Wednesday, March 17, 2010

Akademi Fantasia 8

aiyyoo, very der lazy bastard cam lembu tul akak kan. Sikit punya malas aku nak update blog dah. Abis gambar-gambar dalam koleksyen semua basi belaka.

Semenjak dua menjak memakai blackberry ni, akak tak usik dah laptop ke pc ke, kecuali untuk baca email opis sahajork. Selebihnya masa di abiskan memicit-micit punat blackberry. Memang berhantu gila menda alah tu.


Hasilnya....????

Blackberry akak telah meletop, sebab tiap-tiap hari di charge. Sakit nau hati aku, tak lama hari tu phone nokia akak kena kebas, minggu ni my blackberry pulak masuk spital. Mengikut kata towkey tu, kalau circuit board atau ic rosak, makanya telefon itu perlu dibuangkan ke dalam tong sampah sahaja. Sebab blackberry tak leh tukar mainboard, sebab setiap mainboard dah ada dia punya own serial number aka blackberry ID.

Mampus aku, telefon beribu-ribu jalan macam tu je. Harap-harap boleh dibaiki.

Anyway, Akademi Fantasia 8 telah pun bermula dengan pelajar-pelajar baru di bawah penyeliaan seorang pengetua baru yang nyanyi sendiri pun tak lepas suara ke laut.

opsss...

Tapi takpe, kejayaannya membuktikan dan melahirkan penyanyi dan kumpulan suara ke laut mampu untuk glamer dan bersama-sama mewarnakan seni suara tanahair sangat membanggakan seperti KRU, Elite dan sebagainya.

hik.

Jesteru, tahun ini AF mengambil pelajar-pelajar yang muka semua boleh dikategorikan tidak boleh go, tidak boleh belah lah kalau mat rempit cakap, tetapi mempunyai talent yang boleh tahan sebagai penyanyi karaoke, untuk di latih menjadi penyanyi pub yang berjaya suatu hari nanti.

Dan fokus utama pertandingan kali ini adalah untuk mencari mana satu penyanyi paling kendo, walaupun suara ke laut untuk di jadikan penyanyi, seterusnya bernaung di bawah label astro untuk 3 tahun, dan kemudian di sign contract dengan KRU music untuk selama-lamanya.

Tapi adalah beberapa pelajar yang akak rasa boleh tahan gak, dan mampu untuk menjadi penyanyi konsert gempak celebriti, dan deejay radio atau pelakon tambahan di kaca TV atau membuat album kolobarasi sebelum nama mereka terus tenggalam di telan waktu.

Tapi alhamdullilah, setakat ini belum lagi ada pelajar-pelajar AF di tangkap menghisap, mengedar atau memproses Syabu.

Syabas...

Jom kita tengok gambar-gambar lets.




opsss, macammana akak boleh amik gambar yang di tampal dalam dressing room ni. Mati lah banyak protes akan berlaku selepas ini. Apa pun jangan jeles ek, kali ni akak punya tag besar sikit, leh masuk dressing room. Tapi jangan risau, akak tidak akan menyalah gunakan kuasa untuk mengambil gambar-gambar kontroversi untuk tontonan umum.

Untuk tontonan peribadi oke.

Hik, akak tipu je, itu bukan gambar dalam dressing room, tapi gambar rumah seorang peminat fanatik AF yang menampal gambar setiap peserta AF di dalam biliknya.

Nama dia Y

Tu dia Y, sikit punya fanatik sampai Mr. Bola-bola pun ada kat rumah dia.

Over sangat kan.

hik.



Berikut adalah senarai peserta-peserta yang menjadi kegemaran akak berdasarkan pada pandangan akak le. Senarai ni berdasarkan suara mereka yang setakat ADO, dan muka setakat ADO jugak kira boleh carik makan lah.

Dan senarai ini jugak adalah dalam senarai yang akak rasa akan ke final, tapi mungkin jugak tak masuk langsung sebab punya lah ramai peserta dari Sabah dan Sarawak, dan korang tahu-tahu je lah betapa Fanatiknya peminat dari Sabah dan Sarawak ni menghabiskan duit SMS dorang.

Sekali lagi, syabas kepada Astro di bawah pimpinan KRU kerana mampu membuktikan penyanyi-penyanyi yang tidak boleh go, mampu untuk menjana pendapatan.



Tempat pertama adalah Sheikh Maulana Ghulam Raja atau Ya Habibie Ya Maulana yang berasal dari Johor Bharu. Walaupun mempunyai muka yang sedikit senget (ya allah ya tuhanku, ampuni lah dosa hamba mu ini, yang tidak pernah berniat untuk menghina kejadian mu) especially ketika menyanyi, wajahnya agak cute juga bila di lihat dari tepi, especially bila dia memakai seluar skinny yang sangat skimpy itu sungguh seksi sekali kejadiannya.

Suara jantan kemerduan ala kadarnya itu mampu di repair mengunakan mesin-mesin di dalam studio. Jangan risau.



See, akak tak propah. Memang muka dia senget sikit bila di nyanyi. Nak buat camana. Lepas ni kalau amik gambar suruh dia pose-pose tak senget.


Pelajar kedua yang masuk dalam senarai akak, walaupun very der copycat dan telah menyanyi dengan baik sekali seperti sedang masuk pertandingan tiru gaya M. Nasir adalah Shahir.



Penyanyi yang agak kendo ini berasal Ipoh Perak, merupakan bekas penyanyi kumpulan Nasyid yang pernah merakamkan album. Kumpulan Saujana kot.

