Nasib baik pembayaran bulan depan pun awal sebab kawan-kawan kita Kumari, Kumar dan Ramu pulak punya turn nak beraya. Jadi takde le tertekan sangat. Lepas tu baru mengelupur tunggu pembayaran seterusnya.
Untuk kawan-kawan kita yang kerja mengembala anak kambing pulak, boss telah bermurah hati untuk memberi upah sebanyak RM500 dan dibayar dua kali.
RM250 di bayar dua kali, sekali untuk hari raya, sekali untuk anak sekolah?
Itu le masalahnya kalau boss-boss atau masterjee ni tak pernah pergi pasar dan membeli belah barang anak-anak. Dorang tak tau kot harga barang sekarang berapa.
RM250 hengget tu hanya allowance parking dorang sehari. Dok bagi tu konon macam memberi sejuta rahmat, sebaliknya macam menghina je pemgembala anak kambing ni. Nasib baik le akak mengembala bapak kambing, jadi tak le tertekan sebab hasil nya lebih sikit. Walaupun sedikit terkilan tak dapat apa-apa walaupun telah membanting tulang empat kerat untuk memastikan masterjee-masterjee kambing ni nampak gah, dan memastikan pembeli-pembeli kambing mendapat daging kambing yang berkualiti tinggi, dan seterusnya meneruskan pembelian kambing-kambing setiap 5 tahun sekali.
Cuba ko fikir apa boleh dapat dalam RM250 tu untuk hari raya.
Bangun bagi, gosok gigi (berus RM3, Ubat Gigi RM5)
Mandi (sabun, air, dan syampoo = RM 5, tidak termasuk bayaran kepada Syabas)
Pakai baju, ke pasar
Beli daging sekilo RM18, 3 kilo RM 54
Beli Ayam tiga ekor RM 9 sekor, dan RM 27
Beli santan, dan rempah ratus -RM 30
Beli lemang 3 batang =RM 30
Beli sarung ketupat dan beras =RM 30
Beli tepung, gula, =RM 30
On the way balik, anak nak makan. Bawak le gih restoren mamak makan roti canai 4 keping dan teh tarik 4 cawan = RM15
Belum masak lagi dah total RM 216.
Kalau kita boleh beli babi oke jugak, sebab harga babi sekarang murah di pasaran sebab influenza AH1N1, tapi kita takkan nak masak rendang babi pulak ya. Tak pasal-pasal le pulak jadi Gina Joy (bukan nama sebenar) semua.
Jadi kita terpaksa le jugak makan ayam dan daging.
Masak-masak tiba-tiba gas habis.
Call gas, hantar rumah RM25.
Pastu teringat anak-anak tak beli baju raya lagi. Tapi takpe duit boss dah kasi banyak RM250.
Takpe, jangan beli lagi. Beli hari terakhir sebab diskaun baju beli 3 helai seratus.
Sebelum tu, bukak maybank2u bayar duit bill sewa rumah (nak beli tak mampu), bill elektik, bil air, bil telefon, bil astro dan bill internet (sebab kerajaan suruh satu rumah satu komputer, supaya anak-anak pandai belajar) dan proton saga/kancil/iswara/honda 2nd hand.
Gaji RM900 Plus Allowance 600 = 1500
total bill RM 1300.
Balance gaji RM200, (50 hantar mak kat kampung, 50 simpan, 100 simpan buat belanja anak sekolah (anak belanja sehari RM50 sen)
Takpe takde simpanan dan takde insuran, sebab kerja mengembala kambing ada pencen dan ada hospital percuma, walaupun nak buat appointment kena tunggu 3 bulan, sama macam rakyat-rakyat yang lain. Kalau kena serangan sakit jantung, atau leukimia, atau kanser takpe, ia tidak akan merebak dalam tempoh 3 bulan.
Balance duit raya, RM9 .
RM 9 hengget?
Tengok anak-anak tersenyum ria.
"Takpe lah sayang, tahun ni kita pakai baju melayu tahun lepas ya. Sebab elok lagi"
"Tapi mak, kawan-kawan adik semua beli baju baru"
"takpe lah sayang, kawan adik mak dia baru dapat bonus sebab gaji dorang 13 bulan, termasuk contractual bonus sebulan dan tidak termasuk performance bonus lagi)
"Tapi kawan adik di Budiarjo tu bapak dia kerja kontrak dan mak dia kerja cuci bangunan kat sekolah adik je. Dorang semua dapat baju baru, pastu dorang semua balik kampung naik Air Asia lagi"
"Adik tak kira, bonus ke tak bonus ke adik tak faham. Adik nak baju baru jugak"
"Sabarlah dik, kita orang miskin, sebab tu masterjee bagi BANTUAN HARI RAYA RM250 tu. Kita kena belajar bersyukur"
"Emm, takpe lah, mak je lah belajar bersyukur macam tu. Adik tak kira, bila adik besar nanti umur 21 tahun adik nak pangkah orang lain."
"Jangan dik, mereka lah masterjee. Mereka lah penjamin hidup kita masa depan. mereka yang akan memastikan kita semua hidup dalam malaysia sebagai 1Malaysia dan memberi peluang kepada semua orang tak kira miskin dan kaya masuk Universiti. Tahun depan gaji mak naik 4 percent boleh lah mak menabung di Skim Simpanan PTPTN)
"Adik sabar lah, kita pakai baju raya tahun lepas ya. InsyaAllah, tahun depan masterjee bagi Bantuan Raya RM350, boleh kita beli baju raya baru, 4 pasang RM100"
Sedihlah bila harga Botox bini Masterjee nampak lebih murah dari harga kegembiraan anak-anak pengembala kambing"
p/s: to whom it may concern, setiap hari pengembala kambing bangun pagi bersiap dan punch in dan punch out menjadi servant untuk serve the masterjee and the ultimate masterjee, pembeli kambing, sebab tiada pilihan lain. Mereka tidak ada cukup skill, knowledge dan attitude untuk bersaing di sektor lain, dan yang ada pun mereka rasa tanggungjawab sosial mereka untuk meneruskan berkhidmat kepada masterjee masterjee ini. Mereka seronok tengok kawan-kawan mereka mendapat gaji besar, dan setiap tahun mendapat bonus besar juga. Mereka tak kisah bergaji kecil, kerana nanti mereka dapat bonus juga, macam orang lain. Bukan kehendak mereka, tetapi tekanan ekonomi dan harga barang sekarang terlalu tinggi untuk di tampung oleh pendapatan pengembalaan kambing.
Tiba-tiba announce, mereka hanya mendapat bantuan hari raya sebanyak RM500 yang dibayar dua kali, yang jelas tidak boleh berbuat apa-apa kecuali membayar Tol kepada PLUS, dan Minyak kepada Petronas ketika balik kampung nanti. Dan mereka hanya mampu tumpang gembira bila rakan-rakan mereka di PLUS dan Petronas mendapat 4-5 bulan bonus tahun ini.
Sedih.