Monday, June 1, 2009

Nasi Lemak

Hari ni nak cerita pasal nasi lemak, orang jawa panggil Fat Rice. Orang Malaysia kalau breakfast memang mewah. Segala jenis breakfast ada, dari yang menutup arteri-arteri jantung sampai le ke yang sihat menyerap segala lemak-lemak tepu jahat dan menjadikan kita seorang lebih sihat. Tapi selalunya yang sihat tu tak pernah le sedap. Yang tak sihat tu jugak lagi orang dok carik. Kalau tak, takde le kita ada penagih dadah, perogol, perompak dan politician semua tu. Semua sibuk mencarik kaedah yang tidak sihat untuk mendapatkan kepuasan gitu.


Eh sebelum tu korang pernah tengok lalat beromen??

Kurang ajar sangat beromen di tempat awam ni...


Berbalik pada isu breakfast tadi, kita orang Malaysia ni kira beruntung. Cakap je nak breakfast apa, makanan cina macam bubur, kuehteuw, mee goreng, kueh kocok (chakoi- Mak aku panggil kueh kocok, mana ntah dia dapat nama tu, bila dok fikir balik perkataan kocok tu cam kelakar le pulak), nak makanan india sebut je, roti canai, roti boom, tossei, idli, putumayam pun ada. Nak makanan Indonesia ada bakso, longtong (longtong indonesian ke?) nasi ubud pun ada. Nak makanan international dari perancis, itali, german semua ada le. Yang belum popular breakfast dari Afrika je. Ntah-ntah dah ada kita je tak tau kat mana tempatnya.




Tempat akak ni ada le sorang prof dari Afrika ni. Dia rajin le dok bawak makanan Afrika kalau ada jamuan pot luck. Selalunya kita semua hanya mampu tengok je makanan dorang ni sebab pelik ya amat. Nak makan pun cam seram-sejuk sikit.




Ada sekali tu masa kita semua dok sibuk buat potluck Hari raya, oh dia pun announced le dia nak masak something special dari negara dia ni. Kita semua pun dok imagine le makanan-makanan macam nasik briyani Afrika ke, Kambing golek afrika ke, ayam sumbat Afrika dan sebagainya. Bila sampai hari yang dijanjikan, rupanya makanan special dia hanyalah, tepung sugi yang dimasak dengan susu dan ikan kembung goreng.


Special lah sangat.





Macamana le rasanya kan. Macam hampeh oke. Akak tengok semua dok makan macam terpaksa je. Dia pulak gembira ni, tolong tuangkan dalam pinggan. Orang nak amik sikit sesudu dua je, ni takde dia bubuh dalam pinggan tepung sugi bersusu tu sesenduk besar. Sian akak tengok kawan-kawan akak memaksa diri makan menda tu. Akak terselamat sebab masa tu akak nyorok-nyorok makan belakang PA system. Jadi dia tak le panggil akak ya.



Tapi nak buat camana, dah itu makanan dia kan. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.


Perkara macam ni memang buat kita bersyukur di lahirkan di sebuah negara yang Multiracial, Multifaceted, multi problem cam Malaysia ni. Kat sini semua kita kongsi. Kongsi budaya, kongsi makanan, kongsi bahasa, kongsi fat chai dan sebagainya le. Kadangkala sampai kita lupa sapa meminjam budaya siapa. Dan kadang-kadang sampai kita terlupa saya yang patut ikut sapa sebenarnya. Pastu ada pulak manusia-manusia bodoh dan maha bengong, atas nama permuafakatan dok kongsi-kongsi agama sekali. Elok lah tu. Ini akak belum nak masuk bab politik bagai. Tapi memandangkan blog ini bukan blog politik, jadi tak yah lah kita ke sana ya. Kalau nak baca gak, boleh le cari journal-journal international ada le nama akak dua tiga melekat kat sana. Mati lah kekwatttttttttttt.


Anyway, kaedahnya akak nak cerita pasal nasik lemak je. Tapi biasa lah, kalau cerita mukadimah tak 3 pages, bukan akak le namanya tu. Bukan apa deknon, kadang-kala bila kita menulis dengan kaedah syiok sendiri ni, kita jadi lupa.


