Wednesday, July 6, 2011

Kota Kinabalu day 1

Akak kembali.

Hari ni akak nak cerita pasal perjalanan akak ke Kota Kinabalu dan betapa jakunnya akak bila sampai kat sana.

Akak gih sana, naik flight air asia sajork. Sebab MAS mahal. Tapi tak le mahal mana kalau nak dibandingkan zaman pra-air asia dulu. Kalau zaman dulu-dulu akak gih Sabah, makan sampai Ribu ringgit you all. Tapi masa tu zaman universiti ada kawan akak anak orang kaya support gih melawat rumah dia. Mana tah dia, dia tak mau kawan dengan akak lagi ke?

Sekarang ni, seratus setengah pun dah boleh pergi Kota Kinabalu. Kalau ko nasib baik, order tiket tahun 2015, dapat lah ko harga RM9.90. Nak lagi murah ko berenang je ke sana. Boleh masuk Malaysia book of record, tak pun masuk Berita Jam 8 malam, sebab meninggal dunia.

Kalau ikutkan akak boleh je naik MAS, maklum lah, gomen bayar. tapi sebab akak bawak laki sekali. Gituhhhhhhh... Jadi terpaksa le cost friendly kan. Jadi air asia pun air asia lah.

Kali ini akak feeling separa back packing. Akak nak jadi seindependent yang boleh. Dan akak feeling2 naik bas dari KL Sentral. Punya lah awal akak gih, kul 7 pagi, walaupun flight kul 12. Sebab akak takut jam bagai. Kul, 8.30 aku dah sampai LCCT. Gigih camana ntah. Mrasa lah duduk melangut 4 jam macam beruk kat sana.

Tapi seronok leh tengok berbagai jenis orang kat LCCT tu. Sebab airport dia meriah. Tepat waktu perjalanan yang ditulis dalam tiket, kapal pun terbang. Air Asia dan improve banyak sangat. Dah tak delay delay macam selalu.




Itu lah kapal terbang yang membawa akak ke Kota Kinabalu. Konsep masih sama. Turun tangga, kalau korang pakai wheelchair, dia baling je ke bawah. Hik.

Oke lah dari dulu masa zaman free seating takde seat number kita kena berlari lari ke kapal terbang berebut kerusi. Kalau salah lari kena langgar kapal terbang gitu.


Kat Kota Kinabalu ada dua airport. Satu untuk MAS, satu untuk Air Asia. MAS punya cantik sikit. Tapi pengalaman akak naik MAS masa balik tu menyebabkan akak terfikir balik keupayaan MAS sekarang ni. Tapi takpe, nanti kita cerita hal itu.

Sampai je kat Airport Tambang murah yang sedih kat kota kinabalu tu, akak pun tunggu lah teksi. Airport dia serious, cantik sikit dari terminal bas Putra je. Bila kita dah bayar coupon kita tunggu teksi kat depan. Tapi ntah camana orang yang naik teksi tu lagi ramai dari teksi, jadi korang tunggu macam anak kambing depan tu. Masing-masing berebut nak naik teksi. Sistem pengangkutan kat airport tu hazab sikit.

Berebut punya berebut, dapat le satu teksi ni. Dia pun bawak le kat Hotel Kediaman. Akak duduk kat Tang Dynasty Hotel, dekat Plaza Warisan. Nama sikit punya gah, mesti feeling duduk kat palace gitu. Tapi bersesuaian lah dengan harga yang di bayar, hotel itu kira oke lah. One thing good about it, is the room. Akak dapat bilik baru, dan bilik dia sangat besar dan bersih.



Ini pemandangan dari bilik hotel. Nampak tak bus-bus dia yang sedih dan takde aircond. Seriously, kat sabah ni ada banyak potensi untuk dikembangkan, terutamanya dari segi pelancongan. Dan salah satu elemen yang dorang perlu betulkan adalah sistem pengangkutan awam dia yang sungguh menakutkan.

Anyway.


So first day, tak buat apa sangat. Lepas jalan-jalan di Centre Point Sabah, akak pun balik hotel tengok balik dokumen-dokumen yang diperlukan untuk lawatan praktikal esoknya dan calling pelatih penoreh getah yang hendak di temui.



Satu menda akak perasan orang-orang kat Kota Kinabalu ni kalau berjalan kat Bandar bersiap bagai nak pergi clubbing. Ala-ala artis masing-masing. Macam lepas habis shopping, boleh pergi naik stage buat konsert gitu. Tapi gambar kat atas ni tak nampak lah orang-orang tu. Akak pun tak berani nak amik gambar dorang.

