Thursday, June 25, 2009

Ya habibi Ya maulana Ya ya Auuu

Tu diahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh


Tajuk pun dah tau akak akan menulis something pasal Arab lah ini. More precisely makanan Arab. Sebab akak ada pengalaman dengan makanan arab. Tak pernah ada pengalaman dengan orang arab lagi. Walaupun akak dengar macam-macam yang menarik pasal orang Arab ni, walaupun kebanyakkan dorang badan berbau minyak sapi, dan kadang-kala bau murtabak. Adakah mereka memakai deodorent berperisa murtabak, akak pun tak tau.

Anyway, orang arab ni kan, orang cakap lain sikit. Dia punya kekwat dan kuang ajar dia mengalahkan Firaun. Kata orang le. Sebab tu le banyak Nabi dulu diturunkan di kalangan orang Arab. Sebab memang degil lah kiranya dorang tu.

Anyway, again kita bukan nak bincangkan pasal sosiopolitik orang arab ni, tapi kita nak cakap pasal Nasi Arab.

Yeahhhhhhh!!!

Gitu lah aku kan. Melantak je kerjanya. Apa nak buat kawan-kawan pun semua kaki melantak gak. Ada ke ko kawan-kawan sanggup drive sejam dua semata-mata nak gih makan. Kakak ada ramai, thats explain the size ye kot.

Badan akak ni pun dah naik gila ntah macamana tah, i need to change my seluar size. Hik, nak bagitau malu. Tapi yang pasti pusat akak pun semakin mendalam dan besar ni mengikut peningkatan size perut. Ala-ala kalau akak gih bandar kan, maka pusat bandar akan berubah-ubah mengikut di mana lokasi akak berada.

Ala-ala pusat bandar kuala lumpur sekarang di bangsar, eh bukan di wangsa maju dan kini bergerak ke melawati... dan seterusnya.

Anyway, berbalik pada Nasik arab ni. Akak pergi berlima dengan Mimi Loma, YamyamYuk, Az dan juga Maria Mariana Tunkurus, sapa lagi kalau bukan pemenang anugerah Designer Popular Malaysia Berita Harian Hatta Dolmat dan akak sendiri lah.

Maka kita berlima pun menuju lah dari destinasi kita di Shah Alam ke tempat yang paling banyak Arab di Malaysia... iaitu...

jeng jeng jeng....


Salahhhhhhhhhh bukan bukit bintang....


Tapi Cyberjaya...


Untuk pengetahuan semua, cyberjaya adalah tempat penyimpanan orang-orang dari Benua Afrika dan juga Arab ni, sebab sana ramai tul kaum-kaum tu tau. Kalau ada bohsia-bohsia servis kat sana le kan, tak heran dorang dengan orang Melayu tau.

Anyway, kat sana kita akan bertemu Leen Ash Burn (yang seperti biasa lewat, kerana terpaksa pusing balik ke rumahnya kerana ketinggalan wallet). Ah lepas ni kalau sapa-sapa nak bagi Leen hadiah, bagi le dia wallet yang magnetic atau ada alarm supaya tak tertinggal-tinggal lagi lepas ni ek.


Oke, lets look at some pictures and join me to the journey of gastronomical haven. If eating is a sin, i dont mind going to hell.

Mati lahhh...




Nama Restoren ini adalah Saba'. Terletak di hadapan IBM dan bank HSBC besar kat cyberjaya tu. Kalau ke sini jangan salah restoren sebab di sini ada beberapa restoren Arab. Yang lain-lain tu sedikit mahal sebab berkonsep mewah-mewah. Yang ni murah sikit sebab tak berapa mewah.

Cuba ko tengok makcik yang pakai baju biru tu, kerek nak mampus, Dok tengok2 akak. Nak je aku hempuk dia dengan menu tu. Tapi sebab anak dia kendu, tak jadi lah. Jadi dia dok sibuk2 tengok tu aku amikkan gambar dia 4-5 snap siap keluar flash-flash. Selambadak, pastu dia tak tengok2 dah.

Kat sini seperti biasa ramai orang arab lah. Takkan ramai orang India lak ek. Hari tu ada satu famili buat gathering dan dorang telah menyambung meja 4 segi nya macam keretapi macam ntah apa-apa ntah.

Elok-elok satu meja boleh duduk 4 orang, last-last boleh duduk 2 orang je bila dah disambung-sambung camtu. Apa tujuan dia sambung sampai 10 meja memanjang camtu pun akak tak tau, macam le orang yang duduk meja no 1, boleh borak dengan orang duduk meja no 4, no 8 dan seterusnya. Kalau meja 2-3 oke lah. Dah rupa great wall of china dah aku tengok.

