Tuesday, June 16, 2009

Sorru Sapede: The Spices of India


Hello adik-adik kembali kita pada pelajaran mari mengenal makanan Kelly Ng, bahagian kedua. Hari ni akak terlebih rajin jadi akak nak memperkenalkan beberapa jenis makanan India yang ada kat Malaysia ni. Akak siap buat research ni.

Rajin tak?

Nampak sangat aku makan gaji buta kan.

Ko Ado?? Ko mampu dok goyang-goyang kaki, tido kat opis pastu dapat gaji tiap-tiap bulan? Macam sial kan. Nasihat akak, jangan ikut perangai akak ni tau. Tak elok, sebab kerja itu satu ibadat. Dan bila kita buat kerja kita akan beramal dan diberi ganjaran dunia dan akhirat. Dan biarlah rezeki tu halal.

Masalahnya, time-time camni memang akak takde kerja lah. Jadi dari aku dok buang masa melangut tak tentu pasal baik akak buat kuliah pasal masakan. Jadi ada le jugak hasilnya kan. Kiranya ini kelas Arts and Culture kita lah ni ek.

Tak perlu bayar yuran dan tak perlu pendaftaran kelas.

Dan sempena juga dengan kehendak kerajaan untuk menciptakan 1 Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian di utamakan, jadi untuk menjadi satu kita semua kena sama-sama mengenali antara satu sama lain. Orang cakap tak kenal maka tak cinta. Dan salah satu cara paling mudah untuk kita mendekatkan kaum-kaum di Malaysia ini adalah dengan cara permakanan ni lah.

Tapi jangan le pulak ko nak dekat dengan orang cina ko pergi makan Bah Kut Teh pulak atau fried frog leg. Itu akak tak ajar ya. Banyak menda lain ko boleh makan, macam kueh teuw ke, kueh bulan ke dan sebagainya. Walaupun banyak orang Melayu kita sudah mahir minum todi dan syamsu haram, akak harap kita berhenti lah buat kerja gila tu ya.

Bercakap pasal 1 Malaysia, tahap percampuran kaum sebenarnya berlaku dalam banyak cara. Kita ada cara Akomodasi, Akulturasi, Amalgamasi, Pluralisme dan sebagainya.

Akomodasi tu bila kita cuba accomodate dan menerima budaya orang lain tetapi tidak membudayakan diri sendiri. Contohnya macam kita pergi melawat kawan-kawan kita masa Deepavali dan Raya Cina. Tapi kita tak jadi Cina atau India atau bertukar agama. Walaupun banyak je beruk kat luar tu cakap, kalau kita sama-sama merayakan Deepavali kita automatik menjadi Kelly Ng.

Itu memang beruk.

Cara lain untuk Accomodasi adalah kita buat sekolah Cina, Sekolah Tamil dan sebagainya seakan-akan tanda kita menghormati kehendak dan budaya mereka.

Amalgamasi pula adalah percampuran. Amalgam tau tak? Pernah dengar perkataan Aloy? bukan Loy atau Lolo ya.

Kalau nak belajar pasal Loy atau Lolo boleh pergi kelas bahasa Imah Lenggok.

Aloy atau Aloi tu adalah proses percampuran dua logam dan kesannya menghasilkan logam yang lebih kuat dan hebat. Contohnya macam rim kereta tu diperbuat dari Aloy Besi dan Aluminium. Jadi dia cantik dan berkilat cam Aluminium dan keras macam besi. Kalau sapa miskin dan tak mampu dia pakai rim besi je kan tak cantikkan. Dan takde le orang kaya sangat dia pakai RIm Aluminium je sebab jawabnya mati masuk longkang le.

Jadi Amalgamasi ni melibatkan percampuran darah. Atau kahwin campur. Jadi bapok-bapok yang suka kulup dan suka tiup belon dan sukakan jantan-jantan International kita panggil dia Bapok Amalgam.

Pluralisme pula dengan sengaja mengamalkan kepelbagaian, macam kita di Malaysia kita tidak pernah cuba untuk menyatukan mana-mana budaya macam Di Indonesia dan di Thailand. Kalau kat negara Indonesia dan Thailand tu ko jangan berangan nak protes-protes tepi jalan nak merajuk nak sekolah sendiri lah, party sendiri lah, kerajaan sendirilah. Tak pasal-pasal muka ko kena bomb.

Kat Malaysia ni je, rakyat kita lemak, tak sedar dek untung. Kadang-kadang akak dok terfikir orang cina dengan india ni, macam-macam dia nak dari kerajaan, nak sekolah sendiri, nak peratusan ekonomi lebih, nak biasiswas tapi apa je dorang kasi kerajaan ni?

