Monday, August 3, 2009

Matang Wildlife Centere

Hahaha, tu dia. Very der entry basi tak perlu.


Mati lah kena maki dengan Imah sat lagi. Tapi ada aku kisah.

Anyway, sebelum akak nak sambung entri pasal Sarawak ni, izinkan akak membebel sedikit pasal demo-demo tak perlu yang berlaku kat KL baru-baru ni.

Bukan niat akak untuk pro mana-mana parti, atau bukan niat akak untuk menjadikan blog ini blog politik, tapi senario politik kita yang semakin hari semakin menenatkan dan menakutkan menyebabkan akak terusik untuk berkata sesuatu.

Selama ini, kita hidup aman damai selepas jauh kita membangun bersama-sama meninggalkan isu 13 mei 1969 yang menghantui ramai dari kita. Mungkin akak tidak dilahirkan pada ketika itu, jadi akak tak tau macamana rupa kejadiaannya ketika itu, tapi dari pembacaan dan dari cerita pengalaman orang yang melaluinya, akak bersyukur kita tidak perlu mengharungi masalah sedemikian.

Cukup lah moyang kita terseksa dan dilayan seperti anjing di bawah jajahan orang luar selama lebih kurang 450 tahun. Cukuplah nenda-nenda kita membanting tulang empat kerat dan diterseksa di cabut kuku, di lempang, di rogol dan dibunuh ketika Jepun, cukup lah ibubapa bersengkang mata mengendong kita lari ke sana ke mari sambil menghayun belantan cuba mencapai kemerdekaan untuk kita semua.

Cukup lah semangat setia kawan kita di uji pada tahun 1969 dulu.

Kita berusaha mencari kemerdekaan dan keselesaan untuk semua orang. Kita berusaha, bersabar dan berlebih kurang untuk kesejahteraan semua orang. Kita bahagia hidup dalam sistem demokrasi yang sedia ada. Kepincangan di sana sini memang wujud, tapi itu adalah hakikat yang terpaksa kita terima kerana kita ingin hidup dalam suasana aman damai dalam corak kita sendiri.

Kenapa mesti nak merosakkan semua ini atas nama Demokrasi yang salah. Demokrasi yang perjuangannya tidak betul pada niatnya dan salah dari caranya.

Demokrasi bagaimana yang kita semua perjuangankan sekarang ini?

Kenapa kita yang tidak tahu asal cerita, mengamuk tidak tentu pasal, demo sana sini, semata-mata memperjuangan matlamat politik sesetengah pihak yang tidak ada kena mengena dan tidak memberi sebarang faedah kepada kita.

Ada banyak cara lain boleh kita gunakan untuk menyampaikan hasrat dan menyuarakan pendapat, jika kita benar-benar yakin dengan perjuangan kita, dan kalau kita benar-benar rasa hak kita sebagai seorang rakyat telah diketepikan.

Tetapi bukan dengan cara menakut-nakutkan, dan bersorak-sorak merosakkan harta awam, sedangkan perjuangan sebenarnya yang cuba dilakukan sendiri kita tidak faham. Bagaimana kita mungkin faham, jika konsep demokrasi itu sendiri kita telah salah ertikan.

Kenapa perlu demonstrasi sesuatu yang tidak mendatangkan hasil kepada majoriti, kerana itu lah matlamat demokrasi. Demokrasi menjanjikan kesejahteraan pada orang ramai, dan bukan memperjuangkan matlamat beberapa individu yang merasakan hak mereka telah dinodai.

Kenapa tak memperjuangkan nasib melayu yang semakin jahanam dan berpecah belah. Kenapa tak memperjuangan hak-hak kita sendiri yang semakin lama semakin miskin di negara sendiri, kenapa tidak memperjuangan hak-hak ekonomi kita. Kenapa tidak memperjuangkan nasib pemuda-pemuda Melayu yang tidak ada kerja, berpeleseran menagih dadah. Kenapa tidak memperjuangkan hak-hak kita untuk mendapat kemudahan perumahan yang lebih baik, kemudahan pelajaran lebih bagus atau kemudahan-kemudahan awam yang lebih sesuai.

