Thursday, June 18, 2009

Mencapai Nirwana

Kembali kita lagi ke sessi mari makan makanan Kelly Ng bahagian ke3. Camana kalau dah hari-hari melantak makanan india kalau tak cantik macam Aiswarya Rai tak tau le aku. Tapi kalau dilihat pada kemajuan yang tercapai, tak lama lagi takde nya jadi Aiswarya Rai, rasa-rasanya jadi macam Samy Vellu adalah kot.

Anyway, orang cakap if you want to eat Indian Food, do it like the Indian.

Maksudnya takde le korang perlu pakai sari ke, pakai abu rokok kat dahi tu ke, atau kena pecah kelapa dulu nak makan. Tapi kita makan le macam orang india. Kita pakai daun pisang.

Macamana kelas tah makan atas daun pisang tu rasanya. Tiba-tiba rasa cam best je, walaupun sebenarnya Nan Ado. Kalau orang kampung tengok mesti dorang rasa pelik, orang KL ni takde pinggan ke?

Satu lagi makan pakai pinggan ayan kaler silver yang orang india selalu pakai tu. Baru le ada rasa-rasa international gitu.

ni lah restoran Nirwana yang kita akan review sebentar lagi

Speaking of international, akak ada satu cerita nak kongsi sama korang semua. Semoga cerita ni menjadi pengajaran pada semua yang akan pergi luar negara.

Ada dua cerita pasal international ni terjadi pada kawan akak yang sangat rapat. Sebelum akak cerita pasal makanan india, kita dengar lah tazkirah kejab na.

Kisah 1.

Kisahnya camni, adalah kawan akak ni dia dok le berchenta dengan orang Melayu dok kat UK ni pakai internet. You know, YM, MIRC, Email dan sebagainya. Pastu budak ni pulak cam dah malas nak duduk Malaysia. Jadi dia teringin lah nak kerja kat UK. Katanya gaji sana banyak. Kerja jadi waiter pun sama cam gaji pensyarah kat Malaysia ni, dan ada lebih lagi untuk pergi melawat sawana.

Betul tak Lee?

So pasangan bercinta ni pun berpakat lah, dan jantan Melayu kat UK ni pun setuju lah nak ambil dia sebagai isteri yang sah di UK dan bank in kan duit tiket ke UK. Kawan akak ni pun pun check le harga tiket one way, dan budak UK ni kasi le duit tu.

Bila hari dijanjikan, kawan akak ni pun pergi le ke UK dengan sebuah beg, sehelai sepinggang gitu dengan takde duit langsung satu sen pun. Yang dia bawak hanya lah sebuah beg berisi pakaian dan sijil-sijil SPM, diploma dan degree dia semua. Dengan harapan dapat le kerja.

So kita ramai-ramai pun dok sedih-sedih, salam-salam nangis-nangis dan adalah kawan-kawan kita dok hantar dia ke Airport tu sambil berpelukan dan bermaafan laksana hari raya lah. Maka terbang le dia ke negara orang putih tu.

Dua hari selepas tu, akan mendapat panggilan telefon yang kawan akak ni sudah kembali ke Malaysia!!!

Motif, tak jadi naik kapal terbang kah?

Rupa-rupanya dia kena tahan kat immigresen sana. Bila dorang check dia dengan takde duit dan bawak sijil semua immigresen sana dok speku dia nak kerja kat UK tanpa permit. Hasilnya dia telah di hantar pulang semula ke Malaysia, tiket atas ehsan kerajaan United Kingdom.

Kawan dia pulak kat UK tu, yang juga kerja secara haram telah mendiamkan diri sajork bila di call, dan terus tidak angkat call, sebab dia pun takut di hantar pulang.

Tapi dapat le dia dok tengok UK tu dari tingkap kapal terbang, sebab bila sampai airport dia tidak boleh keluar dari Lapangan terbang Heathrow katanya.

Mampus le dia mengamuk kalau tahu akak dok cerita pasal ni.

Yaaaaaa Ampunnnnnnnnnnn nok, mak dinch ada cerita lebih sensasi untuk diceritakan.

At least, kalau orang tanya, dia boleh cakap

"Mak dinner kat malaysia, breakfast kat UK, lunch kat Malaysia balik.... ko ado???

Kisah 2

Kisah ni lagi sedih dek non.

Kisahnya berlaku bulan ni baru baru ni je. Awal bulan hari tu, kawan akak, Mimi loma (bukan nama sebenar) mintak akak hantar dia ke Airport, sebab dia perlu pergi Australia. Dia perlu membuat satu delivery penting katanya.