Setakat bayar tax tu, semua orang bayar tax.

Anyway, kita tak mau lah pergi sampai ke situ ya. Bukan halatuju blog ini untuk menyentuh isu-isu sensitif berbaur perkauman, kerana blog ini hanya menumpukan pada isu-isu sensitif berbaur seks semata-mata.

Sebab apa adik-adik???

Sebab seks itu sedap lah.


Sama lah macam makanan ni. Makanan adalah antara perkara paling senang untuk di AKULTURASIKAn sebab sifat dia yang sedap. Dia paling mudah untuk diterima dan paling mudah untuk dimengertikan. Tapi macam akak cakap tadi, akulturasi-akulturasi jugak, tapi jangan le ko makan khinzir dan sebagainya ya.

Akulturasi datang dari Perkataan Kultur atau Culture. Maksudnya penyatuan dari segi culture atau budaya. Dan budaya ini datang dari berbagai cara. Contohnya dari bahasa, tarian, makanan, pakaian dan sebagainya.

Contoh nya dari segi bahasa macam perkataan Mapley, semua orang dah tau maksudnya gerai mamak kecik. Mapley tu maksudnya abang Ipar. Kiranya bila kita gih kedai mamak tu kita gih jumpa sedara mara lah.

Pastu kita ada Along, bukan Kak long atau Abang Long atau sedara paling tua, tapi Abang Naga. Sapa-sapa nak duit boleh, Along kasi. Tapi kalau takde duit nak bayar takpe, Along tak marah. Along potong je tangan, atau potong telinga atau penjara kan ko dalam bilik stor.

Pastu dari segi makanan semua orang Malaysia makan Kueh Teuw, Roti Canai dan juga Nasi Lemak. Walaupun ketiga-tiga makanan tu adalah milik kaum Cina, India dan Melayu masing-masing.

Tapi kan, kalau ko pergi India, korang takkan jumpa roti canai tau. Dorang ada roti prata, tapi takde versi roti canai macam kat tempat kita ni. Roti prata tu dia tebal sikit dan tidak di tepuk-tepuk. Kiranya roti canai ini is uniquely Malaysian gitu.

Sama le jugak dengan Bah Kut Teh, bila kajian dibuat, rupanya Bah Kut Teh ini sebenarnya berasal dari Ipoh. Dan bukan dari Cina tau.

Dan tidak ada negara di dunia ini selain dari Malaysia, yang mampu mengamalkan perkongsian kuasa seperti kita, walaupun kebelakangan ini akak tengok keadaan itu akan pergi untuk selama-lamanya.

Melihat pada keadaan politik semasa, akak boleh bayangkan tidak lama lagi kita semua akan jadi sebuah negara satu budaya satu bahasa macam Indonesia dan Thailand. Dan kenapa??

Sebab semua orang terlalu tamak dengan kuasa.

Power corrupt, absolute power corrupt absolutely.


The Spices of India


Untuk hari ini akak nak menerangkan antara makanan-makanan India yang ada di Malaysia. Makanan-mananan ini adalah yang selalu kita tengok, tapi ada jugak yang tak pernah tengok. Mungkin selama-lama ini mereka duduk dalam hutan macam beruk dan sebagainya. Jadi mereka sedikit jakun dan bodoh ya.

Tapi bukan korang lah, korang yang baca blog akak semua pandai-pandai belaka. Semua akak kasi A+ final exam nanti.

Sebenarnya ada banyak makanan india yang boleh kita dapat, tapi disebabkan bukan kerja aku nak mengumpul segala mak pak makanan india yang ada, jadi akak tunjukkan sebahagian sahaja. Kalau korang nak tahu lebih banyak, korang sponsor le aku buat buku. Tebal mana korang nak aku boleh buatkan.


Oke, selamat menjamu selera....



Kari sayur-sayuran

Kat atas ini adalah Kari sayur-sayuran. Seperti kebanyakkan kita tau, ramai orang India mereka adalah Vegetarian atau pemakan sayur. Orang india makan almost everything kecuali Lembu. Sebab dilarang oleh agama mereka. Dan kebanyakkan rakan-rakan yang akak kenal dikalangan orang India tidak makan Babi. Sebab apa akak tak tau, tapi mungkin sebab di India sendiri, babi tidak dibela untuk di makan.

Tapi akak pernah tengok National Geografic, ada kaum di India makan tikus...

uewwwwww...


