Sunday, July 24, 2011

kota Kinabalu Day berapa tah: Labuan.

Miss me?

You all semua tak dengar cerita ke? Kisah artis perampas nak kahwin dengan duda dapat tajaan BAJU SEWA, di ulang BAJU SEWA harga 12 juta yang perlu dipulangkan balik dengan kadar segera. Orang kasi korang kahwin tak rejam batu pun dah kira baik dah. Ini siap dok juta juta bagai.

Ntah ntah, tak sempat tetamu balik penaja tu dah suruh tukar baju sebab security guard tak mau buat overtime. Mrasa lah ko photoshoot pakai kain batik.

Khabarnya satu baju RM500 ribu. Apoooooo??? Alexander McQueen hidup balik design baju korang ke? Kalau setakat diamond diamond dan mutiara sebutir dua yang di cabut balik tu tak perlu le nak propah lelebih deknon.

Kecoh macamana ntah. Macam le dapat kat dia pun. End up sebenarnya bill board bergerak yang tak dapat apa apa pun. Jangan kena cemuh sudah, propaganda juta-juta tapi makan kat hotel nanti (khabarnya 200 orang je, kalau kita bahagikan dengan 12 juta, kos seorang tetamu per pengantin adalah RM60, 000 sorang) dijamu dengan nasik minyak, ayam masak merah dan kari daging dalam bekas besi pusing pusing tu.

Pastu hadiah doorgift sekotak Fererro Rocher.

Mulut wartawan korang jangan memain.

Gilo ko po nak kahwin sampai juta juta gitu, anak Sultan Brunei pun tak kahwin mahal gitu.


Wedding planner dia pun mengarut tak hengat.

Tapi itu wedding planner belah reception belah kl lah. Belah Johor tu akak kenal wedding planner dia, dan dorang punya tak leh propah juta-juta, tapi akak pasti mesti lebih meletop.


Anyway, cukup lah. Akak doakan berbahagia lah ke anak cucu na. Tak kisah lah kahwin camno pun. Jaga le baik baik laki tu jangan kena rampas oleh orang lain lak ya.


Apapun berbalik kepada cerita yang lebih penting mengenai akak gitu.

Ahahah, kengkadang akak berangan akak adalah seperti matahari dan semua menda mengelilingi akak gitu.

Dari segi saiz badan sudah menghampiri saiz matahari.

*nanges.


Anyway, hari keempat di Sabah adalah hari ke Labuan gitu.

Selepas puas berjalan-jalan di Kundasang, kita orang pun balik le kat Kota Kinabalu untuk menaiki Ferri ke Labuan.

Ingatkan nak amik feri kul 4, jadi kita orang jalan pelan pelan je. Tapi macamana pun rupanya tersampai awal kat jeti. So beli lah tiket. Rupanya feri ke Labuan ada dua je, satu kul 8 pagi, satu lagi tengahari.

Nasib baik sempat beli yang kul 2 tu. Kelam kabut call kawan akak suruh amik kereta sewa kat jeti je, sebab kita orang tak sempat nak hantar ke opis dia.

Perjalanan ke Labuan mengambil masa lebih kurang 3 jam setengah melalui feri. Sebab feri tu lalu tepi laluan pantai yang berombak tu, jadi dia punya pergerakan itu agak lah memualkan. Sekali.

Sampai di Labuan, kawan akak Hazwani Osman dan Zizie amik kita orang. Hazwani kebetulan ada wedding di sana, sebab tu lah akak ke Labuan tu deknon. Kalau tak memang tidak lah ya nak ke sana.

Sebelum ke Hotel dan jalan-jalan kita orang gi makan dulu kat kedai sebelah Jeti dan gih jenjalan pusing labuan.


17 setengah minit kemudian...






krikkk krikkk... krikk krikkk (bunyi cengkerik)






krikk krikk








dah habis dah perjalanan akak kat Labuan gila!!!!.




Konsepnya terkejut Orang Utan katanya.



Thats it, cerita pasal Labuan dah habis. Itu sajork.

Sekian terima kasih.



Korang tunggu apa lagi, cerita dah habis. Takde apa apa dah. Jom tengok gambar-gambar sajork.


Ni Jeti Labuan



Ni jeti Labuan ada orang dalam boat.




Ni pandangan kanan dari Hotel


Ni pandangan depan

Ni Lady Gaga bukak restoren kat Labuan

Satu satu nya kedai jual air kat pasar malam


Ini dua orang mati kutu

Semakin mati kutu


Ini je Pasar Malam nya



Ini lah aktiviti paling gembira kita orang. Turun naik turun naik lift kat hotel.

Gembira sangat.


Itu sajork pengalaman akak Hari ke 4 Sabah di Labuan.

Seriously, kalau lah ditakdirkan Sekolah Pondok Pokok Getah di bukak cawangan kat sana, dan akak di transfer kat sana akak akan menangis selepas tiga hari dan akak berenang balik ke semenanjung atau akak lebih rela duduk kat Sepilok sebab lagi banyak aktiviti nak dibuat dengan orang hutan dalam hutan tu dari duduk kat Labuan ini.

Sebagai gadis urban yang ranggi, sofistikated, up to date dan selalu bersosial di kedai-kedai mamak 24 jam, akak duduk sehari kat sini pun dah mati kutu. Imagine lah si Wanie dengan Zizie yang kena attend wedding sana selama seminggu. Harus boleh jadi gila kat sana.

hik


Tapi sebenarnya deknon, akak ni over reacted je.

Biasa lah bapok kan, kalau tak overeacted tak bapok namanya. Tak lah sekeji tu Labuan ini.

Untuk pengetahuan semua, Labuan ni adalah Salah satu kawasan di bawah jajahan The Queen of England dulu dan diletakkan di bawah pentadbiran Negeri-negeri Selat.

Kalau kita belajar sejarah kita tau negeri-negeri Selat adalah Pulau Pinang, Melaka dan Singapore kan. Sebenarnya salah satu darinya adalah Pulau Labuan ni lah. Tapi memandangkan masa pentadbiran itu Sabah belum lagi menjadi sebahagian dari Malaysia, jadi kita tak lah belajar mengenainya.

Dan Labuan ini adalah sebuah pulau bebas cukai dan sapa yang suka hisap rokok dan sapa yang suka minum air bergas berformula CH3CH2OH atau C2H5OH memang seronok lah kat sini.

Sapa sapa suka pelacur Filipino pun memang akan gumbira lah duduk sini.

Sapa-sapa yang ada husband kerja Oil and Gas, selalu kena outstation ke Labuan, tapi dia tak pernah complaint apa apa malahan semakin happy korang kena berhati-hati lah sikit ya. Ntah-ntah korang ada madu filipin kat sini.


Selain dari pelacur yang murah dan banyak, coklat kat sini pun murah dan banyak jugak. Coklat kat sini lagi murah dari yang kat Langkawi. Contoh macam Ferrero Rocher yang 3 tingkat tu kalau beli kat Airport dalam RM46, beli kat luar dalam Rm50 lebih. Kat Labuan harga dia RM23 je. Kat Langkawi dalam RM25.

Hebat tak akak, harga coklat pun aku tahu ni. walaupun sebenarnya aku propah je.

Tapi memang harga coklat dia lagi murah dari tempat lain.


Satu lagi sapa sapa suka makan seafood, dan nak beli seafood murah murah datang lah kat sini. Memang berbaloi baloi.


Oke lah, itu je kisah Labuan untuk hari ini.

Esok kita pergi Brunei pulak makan Nasik Katok. Yeah yeah..


Apa tu nasik katok??

Nantikan.






No comments: