Sunday, August 23, 2009

Ramadhan Kareem.

So macamana puasa kedua? Masih tebal atau nipis puasa kita? Hari-hari bergelumang dan bersahabat dengan dosa, moga amalan semua di terima. Semua tu urusan tuhan dengan kita.

First day puasa dan sahur wajib bersama mak. Tak kira macamana pun, mesti berpuasa bersama omak den lah. Kang dio kek ghumah molalak lah soghang2 dio, laie pulak kek ghumah tu ado anak buah den yang nakal eh humang aii, cam komunis.

Anyway berbuka puasa di rumah, takde apa-apa yang fancy-fancy, hanya makanan orang kampung biasa je. Rendang daging campur dan berulamkan pucuk paku menjadi sajian, dan di teman sambal tempoyak.

Menjilat jari.

Rendang campur (daging, hati, limpa, dan paru)
Memang favorite aku, aku panggil ni rendang surprise, you never know what you bite.


Pucuk paku, fresh di petik depan rumah. Di lecur sampai hilang pahit dan dimakan bersama sambal tempoyak yang tempoyaknya masih baru, takde le mau cam tungkik ke apa.

Best



Dessert wajib le kat rumah akak, dari akak kecik sampai le ke besar sampai le ke besar sangat ni, macam sekarang, ni le jadi punya tahap ketembamam akak yang terlampau-lampau melampaui batas imaginasi.

Cekodok pisang.

I love my cekodok pisang. Nyum nyum...

Cabutan Bertuah

Last week, beberapa bapok-bapok tua kawasan Kebun Getah Sungai Pelik yang kubur kata mari, rumah apartment kata pergi telah mengadakan satu get together dan menjemput bapok-bapok yang pernah dibesarkan dan di babtist kan tahap kepondanannya di Kebun Getah Sungai Pelik yang mana kebanyakkannya datang dari Institut Pengajian tinggi awam yang sama, di kawasan Kebun Getah tersebut lah.

Tujuannya adalah untuk mengimbau kembali nostalgia, bersuka ria dan melaram dengan pakaian-pakaian wanita yang jika di pakai oleh wanita biasa akan nampak seperti saiz L, manakala bila di pakai oleh bapok-bapok ini, pakaian wanita bersaiz XXL itu secara automatiknya kehilatan seperti saiz Extra Small katanya.

Rata-rata orang datang dari Utara, dari KL, dari Melaka, dan dari Kebun Getah sendiri. Walaupun tidak ramai orang yang hadir, tetapi majlis berjalan tetap meriah seperti yang telah diplankan. Ada show, ada cabutan bertuah, ada pemberian awards yang kontroversi dan tidak begitu kontroversi dan juga tidak termasuk kes gossip Kuri Kuriayan Nam Nam Kandiyar telah di halang kebenarannya untuk menghadirikan diri dan dipulangkan wangnya oleh Anggama, kerana anggama tidak sanggup menerima dan mendengar statement Kuri-kuri.

Dengarnya kuri-kuri mengeluarkan statement sebegini...

"Nyah, ramai ke yang datang.
Kalau tak ramai mak tak
mau nak drag. Nanti rugi mak drag
sebab kurang coverage untuk mak"

Tuuuuuuuuuuuuuuu diaaaaaaaaa, ko boleh??

akak siap bold kan lagi.

Mampu ko drag tunggu ada coverage besar sajork!!

Lain kali akak cadangkan pengangur memanggil 360 TV3, dan Majalah Mastika termasuk JAIS untuk membuat liputan secara langsung, supaya kawan-kawan kita yang nak drag mendapat liputan yang meluasnya.

Apa pun, kisah Wang Kuri-kuriyapan Nam Nam Kandiyar yang dikembalikan dan keahliaannya sebagai penoreh getah di tarik sebenarnya adalah gossip semata-mata. Segala maklumat lanjut perlu lah menunggu mesyuarat Agong tahunan persatuan isteri-isteri penoreh getah Sungai Pelik (PERGOSSIP)

Anyway ...



Seperti biasa akak mesti menang lah cabutan bertuah.




Tu diah, apa akak menang kali ini. Suspen ni hadiah sebesar meja katanya. Di balut pulak dengan kepingan platinum ni. Harus hadiah juta-juta kan.

So lovely, a paiting of roses on canvas. It goes well with my other decoration kat opis. A lovely picture should be on the right place, so akak pilih untuk gantung betul-betul atas, coffee tea making facility akak in my small office.





so that, whenever i am making myself some coffee, i will look at this picture and be reminded of my friends that i love, and who love me in return.

Thank you all for the great memory...





i loving memory
kuri-kuriayapan nam nam kandiyar
1994-2009
opsssssssssssssss







p/s: Kuri-kuriayapan nam nam kandiyar is not dead lah, saja je akak buat lawak bodoh.... ya ampunnnnnnnn

3 comments:

Pnut said...

oitt tu pucuk ubi kayu ke pucuk paku??? kelas depan rumah tanam pucuk paku...

Fiebie said...

eh pucuk paku pulak. pucuk ubi.

salah tulis lah cepat sangat menaipnya

Izo Candy said...

konpius pucuk2 ni bhya uolz

*opss


p/s: i pun pggl rendang surprise.. fav gakz.. coz ade mcm2 :)