Monday, July 25, 2011

KK Trip Day 5: Brunei Darussalam.


Selamat datang ke Brunei Darussalam.






As you can see, my trip to KK is now no longer a KK trip only. Akak dah covered almost half of west of Sabah gitu. Geygeh tak geygeh lah.

By this time mesti ada reader yang cakap, "ek enee, keji, jalan-jalan kat Sabah pun nak bising. Macam lah orang lain tak pernah pergi"

Untuk orang macam tu, ada dua rangkap pantun untuk dorang.


BOHSIA PUAS KENA SESAH
BOHJAN KENA TANGKAP BASAH
BLOG AKU APA KO SUSAH
ADA AKU KESAH


KAKAK KAKAK SUDAH KERTU
ADEK ADEK SUKA MAK ESAH
WA TATA KACAU LU (sempena mood KL Gangster)
JADI, ADA AKU KESAH

Anyway, perjalan dari Labuan ke Brunei mengambil masa lebih kurang 1 jam dengan menaiki Feri. Harga tiket feri lebih kurang dalam RM35 untuk pergi. Dan tiket feri balik dalam RM40 atau B$17.00.

Kalau kita naik feri zaman Hang Tuah dulu, dia akan bawak kita terus ke dalam town brunei di waterfront. Tapi disebabkan kawasan tu dah cantik dan tak mau dirosakkan dengan laluan feri yang besar, jadi dorang buat satu jeti baru di kawasan Serasa.

The only problem is, Serasa ini adalah terletak serasa alam jauhnya dari Bandar Seri Bagawan.

Bandar Seri Bagawan, i just love mention that name. Sedap je.

Bandar Seri Bagawan.

Anyway, a taxi trip from Serasa Jetty to Bandar Seri Bagawan will cost you around B$35.00 dan kalau ditukar ke duit Malaysia adalah lebih kurang RM85 hengget!!!

Mrasa le kalau naik teksi kat KL 85 hengget tu boleh pusing KL 10 kali gitu.


Ini semua telah memberi indikasi kepada akak bahawa a trip to Brunei will not be that cheap or affordable for people like me.

Tapi takpe, since dah sampai kita gamble je.

Nak di jadikan cerita, Alhamdullilah, my laukong ada kenal sorang kenalan dari Brunei ni. Dan dia dengan penuh kasih sayang dan seikhlas hati mengoffer diri nak bawak kita jenjalan di Brunei.

Dan dari situ, akak jumpa beberapa orang Brunei yang lain, dan observation yang boleh akak buat adalah orang Brunei adalah baik-baik dan peramah belaka. Tidak lokek senyum dan sentiasa menolong. Mungkin sebab dorang happy tinggal di negara yang kurang stress dan mempunyai kadar jenayah antara yang terendah di dunia.

Kalau kita belajar social security, kita boleh kaitkan unconventional insecurities dengan conventional insecurities. Basically social well being in Brunei is fairly protected, thus achieving political and economic security.

And people live happily ever after in the Kingdom of Brunei.




Perjalanan dari Jeti Serasa ke Bandar Seri Bagawan mengambil masa lebih kurang 30 minit, boleh tahan jauhnya.

Actually ada tempat yang happening atau di kira sebagai town area dan pusat membeli belah di Brunei ni. Satu di Bandar Seri Bagawan dan satu lagi di Gadong. Kawasan-kawasan lain lebih merupakan residential areas.








Ni pandangan dari Masjid Omar 'Ali Saifuddien di Bandar Seri Bagawan. Kubah masjid ini diperbuat dari emas tulin. Kalau sapa-sapa takde kerja dan nak kaya cepat, gi lah rompak kubah masjid ini. Tapi make sure tak kena tangkap lah, sebab kalau tak harus cepat lah sampai tiket ke neraka tu.

Aku dapat lah merasa semayang sunat dua rakaat dalam tu. Walaupun baru je masuk waktu asar. Hik, memang cilanat sangat perangai kan. Maklumlah musafir.

Musafir takpe, jangan mukafir ya. Akak tak mau jadi macam Leena Joyah.

Pemandangan dalam masjid tu penuh dengan kemewahan. Kat sini awal awal dah warning tak leh amik gambar. Akak nak cuba curi curi snap pakai telefon, tapi tiba-tiba bateri phone habis. Dua dua phone sekali lak tu.

Jadi kalau ko nak tengok macamana mewahnya keadaan dalam dia, dengan chandeliar yang vast, dan senibina yang meletop pom pom pom korang kena lah gih sendiri tengok na.





Masjid ni terletak di sebelah bangunan apa tah yang dalamnya ada satu department store nama Hua Ho.

Dan dalam department store setinggi 4 tingkat tu, hanya akak dan lau kong akak je jalan-jalan dalam tu. Seriusly selain pekerja dan security guard, tempat tu memang takde orang langsung. Takde orang membeli belah, takde mat rempit lepak-lepak, takde bohsia dan bohjan dok gurau-gurau, takde adek adek wannabe lepak feeling orang kaya walaupun hakikatnya kumpul duit seminggu nak berjalan macam yang selalu kita nampak kat KLCC, Berjaya Times Square dan Pavilion.





