Wednesday, March 31, 2010

Jalan-jalan melantak di Penang

Yeahh... kembali bersiaran setelah lama blog ini di anaktirikan. Jalan salahkan akak, salah kan facebook dan twitter. Ini pun rajin dok blog sebab akak punya blackberry meletop. Hazab lah abis duit beribu camtu je.

Sakit nau hati aku.

Akak pun satu, bila dah charger connector tu rupa cam motorola, akak pun gih sumbat le charger motorola kat situ. Selalu oke je, tapi sekali ni akak charge sambil membuta. Bila bangun-bangun je tengok BB tu hangit dah innalilah...

Hantar kedai tak leh repair, sebab blackberry kalau mainboard dia rosak, maksudnya kena buang terus je. Dia bukan boleh nak tukar mainboard tu sebab dia ada identification number. So every BB have a unique mainboard chip.

Katanya lah cina tu. Kalau dia kapur, maka akak pun terkena lah april fool ya.

Anyway, hari ni nak cerita pasal makan lagi. Blog akak yang takde arah tujuan ni, nampaknya sekarang lebih menjurus kepada blog pasal makanan. Baik akak konsentret pasal isu makanan kan, boleh gak buat duit ya tak. Jadi pengulas makanan professional gitu. Macam Maria Tengku Sabri dengan Sharina Redzuan gitu.

Somehow makan dan makanan ni macam menyediakan satu ruang untuk akak bergumbirah. Bila sedih, resah, kecewa, gelisah, suka, duka, benci, marah dan tidak kira apa pun emosi yang datang akak celebrate dengan melantak.

Hasilnya tidak lain dan tidak bukan adalah badan akak yang semakin menjadi-jadi kembung nya bak bas sekolah. Membesar bagai johan katanya. Kalau pertandingan bayi sihat dibuka penyertaan kepada semua peringkat umur, harus akak dapat tempat ke 3 setelah kuman dan kumin.

Setahun dua lagi kalau ini berterusan, akak boleh berlakon filem animasi jepun jadi raksaksa. Tak yah pakai topeng, bungkus kan kain pelikat je terus nampak macam raksaksa.


tapi macam orang cakap lah...


ADA AKU KISAHHHHHHHHHHHH????


kan... kisah sebenarnya, tapi kalau dah miss alasan tu, tetap akan mengeluarkan kata-kata yang akan menjustifikasikan perbuatan kita.

Anyway, kembali pada siri perjalanan kali ini, akak telah spend 3 days 2 night di negeri yang dimiliki oleh kerajaan campuran PKR di bawah pimpinan DAP, iaitu Pulau Pinang. Tapi akak tak masuk Pulau, akak duduk area Seberang Jaya je, kawasan yang di anaktirikan oleh kerajaan negeri dan juga kerajaan pusat, sebab dua dua dok sibukkan pulau dia je.

Pulau Pinang adalah syurga makanan. Sesiapa yang suka makan, mesti akan setuju dengan pendapat akak. Tidak ada tempat lain di Malaysia lebih 1Malaysia dari Pulau Pinang. Rakyatnya berbilang bangsa dan nampak sangat harmoni.

Pondan-pondan dia pun harmoni sangat. Contoh kalau kita gih Pantai Road atau Bus Stand kat jeti tu kita akan nampak bapok-bapok india yang berbadan sasa (maklumlah siang kerja kontrak angkat barang kat pelabuhan) memakai cheongsam, baju kurung dan sari gitu.

Ko mampu pergi melacur malam-malam pakai baju kurung???

Unless ko Mak Lijah Ampang yang terkenal melacur pakai baju kurung dan bertudung modem, tak ramai bapok yang berani berperwatakan innocent dan kampung seperti bapok-bapok di Pulau Pinang walaupun berbetis macam bodybuilder atau pemain rugbi.

Mati lah miss bulu betis.


Bravoooooooo....

(tepuk tangan)


Untuk siri pertama jalan-jalan melantak di Pulau Pinang kita makan di sebuah restoren nasik campur di Permatang Pauh.

Nama kedai tak tau, tapi kedai tu betul-betul di tepi sebuah tanah perkuburan Islam, jadi orang sana panggil


Kedai Nasik Campur Tepi Kubur, Permatang Pauh.


Tu dia very der misterious sekali namanya.

Kedai ni macam kedai makan biasa je, tapi pilihan lauk pauk dia banyak dan air dia free.