Nak dijadikan cerita, kawan akak sorang lagi nama Britney Spears (bukan nama sebenar) memang kaya raya le. Adik dia belajar kat Australia tu. Jadi dia dan keluarga, termasuk emak dia gih lah hantar adik dia belajar kat Australia.

Si Britney ni pun call kawan akak, mintak dia datang ke Australia secepat mungkin. Dia akan bayarkan tiket dan duit visa semua. Dan mintak kawan akak tolong bawakkan sebuah bagasi ke Australia.

Mimi loma mula-mula reluctant, sebab dia rasa tak sedap hati. Tapi sebab dah kawan punya pasal, pergi le juga kan.

So pagi-pagi esoknya dia terus gih Australian Embassy buat visa, dan terus ke LCCT beli tiket ke Australia dan Malam tu kul 11 terus naik kapal terbang. Semuanya dibuat dalam masa sehari.

So akak le tolong hantarkan dia ke Airport. Sebelum ke airport kita singgah rumah Britney dan ambil lah beg yang telah dipesan tu. Kawan akak ni jenis jujur, dia pun tak le bukak beg tersebut. Dia main bawak je. Sebab memang dah kenal lama dan percaya satu sama lain kita semua ni.

Passport dia pulak baru je, sebelum ni dia pernah gih Indonesia je dok jalan-jalan ke Jakarta.

Sampai di airport malam, kita pun bersalam-salaman dan dia pun naik le kapal terbang gih Australia sana.

Sampai kat Australia, dia terus kena tahan Immigresen Australia. Dorang tak puas hati sebab pelik tengok dia jarang buat international flight dan tak pernah pergi Australia dan terus-terus buat visa, beli tiket dan terbang hari yang sama.

Kalau nak kata businessman mesti lah passport dia penuh kan. Dia pulakbawak duit tak banyak.

Jadi dia pun kena le tahan, dan kena soal siasat berjam-jam kat airport sana. Puas lah dia explain, dia nak hantar barang je. Orang Australia ni pulak ingat orang Malaysia ni miskin, tak mampu nak buat gitu. Immigresen dorang tak puas hati abis bagasi dia semua di bukak dan disepah-sepahkan. Tapi tak jumpa apa-apa gak.

Pastu saja nak buat hal, dorang gih bukak laptop kawan akak tu. Dia gih check satu-satu file dalam laptop tu.

Sekali.... jeng jeng jeng....

Dorang pun bukak lah file tu, pastu tengok windows tak genuine, tapi dorang tak kisah. Sebab windows dari US.

Pastu dorang bukak-bukak laptop tu, dorang jumpa video porno...

Mula-mula jumpa video porno Straight....

Dorang tak kisah...

Pastu bukak lagi file-file, jumpa lah video tak straight... (video apa lagi, faham-faham je lah)

Dorang tak kisah..., dorang lepaskan..

Pastu bukak punya bukak punya bukak file, dorang terjumpa video porno Underage boy katanya.

Opsssssss, mati lah Phidophile

Terus dorang charge membawa illegal item to Australia. Itu je lah dorang jumpa. Kaedahnya pornografi oke kat Australia kecuali pornografi with minor.

So immigresen dia pun rampas semua laptop dia dan alat elektronik dia termasuk dua telefon e63 yang baru dia beli tak sampai dua minggu.

8 jam dia kena tahan kat sana sorang-sorang, kawan akak kat yang kat Australia tu pulak ingat dia tak jadi datang, sebab call2 tak dapat. Maka menangis le dia sorang2 kat airport tu bila dilepaskan.

Hik, sedih ek.

Bila dia dilepaskan, dia pun call le kawan akak pakai public phone dan dorang pun jemput lah dia kat Airport selepas 8 jam lebih mendarat. Dengan penatnya, dengan takutnya, dengan barang dirampasnya. Lengkap lah sengsaranya.

Korang nak tau apa isi dalam bagasi yang kelam kabut dipesan oleh Britney yang dia tolong bawak kat Australia tu? Actually barang tu diminta oleh emak Britney.









Dua botol kicap pekat.!!!!

Merasa dia kena tahan kat Immigresen Australia tu disebabkan nak hantar beberapa helai pakaian dan dua botol kicap dari Malaysia.

Menurut mak Britney, kicap kat Australia tak sedap dan takut tak halal. Dia susah dan tak suka nak masak pakai kicap yang jual kat Australia tu. Dia nak kicap dari Malaysia jugak.