Adalah sorang dua pelancong dok amik gambar. Selain tu memang takde orang lepak sini. I wonder macamana le kedai-kedai tu survive kat sana.

Maybe sebab masa akak pergi tu hari weekdays, jadi tak ramai orang lah kat sana. In fact, bukan supermarket ni je takde orang. The whole bandar Seri Bagawan tu macam senyap je. Kereta pun tak banyak mana. Rasanya semua rakyat brunei sibuk bekerja dan takde penganggur-penganggur atau kakitangan awam yang suka tuang kerja dok melepak-lepak time kerja.






Yang ini pulak adalah Royal Regalia, di mana semua khazanah dan alat kebesaran di Raja di simpan untuk dipertontonkan pada orang ramai. Kat sini macam muzium lah kiranya di mana kita boleh tengok sejarah keSultanan Brunei yang direkodkan dengan baik sekali.

Masa tu di Brunei orang ramai sedang sibuk-sibuk menghias bandar sempena Hari Keputeraan Sultan Brunei yang ke 65. Sultan dia nampak segak dan muda walaupun dah umur agak veteran.

Muda trang tang tang gitu. Good looking and bloody rich, what more do you want kan.




Laluan bandar Seri Bagawan.









Ini gambar sekolah orang Laut. Punya lah banyak tanah kat brunei ni, tetap dorang kekwat nak duduk kat laut jugak.




Ni makan Raja Alang. Tak tau lah sapa Raja Alang ni, ntah ntah raja yang sama dengan Raja yang nama jalan kat kampung baru tu.

Tapi to have your only grave erected in the middle of the city, he must be someone very important lah kot.


Kalau tadi masjid bekas Sultan, yang ini pulak masjid sultan. Nama dia Jame'Asr Hassanil Bolkiah Mosque. Jugak tak kurang cantik. My friend said, masjid ini di reka oleh Sultannya sendiri, sebab dia adalah architect by profession gitu dulu-dulu lah.

Kalau kawan akak propah, maka akak pun propah lah.

Aku lah kalau bapak aku kaya raya, takde nya nak kerja-kerja. Tak kisah le jadi bodoh pun. Janji boleh bawak kereta mewah, macam banyak anak-anak VIP kat Malaysia sekarang ni.


Pastu kita gih makan-makan kat food court yang berdekatan dengan Masjid Ali Saifuddien tu. Happening tempat makan ni.

Makanan kat brunei sangat murah, berbanding dengan cost of living dan jumlah pendapatan dia kat sana.

1 dollar kita dah boleh makan nasik gitu. Of courselah kalau tukar duit Malaysia jadi RM2.50, tapi gaji orang sana tak leh pulak dia nak bayar pakai Malaysian Ringgit kan.

Contoh macam cikgu kat sana gaji dia dalam B$4000 sebulan. Ko darabkan dengan duit malaysia, tak ke gaji dia RM10,000 sebulan. Setakat nasik RM2.50 tu dia buat kasi ayam makan je.

Itu baru cikgu, kalau engineer? doktor? majistret? ahli musik?

mesti banyak banyak ribu kan.


Dahlah tu, dorang mana ada bayar tax tax bagai. Kalau boleh semua kerajaan dia nak bagi free.

Tu yang akak benci gih sana lepak dengan kawan-kawan semua akak rasa miskin sangat (walaupun tak perlu kat brunei, kat Malaysia ni pun, kakitangan awam kumpulan A macam akak ni pun kalau di bandingkan dengan cina jual sayur kat pasar borong selayang tu pun akak dah kira miskin)

Tapi akak tetap bersyukur, walaupun akak tak kaya. Tapi akak cantik dan berkarektor terpuji.


*nanges air mata darah


Ni kawan-kawan akak, dari pada bentuk tangan dan jari jemari, kita boleh bayangkan semuanya berbadankan supermodel ya.

Model kain pelikat chap gadhja duduk gitu.



Pastu kita orang gih jenjalan kat Waterfront tengok orang dok lepak-lepak sini. My friends kat sini baik-baik belaka, walaupun baru jumpa dan kenal sehari je. Dorang layan kita macam dah kenal bertahun-tahun.

Nampak sangat dorang bosan dan perlukan akak jadi badut dan menghiburkan hati mereka yang lara gitu.

Biasalah kan, lebih sana, kurang sini, lebih sini kurang sana. Kubah emas di negeri orang, Kubah Batu marmar di negeri sendiri, baik batu marmar sebab senang nak mop.

Apa yang aku tulis ni ha setannnnn



According to my friend, this is the old jetty custom's office, before they turn it some restaurant or something.




Ni nama cafe kat depan waterfront. Nama cafe ni "Break water cafe". Tu dia nama kedai air ketuban pecah.

sapa punya pandai le kasi nama gitu. Maybe masa restoren ni nak diberi nama, bini dia punya water broke gitu.






