Tuesday, June 2, 2009

I Hate Warehouse Sale

Hari tu kan, masa akak gih bertapa kat hutan hampir sebulan tu, akak buat pertama kalinya dalam hidup akak gih berjalan-jalan kat bandaraya ni.




Sapa dapat teka, akak kasi dia hadiah....



cepat teka mana ni??

Clue : Rumah ni menjadi rebutan 2 orang yang Besar

ni makan-makan depan pejabat gomen dia


ni tempat nak main bowling dia...




Sapa yang betul akan dapat hadiah seperti di bawah....






Tu diah, aiskrim Malaysia berperisa Asam Boi lagi. Memang best.

Seingat akak paling last akak makan aiskrim Malaysia ni masa akak form 3 dulu, lagak-agaknya lebih kurang 6 tahun lepas lah. Akak kan sekarang baru 21 tahun.

Mati lah kauuuuuu...


Kot ya nak menipu pun, agak-agak lah ya.

Sekarang tak tau mana boleh beli aiskrim Malaysia ni, punya le best dok sedut-sedut aiskrim tu lagi sekarang kan tengah musim panas ni. Tuhan je tahu macamana nikmatnya ketika itu.

Ni akak nak cerita sikit ni, pasal warehouse sale. Akak sedikit pantang bila dengar perkataan sale. Seluruh saraf-saraf di badan akak akan bangkit bagaikan pheonix dan mula mengegarkan saraf-saraf di bahagian medula oblongata yang kemudian akan menghantar signal ke serebrum dan serebelum akak dan menyebabkan akak akan menjadi sedikit hilang akal untuk sementara waktu.
atau lebih dikenali sebagai Gila

Satu persamaan antara PLU dan wanita tulin adalah dalam hal-hal mengshopping dan menghabiskan duit. Dorang pantang tengok perkataan sale terpampang mula lah tangan tu gatal nak membeli belah. Tak cukup duit takpe, swipe-swipe card bagai dulu, cukup bulan bayar 5 percent, 6 tahun nanti abis lah hutang. Itu pun ngam-ngam sebelum kerani surat dari Jabatan Insolvensi bank negara hantar surat cinta.


[Soalan tiada kene mengena: dengar kata ada orang kerja Bank Negara dah jadi usahawan ternak kambing, betul ke Imah??? Imah sila jawab, rungkaikan mr.rie inieww]


Konsep biar papa asal bergaya itu penting sekali. Contohnya macam kawan kepada kawan akak yang datang nak beli kereta ni. Gaji memang mewah, tengok dia punya salary statement sebulan hebat mencengkam. Takkan ada masalah kalau kahwin 2 dan bela 6 orang anak le kat KL ni. Kiranya gaji dia cukup besar untuk tidak dikategorikan sebagai miskin lah.

Maklumlah nak hidup kat KL kena le gaji besar, kalau gaji ko setakat RM1500 ko dah diconsider sebagai miskin tau kat KL. Ko jangan ingat ko gaji banyak dari penoreh getah atau penyodok kelapa sawit ko tu automatik kaya.

Mana tak nya, bayar rumah 300, bayar bil telefon 200, bil elektik bil air, 200, bagi mak 200 (cukup bulan mintak balik 300), bayar kereta 600, rokok RM200, makan minum sebulan 700, shopping baju seluar 300, EPF socso 200, tengok wayang 4 kali dengan dok lepak 200, di LQ, lepak Kak Ara makan nasik lemak yang mahal dan tak sedap nak mampus, 200, semua total adalah RM3300.


Elok lah tu, perbelanjaan 3000, gaji 1500.
(malangnya, hampir 70 peratus rakyat malaysia berpendapatan jauh lebih rendah dari RM1500 tersebut)

Tu belum cerita pasal simpanan lagi, sedangkan orang yang menoreh getah tu, by the time umur dia 45 dia cukup duit nak gih Haji 2 kali, dan ada lebih, nak buat downpayment beli Honda Civic.

Kaedahnya untuk menyelamatkan keadaan apa lagi, swipe-swipe le gamaknya ya.

Tiap-tiap hari kerja dok berdoa company bayar bonus 7-8 bulan, so cukup tahun boleh bayar hutang kad kredit lumpsum. Tapi kerja nan ado, sebab hari-hari bukak PC on YM, baca blog dan download porno, dan salin resipi. Bila cukup tahun, company tak kasi bonus mengamuk kata company tak sensitif dengan kehendak pekerja dan tidak menjaga welfare kakitangan.


