Sunday, August 23, 2009

Roti John

Roti John segera. .

Atas permintaan Leen Ash Burn, akak tiba-tiba dapat idea untuk buat siri masak memasak sempena bulan puasa ni le pulak. Akak korek punya korek punya korek terjumpa lah artikel lama pasal roti john buatan sendiri ni.

so here goes...

ROTI JOHN SEGERA

Akak nak kasi resepi boleh tak? resepi simple-simple je untuk sesiapa yang suka memasak makanan yang simple kat rumah. Korang suka roti John tak. Kalau beli kat pasar malam kan roti John dia alah sedih je, tak macam roti John pun, macam roti Joned je. Jadi hari ni akak nak ajar roti john segera.


Bahan-bahan.


- 1 dozen Roti soft bun
- sardin satu tin
- Bawang besar sebiji diracik
- telur 4 biji
- Tomato
- Timun
- Mayonis dan Butter..


Cara memasak.
Potong roti soft bun separuh. Roti ni boleh dibuat sendiri banyak-banyak dan simpan, tak pun boleh dibeli di kedai roti. Butterkan dan bakar atas dapur..


Pastu amik sardin, hancur-hancurkan bubuh bawang yang diracik halus, sedikit garam dan kalau suka bubuhlah serbuk lada putih atau cili api potong. Campurkan dengan telur dan pukul rata..


Lepas tu amik satu sudu inti sardin baling dalam kuali pastu lapikkan dengan roti sampai dia dah masak..


Pastu potong timun dan tomato, sapukan dengan moyonis dan sedikit cili sos dan cantumkan dua roti tu..


Tadaaaaaaaaaaaaaaaa… dah jadi dah Roti John segera. Sedap di makan..


Kalau korang tak suka sardin, boleh ganti dengan Tuna, daging kisar atau daging ayam yang telah direbus dan dicincang..


.


Macam ni le rupanya, sebelum di bubuh mayonis.



Dah bubuh mayonis, timun dan tomato pastu kahwin kan. Pastu ngap lah..


Cuba lah deknon. Sedap you all. Anak-anak pun suka, sebab anak buah akak suka sangat. Masa persiapan pun cepat. Tak sampai 10 minit dah boleh melantak katanya. Bahan-bahan pun senang nak didapati dan boleh recycle lauk semalam. Contoh korang ada masak kari ayam ke daging ke, tak tau nak buat apa, ko hancurkan jadi roti john segera perisa kari. Jangan pakai roti burger tak berapa sedap. Tapi bolehlah, kalau tak jumpa soft bun atau dinner bun kat kedai roti.

Yang penting kena sentiasa kreatif, bahan untuk bancuhan tu boleh bubuh cendawan cincang, daging cincang, ikan cincang, atau apa je lah ko nak bubuh pun. Kalau nak wangi bubuh daun sup yang dicincang-cincang.

Senang je.

selamat mencuba






3 comments:

Leen AshBurn said...

Yay! Thanks akak. Nanti my sister datang kita worang nak buat menda ni lah. Tapi guna daging kot, tak guna sardin. Tapi sardin pun cam sedap kan? Wah. Confused.

raden putra said...

hmmm, sedap buat dgn sardin ni. bleh la cuba2...

Normi said...

Pandai akak masak.. elok buat menantu.. hehe..