali.

Dan dalam wallet tu abis lah semua IC, lesen, kad kredit, kad bank semua kena rompak sekali. Jadi kawan Moomoo pun pergi le ke jabatan-jabatan yang berkaitan untuk buat balik kad-kad yang hilang.

Mula-mula dia pergi Balai Polis dan buat laporan. Kat sana dia di beri satu laporan polis dan dia pun bawak le laporan2 tu ke pejabat pendaftaran, bank-bank dan sebagainya. Semuanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Tiba-tiba nak di jadikan cerita, dia bawak laporan yang sama ke Jabatan Pengangkutan Jalan dan jabatan tu tak mau buat lesen dia, dengan alasan laporan dia tidak disahkan. Rupa-rupanya, laporan di Balai Polis tu perlu di sahkan oleh ketua jabatan sebelum menjadi laporan yang sah. Polis tu pulak bengap macam moomoo jugak tak bagitau.

Jadi setelah mendapat pengesahan dan membayar RM 3 dia pun membawa le laporan itu ke Jabatan Pengangkutan Jalan untuk membuat lesen baru.

Tapi kakak kat kaunter tu cakap kawan akak kena bayar RM50 hengget untuk buat lesen baru.






Kawan moomoo cakap kat kakak tu yang lesen dia masih hidup lagi sampai 2010. Jadi dia heran lah kenapa dia kena bayar RM50 pulak.

Tapi kakak kat JPJ tu kata, prosedur JPJ kalau lesen hilang kena bayar RM50.

Pastu kawan akak cakap, lesen dia tidak hilang. Lesen dia di curi. Siap ada laporan polis dia dirompak bagai.

Jadi kawan moomoo agak musykil sebab dia yang jadi mangsa rompakan dan dia pulak kena bayar RM50 hengget. Sedangkan pencuri tu suka-suka melarikan diri macam beruk.

Tapi kakak tu kekwat cakap, itu prosedur. Nak buat lesen baru kena bayar RM50 hengget.

Jadi kawan moomoo cakap, dia tak mau buat lesen baru, tapi dia nak memperbahrui Lesen dan tambah lagi setahun, (masa tu setahun RM20) dan suruh masukkan dalam IC dia.

Tapi kakak JPJ tu tetap kekwat cakap Nooooooooooooo.


Kekwat sangat ni.

So kawan moomoo yang sedikit kedekut tu tidak mahu membuat lesen, dan sepanjang-panjang 3 tahun dia tidak membuat lesen dan memandu kereta tanpa lesen ke mana-mana sahaja.

Yang peliknya tidak pernah le pula dia di tahan polis, kalau sampai kat sekatan polis hati dia memang berdebar-debar dag dig dug, tapi berkat muka dia yang emotionless dan tidak cantik tu, maka bila dia buat muka konfiden polis tu tak nampak yang dia sedang melakukan kesalahan.

Tapi kawan moomoo tak takut, selama-lama 3 tahun tu le dia membawa laporan polis yang dah rupa macam kertas lapik belacan sebagai bukti bahawa dia mempunyai lesen dan lesen dia hilang. Walaupun jauh di sudut hati dia tau teknik itu tidak akan menjadi. Tapi nasib dia baik dia tak pernah kena tahan.

Sehingga lah suatu hari, beberapa bulan yang lepas dia telah berkenalan kepada kenalan kepada kenalan nya yang kenal dengan BF kenalan tersebut dan kenalan kepada BF dan BF kepada kenalan tersebut yang bekerja di Pejabat POS.

So kawan moomoo pun mendapat idea.


So hari demi hari dia semakin baik dengan kawan di pejabat pos tersebut sehingga satu hari dia menyuarakan pendapat dia....

Kawan Moomoo : Nok, kalau kita buat lesen kat Pejabat Pos, tapi tak bawak lesen boleh buat tak
Kawan kakak tu : Mana pergi lesen ko
Kawan Moomoo : Lesen mak dan hilang (bla bla bla dia pun dok cerita pasal apa berlaku dan JPJ kekwat semua)
Kawan Kakak tu : Oke, ko bawak je IC ke pejabat pos.


So kawan moomoo pun begitu girang sekali sebab dia berjaya tidak membayar JPJ sebanyak RM50 hengget tu. Macam le tak cukup duit rasuah yang dorang selalu kutip tu katanya....


mati lahhhhhhhhhh...


So pada suatu hari, kawan moomoo pun hantar SMS kepada kawan nya di pejabat pos tu no Kad pengenalan dan juga Nama penuh.


Lima minit kemudian dia mendapat sms semula...


sms: "mami, lesen dah siap. Kita dah tambah 2 tahun, sila bawak RM62 hengget. Dah sampai nanti call ya"


Kawan moomoo begitu girang dan dia terus ke pejabat pos dan mengutip lesennya di parking lot, macam membeli burger take away di restaurant McDonalds sahajork!!!!


Senang kan...


Tak perlu nak berurusan dengan JPJ bengong dan kekwat tu. Kalau orang tu dah cakap lesen dia kena rompak siap buat pengakuan di balai polis, ko terima je lah. Tak yah le buat kekwat macam beruk.


Dan sekarang kawan moomoo tu dah ada lesen dan untuk meraikan hari dia berlesen semula setelah 3 tahun tidak mempunyai lesen, dia telah pergi memandu keretanya sehingga ke Sempadan Siam.


Itu lah ceritanya untuk hari ni.


The moral of the story, Its never what you know, but who you know that matters.


Sekian cerita kita untuk hari ini.


Daaaaaaaaaaaaaaaaa














8 comments:

imahTHESTAR said...

mommo ley??? sib baik tak momok!!

Fiebie said...

imah imah cepat gih baca blog mirch, ada gossipppppppppppppppp


mati lah bulan puasa pun nak jadi setan

Fiebie said...

bukan mommo lah, moomoo

Pnut said...

makan hati org JPJ kalo baca blog ni..
dan abehlah org pejabat pos tu kena siasat karang..
ahaks..

n0n0n said...

ish..teruk betul JPJ...same goes to JPN(jabatan pendaftaran)....ade ke patut IC baru buat seminggu,dah rosak cip nya?mcm lahabau....menci prosedur dn sumer bagai...benda mudah kenapa nk disusahkan?

ZubaidahArshad said...

nok, bukan ke lesen pejabat pos tu, walau cemana pon, kita kena bawak sekali lesen yang original bergambar dari JPJ tu. maksudnya, ko renew lesen kat pejabat pos, tapi lesen asal JPJ pon ko kena bawak jugak noks.

mana boleh pakai lesen pejabat pos tu saja!~

Fiebie said...

emm.. ntah, pandai pandai le mak propah nanti

mirch_marcello said...

hayoo fb kau promoter sgt **Opss