Korang ingat tak, dingdang yang ada gambar doeremon dengan kum-kum. Banyak lagi makanan ringan zaman tu. Tapi dua ni paling popular lah. Sebab cik mur dan dapat hadiah.
Sekarang ni kalau kalau anak buah akak mintak duit nak beli makanan dalam kotak dengan mainan tu, akak sikitnya marah. Bukan apa, makanan ni bukannya berkhasiat. Tapi kalau tak berkhasiat, takde le aku jadi sihat macam sekarang ni kan. Dan kalau nak cakap makanan tu effect minda kita, takde le akak ni bengap sangat nak dikirakan.
Kalau aku tak makan kum-kum tu dulu, mesti akak dah jadi Doktor dah sekarang ni kan.
Tapi bila fikir-fikir balik, masa akak kecik dulu ada kawan akak mak dia memang tak kasi beli makanan ringan ni. Budak ni dok melalak meraung hempas kaki semua, takdenya mak dia nak beli, siap disebatnya ada. Takde pun dia jadi doktornya. Yang last akak dengar dia kerja jadi wireman je.
Anyway, berbalik pada entri kita, beberapa entri sebelum ni akak dok membebel lah pasal charity ni, dua orang je berminat. Mama Jajie dengan Kak Pnut.
Terima kasih kak Pnut yang offer diri nak sponsor cupcakes untuk dijualkan dan memberi proceed kepada anak-anak yatim palestin ni, tapi terpaksa di tolak. Bukan apa deknon, sebab dah ada 2-3 gerai jual cupcakes, dan dekat 10 gerai je jual kek dan biskut. Sebab takde kakitangan yang nak ada nak tolong tengokkan cupcakes tu. Unless lah kalau amik booth dan jaga sendiri, kecik tapak tangan, dulang astro akak tadahkan.
Atau pun, kak Pnut boleh pose-pose cantik dengan abang Mior dan dengan Nazmi dan Baby Girl, pose pose maskot depan pintu tu dan agih-agihkan cupcake percuma gitu. Make sure properly labelled so senang orang nak order kendian.
Tapi kalau towkey cupcakes kat dalam sentap, akak tak jamin lah. Tak mau lah tengok Kak Pnut nanti gaduh baling2 cupcakes pulak.
Tak pun, akak simpan je niat nak derma cupcakes tu sekarang, derma masa besday saya nanti boleh???
opssss...
Tapi niat suci anda akan ku kenang sehingga hari besday ku nanti.
hik.
Anyway, tu lah. Sedih lah akak dok menunggu respon. Dua orang je yang mengoffer diri nak gih charity drive tu. Takpe lah, bukan rezeki budak-budak tu sangat nak dapat bantuan dari pembaca blog ini. Dan akak pun sedih kerana gagal menjual tiket charity,
korang tak sedih ke deknon, akak buat cerita sedih ni?
Tapi jangan terlewat. Anda masih berpeluang untuk membeli tiket yang berharga RM20 dari akak ni, yang akan mendapat 3 coupon makanan, 1 coupon air, dan 1 coupon cabutan bertuah.
Ni makanan betul ni tau, bukan setakat snek snek karipap sekeping dengan kek buah harga 60 sen tu seketul.
Menu-menu nya semua very hearthy meal dan memang berbaloi duit RM20 korang tu.
Dan akak lupa nak mention yang bila akak cakap kanak-kanak masuk percuma, kanak-kanak di sini bermaksud school children.
Jadi kalau anak korang berumur 18 tahun ke bawah, masuk percuma.
Kalau anak korang umur 35 tahun, tapi nampak genit dan muda macam akak yang nampak seakan-akan gadis berusia 16 tahun ni, boleh cuba untuk masuk percuma jugak.
tapi kalau anak korang umur 15 tahun, tapi dah berjanggut bermisai dan berperut boroi, walaupun sebenarnya adalah laki korang, tapi korang spedo kata anak, maka diharapkan tengok le cermin tu dulu kot ya pun.
Sekali lagi Charity Bazaar at the Chow Food Court, The Weld Kuala Lumpur pada 25 hb ini menjemput semua orang untuk menghadirikan diri di samping beramal untuk membantu anak-anak yatim di Palestin.