Cerita pasal lupa ni kan, Adalah sekali tu masa akak takde dekat sebulan pergi menuntut ilmu kebal di dalam hutan belantara kat hutan Belum tu kan menghadiri perjumpaan manusia-manusia bijak bistari seluruh Malaysia gitu. Kagum akak tengok kebijaksanaan dan kehebatan masing-masing. Masa tu lah bila buku bertemu ruas, kita rasa kita nobody ala-ala a needle in a haysack gitu, sebab masing-masing terlalu bijak lah.


Ada le cerita ni, masa tengah break berdiskusi-diskusi tu, kita pun semua pergi le berehat-rehatkan diri gi toilet dan sebagainya. Akak pun nak le masuk toilet ni tapi tunggu sikitnya lama sebab semua toilet occupied gitu. Pastu masa dok tunggu tu ada bunyi flush, pastu dengar orang pakai seluar sebab bunyi buckle talipinggang tu dipasang kling klang klung camtu. Pastu pintu tu pun terbukak dan keluarlah sorang abang-abang yang agak kendo juga lah kaedahnya. Dia pun senyum, akak pun senyum balik. Pastu akak pun masuk le dalam toilet tu.


Masa akak nak tutup pintu toilet tu kan, tiba-tiba akak terkejut beruk, beruk pun tak terkejut macam akak sebab kat penyangkut baju tu ada tersidai spender berwarna hijau tua gitu. Dah sah-sah le bukan spender akak sebab akak pakai spender size double extra small (XXS) sebab badan akak yang ramping ni. Spender tergantung tu size M.


Motiffffffffffffff akak tahu size M bagai??


Macam mana tak tau nya, sebab aku dok gih main le dengan spender tu. Bukan main apa nya, akak nak tengok jenama apa, dan nak tengok kot-kot ada intan ke emas ke terselit kat underwear tu. Padahal akak nak tengok macamana bonjolan kat depan spender tu sebenarnya.


p/s: Nasib baik aku fetish underwear, kalau fetish tuala wanita tak ke haru biru jadinya


Ni nak cerita lah ni, kalau laki dia pakai underwear bila tak kepit, kadang kala getah kain depan spender tempat berkubangnya alat sulit mereka akan membengkak mengikut size you know what. Kalau kembangnya terlebih kat bawah, kita boleh buat dua kesimpulan samada dia suka parking bawah atau buah rambutan dia tu terlalu londeh... Hik hik... Kalau kembangnya sekata di bahagian depan dan ke atas, maksudnya dua je, samada dia jenis parking atas atau clitoris nya terlebih tebal gitu.


Tak senonoh kan....


Tapi apa aku kisah.


Jadi lama le akak dok dalam toiler tu dok analisa underwear berwarna hijau tua berjenama DEPE tu. Tak pernah le pulak akak dengar jenama tu. Mengikut analisa akak, pemiliknya parking ke atas.


opsss...


Anyway, dah selesai akak pun gantung balik dan keluar le dari toile tu pastu bila akak bukak pintu sekali budak tu dok tersengih-sengih tunggu depan pintu. Akak pun tersengih-sengih balik dan sound direct...


"Kenapa tertinggal harta karun ke?"


Punya le dia terkejut pastu dia ketawa kuat gila mengilai dalam toilet tu, terkejut dua tiga orang yang sedap menyedut asap rokok dalam tu.


Itu lah ya, moral of the story, bila kita lepas masuk toilet awam, kita kena sentiasa pastikan kita memakai balik underwear kita supaya underwear kita tidak menjadi bahan analisa.


Ada kisah kedua, kisah ni lagi sensasi tapi takde, nanti kita sambung kendian di entry yang lain ya.


Oke berbalik pada kisah Breakfast. Akak nak cerita pasal nasik lemak. Nasik lemak ni adalah antara makanan yang paling versatile sekali. Dia boleh jadi breakfast, lunch, dinner dan supper. Kita boleh dapat makan nasik lemak bila-bila masa je. Sapa-sapa yang mengidam nak makan nasik lemak tapi takdapat tu memang melampau sangatlah bengapnya tu.


Tapi tak kira lah bila time makannya penyediaan dia sama je, nasi yang ditanak dengan santan dan di masukkan sedikit garam. Pastu ada yang suka improvised bubuh bawang, halia dan daun pandan dan sebagainya masa masak nasik untuk bagi bau yang lebih sedap. Pastu lawannya adalah timun, kacang dan ikan bilis, telur rebus dan semestinya sambal nasik lemak tu. Sedapnya nasik lemak tu adalah dari sambal. Sambal pulak ada jenis sambal tumis yang pekat berminyak, ada jenis sambal tumis manis, ada jenis sambal simbah yang cair. Apa pun jenis sambal, yang pasti ada dua bahan yang wajib ada dalam sambal tu sudah semestinya cili kering dan belacan. Belum le lagi ada orang serve nasik lemak dengan lauk kicap.


