Tetapi memandangkan zoo itu lah yang menjadi punca pendapatan untuk mendapat sesuap nasi, bak kata orang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, hendak tak hendak terpaksa di utamakan dulu.
Tidak cukup zoo sepenuh masa, terpaksa lah pulak menjaga zoo separuh masa dan zoo secara jarak jauh juga.
Kerja banyak sebab banyak kuda, monyet, ungka, hyena dan serangga-serangga perlu di beri makan, kandang terpaksa di bersihkan, perlu di buat inspection supaya binatang-binatang ini tidak dahaga kan kasih sayang penjaga zoo. Binatang-binatang ini perlu di jaga kesihatannya, walaupun dikhabarkan terdapat beberapa yang telah pun terkena H1N1.
Tidak cukup menjaga zoo, terpaksa pulak memasang aircond dan kipas angin menyejukkan pengurus-pengurus zoo yang lain supaya sorru tidak miss.
Begitu lah kehidupan penjaga zoo.
Tapi takpe lah, janji cukup tempoh sepurnama dan cukup edah masa untuk claim tugas-tugas secondary nanti mampu lah tersenyum manis bila mengenangkan banyak betul tanah dan pasir untuk aku kais pagi petang siang dan malam.
Yang pasti anak-anak buah aku nanti tersenyum riang di pagi syawal yang akan datang tidak lama lagi. Kepuasan menghamba kan diri untuk kepentingan orang lain, kadang-kadang mengatasi kepuasan memastikan diri sendiri happy.
Apa aku dok membebel kan ni, aku sendiri tak faham.
Anyway, one day, penjaga zoo itu merasakan bahawa semua itu terlalu memenatkan. Penjaga zoo perlu melakukan sesuatu, dan penjaga zoo kekurangan kasih sayang. Jadi penjaga zoo nekad membungkus baju, seluar dan beberapa helai seluar dalam dan tekan-tekan papan kekunci melayari website penerbangan tambang murah dan tahu-tahu si penjaga zoo telah pun berada di .....
Sarawak Bumi kenyalang.
Riang hati tidak terkira. Kerana di situ lah terletakkan separuh lagi hati penjaga zoo.
Bak empat ekor kucing batu di atas stage serba agam ini, saling lengkap dan melengkapi. Saling perlu memerlukan, saling jilat menjilati. Sehingga lah... mendapat cop mohor yang diperlukan.
Opssssssss.. cop mohor apa kah ituuewwwww.....
F for Fiebie katanya.
Larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
Maka mereka pun berlari dan berlari dan berlari sehingga mereka sampai di satu laluan ini.
Laluan apa kah itu?
Sebuah laluan menuju ke satu destinasi yang cukup indah dan mengesankan. Laluan yang menjanjikan satu pengembaraan yang cukup manis, cukup menarik dan cukup bermakna.
Dan laluan itu membawa ke satu daerah yang sangat terpencil, di hadang oleh dua orang Puteri Sarawak yang sentiasa cemburu mencemburui, Sejinjang dan Santubong.
Cemburu kan kecantikan destinasi yang dituju.
Setiap inci daerah itu di kaji, keindahan kacukan struktur buatan manusia dan keajaiban ciptaan ilahi sangat menghairahkan. Di abadikan setiap satu darinya sambil membuat posing-posing maut yang tidak perlu, contoh seperti posing-posing Ungka di bawah
Tu diaaaaaaaa, posing Ungka 1
Posing Ungka 2
dan posing ungka gemuk.
Posing gajah laut,
Posing merokok membahayakan kesihatan
dan juga posing-posing bermain pasir, melengkapkan proses percandaan di pesisir pantai.
Pendek kata, tidak ada yang lebih romantis lah, selain dari bermain dan membuat kerja-kerja tidak berfaedah seperti mengorek pasir macam budak terencat akal, membayangkan bersama-sama membina istana bahagia yang tidak semena-mena memberi kepuasan yang tidak terhingga.
"Keindahan apa Habibie?" Kata bunga reflesia saiz bas sekolah
wohhhhh, memang keindahan yang luar biasa.
Terpegun dan syahdu mata memandang takkala mentari mula malu-malu menghilangkan dirinya setelah penat membakar diri sepanjang hari.
Kepenatan sepanjang hari dan malam hilang bilamana mata ini disajikan dengan satu fenomena alam yang maha menarik.
Walaupun ia berlaku setiap hari setiap senja, namun setiap kali ia berlaku, ia menjadi semakin menarik.
Dan ia semakin cantik bila ia di pandang penuh makna.
Berdiri berhati-hati ramai photographer-photograper tidak bertauliah yang merasakan diri mereka seperti seorang professional, hanya kerana mereka memegang kamera SLR dan DSLR. masing-masing tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini.
Kalau Air Asia cakap, "now everyone can fly"
Digital camera cakap "now everyone can be a photographer, and actually believe they are one"
Aku juga, walaupun tanpa kamera besar, tetap tidak mahu kalah. Menunggu dengan penuh yakin bahawa telefon bimbit ku juga boleh merakam keajaiban dunia.
Menunggu dan menunggu .....
Awan tidak mahu mengalihkan tirai tabirnya.
Awan dengan angkuh berkata, "esok-esok datang lagi, jangan jemu untuk kembali"
Awan turut berkata "Jangan risau, esok mentari akan terbit kembali, dan berlabuh seperti biasa"
Dan aku berjanji, suatu hari aku akan datang lagi. Dan berharap waktu itu awan tidak lagi cemburu. Dan aku memegang kata-kata penuh harapan awan, bahawa esok mentari akan datang lagi.
"Habibie, akan wujudkan menteri esok hari untuk kita berdua?"
tapi yang pastinya, aku akan kembali....
Puteri santubong, Puteri Sajinjang
Penjaga Gunung Negeri Sarawak
Manis sik ada dapat di lawan
Anak dak dewa turun kayangan.
7 comments:
dah sampei sitok kitak padu hal!!
kak fib..selamat mengajar budak2 baru..bagi je asesmen susah2 hiks.
fieb,
dh ke sarawak lak ker? alahaiiii...x per laaa...ker cuti2 malaysia jerk?...jgn lupa menghupdate tau...ngape ler gambo2 yg cun tu d cacat kn ngn benda alah ijau cam plaster jerk tue? klu x lg b'tmbh indah keindahan alam tue kn....hehe....xde gambo2 mkn ker? ape2 jer laa...daaaa
fb, lega hati akak fb dah update blog. Ingatkan puasa bulan rejab ke, syaaban ke, sbb tak ada cerita jalan-jalan cari makan lagi. jgnlah kejap update, kejap tak update. Rasa hendak aje akak sumpah fb jadi katak bila fb tak update. Tak mahu kataklah, jadi peti ais tiga tingkat boleh?
Jiwangnyeeee.
See you tomorrow. My amma also kaming.
U r here again?bila nak jumpa ni...hehe..
sebijik macam monyet...
Post a Comment