Oh, another update, mengikut kata kawan akak, hadiah-hadiah lucky draw pun mantap beb. Contoh hadiah lucky draw ada DVD Player, voucher kasut bernilai RM1000 dari a very expensive shoe shop kat Pavilion, ada clothes, hamper and many more.
Imagine spend RM20, dapat makan, dan bawak balik DVD player, tak berbaloi??
Tapi hadiah tu semua tak sepenting kehadiran korang kat situ. Kita ni deknon nak menentang kejahatan, menentang Yahudi zionis lahanat tu kalau nak gih perang sana kita tak mampu. Kita set-set pandai bercakap dan jenis orang berilmu ni, bila nampak bom, tak sempat bom tu di baling, kita dah lari dulu. Nak pergi berperang kat sana pulak jauh, nak derma 1-2 juta, sorru pun kadang-kala miss. Jadi apa kita leh buat is to show support and bantu sedikit sebanyak.
Every effort count.
Jadi sekali lagi, datang lah beramai-ramai ke Charity Bazaar at the Chow Food Court, The Weld Kuala Lumpur pada 25 hb.
Tiket akak ada jualkan, kalau korang duduk area dekat-dekat, akak hantar sampai ke rumah.
Nak buat donation pun boleh.
Oke lah, cakap banyak-banyak pasal charity karang, meluat lak korang kan. Tahu-tahu je, esok takde sapa dah masuk blog akak.
Kalau akak cerita gossip yang kawan akak bagitau, sebab aunty kerja doktor kat hospital tu bagitau yang ada sorang artis wanita yang jatuh sampai masuk hospital yang dikatakan jatuh toilet, sebenarnya jatuh tangga sebab mabuk mesti korang suka kan.
Atau gossip artis realiti TV yang ada hubungan dengan mak datin, walaupun sebenarnya bukan mak datin, tapi Pak Datin, mesti korang suka kan.
Tapi akak tak mau lah cerita gossip murahan camtu, akak nak sambung cerita pasal makanan boleh?
Kannnnnnnnnnnnnnn
Tak habis-habis dengan entri makanan kan, macamana le tak gemuk macam raksaksa gorgon. Gorgon pun gorgon lah, tengah sihat ni kita makan lah, kang dah tak sihat tak leh makan pulak ya tak.
Cerita pasal makanan ni, orang cakap KL tu adalah syurga makanan. Pergi kat Bukit Bintang atau Bangsar, korang boleh makan anything under the sun. Kat sana banyak restoren mewah. Kalau konsep-konsep miskin sikit, pergi lah food court kat pavilion atau klcc. Kalau konsep miskin lagi hina dan tak berduit, ko makan je lah Ramli Burger.
Pendek kata, cakap lah apa nak makan pun dari makanan barat ke timur, dari selatan ke utara. Makanan Eskimo je takde, sebab belum ada restoren kat sini jual Ikan Paus masak asam, atau Anjing Laut masak tiga rasa ya. Kalau korang nak makan anjing, ada ko pergi le tempat banyak myanmar. Kat kawasan dorang lepak tu, jarang ko tengok anjing dengan kucing.
Pastu kalau terasa nak makan makanan pantai timur gih je kat Kampung Bharu. Nak makan makanan negeri sembilan sedap pergi Kampung pandan. Nak makan kari kepala ikan best, gih Kampung Attap, nak makan nasik campur pergi Kampung Kerinchi, nak makan penumbuk pergi Kampung Medan.
Banyak tul kampung kat KL ni kan, walaupun sebenarnya ntah mana kampungnya pun tak tau.
KL ni syurga makanan lah kiranya.
Tapi, Shah Alam pun apa kurangnya. Kalau kat KL tu syurga makanan, kat Shah Alam adalah Syurga Makanan Murah.
Betul deknon, ada banyak makanan murah-murah kat Shah Alam, kalau kita pandai carik. In fact kat Shah Alam merata pelusuk ada restoren, dan kebanyakkan restoren bukak 24 jam. Kaedahnya orang Shah Alam banyaknya pemalas dan kaki melantak. Kat sini ko bukak je lah restoren apa pun, ko rebus kayu dengan besi bubuh nama best-best gerenti orang datang. Contoh macam Sup Besi Mahligai Syurga, atau sup sampah sarap Taman Teman mesti orang beli punya lah.
Mungkin sebab kat Shah Alam ada ramai students, jadi banyak lah restorennya. Dan bila ramai student harga makanan dia pun murah.