Semua orang pandai masak nasik lemak sebab nak menyediakannya senang nak mampus, tapi bukan semua mampu buat nasik lemak yang sedap. Sebab combination nasik dan sambal tu mesti kena baru best. Jadi disebabkan kehebatan-kehebatan ini adalah beberapa pengusaha nasik lemak yang sedikit popular dari orang lain kerana hasil mereka adalah sedikit berbeza dan sedikit sedap dari orang lain. Sedikit je, tapi sedikit itu lah yang menjadikan mereka unik.


Jadi wujudlah beberapa restoren yang terkenal kerana nasik lemaknya. Contoh macam Nasik Lemak antarabangsa, sebut je semua kenal restoran di Kampung Bahru ni. Pastu nasik lemak Cikgu kat Kelana Jaya, Nasik lemak tetek kat Chowkit, Nasik lemak Happy Garden, Nasik lemak Kg. Majidee dan sebagainya. Kebanyakkan restoren ni sebenarnya overated je, biasa je nasik lemak dia tu. Yang specialnya adalah cara penyediaan dan cara service dia je. Nasik lemak suppose to be cepat dan mudah. Amik terus ngap.


Jangan tak tau, sebab popular sangat ni, sepinggan nasik lemak di beberapa buah gerai ni boleh mencapai sampai sepuluh ringgit pun kira normal. Abis kalau ko dah amik nasik lebih, sambal lebih, telur, ayam, sotong, limpa, paru, khinzir, hyena, beruk semua ko nak suruh dia charge RM2, memang nak kena maki le jawabnya kan. Taukeh balak jual nasik lemak pun boleh bankrupt macam tu.


Kedai nasik lemak pun dah uplift dan, dah kena facelift. Tak rupa cam gerai dulu-dulu, berkat orang Malaysia yang sentiasa lapar dan perlukan pembaharuan ni. Ada kedai-kedai nasik lemak ni dah naik taraf menjadi restoran bertaraf mewah ni.



Macam kat Shah Alam je ada 3-4 biji restoran yang speciality dia nasik lemak je. Paling popular adalah Nasik lemak Cinta Sayang, dan terbaru kita ada Nasik Lemak Antarabangsa yang mula melebarkan sayapnya dan membuka franchais di Malaysia.


Hebat ni.... kagum.


Ah itu lah ceritanya, sebenarnya akak nak cerita, akak gih makan nasik lemak kat Restoren Nasik lemak Antarabangsa je.


Sekian...


Meh tengok gambar meh....






Tu dia nasik lemak Paru goreng nyum nyummm




Mama Raz dan Anggama Sivaratnam Turaisamy

Bilik Prinsipal Akademi Fantasia



Menu supergrandis (dengan sedikit kesilapan grammar)



Tamat sudah riwayat Nasik lemak ituuewww



Nasik Lemak Bungkus



Aiskrim tapai



Pisang Kangkang (banana split katanya)




p/s: Nak tau berapa Ringgit 3 orang makan nasik lemak?? RM70 hengget!!! BOLEH??? Buruk lantak sangat kan, siap bungkus bagai.
p/p/s : Lalat di atas telah mampus akak tepuk dengan kasut. Hahahhahaa.

4 comments:

captainlukman said...

sempat lagi akak buat analisa..tapi motif abg tuh terlupa??? hahahaha

ermmm lapar giler ni, ok nk gi masak nasi lemak jap...takda gerai kak sini kak oi...

Dark Chocolate said...

haha..abg kendo tuh nampak sgt x biase pakai spender buatnye sampai lupa nak pakai balek..harap2 nye sluar dalam akak pegang tuh bersih la yer..kot2 tercemar ker..erk! hehehe...

highheelseliparjepun said...

Hi there fb..u'd b going to kchg ye?bila tu?i nak jmpa la..hehe..

Fiebie said...

ko kat negara mana takde nasik lemak tu captain lukman? Sian ek.

dark, tak pernah terfikir lah akak ya bersih ke tak, tapi nampak bersih je, selamba beruk je pegang tak ingat lak masa tu.

highheel: kita malu...