Kempen makan sayur ni popular selepas era Ghandi sebab dia adalah vegetarian yang tegar. Jadi dia yang selalu popularkan pemakanan sayur-sayuran ini. Jadi banyak makanan india mengandungi sayur-sayuran. Dan selalu kalau kita pergi makan di restoren india, mereka lebih banyak sayur dari daging. Lain le kita gih kedai mamak, sebab tak pernah le pulak akak dengar ada mamak vegetarian.


Kari Kambing

Selain dari Kari sayur-sayuran, kari paling popular orang India adalah Kari Kambing. Selain dari ayam, kambing adalah daging paling selalu dimasak oleh orang india.

Akak suka sekali kambing, walaupun bila makan kepala aku jadi pening-pening lalat, tapi akak tak kisah you all.



Chicken Kurma

Seterusnya kita ada satu lagi versi makanan india yang dikenali sebagai Kurma. Kalau kita lihat kurma warna nya tidak merah, sebab kurma tidak mengandungi serbuk cili atau masala. Semua bahan-bahan rempah dia adalah sama, kecuali kurma tidak mengandungi serbuk cili atau serbuk kaler-kaler merah.

Jadi kurma ini rasa dia kurang pedas dan kurang spicy gitu.



Chicken Tika/ Masala

Kat atas ini pula nama dia Chicken tika atau chicken tika masala. Perbezaannya tika atau masala ini dia tidak berkuah dan dibuat begitu pekat. Tika mengunakan lebih banyak rempah cili berbanding dengan curry biasa. Tika atau masala juga tidak mengunakan santan, sebaliknya mereka mengunakan Tairu.


Kalau kita perhatikan lauk-lauk dari India ini, semuanya adalah pekat-pekat belaka. Berbanding dengan kari atau gulai orang Melayu yang cair sebab kita banyak mengunakan santan kelapa yang diperah bersama air.

Kebanyakkan curry india tidak mengunakan santan sebaliknya mereka mengunakan susu dan air asam dan juga tomato. Jadi curry-curry orang India adalah lebih pekat dan masam. Jadi oleh itu mereka boleh letak banyak rempah dan rasanya rempah itu sangat over powering, sebab itu lah masakan India.

Kesedapan makanan india terletak pada bagaimana hebatnya chef-chef itu mencampurkan rempah-ratusnya tetapi tidak menyebabkan orang yang makannya meninggal dunia kepedasan.


Roti

Selain dari memakan dengan nasi putih, orang india banyak makan makanan berasaskan roti. Sebab tu makanan dia pekat, supaya mudah di cicah.


Roti Canai

Ini adalah roti canai atau roti prata. Sapa yang tidak pernah tengok roti canai memang le korang jenis duduk dalam hutan.

Tips: Kalau korang pergi makan roti canai di kedai, selalu dapat yang dah sejuk dan liat sebab roti tu dah dimasak awal, korang boleh tipu pramusaji tu. Korang cakap le nak roti petak. Satu hal le pulak penebar tu nak buat roti petak kan, jadi dia buat lah yang baru, sebab yang dah siap semua bentuk bulat-bulat belaka.

Akak pun baru-baru je tau trick ni, sebab ada le kawan akak tu ngada-ngada tul. Nak order roti canai nak yang petak je. akak pun dok fikir, ko dah kenapa nak petak pulak, kalau bulat ke , 3 segi, octogen ke rasa dia lain ke? Masuk mulut sama je.

Pastu dia explain kalau roti petak dia akan buat yang baru. Pandai sangat dia kan.

Tapi kalau gerai tu memang roti canai dia bentuk petak, kira nasib lah kan.

Cuba ko gih McDonalds mintak Burger Petak pulak, ko tengok dorang nak layan tak?


Tosei

Ni nama di tosei. Tosei diperbuat dari tepung beras yang dicampur tepung apa tah, kemudian dikisar dan diperamkan semalaman. Menyebabkan dia menjadi berkarbonat semulajadi dan bila dimasak dia jadi rapuh dan kembang macamana tah. Sebab tu dia rasa sedikit masam-masam.