Yang ini agak kontroversi sedikit lah.

Dia maybe nak ikut jejak Faizal Tahir yang juga merupakan bekas penyanyi nasyid, yang kini menjadi penyanyi rowkk.

Melihat pada gaya pakaian dan janggut lite-lite sugi dan wajah keibuannya, maybe dia boleh menjadi penyanyi dangdut yang berjaya suatu hari nanti. Boleh ganti Rhoma Irama, berdangdut sambil berdakwah.


Yang kat atas ni, dari segi suara menjadi favorite akak le, tapi dari segi wajahnya yang memenuhkan skrin televisyen itu menyebabkan akak sangat meluat sangat. Bukan akak meluatkan kat dia, tapi akak meluat sebab muka dia ada iras-iras dengan sorang student akak yang sangat over pemalas, kuat ponteng dan suka kasi alasan kalau kerja tak siap.

Tapi sekarang dia dah rajin sikit, sebab akak failkan dia sem lepas, so sem ni dia amik paper akak sekali lagi dia jadi rajin sikit ke kelas. Walaupun setiap kali dia lalu sebelah akak, akak macam terdengar suara hati kecil menyumpah seranah akak.

Tapi ada aku kisahhhhhhhh...





Peserta ke empat adalah anak kacukan Cina dan Melayu dari seromban nogori sombilan. Warigh den ni ah.

Bila akak gih survey-survey di kalangan adik-adik, kakak-kakak dan bapok-bapok di sekeliling akak, kebanyakkan mengatakan peserta favorite mereka adalah Iwan.

Dan telah menjadi lumrah bila seseorang lelaki sejati mampu untuk menarik perhatian bapok-bapok sehingga sanggup menarik rambut, maka dia akan mampu untuk meluruhkan jantung wanita juga.

Jadi Astro kena leverage kecutean dan kechomelan iwan ini untuk menarik lagi ramai SMS dari pengundi-pengundi yang mengetik.

p/s: akak tengok gambar-gambar dia kegembolan di bahagian tertentu seluarnya agak memberangsangkan jugak ek. apakah????

opsss... tersasar dari topik perbincangan.





Untuk pelajar perempuan akak suka dua, sorang adalah Farina yang mempunyai suara yang husky dan gemersik dan wajah persis Khatijah Ibrahim. Tetapi dia sudah tua lah, jadi kemungkinan untuk menang tu agak tipis sekali. Tapi tak tau jugak le kan.

Satu lagi akak suka Ain. Bagi akak dalam ramai-ramai hanya Farina dan Ain sahaja yang mempunyai tone suara yang tidak menyakitkan dan menyebabkan gegendang telinga akak pecah.

Tapi Ain ni yang jugak seorang bekas mak andam ni akak nampak macam ada perangai Diva sedikit.

Tapi itu pendapat akak le, sebab hanya Diva sahaja boleh melihat keDiva an seorang diva.

Masa masih lagi panjang, jom kita perhatikan perangai dia dalam akademi macamana.



Opss, adik adik... opss terkejut suara macam beluh betung...

terkejut beruk akak bila dia menyanyi, suara dia very der bass macamana tah macam nyanyi dalam gaung, sampai sepatah haram akak tak dengar apa dia cakap. Very der suara buat-buat control macho macamana tah, sebab bila dia bercakap takde lah bassy sangat macam tu. Ini semua mesti salah belajar vokal ni. Harus cikgu Siti Hajar pening kepala nak betulkan dia balik sebab dah belajar ilmu sesat.

Sila lah reject dia awal awal ya. Tak berkenan langsung aku.



Oke itu je, review untuk kali ini. Tak nak review lelebih sebab first concert adalah lagu pilihan sendiri atau lagu carik makan, walaupun ada yang berani mati cari lagu bunuh diri macam Daus yang nyanyi lagu Bye Bye Bye dan si Alif yang nyanyi lagu Live like we dying ni.


oke lah... cukup lah tu...


chowwwwwwwwwwww cinnnnnnnnnn cauuuuuuuuuuuuuuuuuuuu



5 comments:

CarutPelbagaiKaedah said...

oh akak..sungguh sinonim akak dengan Af kan..btw sungguh seksi si ain ittew..mesti dengan harapan diundi oleh matmat remp..kut pompmpuan lain mesti menyampah tengok dia tu..

and si ex matrix uia pun ada..mnasir..gaydar i menyala bagaikan lampu siren bomba..mana str8 dalam rancangan nih?

btw af8 cam biasa2 je..and konsert pertama membuat i terpk..camner leh lepas dorang2 ni?

razzi@ajeet said...

Sungguh bagai dikata,
sangatlah setuju 150% dengan apa yang akak sampaikan..

Dalam reramai cuma Ain si Mak Andam Diva yg buat sy teruja nak nengok AF.. hurmmm

Minggu ni da tempah ticket nengok AF.. hope ada sesuatu yg lebih menarik..hermmm

Amrel Ahmad said...

akak oh akak.. gigih lagi buat review AF neh! hehE. u ols ada FaceBook? Jengah sekejap la kat page yg semua reporter buat laporan polis tu. Lawak sungguh rasanya!

[Y]..Just [Y] said...

kemak fiebie..hik

AFUNDI AIN!!..

buanag aliff and shahir pls..

TAG LINE shahir sangat azab kot ya..mendatangkan maut..hik..Sarimah pun ngucap panjang..how?

kinsyakrn said...

jgn lah berhenti komen psl af, sy suka baca ayat2 yag kelako. Sambil baca tulisan kat sini sengih2 sorang diri.