Tuesday, June 16, 2009

Colours of Rangoli

Vanakem,

Wange wange, ingge wa. Sapade wanne ma? Nan Min kari sapade wanne, rumber nallerekke nasik daun pisang, nirvana, Taipan Subang yareka, Yippo, nande, bapok gergasi az, mama raz sapade polle, nasik daun pisang...

Ayoyo paaaaaaaaa, rombe nallerekkeeeeeeee,

(jelir lidah)


ammma appa.


Kembali kita ke sessi menteradah tak hingat ni. Kali ini dan untuk beberapa entri seterusnya kita akan menumpukan pada makanan-makanan india gitu. Bukan makan india ek, itu bapok bangi mana ntah suka nau dengan kelly bau minyak sapi. Tapi kita peduli kan kehidupan sedih dia, dan kita fokuskan pada sessi makan-makan.


Akak memang favorite makanan india ni. Dari roti canai ke capati, dari briyani ke philaf, dari tossei ke idli dan puttumayam, di makan dengan kari-kari super pekat dan berapi dorang memang sangat menjilat jari. Tapi dont worry, akak masih lagi waras, walaupun akak suka dengan makanan india, akak belum lagi suka dengan Maniam, Samy atau Kumari.

Tapi kalau John Abraham, Saif Ali Khan dan jugak Dino Morea, potong jari kalau akak tak suka, dan akak bunuh diri kalau dorang cakap dorang suka akak.

Anyway, kita duduk Malaysia ni makanan memang tak kalah, cakap je apa nak semua ada. Macam makanan india, ni dia datang dari berbagai-bagai daerah. Yang biasa kita makan kat kedai mamak tu kira dari kira dari india selatan gitu. Dorang banyak guna nasik, lebih ke utara makanan dorang lebih banyak guna roti dan semakin berempah.

Kalau kat sini kita ada makanan mamak atau makanan india muslim, makanan india utara, makan chettinad, india utara, macam-macam le, pendek kata tak yah le nak gih india tu nak gih makan pun.

At least makan kat Malaysia ni kita akan jadi sihat dan kuat, cuba ko pergi India dan makan kat sana, kalau ko tak cirit birit memang ko hebat lah, perut besi.

Akak dulu kaedahnya masa kecik-kecik dulu duduk kawasan perumahan yang ramai orang India. Jadi masa mak dan arwah abah akak kerja dulu, akak punya amah pun nak dijadikan cerita orang India le jugak. Ala ala nanny gitu, dia tak le masak dia dok jaga rumah dan jaga kita orang je. Rumah dia kat sebelah je rumah akak. Jadi bila tengahari tu dia balik masak dia angkut le kita semua balik rumah dia, sambil2 dia dok masak-masak tu dia masak le utk akak dan adik-adik akak semua.

Kiranya masa kecik tu ko kisah apa kan. Ko melantak je lah apa dia kasi, ntah-ntah biawak ke kura-kura ke, katak ke, berudu ke dia kasi makan, akak pun tak tau le sedap je akak sebat masa tu. Tapi akak speku dia masak ikan dan ayam je lah.

Sampai sekarang ni akak selalu jumpa nanny akak tu, tiap kali deepavali akak gih jumpa dia. Dia punya kesukaan dok peluk cium dukung-dukung lah akak yang kecil ni. Memang dia anggap akak macam anak dia sendiri, dan akak pun sayang dia sampai sekarang. Tapi akak benci dia kadang-kadang sebab dia selalu marah akak gemuk sangat.

benci.

Sekarang dia dah senang dah, anak dia dua orang jadi doktor, sorang anak dia kahwin mat salleh kaya raya camana tah ada kapal terbang sendiri kat US tu. Sikit le punya kaya.

Anyway, jadi makanan india ni memang menjadi kesukaan akak le. Akak tidak semena-mena menjadi pakar permakanan india gitu, Kalau akak kata sedap, maka sedap lah ia, kalau akak kata tak sedap maka tak sedap lah gitu hendaknya. Sapa-sapa nak propah pasal masakan india dengan akak memang silap besar. Ini kerana semangat kekelly ng akak sangat hebat sekali.

Hidup Hindraf!!!!

Hidup Makal Sakti!!!

Hidup MIC!!!

Hidup PPP (yang sah)

Hidup PPP (yang tak sah)

Ko jangan ingat UMNO je ada UMNO A UMNO B, PPP pun tak mau kalah ni.

Takut..

Anyway, jadi untuk entri kali ini akak nak cerita pasal satu restoren Kari Kepala Ikan yang sangat lah best sekali kat Kampung Attap ni.

Nama restoren ini adalah jeng jeng jeng...


Restoren Kari Kepala Ikan Kampung Attap!


Actually nama dia lain, tapi orang dok kenal nama dia gitu.

Tengok gambar dulu na...



lo and behold...





Tu diah ada Hati dan pedal goreng, ada kari kepala ikan (ikan merah) ada kari sotong, ada ayam goreng dan sayur-sayuran dan mak Datin mana tah makan sekali.

Terliur akak dok menulis ni deknon. Sedap camana tah.

Tu dia Kepala Ikan merah dengan bendi, terung, daun kari, tauhu kering pun dia letak utk menyerap gravy-gravy yang super pekat tu.

Sayur-sayuran tak penting. Akak tak usik pun.

Hati dan pedal Goreng.


Actually, masa akak gih makan ni, dah dekat 7 tahun akak tak gih makan kat restoren ni tau. Sebab jauh, tapi dulu akak pernah kerja kat Kampung Attap dan opis akak betul-betul atas restoren tu. Dulu restoren tu kat bahagian luar.

Setiap kali waktu tengahari je, bau kari semerbak tu akan naik ke atas dan akak mula tak leh concentrate kerja dah. Jasad dan badan je ada kat opis, tapi nyawa akak ada kat bawah dalam periuk kari tu.

Sampai camtu sekali, mana tak sihat kan?

Setiap hari jumaat dia masak Nasik Briyani dengan kuah kurma dia yang sedap sekali. Pastu bila kita makan kita automatik menjadi mengantuk berkat kas-kas yang dia bubuh banyak mana tah.

Serious akak tak tipu ni, dia punya kari memang powerful dan mencengkam jiwa raga.

Tapi hari tu masa akak dok makan tu, rasa dia masih sama, tapi dia punya kick dah kurang. Mungkin semenjak kerajaan mengharamkan import biji kas-kas ni, maka rasa gian tu pun dah berkurangan.

Tapi apa pun, kari kepala ikan dia tetap the best in the world.

Sapa-sapa nak cuba boleh lah ke Kampung Attap dan carik restoren paling tepi sekali menghala jalan keluar kampung attap nak masuk highway federal balik.

Tapi hati-hati, satu je pesanan akak, restoren ini tidak begitu murah harganya ya. Kari kepala ikan tu seketul adalam RM80-RM100 ikut saiz, dan makan hidang untuk 5 orang boleh mencecah RM300.

Tapi disebabkan ada orang yang tolong bayarkan, jadi ada aku kesah???


Kalau korang miskin, nasib lah, tengok je lah ek. Tak pun ko beli je nasik lauk ayam sudah. Nasib lah sapa suruh miskin kan. Kerja rajin-rajin kasi tak miskin.


Nasib baik kawan-kawan akak kaya-kaya ada gak hasilnya.

Jadi moral of the story bila kita memilih kawan, kita pilih lah kawan yang kaya-raya sahaja. Kalau kita pilih kawan miskin, kita pastikan kawan miskin kita tu baik budinya dan handsome lagi comel.

Kalau ko tu dah le miskin, perangai cam binatang, muka lak macam selipar, pastu bodoh macam lembu lak tu baik ko gih kawan dengan monyet je.


motiffff, marah-marah tak tentu pasal.



p/s: Esok kita pergi makan Nasik Daun Pisang pulak ya....
p/p/s: kalau muka buruk lagi miskin dan hina, boleh tak perangai tu jangan ikut buruk ya dan jangan feeling kaya.

6 comments:

Leen AshBurn said...

Akakkkkk kalau nak pi daun pisang ajak lah akuuuuu. Kanna to me is the best. Tapi yg kat KL ni er, dekat Lebuh Ampang tu best gak. And yes, I agree, kari kepala ikan dia best gila. Now rasa macam nak bawak my appa come here pulak.

@rep said...

ayooo ayooo ayoooo.. kalah maria tengku sabri nih... review kemain lagi.. siap keluar segala kisah kanak2..

btw.. hormon ke kak? tetiber emo nih..

SNOTS said...

kene try kari kepala ikan bawah pokok ketapang kat lucky garden bangsar, belakang TMC. itu makan kuah jer dah mabuk. belum makan ikan dia lg. bau lekat kat tangan sampai 4 hari.

p/s: haha sempat carut dalam nasihat kan? :P

unwritten129 said...

hahaha fiebs u r super funny. You go girl!

Tia said...

gue bertambah minat jenguk blog u ini... suker... salam kenal!!!

amn said...

Uols,

Hidup LTTE tak der kah?

Lagi ganas. Ketua dia dah mati, itu sape nak ganti??!!!

Merasa hijrah ke Sri Lanka.

Tak pernah ke makan kari, kaler dan bau melekat kat tangan walaupun dah cuci 8 kali katanya.