Monday, June 8, 2009

Strawberry field

Kadang-kadang kan sifat kemalasan kita tu membuak-buak sampai takde mood nak menulis apa-apa dalam blog ni. Tapi disebabkan ada je manusia dok tengok blog yang dah takde isu ni, akak blog le jugak ya.



Maklum le akak bukak sebab nak review AF je, bila dah abis tak tau pulak nak review apa. Jadi memandangkan banyak blog asyik review pasal makanan je, dan akak pun selalu review pasal makanan. Jadi akak rasa akak nak rajin-rajin review pasal mentedarah nak.



Maklum lah kecomelan akak ni pun disebabkan oleh aktiviti muntakedarah yang berterusan secara berkala.



Tapi sebelum akak nak cerita pasal makanan, kita lari sikit ke isu yang lebih serious ya. Hari tu akak dok sibuk-sibuk cari artikel pasal stadium Sultan Mizan yang runtuh kat Terengganu tu. Nak tulis le pasal isu kualiti di sektor awam gitu. Jadi akak sibuk le dok search-search internet dan mintak le kat kawan-kawan suruh kasi maklumat.



Sekali tu akak dapat satu email dari kawan akak ni dia cakap dia dah dapat maklumat pasal punca runtuhan tu. Akak pun girang sekali. Tapi bila akak bukak je email tu aku rasa macam nak lempang orang je time tu.



Binatang sangat tau.



Akak rasa mesti ada yang dah dapat email ni, tapi akak nak share jugak lah. Sebab kelakar cam tah apa apa tah.











Cam pepets tak.


Tak macam lahanat tu ada alien dok serang stadium tu sebab ultraman gih tengok bola.



Oke mari kita berbalik pada review makanan. Hari ni akak nak review pasal Strawberry Field. Restoran ini terletak di Petaling Jaya, dekat dengan Petaling Jaya Civic Centre dan di belakang restoren Lotus Kelly Ng, yang berorientasikan mamak, yang mahal nak mampus tu. Clue untuk ke sini senang je, bila kita drive masuk PJ state dan nampak poster filem tamil sebesar-besar tidak di depan dewan civic tu cepat-cepat masuk lorong kanan, dan di depan je kita nampak dah restoren strawberry field.


Tapi korang jangan salah kedai pulak, sebab kat belakang panggung wayang tu jugak ada kedai cina jual katak goreng pedas dan khinzir goreng masam manis. Kalau korang gih makan katak tu akak tak bertanggungjawab ya.



Hari ni kita ada tetamu jemputan, iaitu MariaMariana Tengku Sabri Yunos Alias Hatta Dolmat, pereka fashion terkenal tanahair akan membuat review mengenai Strawberry Field na. Selain dari Hatta Dolmat, babybear jugak menemani makan kat restoren ni.





Kita tengok gambar sajork sudah


Menu kita pertama adalah Nasik Goreng Pineapple Strawberry field. Tidak mengandungi sebarang strawberry tetapi nasik goreng ini nampak class sebab di hidangkan di dalam nenas.
Nanas ke Nenas ek?

Rupa dia mungkin cantik, tapi rasa dia tak best sangat pun. Manis je, sebab dia bubuh nenas banyak sangat dalam tu. Akak dok makan rasa cam nak muntah, sebab rasa pelik tul bila banyak sangat nenas dah masak ranum dia buat nasik goreng pastu lawan dengan rasa masin-masin tu.

Akak buat nasik goreng nanas lagi sedap, akak tak tipu. Kan... berangan kan, sebenarnya masak nan ado rasa apa pun. Auta je lebih.
Kalau sapa-sapa nak buat nasik goreng nanas, akak saran supaya memotong nanas itu dadu kecil-kecil dan beli nanas yang belum begitu masak. Supaya ada rasa masam-masam dan lawan nasi goreng nanas adalah udang atau seafood. Jangan pakai banyak sangat daging ayam sebab nanti rasa muak.



NI nama dia pulak Kam Cheong ciken rice. Jangan tanya apa tu kamcheong, akak tak tau. Akak cuba lah search kat internet kamcheong tu, yang akak jumpa adalah Kam Cheong Plastic Factory dan jugak Wong Kam Chong, seorang filem director.

Rasa dia masin-masin macam tauchu. Jadi akak rasa kamchong tu tauchu masin tu kot. Ntah lah.





Ni menu akak malam tu, Beaf Chicken and Garlic Rice. Sedap ya. Dia punya garlic sikit punya banyak, sendawa 3 hari 3 malam tak hilang bau garlic. Simple je dish ini, ada daging, halia, bawang putih dan daun bawang, pastu bubuh kicap dan kicap tiram kot. Tapi akak suka.



Kemudian kita order Buttered Fish Dry. Kalau selalu kita makan ni pakai udang, tapi kali ni akak cuba dengan ikan lak. Sedap sungguh, daging ikan yang digoreng tepung dengan garing, kemudian di goreng semula dengan butter dan telur yang dibubuh daun kari. Sungguh menyelerakan sekali.





Menu seterusnya adalah Chicken with butter sauce. Sedap sekali ni sos dia ala berlemak-lemak tepu yang mengemukkan dan terus melekat kat jantung dengan bad kolesterol semua. Meh kita tengok close up meh.






Tu dia, dia punya lemak-lemak berkrim ada rasa cheese semua, ntah macam mana dia masak ntah siap dengan cili api dan daun kari semua.

Akak pun pelik, kat negara cina tu ada ke cili api dan daun kari. Tapi tak kisah lah, janji sedap.
Kalau kita makan buttered crab kat bangsar seafood pun dia masak pakai sos macam ni, kecuali kat strawberry field ni, harga sepinggan lauk dia hanya RM 10 sahajork. Kalau ko amik kat bangsar seafood tu harga dia sampai 2-3 ratus gila. Makan 4 orang setengah ribu pastu lepas makan tak rasa happy, tapi rasa sedih gitu. Sebab rasa insaf dapat makanan yang hebat gitu. Sebenarnya nan ado.

Harga semua makanan kat atas tu dengan air hanya dalam RM50 sahajork.
Memang murah sekali.

Jadi sapa-sapa nak rasa makan cam mewah lite-lite tapi sebenarnya miskin lagi hina, boleh lah pergi ke Strawberry Field, PJ State ya.

Sekian.

Jumpa lagi .... daaaaaaaaaaaaaaa








7 comments:

il said...

Strawberry Field tu ada tanda halal tak?

Fiebie said...

il : pengsan, ko suka kan... uwaaaaaaaaa.. akak tengok ada orang melayu gih makan, aku pun gih le melantak sana.

Kyra said...

akak pun kalau ada orang pakai tudung akak confirm restaurant tu melayu...sekali bila akak perasan pompuan benggali da...adik ada baik ka??

Terus akak kumpulkan makanan kat tekak....tak leh nak telan..rupanya org pakai tudung tu bang ali....hiks...

anita kema said...

buat la lagi entry pasal makan dan makanan... suka3.

Hatta Dolmat said...

dalam sibuk org memperkatakan pasal stadium runtuh, tapi posting ini paling buat i berguling guling gelak!


muahahaha!

MamaJajie said...

fieb,

cepat la update n3.. rindu dah nihhh!

Beruang Madu said...

Hahahaha... Abg Bear pun dah makan kat sini... tapi makan kangkung goreng belacan dia memang sedap... makan tak muak...