Monday, July 13, 2009

Tolong lah akak lahai

Yuhuu, sihat deknon?

Akak sihat sejahtera, walaupun sedikit penat minggu ni tapi akak puas gitu. Yang penting kalau korang baca Kisah Pertunangan Elyana Kat suratkhabar tu adalah sikit-sikit akak dok membantu. Sebab akak le yang buat press release dan jugak script majlis pertunangan Elyana, bukan MC script tau, tapi script yang kedua-dua orang tua tu dok berbalas pantun kelmarin bila PA dia mintak akak tolong. Walaupun....

Kembang kuncup akak kejab tengok kerja akak masuk surat khabar katanya, walaupun sikit je kerja aku buat ni, tetap nak amik kredit ni. Terima kasih Kat Asmidar bapok gergantuam yang sama-sama buat script dan press release tu. Masalahnya dia buat kerja lebih, aku dok mengarahkan je dan gih merayau.

Anyway, semalam akak mintak tolong lah kepada pembaca-pembaca blog ini, kalau sesiapa lah yang sudi. Sampai dua kali akak terpost entry tu. Tapi tak kisahlah.

Kaedahnya camni deknon. Akak ni dok sibuk menjual tiket untuk satu charity Bazaar yang akan di adakan di The Weld.

Nama dan detail Charity Drize dan Charity Bazaar itu adalah seperti berikut:


Charity Bazaat at the Chow
4th Floor The Weld, Kuala Lumput
25th July 2009
10pm to 3pm




Proceeds daripada charity ini akan diserahkan kepada anak-anak yatim Palestinian, dan akan di uruskan oleh professional lah yang ada hubungan langsung dengan charitable organisation sebelah sana. Jadi jangan risau duit tak sampai atau tersasar dan sebagainya.

Harga tiket dia RM20 je, dan kita boleh melawat Bazaar dan join aktiviti kat situ. Tiket masuk tu hanya untuk orang dewasa sahaja. Kanak-kanak free, tak payah bayar. So ibu bapa yang ramai anak boleh lah bawak anak dia untuk melawat dan belajar menghargai maksud kemanusiaan dan belajar bersimpati dengan penderitaan kanak-kanak palestin ni, di samping kita membantu sedikit sebanyak mengurangkan penderitaan mereka.

Orang cakap every action counts, tak mampu derma banyak, derma sikit, tak mampu derma, kita tunjukkan kita punya concern. Tapi kalau boleh jangan mendiamkan diri begitu sahaja. Ia seakan telah menjadi tanggungjawab kita untuk membuat sesuatu, jadi kita boleh mulakan dengan menghadiri bazaar ini.


Untuk kanak-kanak memang free, kalau korang ada 20 orang anak pun, semua free jangan risau. Tapi kalau anak ko dah umur 25 tahun pun korang nak masuk free aku hempuk kan je dengan meja registration kat bazaar tu nanti.


Kalau korang tengok poster yang buruk dan low budget kat atas tu, ada akak tunjukkan jenis-jenis coupon yang akan diberikan untuk setiap donation anda yang bernilai RM20 tu.

Poster tu buruk tak kisah, tak penting pun poster-poster cantik tu, tapi yang penting intipatinya.

Kalau korang tengok betul-betul, setiap tiket berharga RM20 akan mempunyai 5 coupon. Lima coupon itu menrangkumi

1 coupon tiket masuk yang melayakkan anda untuk satu lucky draw.
3 coupon makanan
1 coupon minuman.


Macam-macam makanan ada kat food court tu. Korang boleh guna coupon tu untuk memberli makanan. Nak makan nasik ayam, kueh teuw, mee goreng, macam-macam lah ada. Nak guna tiga-tiga untuk makan nasik ayam pun boleh. Takde masalah.

Korang imagine kalau korang bawak family gih makan kat KL, tak kan dapat harga camtu. Kat KL tu makan sorang je dah dekat 10 ringgit. Ini akak kasi 2 coupon makanan dan 1 coupon minuman, termasuk peluang nak menang cabutan bertuah lagi.

Just imagine korang suami isteri dan ada 4 orang anak. Beli beli dua coupon dan dapat tiket masuk untuk 6 orang, dan 6 coupon makanan. Boleh gih jenjalan kat the weld, shopping-shopping dan sebagainya.

Imagine kalau family trip ke KL seramai 6 orang, kalau tak abis 100-200 untuk makanan je tak sah. Ini RM40 je deknon untuk satu family. Ini contoh lah. Kalau ko ala-ala mesin seks, dan anak korang ada 12 pun tara hal!!!

Kecuali bapok-bapok yang ada anak ikan tak consider anak-anak ya. Korang kena beli tiket untuk anak ikan tu.

Gi lah ya, please come and join and support us for a good cause.

Kalau sesiapa yang berminat, sila tinggalkan hantarkan email, dan dalam email tu letakkan no telefon anda.

Dan kalau korang tinggal di kawasan dalam Klang Valley, akak sendiri akan hantarkan tiket itu ke rumah korang.


Itu je lah Iklan komuniti untuk kali ini, untuk pertanyaan lanjut boleh emailkan kepada


fiebierossa at yahoo dot com


untuk sapa-sapa yang bengap macam lembu tu , at tu @ dan dot tu titik lah, jangan ko gih bantai hantar email kat fiebierossaatyahoodotcom pulak, sampai kiamat tak sampai email tu.


calling2 akak tau. Jangan lupa


Akak sayang korang semua.

Muahsss muahssss, dadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

4 comments:

MamaJajie said...

fieb,

puas carik dlm n3 tu bila? brapa hb? org tk prasan ke atau akak tak bagik tau ek? heheh... pls confirm on dates! tq fieb!

Fiebie said...

25 julai ni lah mama jajie. dah tulis dah tu.

mama nak pergi ke? berapa tiket, sekarang jugak saya hantar

MamaJajie said...

tu lah,dah jmpe dah date nye, satu ari tu je ek? org nak dua fieb! camne nak jmpe ? meh email kita, lisz@pulauindah.com.my. kita keje pulau indah, tp dok shalam.. nnt cnfm kan ek.. daaaa

btw, kanak2 yg dmaksudkan berumur antara brapa taun ke brapa taun? karang sian pulak bwk budak umur 12 tahun tp dah dikira dewasa, cane?

miloais said...

salam fiebie...

saya nak beli lah kupon tu
nanti emel kat saya ye..

mi_alin97@yahoo.com