Ada banyak lagi isu penting yang perlu diperjuangkan, tapi isu ini semua nampak tidak penting, kerana isu-isu ini semua tidak sensitif, tidak menarik untuk didemonstrasikan, sedangkan isu ini semua adalah isu hak asasi juga. Dan isi ini lebih demokrasi sikapnya.

Sebaliknya kita sibuk berganding bahu melayan isu-isu yang kita sendiri tidak faham, dan membuat kacau di kawasan-kawasan orang Melayu hendak meniaga dan mencari makan. Menyebabkan kan kerosakan dan ketakutan, dan membuka ruang untuk lebih banyak kejahatan berlaku.

Kalau betul nak berdemonstrasi, kenapa tidak pilih Bukit Bintang? atau Petaling Street? Atau Bangsar. Kenapa nak demonstrasi di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Orang lain semua duduk senang lenang bertepuk tampar, kita orang melayu berpecah belah, pastu bergaduh sama sendiri dan menyusahkan orang-orang kita sendiri.


Kenapa kita Melayu mesti jadi bodoh???


Kenapa korang bodoh sangat ah???


Kalau bodoh, korang pergi belajar kat sekolah tu pandai-pandai, dan masuk Universiti dan kerja elok-elok, satu hari nanti bila kita semua dah pandai, tidak ada sapa yang sanggup merosakkan hak kita.

Kalau kita nak memperjuangkan hak kita, kita kena tahu dulu apa hak kita, dan apa yang kita perjuangkan.

Jangan menyokong membabi buta hanya kerana kefaham demokrasi kita yang salah.


Eh, emo lak aku katanya.

Sekali lagi akak bukan mahu bersifat pro mana-mana parti, tapi korang ingat kalau parti satu tu lagi berjaya mencapai kehendak mereka, mereka tidak akan mengunakan perkara yang sama? Dan korang ingat, dengan pakatan-pakatan sedia ada yang tidak pernah sepakat itu mampu menjadikan kehidupan kita lebih baik? Atau kalau kerajaan sekarang yang ada, jika mereka bukan lagi kerajaan mengunakan teknik yang sama untuk memperjuangkan matlamat politik mereka kemudian nanti sepatutnya diterima.

Kita adalah negara berbilang bangsa, cara demo-demo untuk menyampaikan hasrat politik ini adalah sangat merbahaya.


Tolong lah fikir-fikirkan barang sejenak dua.


Anyway, kalau nak demo jugak lepas ni??


Oke kita demo kat Petaling Street atau Bukit Bintang, or even kat Brickfields tu. Kita tengok apa yang jadi.



Oke lah, kita kembali kepada mood normal ya.


Ni akak nak ceritakan pulak pengalaman akak masa kat Sarawak tu masa gih Matang Wildlife Centre ni.




kalau tak silap akak, sebab akak dah lupa, tiket masuk ke dalam kawasan penjagaan haiwan liar ini adalah lebih kurang RM3 ke atau RM5. Di kaunter tiket nanti kita akan diberi satu peta kawasan-kawasan yang boleh kita lawat, dan kita akan dihasihati supaya meninggalkan sebarang beg terutama beg plastik sebab takut ada beruk-beruk yang ingat kita membawa makanan akan menyerang kita nanti.

Masa akak pergi sana, akak dinasihatkan untuk tidak ke kawasan buaya, sebab beberapa hari sebelumnya air sungai melimpah dan beberapa ekor buaya telah berjaya melarikan diri katanya. Imagine le kalau buaya tu nampak akak yang sihat walafiatnya, tidakkan buaya itu akan kegumbiraan katanya. 2 tahun tak yah cari makanan lagi katanya.

Jadi atas nasihat yang diberi, maka akak pun tidak le melihat kawasan yang ada buaya, tetapi menfokus pada kawasan yang banyak beruk-beruk sahaja.

Katanya, walaupun kehidupan akak dipenuhi dengan beruk-beruk, tapi beruk-beruk di kawasan ini lebih menarik untuk ditonton dan beruk-beruk ni semua tidak pandai bercakap. Jadi kurang memeningkan kepala.



Ini bukan beruk, ini adalah rusa. Rusa dia jinak gila kita boleh panggil-panggil dia akan datang dan bermanja-manja dengan kita gitu. Rusa ni nama dia Johnny, sebab bila akak panggil siti.... siti... ali... ali.... kassim.... semua dia tak datang. Bila panggil Johnny baru dia datang, jadi kesimpulan nama dia adalah Johnny.