Boleh????

Tu dia, dua botol kicap dari Malaysia berharga RM5000 oke. Mana tak RM5 ribu, kalau tiket dah harga 1000 lebih, Laptop 2000, telefon 2 biji harga 2000.

Ko ado????

Tapi of course lepas balik Malaysia Britney belikan di telefon dan laptop baru untuk dia, kira oke lah.

Jadi moral of the story, sapa-sapa nak pergi Luar Negara tu, pastikan bersedia dan ambik visa awal. Jangan nak pergi baru ambil. Dan pastikan kalau bawak laptop ke apa-apa device yang boleh merakam, tidak ada menda-menda pelik dalam tu.

Itu lah dia, dua kisah seram dan sedih yang melanda kawan akak. Mampus aku kalau dorang baca mati aku kena pijak punya. Tapi takpe, akak akan melarikan diri untuk seberapa ketika sehingga dorang lupa pasal ini.

larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk..

Menuju Nirwana

Oke kita sambung balik kisah makan makanan India kita kali ini. Dah panjang sangat cerita ni, jadi kita tengok gambar sajork sudah lah ek. Nanti korang pun bosan aku dok membebel sorang-sorang. Korang bukan baca pun, korang scan-scan je pastu tunggu gambar. Bukan aku tak tak tau.

Hari ni kita makan nasik daun pisang ya. Nasik daun pisang ni, nasik yang dihidangkan atas daun pisang. Bukan nasik lemak bungkus daun pisang. Tapi konsep dia sama. Daun pisang tu akan kasi nasik tu lebih harum dan menyelerakan.

Kaedahnya akak speku, zaman dulu-dulu kat India takde pinggan sebab tu dorang pakai daun pisang. Dan tradisi tu diteruskan sampai sekarang.

Atau pun, dorang malas nak basuh pinggan.

Tapi apa-apa pun, memang sedap gila sundel.. tak tipu lah sedapnya, kalau sapa-sapa suka makan kari lah.


Oittt, perut sapa berlapis-lapis itu, perut Mama Raz kah?
Kalau dah rupa tetek camtu, tak reti-reti lagi pakai bra???

Mati lah mak...

Tu dia, mula-mula dia bubuh daun pisang kat meja, pastu dia bubuh sayur-sayuran dulu, pastu bubuh nasik. Kita tunggu je kat meja, dan dorang yang akan hidangkan.

Dia orang bawak le tong-tong keluli tu berisi kari dan sayur-sayuran dan selagi korang tak cakap cukup, selagi tu le dia tambah. Tengok le tahap kelaparan kita masa tu.




Pastu dorang bubuh nasik pulak, pastu dorang kasi le popadum dan rasem. Rasem ni macam kuah asam orang India. Macam kita punya kuah ikan singgang tu. Tapi rasa dia lebih masam dan lebih berempah. Boleh diminum begitu sahaja atau dijadikan kuah.


Ni lah rupa bentuk set dia, nasik dan sayur tu bottomless. Ko mintak le banyak mana ko boleh go, dia akan tambah. Jangan makan sampai mati sudah. Mana le tau tamak sangat, tambah sampai 10 kali katanya.

Tapi korang nak abiskan satu round pun masalah oke. Sebab nasik dia kembang2 dan cepat kenyang.


Ni rupa bentuk yang telah di curahkan kari gitu. Yang putih tu Tairu atau susu masam, di tambah ke nasi untuk menambahkan rasa lemak dan mengurangkan pedas. Sebab lemak/ susu ni dia melarutkan rasa pedas.

Kat kiri atas dalam cawan kecil tu nama dia Rasem. Rasa dia masam dan dia boleh digunakan untuk menghilangkan rasa mual-mual kari tu.

Pastu adalah sayur-sayur dan apa je lah lauk ko nak. Contoh kat atas tu lauk dia lauk ikan goreng.



Selalunya, dorang makan nasik camtu dengan sayur, sebab kebanyakkan orang india ini vegetarian. Jadi sayur dia banyak lah. Tak yah amik lauk lain dah cukup. Macam kat atas ni Peria goreng. Ntah sedap macamana tah dia goreng peria tu. Peria yang pahit tu jadi sedap sangat tau bila digoreng macam tu.




Yang ni pulak sayur campur ada kobis, ada jagung dan sawi ke bayam akak pun tak tahu le. Kobis ni memang sayur wajib makanan india lah.