Hasilnya, kita orang le jadi mangsa duduk berdiri macam orang bodoh setengah jam menunggu orang abis makan. Akak pun merengsa le kan, dan akak dah macam nak ajak balik dah, sebelum di Az buat gila buat muka tak malu pergi mintak satu meja dari satu family lain yang dah abis makan, tapi duk lepak situ macam Yahudi duduk kat Palestin.

Hik.

Anyway. Kita orang pun duduk-duduk dan order lah. In 10 minutes kita dapat dah order kita. Walaupun ramai orang, dia punya service sangat pantas ya.



Mula-mula datang tea and mint dalam small pot dengan small glasses camtu. Comel nau. Orang arab ni kalau minum teh dia pekat gila, sampai sembelit aku dibuatnya. Akak punya ice lemon tea pun pekat camana tah.

Mula-mula kita makan Shawarma Chicken Kebab. Makan ramai-ramai roti dan daging ayam panggang. Sedap sungguh rasanya.

Dua keping roti, dan sepinggan ayam dan potato tu harga dia RM 10.


Cara makan dia amik roti tu, masukkan ayam, kentang, bubuh sos, gulung dan melantak.

Pastu datang order yang kedua, iaitu nasik arab.

Nasik dia fluffy dan berderai. Ntah macamana tah sedapnya nasik dia tu. Memang sedap sangat-sangat lah. Very buttery, lemony dan ada bau-bau dan rasa saffron yang banyak dan menyenangkan.

Nampak tu beras kuning2 oren tu. Tu adalah saffron infused tu, dan sangat wangi. Safron ni adalah one of the world most expensive commodity, and the world most expensive spice. Secubit sahaja stigma bunga safron ni berharga beratus-ratus ringgit.

Kan, aku konfiden je cakap dia pakai safron. Tah-tah sebenarnya dia pakai kunyit serbuk tak pun pakai pewarna je.

hik



Bawah nasik tu bila kita korek-korek keluar le daging Kambing atau daging ayam.

Ada dua versi. Versi satu daging tu di tanam dalam nasik, rasa dia lebih kering, dan kurang berempah. Versi satu lagi macam kat bawah ni dia asingkan dari nasik dan diletak dalam aluminium foil.


Kambing camni dia lebih lembut dan juicy, dan lebih berempah.

Tapi akak suka yang no satu tu. Sebab rasa kambing tu lebih natural. By the way, rasa kambing dia kuat gila, sebab akak tak rasa dia pakai biri-biri, tapi pakai kambing betul yang ada janggut tu kot.

ntah lah.

Sapa yang suka makan kambing cam akak ni, gerenti suka lah.

Dia ada nama dia tau, tapi akak tak ingat. Satu kasbah satu nisfah le camtu, ke nifas dan haid.


what ever lah tak penting nama dia.




Sapa tak makan kambing, ayam pun ada dalam dua pilihan grilled and roasted. Budak-budak ni kata the grilled version lebih sedap.


Then kita order gak some Tabullah, atau parsley salad. Daun parsli tu dicampur dengan tomato dan minyak zaiton dan dicurahkan dengan jus lemon.

A simple and down to earth salad but yet, rasa dia very strong dan owerpowering the food, sebab bau parsley tu yang kuat.

So to balance the strong taste of the mutton tu kita tuangkan sedikit parsley tu macam kat bawah ni.



Ahhhhhh, baru nampak cantik ada green-green kan. Lepas tu kita putar, jilat celup dan makan....


Lepas dinner kita order Baklava, sejenis manisan arab yang diperbuat dari susu, butter, dan kekacang.



Cantik kotak baklava ni. Kalau nak buat hadiah pun oke, nak buat hantaran kahwin pun cantik, atau nak buat door gift pun oke. Harga dia sekotak tu RM20, bubuh ribbon keliling dah jadi hadiah paling menarik dan meletop.


Oke lah itu je entri untuk kali ini.

Jumpa lagi dalam entri jalan-jalan cari makan lepas ni kita gih buat series makanan laut atau seafood pulak.


daaaaaaaaaaaaaaaaaa

9 comments:

Tia said...

kita punya hobi yang sama.......makan!!! hope can join u one day... ;)

bila pergi cyberjaya, rasa macam bukan kat Malaysia, punyalah ramai expatriates..

Unknown said...

boleh cuba try test satu hari yang indah nanti..
thanks for introducing :)

Leen AshBurn said...

Khanna bila kak?

Fiebie said...

big momma.. Yessa? Nanti kita gi makan madam tangs laksa sarawak

Fiebie said...

cindataman, nak ikut

Fiebie said...

leen, lets

@rep said...

kakak.. letak widget follower bley tak???

Fiebie said...

arep : apa tu widget follower?

@rep said...

pengikut blog akak la. contohnya kalau akak update blog. pengikut2 ni akan tahu. lebih kurang macam blog list...

lebih kurang cam peminat lah..

akak FB kan artis..

wink wink