Tuesday, July 28, 2009

Kubah National Park

Hari kedua di Kuching, Bumi Kenyalang lagi menyeronokkan. Kalau mula-mula sampai akak pose-pose ikan duyung di tepian pantai, walaupun sebenarnya lebih kelihatan seperti ikan dugong yang terdampar kehausan, kali ini akak pose-pose orang hutan pulak.


Untuk hari kedua, akak pergi Matang Wilf Life Centre dan Kubah National Park.

Nama glamour camana tah.

Tapi memang best.

Sedikit maklumat mengenai dua tempat ini.

Untuk ke Kubah dan Matang ni, kita perlu memandu dalam keadaan kejab laju kejab perlahan bergantung kepada monyet jenis apa yang memandu di hadapan dalam lebih kurang 20 KM. Sepanjang perjalanan kita akan melihat beberapa bukit bukau yang menarik sekali iaitu Gunung Serapi, Gunung Selang dan Gunung Sendok (Bukan Kak Senduk tau)

Kat park ini nanti kita berpeluang melihat hutan hujan dan pokok-pokok di Hutan Sarawak dan binatang-binatang yang ada dalamnya. Tapi jangan risau kita tak payah meredah hutan macam tarzan untuk melihatnya sebab semua dah di bubuh dalam sangkar. Tapi kalau korang jenis advanturous boleh lah pergi trail dalam hutan tu dan sesat sampai ke Indonesia.

Tapi maklumlah, ko nak suruh akak gih masuk hutan melihat keindahan alam memang jawabnya mustahillah, jadi akak pose pose kat tempat yang senang nak dilawati je. Jadi akak tak gih le masuk Kubah National Park tu, akak gih mandi manda kat tepi dia je.

Kali ini akak pergi melawat sungai di Matang dan gih rendam-rendam kaki sahajork




Ni lah tempat kita amik tiket nak masuk kawasan ini. Harga tiket dia RM3 seorang. Nampak tu, masih ada lagi poster hari Gawai. Nampak sangat dah berbulan baru nak update blog kan. Very der cerita basi past tense camana tah.




Ini pulak pintu masuk kat tempat tu, Nampak tu dua batang balak besar. Kat Sarawak ni memang banyak balak so tiang-tiang dan infrastruktur kawasan ini banyak dibuat mengunakan kayu menjadikan ia nampak lebih rustik.
Kat dalam ni ada banyak pokok-pokok palma yang besar-besar dan tumbuh-tumbuhan yang pelik-pelik, kalau korang rajin mengkaji korang akan nampak lah tumbuhan-tumbuhan yang hanya ada di Borneo sahajork.
Tu tengah pose-pose feeling "be the one with nature" tu. Memang seronok berada kat sini. Sungai dia banyak batu-batu dari mana tah datang batu tu, tapi akak rasa batu tu datang dari gunung2 tu dan di bawa ke bawah oleh aliran sungai. Jadi kalau nak mandi kita kena pandai menyelit-yelit celah batu tu.

ah tu camana posing baring2 atas batu tu piulerrr. Macam gadis Genittt sangat kan. Nasib baik batu tak retak.



Air dia sangat sejuk dan nyaman sekali.
Tempat ni tak ramai sangat orang, mungkin sebab masa akak pergi tu on weekdays kot. Tapi tempat dia cantik dan best kalau nak piknik. Paling penting tempat ini sangat bersih, terjaga rapi dan banyak kemudahan awam. Toilet dan tempat mandi pun bersih dan banyak. Tempat makan pun ada, jadi kalau lapar-lapar ada kedai-kedai yang menjual minuman dan snek jadi kita takkan kebulur kat situ.
Takde mat rempit busuk dok mandi pakai underwear dan buat summersault, jadi akak takde le nak amik gambar dorang. Kalau ada pun, dah sah-sah akak tak berani nak tengok nanti kena sumpit dengan someone.
Masa akak kat situ, terjumpa dengan seorang pakcik ni yang over peramah dan dia dok menceritakan pasal sejarah negeri sarawak ni sampai sejam lebih. Akak dah buat nguap nguap pun dia masih tak faham-faham lagi. Dah lah banyak fakta dia salah, or sebenarnya fakta dia betul, tapi buku sejarah kita yang salah, tak tau lah.

Kalau lah kawasan perkelahan kat semenanjung pun terjaga elok camtu kan best.
So kalau sapa-sapa gih Kuching tu gih lah sana, tengok keindahan alam sekitar yang mengasyikkan.
Sampai jumpa lagi,
daaaaaaaaaaaaa








No comments: