Monday, July 4, 2011

Borneo 7 hari 7 malam

Chakkkk...


Over tak drama queen, kejab bukak kejab tutup.

Tapi jangan risau, akak tak merajuk atau berkecik hati atau gaduh dengan mana-mana blogger atau sesiapapun. Hanya, untuk sementara waktunya akak begitu sibuk berkhidmat untuk negara terpaksa menyelesaikan tugasan-tugasan yang tidak pernah habis di Kebun Getah ini. Tetapi demi bangsa negara dan niat suci akak untuk mendidik dan membantu negara menghasilkan produk-produk yang bakal membanggakan kita semua, akak gagahi juga melangsaikan tugas dan tanggungjawab yang dibebankan di bahu akak ini.

Jelas membuktikan akak ni seorang gadis urban yang berdaya maju sensasi lagi berdedikasi. Ala-ala kalau Dato Siti boleh masuk askar wataniyah dengan memakai heels 6 inci dan bersimplisiti di wajah, akak boleh masuk askar watanyah gitu.

Anyway, salah satu aktiviti yang akak busy sangat buat dua tiga menjak ini adalah berjalan-jalan ke borneo.



Kaedahnya akak kena gi sana bekerja ini. Tapi memandangkan gomen dan sponsor tiket dan hotel semua, apa salahnya akak menangguk di air keruh gitu. Tapi jangan salah sangka na. Akak tidak menyalahgunakan wang rakyat yang diberi untuk menjalankan tugas ke sana. Akak jalan bila kerja dah siap, dan kos-kos perjalanan itu semua adalah hasil usaha akak membanting tulang empat kerat ini. 3 hari 2 malam akak siapkan kerja dan duduk di hotel yang dikhaskan untuk buat kerja, yang selebihnya akak amik cuti dan bayar penginapan sendiri. Kos kapal terbang je gomen support. So kira oke lah kan.

Mati lah.


Aktiviti akak di Borneo melibatkan perjalanan yang sangat memenatkan dan jauh sekali, sehingga pinggang akak sakit-sakit. Akibatnya, sekarang akak kini berjalan seperti ketam sedikit kerana sakit pinggang yang amat sangat.


nampak belakang tu apa? bapak besar gunung kinabalu, terlopong akak tengok sundel.


Akak merasa lepak di Kota Kinabalu, melawat gunung Kinabalu yang melerts di Kundasang, Parti-parti di Labuan, dan semayang sunat 2 rakaat di Masjid Kubah Emas di Brunei, walaupun telah masuk waktu asar. Kuang ajar sangat kan, tapi time tu akak kira musafir lah kot ya.

Dan buat pertama kalinya dalam hidup akak yang senja dan kalau di cucukkan lilin di atas kek, nescaya terbelah dua lah kek tersebut sebab tidak ada tempat nak cucuk lilin lagi dan hampir ke rahmatullah tidak lama lagi (40 tahun lagi sekurang-kurangnya) akak telah memakan Lobster bersaiz giant gitu.

Keji kan, sedih hidup aku ni ah lobster pun tak pernah makan katanya.

Actually dulu pernah le juga merasa kat langkawi, tapi nak panggil lobster pun malu sebab ala kecil kecil gitu. Kali ni akak telah makan lobster dalam akuarium tu yang rupa macam raksaksa dalam filem Atroman.

Akak suka sekali.


Tepuk tangan.


Menarik tak??? Mrasala 100 gram 15 hengget. Keji tul.


Oke, itu sahaja preview untuk kali ini. Nantikan post Jalan-Jalan Cari Pasal Lu langsi Lu Mati akak di Borneo selama 7 hari 7 malam yang sungguh mengasyikkan lagi memeritkan poket ku itiuewww.


Sekian dadaaaaaaaaaaaaaa..

3 comments:

@xiM said...

tak sabar nak baca lagi1!cepat hapdet!!

Angah said...

bestnye...jalan-jalan

supirku said...

waaaaaa apesal tak khabar gih brunei. we can meet up! :S