Mengamuk punya mengamuk, tak tentu pasal sampai terjangkit pada isu politik negara, kata kerajaan tidak peka dengan kehendak rakyat; gaji ciput, barang mahal. Pastu dok pangkah party lain, konon kalau ada party lain kita semua akan automatik menjadi kaya.

iyoooooooooooooo...


Anyway, berbalik pada kisah kawan kepada kawan akak ni, dia cakap le dia nak beli kereta separa mewah berjenama Amerika. Jadi akak pun salurkan lah permintaan dia kat company kawan akak yang jual kereta..

By the way, sedikit pesanan penaja, akak ada beberapa Unit Toyota Wish Low Milage belum register berharga starting dari RM115,000 khas untuk pembaca blog akak ni. Yang had RM115K tu ada dua biji, sapa cepat dia dapat. Kalau nak inform akak cepat-cepat na. Sapa beli kat akak, akak kasi payung percuma.

Ah sambung balik, kawan kepada kawan akak ni pun dengan confidentnya kasi IC, Lesen dan Slip Gajinya yang boleh tahan tu. Kalau nak hantar proses memang takde masalahlah. Tapi bila hantar Bank A, Bank A reject. Cuba pulak hantar ke Bank B, bank B pun reject,


seterusnya hantar ke Bank C, Bank D dan sebagainya semua rejected.

Pelik bin ajaib. Jadi bila reject banyak kali, kita pun tanya lah kat bank2 tadi kenapa dia reject application budak ni. Rupa-rupanya budak ni walaupun gaji dia besar, tapi dia dah max kan kredit card warna gold dia sebanyak 6 keping.


Ko imagine le kalau satu kredit card dah limit RM10,ooo, tak ke 6 card dah RM60,000. Dan kalau kita darabkan RM60,000 X 0.015 percent monthly (18 percent annually), tak ke dia bayar bunga je RM900 sebulan.

Katakan dia hanya buat minimum payment 5 percent sebulan iaitu RM3000, tolak dengan interest RM900, so adalah dia bayar dalam RM2100 sebulan. Jadi kalau dia consistent bayar RM3000, dalam masa 3 tahun abis lah hutang dia semua. Dalam pada masa yang sama bank dah ngap duit interest je sebanyak RM 25,000.

Tapi masalahnya, dia ada ke duit RM3000 nak bayar sebulan kalau gaji dia sebulan pun baru Rm3000 lebih???


Jadi dia dok korek sana, tampal situ, Korek situ, tampal sini, dan walaupun dia rasa dia banyak duit dan kaya berbanding dengan kerani-kerani kat tempat dia, dia tak sedar sebenarnya dia jauh lebih miskin dari Tea lady dan pencuci toilet bangunan sebenarnya.

Jadi nasihat akak, pada sapa-sapa yang berhutang banyak kad kredit ni, dan masih boleh meminjam, gih pinjam personal loan dan settlekan terus kad kredit tu dan potong lapan kad kredit you all tau.


Berbalik pada cerita kredit card dan shopping dan PLU...

Kisahnya sama le dengan akak, sebab hari tu ada warehouse sale, pastu akak tempted gatal biji akak dah shopping tak hingat. Benci lah. Pastu ntah kenapa bulan ni banyak tul warehouse sale nya.


Akak tak suka lah camni.

mencikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk


Tapi jangan risau, akak tidak swipe-swipe credit card akak. Akak pakai cash sajork. Setakat ini, akak dah 3 tahun dah berhenti mengunakan kad sial itu untuk tujuan shopping-shopping peribadi. Sekarang akak hanya gunakan untuk minyak dah grocery shopping sajork.
Dulu masa akak kerja kat tempat lama, selalu buat purchase untuk office akak dah pernah rasa kredit card max ni. Dan masa tu my credit limit bukan RM10,000 ya. Berkali-kali ganda dari ituewww (mati lah kekwat).

3 tahun merana badan nak menyettle kan hutang, cukup-cukup lah penderitaan itu. I don't want to go through it over again.


Satu lagi nasihat kewangan akak, masa tengah ekonomi tidak begitu bagus ini, dan bank-bank dan syarikat-syarikat mula mencairkan asset mereka dan file for insolvency, akak cadangkan you all semua limitkan pengunaan credit card, dan cuba mencari jalan untuk menyelesaikan hutang-hutang lapuk.