Ni pun bukan beruk, walaupun ada rupa cam beruk. Ini nama dia binturung, dia adalah ala-ala musang sikit. Memang comel gila, geram je tengok. Kalau boleh bela rasa nak bela. Tapi kemungkinan muka kita akan bercalar-calar adalah besar kalau dicakar oleh binatang ini ek, sebab kuku dia je sama panjang dengan jari-jari dia.



Ini lah Beruang Madu, atau Malaysian Sun Bear or Sun honeybear or what ever, akak tak ingat.

Bukan abang beruang madu tau.


Ini pulak adalah rupa sorang bapok gemuk yang hampir meninggal dunia kerana kekurangan oksigen setelah mendaki tangga yang begitu tinggi sekali. Tetapi untuk tidak menakutkan mana-mana pihak, wajahnya terpaksa didelete supaya tidak menyebabkan sesiapa terkena stroke.




Ini apa ntah, akak feeling2 natures lover amik gambar flora dan fauna yang tak perlu. Ada banyak pokok-pokok, cendawan dan bunga pelik dalam tu, tapi aku tak kuasa nak amik gambar.




Ini adalah specis beruk kuang ajar setiap kali nak amik gambar dia akan tunjukkan bontot dia.


Serious you all, berpuluh-puluh snap gambar beruk ni je, 90 peratus adalah gambar lubang burit dia je.

Macam siyal.


P/S : Ginger, kalau you all nak tau ini lah sebenarnya adalah satu specis Ungka you all.


Larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk


Pastu kita gih tengok Orang Utan.

Kalau baby dia comel gila, tapi kalau dah tua tu, punya le besar kalau le sesiapa terserempak kat dalam hutan mesti cakap dorang jumpa hantu raya.


Orang hutan ni bijak gila, mula-mula dia dok pose jauh-jauh dalam kandang dia, bila akak datang dia pun datang dekat ini.





Pastu dia terus pose-pose manja kat bawah tu sambil kais-kais tanah. Comel sangat.



Ohhh patut lah, rupa-rupanya dia rindu dengan Papa dia.

hik hik....


Tu papa dia tengah panggil baby dia tu, tersengih je orang hutan tu kegembiraan.



Oke, sekian lah sahaja kisah akak di Sarawak.


Lepas ni akak buat entri makan-makan balik.


daaaaaaaaadaaaaaaaaaaaaaaaa

5 comments:

Hatta Dolmat said...

apa radz bwat kt situ?

Fiebie said...

totop molot!!!!!!!!!!!!!


takut, kejab lagi perang lah dalam blog aku ni

darling8tabby said...

nak komen pasal riot hari sabtu hari tu...

DORANG MMG BODO kan...

ok dah cukup..heheh

nash said...

sokong u fiebie, mmg dorang yg pi demo hari tu boddoh giler, pernah berbual ngan salah sorang dr mereka, katanya mereka perjuangkan ISA, kerajaan skrg patut digulingkan dan mcm2 lagi, nampak sgt jenis pak turut, tak tau apa yg dorang perjuangkan, apa yg diceritakan nampak sgt beremosi! yg kelakarnya basic english dia suruh aku ajar dia!

Audra Sazreena said...

Nak komen pasal demo tu je.. memang orang yang pegi tu kebanyakannya pegi sekolah tinggi atau sekolah atap tinggi.. tapi akal tak setinggi mana, hidung je tinggi.

Err.. silap cerita pasal tinggi plak. Tapi kesimpulannya mereka adalah golongan yang tak reti bersyukur dengan apa yang kita nikmati selama ni. Aku kesian ngan parents dorang sebab dapat anak yang macam dorang tu... dah la pegi demo, kena tangkap plak, tak pasal2 kena denda plak.. dah la nak dekat Raya ni, patutnya duit tu boleh buat belanja Raya, ni kasi free je kat gomen.. rugi wo!!

Baca cerita pasal Kuching ni, teringat a few months back pegi Batang Ai Resort. Best wo Fiebie.. hang kena pegi.. sangat bagus tempat dia untuk menenangkan fikiran dan melupakan hal-hal yang menegangkan otak dan perasaan :)