Ni satu lagi sayur wajib adalah acar timun. Acar timun dia tak sama cam acar timun kita. Rupa dan rasa dia lain sikit.

Selain dari sayur-sayuran kita boleh pilih lauk lauk lain macam kat bawah ni. Kita ada pilihan ayam, ikan dan kambing.

Ko jangan le pulak mintak daging lembu kat restoren india. Nanti dorang hempuk ko dengan cash register machine tu pulak.

Orang India tak leh makan lembu. Walaupun masa sekolah dulu akak ada kawan yang datang bertandang masa hari raya tak makan rendang lembu, tapi petang tu kita pergi McDonalds, sedap je dia melantak BigMac.

Tak faham sungguh konsepnya.

kari ikan
Masala Ayam
Masala Kambing


Ayam Kicap

Ayam Goreng

Anyway, itu lah siri entri makanan India kita yang terakhir. Lepas ni akak dengan kawan-kawan akak akan meneruskan sessi jalan-jalan carik makan, makanan berasaskan makanan arab pulak.

Restoren Nirvana ini berada di Taipan USJ 6.

Harga makanan untuk seorang termasuk air minuman di antara RM 15 hingga RM20 seorang.

Oke, vanakem, poitevarrey thamby.

Midum Sandipum.

daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

12 comments:

Unknown said...

ya hamponnnnnnnnnnnn best nyer makan besar noks!!! Terliur mak!!!! Tapi mak tak terliur tengok perut berlapis ittew **matilamak jugak!!!!

Maaf just joke joke jah nyah :)

Anyway fasal kawan uols yang kena hantar balik tu well, apa nak di kata, gitulah kan ingat sesenang je nak cari kerja kat sini, mak ni dulu pun kerja okey okey je, la ni jah hat okey lebih sikit heheheh... tapi apa apa pun, kalau ada kemahuan (bahkan kemaluan) di sittew ada jalan... :P

Dark Chocolate said...

ahahaha..teringat member yang blur2 alam mintak kari lembu kat restoren india (bley buat bahan nak carik gaduh)...haha..nasib india tuh senyum2 cakap takder jual kari lembu situ..hehehe..=D

anita kema said...

kes org melayu dtg sini terus kena hantar balik mmg banyak. Macam2 citer ada.. ada yg nak bawak maid, ada yg dtg nak keja, ada yg asek dtg uk je mcm takde rumah kat malaysia... hahahaha.
(skrg ni makin strict imegresen dorang, kalu sapa nak datang melancong ke apa, bawak2 le tny org melayu kat sini tips2 brg seketul dua)

Tia said...

ha ha ha..... this one punya entry kill so many birds with one stone... tapi semua akak macam tu kan...:) best!!

Leen AshBurn said...

Damnit. Terliurrrrrrrr.

Leen AshBurn said...

Eh lupa lak. Hello, mak tak scan and then tengok2 gambar tau. Mak gigih baca semua words and paragraphs. Tapi start pagi, mungkin petang baru complete lah hiks.

@rep said...

FB memang terkenal dengan entry 3000 pp okeh.. so standard la tuh start pagi abes petang.. hahahaha...

Fiebie said...

lee, nanti kita jumpa ek kat sana... (iyo iyo je)

dark: kan, nasib baik kawan ko tak makan kat brickfield. jadi balik peristiwa kampung medan karang

Anita Kema : baby sihat? dah gerak gerak dalam perut dah?

Big mammo, kenapa kita tak leh bukak awak punya blog.

Leen : letsssssssssss makanan arab pulak. (leen cakap kat snots mak rindu nak duet fantasia bulan madu dengan dia lah)

arep : hehehe

::airswift:: said...

a) sedih ok cerita di lapangan terbang itew.

b) anak ikan itu yum-yum.

mariah said...

tak tahu nak komen. tp akak suka blog fiebie.Jangan berhenti up date blog tau. Kesian kat akak, laki derhaka, blog fiebie aje yang boleh buat akak gelak.

Tia said...

awak... kita punya blog yang nie lah... belian-n-cengal.blogspot.com
yang satu tu setengah jln...

captainlukman said...

Amboi makanan india?? aiyohdik non dah muak nak makan sumer tuh**tetibe**

Ya mmg betul pun strict jgnkata yg dtg 1st dtg, yg selalu dtg nak beralan pun siap kene tanya mcm2, cam lah hadap sgt nak ke sana kan??

pergi tuh ada ticket balik tak?