Roti Nan

Yang ni pulak adalah roti nan. Roti nan bukan sahaja terkenal di India, tetapi juga terkenal di Cina terutama semasa empayer mughal dulu atau monggol. Roti ni ala-ala roti perang le sebab dia boleh masak awal dan disimpan dan boleh dimakan beramai-ramai dan cepat kenyang gitu. Roti nan adalah sihat dan dibakar dalam tong tu jadi dia tidak berlemak.


capati

Ni pulak capati. Capati macam roti nan tidak berlemak dan begitu menyihatkan sebab ia tidak dimasak mengunakan minyak. Kalau ada pun, dia pakai minyak sapi je. Capati dimasak mengunakan tepung Atar. Orang Sikh paling banyak makan capati dalam menu mereka berbanding orang India tamil tu. Kiranya macam makanan ruji orang Sikh lah ini


putumayam

ohhh, ini favorite akak ni. Dari kecik sampai sekarang, akak memang pantang tengok putu mayam. Putu mayam ni macam beehoon rupanya, diperbuat dari tepung beras kot. Boleh dimakan dengan kelapa dan gula merah, dan boleh juga dimakan dengan kuah kari.

Sedap sekali sundel. Akak suka gila.


puri


Ni pulak nama dia Puri. Puri tau bukan Puki. Jadi korang jangan salah order. Kat kedai mamak takde menda ni. Ada kat kedai makanan india je. Puri ni macam jugak capati tu, tapi masa di masak, dia ditekan-tekan dengan sudu sampai udara panas tu masuk dalam roti dan jadi kembung. Ada juga puri yang dimasak dalam minyak yang banyak, atau deep fried macam yang kat atas tu.



idli

Ini pulak nama dia Idli. Bahan dia macam tosei tu, tapi dia rupa bentuk dia macam apam. Lebih tebal dan dimakan dengan curry atau cutney kelapa. Ni pun kalau melantak sedap sundel.

Akak dah terliur dah ni menulis. Terus rasa lapar.

Nasi


Orang india pun ada nasi dia tersendiri. Of course yang paling popular adalah nasi Briyani. Kalau orang Melayu pun ada gak versi Briyani dia sendiri, tapi kurang rempah dia. Pastu dorang bubuh pulak nama Briyani Gam dan sebagainya.

Jadi kalau ada orang Melayu dok mengaku Briyani melayu tu memang lah penipu, sebab kalau dah namanya Briyani, maksudnya makanan india le tu.

Briyani Kambing

Pilaf/ pilau/ pula


Ada satu lagi versi nasi dipanggil Pilaf.

Apa berbezaan antara kedua-dua nasi ini? Sapa tau angkat tangan...


Betul!!!!

Briyani lebih berempah dan kering dan pilaf lebih moist.

Nasi briyani dimasak dengan melapis-lapiskan daging dan rempah di antara nasik. Rempah yang digunakan juga lebih dan tidak mengunakan stock. Manakala Pilaf pula mengunakan lebih banyak air, jadi nasi nya lebih lembik (moist) sedikit. Pilaf dimasak mengunakan air stock ayam atau lembu atau stock sayur-sayuran dan ditanak supaya beras itu menyerap air-air tersebut. Briyani pula di tanak sehingga beras itu kering.

Itu lah dia antara masakan-masakan india yang ada di Malaysia. Itu je dan sekian kelas Arts and Culture kita untuk hari ini. Tunggu esok untuk entri Masakan India seterusnya di mana akak akan ceritakan pulak pasal Nasik Daun Pisang pulak.


Dadaaaaaaaaaaaaa


p/s : semua gambar di atas akak kebas dari internet. Jadi sapa-sapa akak terambik gambar dia maafkan lah, sebab akak bukan tulis untuk tujuan commersial pun.

8 comments:

azm said...

wahh..akak memang peminat tegar makanan india...
camana dengan roti tisu dan roti pisang pula? dgr2 sekarang dah ada roti durian (ala2 roti pisang tp guna durian)..enak dimakan begitu saja...

teruskan research akak...nak tau nasi daun pisang mana yang paling best...

-azm-

Leen AshBurn said...

Jom lah kak kita makan kambing kat Al-Rawsha.

Fiebie said...

al-rawsha tu kat mana? leen, me and my friends going to eat arab food kat cyberjaya, you want to join?

farsha said...

Seronok dpt berkwn dgn kawan2 yg jenis 'kaki makan'...kekekek

captainlukman said...

Haaaaaaaaaaaaa sebab makan banyak sgtlah kambing segala to nenek lemak, chalory i dah bertambah!!!! camana??

.::Radzman Osman::. said...

tutup mulut sambil menelan airliur...gulp..gulp...

paksa ikat perut...the day is today..

Nani said...

time kasih cite pasal akomodasi n d geng yg ade a+si blakang tu...bes n mudah faham...nak exam nih...harap ilmu yg diberi dapat membantu kami nanti...

luv_ima said...

fiebie... saya mintak izin pinjam gambar capati utk facebook saya.