Tuesday, September 1, 2009

Param Param pam pam

Yuhu...

Kembali bersiaran kita kali ini untuk siri berparam kedua. Kali ini kita pergi jauhhhhh ke Pantai Timur. Tapi disebabkan akak busy jadi akak nak memperkenalkan wartawan terbaru blog nan ado ini.

Memperkenalkan... moomoo


hello saya Moomoo mek mung krek krek


Ah tu dia MooMoo Mekmung Krek krek adalah field journalist yang akan melaporkan aktiviti-aktiviti akak seterusnya kerana masa yang begitu cemburu dalam hidup akak. Ya lah, mana nak jaga laki, nak kasi nenen susu anak lagi, nak gembali kambing yang banyak tu lagi. Penatlah.

By the way, terkejut akak tengok statistik blog akak yang nan ado ni tiba-tiba mencanak-canak naik ni. Rupanya kawan akak Sherita dok link akak dalam blog dia. Harap-harap jangan tiba-tiba abang Ernidul masukkan dalam blog dia sudah, walaupun blog akak ni nan ado.


Takut...

Akak dah lama dah kenal Sherita tu, dari nama dia Sherita Ahmad, Sherita Kassim, Sharita James labu, Shetita James Brown ke Sharita macam macam sampai lah Sherita Aziz ni, dekat 3-4 tahun jugak le kenal dan berbalas pantun, tapi tak pernah langsung ada peluang nak jumpa. Tapi kali ni ntah macamana, tergerak lah hati dua-dua nak berjumpa setelah bertahun2 berkecimpung dalam dunia blogging ni.

Lama dah akak berblog, semenjak blog ni mula popular kat Mesia ni, dari satu blog ke satu blog, sampai le blog nan ado ni. Kiranya, layak le masuk bakul angkat diri sendiri, akak dengan kawan-kawan akak macam leez, sherita, imah, ginger, chedetz, lee UK, dan ramai lagi kira pioneer le dalam blog2 bapok tua tak sedar diri. Masa tu penulis-penulis blog lain baru nak belajar bukak akaun email.

Bangga le jugak tengok blog kengkawan masih lagi bertahan sebagai blog-blog popular dan menjadi sebutan ramai walaupun banyak story dah nan ado. Bukan takde story, tapi dah terlalu banyak stories tak tau nak tulis camana.

Tapi tu semua tak penting.

Apa yang penting????


KERJA SAMA.


Ya betul...





Oke, lets jalan-jalan carik param di Kota Bharu Kelantan dengan Moo Moo.


August 2009
Lokasi : Param Stadium Kota Bharu, Kelantan




Hujan sikit, kena jalan atas kayu. Risau gak akak kan duk jalan atas kayu tu runtuh ke papan tu pastu tersangkut le kaki aku kat kayu tu kan.

Satar. Satar kelantan ni actually tak sesedap satar kat kuala kemamang. Jangan marah tau orang Kelantan. Tapi memang itu kenyataannya. Ramai orang kelantan setuju yang satar dari terengganu adalah lagi sedap.

Keropok lekor pun camtu. The best keropok lekor datang dari terengganu, tapi bukan dari Kuala Terengganu, tapi dari Kemamang, precisely kuala kemaman.
Kueh-kueh kelantan kebanyakkan berasaskan telur, pulut dan gula semata-mata. Kueh akok, jala emas, tahi itik, pulut lepa, buah tanjung dan sebagainya semua pakai bahan yang sama.



opsss. badan sapa lak pakai baju hijau tepi tu. Hik, itu le badan laki akak. tuff tak?

mati lahhhhhhhhhhhh..


tomyam, sup, lauk pauk semua main periuk-periuk besar oke. bukan kecik-kecik anak punya periuk.

Tu dia berbagai jenis kerabu berdulang-dulang. Kebanyakkan peniaga di Param ni adalah pengusaha restoren yang kebanyakkan nya menutup restoren di sepanjang bulan Ramadhan dan memilih untuk meniaga di Param sebab lebih ramai pelanggan. Dan kos mengurus pun murah, sebab tak perlu ramai pekerja nak uruskan restoren. Semua pekerja di beri cuti.