Mana nak carik lunch RM3 nasik, ayam, sayur dengan buah dan air. Mana nak carik nasik lemak isi sendiri harga RM1.20, boleh ke ko dapat nasik putih, paprik dengan tomyam RM7 atau sotong kangkung harga RM3.
Kat Shah Alam je ada, tapi kena pandai carik kedai dia lah.
Dan salah satu dari restoren yang akak rasa berbaloi kat Shah Alam ni, adalah sebuah restoren makanan Cina. Nama Restoren tu Restoren Assam Fishhead. Well, takde le murah mana, tapi murah le kalau nak bandingkan dengan harga-harga kat restoren Cina yang lain. Unless korang makan kat restoren cina yang ada jual Ba Alif Ba Ya, tak tau le harga dia camana. Tapi since akak memang suka chinese food dan selalu makan makanan cina, akak tau le harga kat sini berbaloi.
Meh kita tengok antara menu-menu yang dihidangkan restoren ni meh. Sila Klik gambar untuk paparan lebih menarik
Tauhu Sizzling with mushroom and chicken, RM 8, B+
Well, as you can see the dia punya score dia maybe tak le tinggi mana, tapi oke lah dan boleh dikategorikan sedap jugak lah, tapi yang lebih penting adalah harganya.
Harga, A+
Makan untuk 4 orang (walaupun sebenarnya telah dimelantaki oleh dua orang sajork) adalah RM 55 dengan minuman dan nasi.
Emm, oke lah kan.
Itu je la kot untuk entri kali ini. Aku nak sambung membuta, dah kul 3 pagi kot ya.
However, izinkan akak sekali lagi meremind korang semua pasal Charity Bazaar tu, di the chow food court, the weld kuala lumpur, pada 25 July ini, tiket boleh dibeli dari akak dengan harga RM20. And you can leave your name and number by providing me your detail di
Datanglah beramai-ramai, Lets membeli belah sambil menderma.
chouuuuuuuuu cinnnnnnnnnnn cauuuuuuuuuuuu
Harga, A+
Makan untuk 4 orang (walaupun sebenarnya telah dimelantaki oleh dua orang sajork) adalah RM 55 dengan minuman dan nasi.
Emm, oke lah kan.
Itu je la kot untuk entri kali ini. Aku nak sambung membuta, dah kul 3 pagi kot ya.
However, izinkan akak sekali lagi meremind korang semua pasal Charity Bazaar tu, di the chow food court, the weld kuala lumpur, pada 25 July ini, tiket boleh dibeli dari akak dengan harga RM20. And you can leave your name and number by providing me your detail di
fiebierossa at yahoo dot com
Datanglah beramai-ramai, Lets membeli belah sambil menderma.
chouuuuuuuuu cinnnnnnnnnnn cauuuuuuuuuuuu
8 comments:
bukan tak sudi pegi, tapi kite jauh la...
apa2 pon, kite sokong usaha awak tu!
ngada-ngada ko kan puterikurekure, sapa suruh duduk jauh-jauh? lain kali duduk dekat sikit dengan akak. meh pindah sini meh. jangan lupa bawak abang sekali.
opsss
fieb,
restoran assam fish katne ? sect 9 ek? menggelupur ibu ngandung ni tgk buttered prawn tu!! sizzling tofu tu pn nampak sedap... lahaiii, tolong la akak yg mengidam nihhh! ahax
seksyen 7 lah kak, depan nasik lemak cinta sayang (ke belakang)
akak nak p, akak nak p, tapi akak duduk kulim. the weld kat mana, akak tak pernah p pun.
beli kupon masa kat sana pon boleh kan akak?
fieb...
kat sect 7 belah situ mmg heaven kan utk makan2kan?! cinta sayang tu org baru gi sekali, bangi kopitiam sekali, barra sekali! kiranya masuk semua sekali2 je la, tp harus la assam fish ni org carik, nak memuaskan tekak ni hah! anyway, terima kasih ye?!
janganlaaaa sebot seboy Kum Kum..mak takottttttttttt teringat plak antu Kom Kom..***menggeletar kunun!
Noks, tu lah dia...miss nyer mak makanan kat mesia..nanti balik karang kalau ada masa mak nak tarik Avang pi Shah Alam..melantak!!!!
Post a Comment