Ni hotel akak duduk. Hotel murahan je, star pun takde. tapi cantik jugak. Nama di Le Gallery Hotel. Semalam dalam B$40.00 atau lebih kurang RM100 duit kita.

Bilik dia oke, dan ada breakfast.


Esoknya kita orang berpindah ke Hotel lebih grand dan mewah gitu. Sangat mewah dah mahal ramai pembaca akak tak mampu punya. Mesti korang berangan je nak duduk hotel macam ni.

Hahahaha, riak sangat akak kan.





Tengok exterior dan interior dia yang meletop tu. Mesti lah mahal kan. Korang mampu???

dah sah sah tak mampu punya.


Huh (riak maksimum)






Sebenarnya akak pun tak mampu. Akak gih sana amik gambar je deknon. Sedih! Mano lah den nak cokau duit bayar hotel macam ni. Mau sebulan gaji habis duduk sini dua hari


Apa ntah nama hotel nya ntah. Aku pun tak tau. Hotel paling mewah kat Brunei.

Kat Brunei ni ada dua panggung wayang yang besar. Satu dekat The Mall Gadong, satu lagi dekat hotel ini lah.

Kalau hotel kecik pun dah 40 dollar, kalau hotel camni tak tau le berapa banyak dollar nya. Kita orang dok lepak-lepak sini buat photo shoot je.

Pastu lepas habis lepak hotel ni, kawan akak hantar kita orang ke Serasa Jetty dan kita orang pulang semula ke Labuan.

Itu lah cerita kita orang di Negara Brunei darussalam.

Banyak lagi tempat tak sempat pergi. And InsyaAllah, kalau ada rezeki dan diizinkan tuhan, akak nak pergi lagi melawat Brunei ni. Nak pergi tengok istana-istana dia pulak.


Sekian.


p/s: I am so grateful to all my new found friends yang ada kat brunei tu. You know who you are.You people are so kind. Semoga tuhan memberkati hidup korang dan dilimpahkan dengan rezeki yang banyak.

Brunei people are so sincere, and non pretentious and very helpful. Mereka tak lokek senyuman and they don't make you feel like you are and outsider walaupun baru kenal sejam dua.

I love the people and the country.

p/p/s: I have so many pictures of wonderful place in Brunei, tapi i cannot share it here.


7 comments:

SINORA said...

hiii.. dah tengok post tbaru kali ke berapa ni tp belum sempat nak komen.. dah nak komen la ni kan.. makasih banyak2 Fb sbb sudi nak share pengalaman kembara sama kita org kan.. sa d sabah pun lum pernah jenjalan d brunei cuma pernah transit d airportnya ja.. uiih, masa baca post ni mcm tbayang kembara korang d borneo ya.. 1 ja, memang FB teror 'menulis' .. u prof. pensyarah ke tuan? tak jawab aku copy paste post tuan yg hebat ni d notes fb ku ya.. makasihhh!!

terima kasih daun keladi.

@xiM said...

Itu baru cikgu, kalau engineer? doktor? majistret? ahli musik?


part tu aku gelak sebab teringat citer p ramlee.ibu mertuaku sangat.

okbai.

Audra Sazreena said...

Fiebie,

Hotel yang grand tu nama dia Empire Hotel.

Room rate average dalam B$200 per night. Tapi bilik dia best la sangat.. and kalau dok situ tak yah keluar di BSB pun takpe, sebab semua ada.. including panggung wayang.

Kalau tak silap harga tiket wayang dalam B$1 atau B$2/pax.

Cemana tau? Baru pegi bulan 5 ari tu. Ikut lau kong.. hehehe..

Fiebie said...

Sinora: belum prof lagi. Masin lah mulut you all.

Axim: p ramlee will always be the best

Audra: b$200 je ke? Ingat ribu2, sbb hotel 3 star kat town pun dah almost 200

aD26 said...

makam yg di tengah bandar tu namanya makam Raya Ayang..one of kerabat Diraja Brunei dahulu kala..pernah rosak tapi masa ani di restore sudah.

dihotel Empire ada panggung wayang (3 rooms??) inda lah $1/$2 pax tiketnya..it's either $7/$8 pax lah..harga bilik yg $200 satu mlm is for standard room and ikut room dia lah..kalau room di main building or villa sampai lah beribu..hehe

dah lama lah tak baca blog fb..tau2 ada tulis pasal Brunei..thanx for coming here.. :)

Mama Adam said...

hii.. nak tanye la hotel leGaleery tu u booking dulu ke atau dtg sana br booking?

Hazwan Hafiz said...

Wah siap pantun lagi akak !
Boleh tahan sedap ! Haha.

Btw, Bangunan empat tingkat dekat dengan Masjid Sultan Ali Saifuddin tu yang ada supermarket Hua Ho tu namanya Bangunan Sultan Hassanal Bolkiah :)