Kedai ni menjual berbagai jenis percik dan ikan bakar. Baunya menyemarakkan selere

Tepung pelita di KB sedikit berlainan dari cara karung nya di buat dan konsistensi kueh. Di KB tepung pelita dia lebih lembik dan juicy gitu, mengikut kata Afif.

Ah di KB jugak terkenal dengan buah-buah separa manis yang di sira. Apa je yang boleh di sira dengan air gula boleh jadi makan di kelantan.

Macam kat atas ni ada keledek dan keladi sira, pastu ada pisang yang di sira. Kat bawah pulak ada labu yang dimasak dan di sira gula.

Nasib baik dorang tak sira perabut ke peti ais ke, buat pencuci mulut.


Selain dari menyira dengan gula, satu lagi kaedah adalah memasak makanan-makanan ini dengan mengunakan santan pekat.

Apa je boleh dimasukkan dalam santan pekat boleh di jadikan pencuci mulut.


aikk.. bukan ke gambar ni dah ada kat atas.

Nama bubur ni bubur lambuk kampung bharu.

Berani mati dia bubuh nama kampung baru tu. apa le dia bubuh dalam bubur tu sampai di beri nama macam tu.


kueh karipap, pulut panggang aka pulut lepa, cara bergula, kueh akak, cara berlauk, jalan emas, buah tanjung, seri muka. Pilih je yang mana suka
Mee goreng, kueh tuew goreng dan nasik goreng pun ada.

Makan pulak dengan kerabu betik atau somtam yang dicampur dengan jus limau, udang kering dan cili padi pasti membuka selera



Kali terakhir akak makan ini adalah pada tahun 1988, amikkkkkk ko, dua puluh tahun lepas . Mati lah kertu. Dan akak cukup suka sekali tapi tidak berkesempatan nak membeli selepas itu. Kali ni akak beli Rm3 dan makan dengan puas sekali.

Ini lah satay perut ayam.

Akak ingat lagi masa zaman famili akak miskin masa zaman kemelesetan dulu, mak akak kalau masak ayam, amik ayam belakang rumah je. Dengan perut-perut ayam ni pun mak akak masak tau buat masak kicap. Ada orang takkan sentuh sebab dia geli, tapi ada aku kisahhhhhhhh...

perut ayam sedappppppppppp


Ma
Tu dia nasik arab. Periuk tu akak pun boleh masuk pose-pose dalam periuk tu tau. Punya le besar. Nampak macam sedap sangat, tapi akak tak beli sebab akak dah kenyang.


opsssssssssssss...


larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk





Oke itu je gambar-gambar yang ada untuk param kat KB. Moo moo malas nak tulis banyak-banyak.

daaaaaaaaaaaa




p/s : Cuba carik kamus imah lenggok, dan carik apa itu erni dan mazni.

6 comments:

Pnut said...

kekdahnya pengembala kambeng pegi mengembara ka KB katanya...
siap ada lembu pulak...

pelbagaikan ternakan ke???

n0n0n said...

mak aih...lapo lak tgk sate perut ayam tu...tak penah makan tp ade member cakap sampai terasa nk jilat idung kak....tp kalo sate perut lembu tu penah la makan...adakah sama rasanya?mana lagi sedap kak?ke sate perut kambing gak yg terbaik?

Fiebie said...

paling sedap adalah satay perut six pack, yang tidak di makan tadi dijilat begitu sahaja.

biasa lah kak pnut, jauh perjalanan luas permandangan

mummy said...

yang mana satu taik itik tu.
dah brp kali puasa and brp kali raya cari di selangor ni tak dpt2.
teringin nak rase apa rase nya...

@xiM said...

satay perut ayam??tak pernah jumpa..ni first time tengok..haha..sedih tak?

captainlukman said...

oh yes akak, diakui satar kat kemamang memang besh**matkermak??** tapi satay perut ayam tuh dah berbelas tahun dok makang....hanya ada dikelantan, kat ganu non ado!!