Ntah tidak air dia free ke tak, sebab air tu dia bubuh je kat depan tu, pastu akak pandai-pandai je amik sendiri air 5-6 kali feeling2 buffet, feeling2 rumah sendiri.

macamana?


Satu lagi dia adalah makanan Melayu Pulau Pinang dan bukan kedai jual nasik kandaq mamak yang tumbuh macam cendawan kat Penang tu.

Jom kita tengok gambar sajorkkkkkk...

Malas nak tulis dah, so korang kasi lah ulasan sendiri ek.







tu diah, makanan banyak sangat ni. Sampai kat dalam-dalam semua ada makanan, kat area dapur pun ada makanan berperiuk-periuk ni.

Waktu ni jam dah kul 3 petang, masih ramai orang lagi dok kerumun kedai ni. Laku sangat.



Tengok abang tu, ketip bibir tak tau nak pilih lauk apa. Rambang mata ni. Nasib baik pinggan dia kecik je, kalau dia kasi dulang, harus abang tu pengsan sampai terkeluar air liur berbuih sebab tertekan tak tau nak amik lauk apa.




akak seperti biasa main lah... amik nasik dan sayur je, dengan sedikit kuah.

Tuhan tak kasi kita tamak haloba ni, makan kena berpada-pada.


tapi.....


akak amin jugak ikan semilang goreng dengan ulam-ulam



dan gulai ikan nyot-nyot sebab akak geram tengok bendi tu.


Sikit je akak makan kan....

Tapi tu tak termasuk lah paru goreng dan jugak daging masak kicap yang terlupa nak amik gambar lah.

Kat bawah ni pulak ada lauk pauk yang lain akak sempat snappy-snappy



Kurma telur ada, dan sayur macam macam jenis ada.


pastu ada seleksi ikan bakar, udang bakar, sotong bakar dan macam-macam lagi yang boleh dibakar lah.


pastu ayam masak kicap, ikan masak kicap, sotong masak kicap, daging masak kicap semua ada belaka.


Untuk memastikan diet yang seimbang dan sihat, kita kena lah makan tumbuh-tumbuhan herba dan organik macam ulam-ulam ni.

Macam-macam ulam ada. Ada pucuk pegaga, kacang botol, pucuk ubi, pucuk labu, ulam raja, pucuk gajus atau daun ketereh, ada salad (lettuce), kobis dan sebagainya.

Korang jangan makan pucuk ketum dengan Pucuk Pokok getah dah. Kalau korang mati mulut berbuih tanggung sendiri ya.


Makan ulam ni baik untuk usus dan juga untuk awet muda. Sebab tu walaupun akak dah berumur 22 tahun, tapi akak masih kelihatan seperti 21 tahun.


22 tahun katanya..............


Walaupun, hakikatnya akak muda sikit dari Norliah Ghani sajork.

*nanges.




Pastu ulam-ulam tu kena lah makan dengan dressing yang betul. Kalau orang putih berbangga dengan dressing dia yang samada berasaskan minyak zaiton atau mayonis, kita tidak kalah ya. Malahan dressing kita lagi hebat.

Macam-macam kita ada, budu, cencaluk, sambal belacan, air asam, macam-macam lah. Kalau sambal belacan kita je ada beratus-ratus variety boleh kita buat.




Selesai sudah.

tu dia makan 4 orang (yang kesemuanya sihat-shat berlaka bersaiz pelakon Shahni tu) , dengan ikan 4 jenis, ikan bakar, sotong bakar, sayur 5-6 jenis, dagingnya, ayamnya, dengan keropok dengan air dan bermacam-macam lagi hanya


RM 28.50 Sahajork.


Ko mampu nak makan camtu dapat harga camni kat KL?

Nan ado oke.


Jadi sesiapa yang berminat boleh lah pergi ke Permatang Pauh, Pulau Pinang dan carik lah kedai tepi kubur ni.

Selamat menjamu selera....


Chowwwwwwwww chinnnnnnnn chowwwwwwwwwwwww......




3 comments:

@xiM said...

penang memang syurga makanan..murah murah pulak tu..:)

rekakreatif said...

mana ada ikan sembilang la nih...semua tuh ikan keli yg gemok2 jaa...tobat aku nak makan keli ni setelah tahu apa makanan kegemaran ikan tuh!!!

kalau nak sedap mai makan kat kedai anuar buluh cerok tok kun...lagi marveles...ala macam iklan tuh...apa dia tatau...hah!!! sampai menjilat jari...wakakakakakak

syeka sweetheart said...

tpt mkn saya ari2 kat situ lah..
huhuhuhu