Jangan membuat refinance, kecuali jika perlu untuk mengecilkan perbelanjaan rumah dan bukan membuat refinance kerana memerlukan wang tambahan. Jangan buat personal loan kalau tidak ada perkara penting. Kalau nak kahwin oke lah, itu penting, tapi jangan buat personal loan sebab nak bayar downpayment rumah misalnya atau gatal biji nak pergi bercuti-cuti di luar negara atau nak beli perabut.

Tapi kalau personal loan itu boleh digunakan untuk mengurangkan bunga bagi loan-loan lain, oke. Contoh macam nak settlekan kredit card, boleh amik personal loan sebab bunga dia lebih kecil.

Ingat 3 Jangan ini

Jangan Apply credit card,
Jangan buat refinance, kecuali untuk mengecilkan berbelanjaan
Jangan buat personal loan,

dan ingat 3 kaedah Beli ini (in cash),

Beli Barangan buatan Malaysia
Beli in bulk (secara pukal)
Beli bila perlu sahaja.

dan bahagikan wang anda untuk 3 perkara ini.

Transaksi (50 percent dari pendapatan)
Awasan (30 percent dari pendapatan cth insurans dan simpanan)
Spekulasi (20 simpan dalam bentuk saham, bond dan stock)

Anda pasti akan selamat.


Jom tengok gambar jom

tu dia, KB akak Babyboosh melangkah dengan bergaya sekali dengan beg ikea biru yang besar itu. Nampak ada budak tu tengah confuse tengok, ni orang ke alien sebenarnya ni? Nak kata pompuan tak nak kata laki pun tak.

Ah baju budak-budak branded baru RM7. Boleh beli awal untuk hari raya.



Sarung kusyen, kain langsir, alas kaki, cadar semua RM10 hengget je. Boleh beli untuk 3 kali hari raya, termasuk deepavali sekali.

Pastu akak beli minyak wangi 4 botol, 1 lacoste dan 3 Hugo Boss. BabyBoosh beli 5 botol (dia nak minum kot), kawan akak lagi dua orang beli lagi 4 botol. Lepas ni kita semua boleh mandi minyak wangi. Tapi memang worth it sebab minyak wangi ini semua di jual dengan discount hampir 60 peratus dari harga di pasaran. Boleh simpan buat present dan kegunaan sendiri.
Walaupun nampak macam membazir, tapi sebenarnya akak telah menyelamatkan beratus-ratus ringgit untuk perbelanjaan masa hadapan tau... (muka tak bersalah buat statement palsu yang tak betul lagi cilaka)




Too manly, sedap tapi akak tak suka. Akak kan woman.

My personal favorite

My new personal favorite, sedap bau dia


Nice, but not me


p/s: Nanti kalau akak rajin, nanti kita buat posting pasal kaedah-kaedah menguruskan wang ya. Bukan mengkuruskan wang.

6 comments:

Leen AshBurn said...

Akaaaaaaaaakk, I was there also uols. Tapi mak pergi hari Sabtu pagi2 gitu. Tertipu sangat ingat Metrojaya nya warehouse sale rupanya Rijek sop. Tapi tertipu2 pun ada gak lah hangkut barang hiks.

arep said...

i suka entry macam ni.. sangat informative.

walaupun tetaplah semua perfume lelaki..

Beruang Madu said...

Fiebie... pls pls pls bagi lagi kitorang tips tips yg selama lama membangkrapkan rakyat malaysia nih...

kak chik peah said...

yes.. kak peah pun nak tau tips berjimat nih.. kak peah gaji kecik jer.. tiap2 bulan tak penah dapat simpan.. asyik abis kat anak ikan jer.. ops..

makdaracute said...

fiebie,
naper kita tak digalakkan refinance? nanti buat entry pasal nie ya...

captainlukman said...

yessss betul n setuju kak, esp 'beli bila perlu je'. Anyway kisah kwn akak ni sama je dgn kisah kwn saya, gaji riban2 kasi taw sumer org, tp tiap2 bulan takda duit kes balik kl lumba kete(kira cam judi jgk lah ni)

Marilah kita berbelanja dgn cermat...

p/s: insafr terus lepas baca blog akak hehehe