Tapi selalunya yang bersiap bagai nak rak, macam nak pergi genting highland siap dengan jaket kulit sampai lutut tu adalah orang indon dengan filipina. Sebab tak sempat dorang pergi Mall dah kena cekup dengan polis.

Polis meronda merata-rata. Masa on the way dari Hotel, melalui Api-api centre ke, Centre Point tu akak tengok ramai orang kena gari tepi jalan gitu. Duduk melangut dia tunggu lori amik kot. Sian lak aku tengok muka sorang-sorang.

(click gambar daddy ni, elokkkk... opsss)

Opss , ini gambar selingan Daddy Kendo. Jalan sorang-sorang je dia tolak stroller tu. Akak nak je offer diri jadi bini dia, tapi akak takut laki akak mengamuk dan sumbat akak dalam stroller tu. Jadi akak pendamkan je perasaan. Orang sabah ni ramai yang kendo-kendo you all. Mungkin sebab dorang jenis putih melepak tapi bermuka melayu gitu. Sungguh mengasyikkan sekali.




Nampak tak apa akak nampak? Bangunan hijau ni nama dia Api-Api centre. Bawah adalah rumah kedai, atas tu apartment.

Nampak tak???


Akak nampak abang Kendo sedang telefon makwe dia kat tingkap gituuuuuuuuuhhh....


Over lah paparazi tahap sedih.


Suddenly.


jeng jeng jengggggggggggg



Gitu, suddenly katanya. Abang Beruang Madu kita called. Akak ada bagitau akak nak turun KK. Dia pun ajak akak gih makan. Katanya nak bawak makan kat satu kedai ikan bakar yang paling sedap lah dan harga berpatutan.




Sampai kat kedai tu, akak jadi sangsi sebab kedai tu macam kedai ca ya nun alif. Mengikut kata Abang Beruang Madu, konsep restoren kat KK banyaknya kedai cina, dan kedai2 sana kebanyakkannya menjual makanan yang halal. Dorang tak dapat status halal tu sebab kedai-kedai tu jual arak. Dan kedai yang kita makan tu tukang masak dia melayu. Konsep kedainya, siang orang lain jaga, Malam orang lain jaga gitu.


Ni sambal untuk cicah ikan bakar




Menda alah sotong ni memang sedap nak mampus. Serious.




Ini namanya ikan sebelah. Tinggal sebelah je, sebab ikan lain semua dah habis. Kedai ni very der popular. Kita orang sampai dalam kul 9 lebih gitu makanan semua dah nak habis dah. Ini pun rezeki dapat ikan paling last sekali.





Kedai ni dekat je dengan area Airport tu. Nama kedai tu tak ingat. Dia kedai biasa je, bukan kedai fancy-fancy jual seafood yang banyak kat KK ni.


Lepas makan abang beruang madu bawak jenjalan kat Pasar Filipina. Tapi sebab dah lewat, takde apa sangat untuk kita tengok sana. Pusing kejab, pastu kita gih melawat rumah Abang Beruang Madu dan Dr. Shah yang tidak jauh dari hotel yang akak duduk.


Chinese tea yang dihidangkan oleh abang Beruang Madu. Rumah dia air akan dihidangkan mengikut saiz badan. Ada cawan untuk slim, super slim, cub, chub dan superchub. Cuba teka, cawan akak tu saiz apa?

Pastu kita sambung lepak kat gerai-gerai tepi laut yang tikus nya adalah amat peramah sekali. Tikus dia punya lah ceria sekali. Berlari lari anak dari satu meja ke satu meja. Pekerja kedai tu pulak suka bergurau senda dengan tikus-tikus tu. Dorang main lastik-lastik, tapi tikus tu buat tak tahu je.

Akak masa tu dah hampir nak hilang akal. Akak tak mau lah buat perangai meroyan kat KK on the first day gitu.

My laukong cuba makan kat situ. Dia order Tomyam, tapi tomyam dia begitu hazab tahap ntah apa apa punya hazab. Sebab tomyam dia pekat sebab campur dengan tepung jagung. Likat semacam dan rasa macam haram.

Ramai kawan-kawan akak cakap, kat KK nak makan sedap memang seafood je. Sebab makanan local food dia dan makanan selain seafood dia memang tak berapa nak sedap. Mungkin tak kena dengan selera dan tekak kita yang dah banyak disajikan dengan macam-macam makanan kat semenanjung ni.

Anyway, lepas habis lepak pastu kita orang pun balik tido.


Sekian.



p/s: Disebabkan akak sangat pemalas nak edit2 gambar. Korang klik je lah gambar-gambar tu untuk gambar besar na.

1 comment:

malkomal said...

kak fiebie.. update la slalu yer.. ur writing really makes my day la..