Monday, March 8, 2010

Tok Bali

Akhirnya... entri pasal Bali, setelah berkurun lama terperuk dalam harddisc komputer ni.


Tapi sebelum kita buat entri pasal Bali, kita buat entri pasal Tok Bali dulu leh?


Dah dekat-dekat le tu, Bali dengan Tok Bali...

Perbezaanya, Bali adalah sebuah pulau di Indonesia, Tok Bali pulak adalah Pantai Peranginan yang sedih kat Kelantan tu.

Sedih bukan bermaksud tempat tu tak cantik, malahan rasanya Tok Bali ini adalah antara pantai tercantik lah akak pernah tengok kat semenanjung ni. Tapi sedih sebab kawasan ni yang banyak potensinya untuk di majukan sebagai kawasan peranginan tidak ditabdbir urus bersesuaian dengan kecantikkannya.





Pantai dia bersih dan landai. Actually akak tak le masuk dalam laut tu, sebab kawasan tu takde orang karang lemas tak pasal-pasal je akak mati katak. Tahu-tahu badan akak hanyut sampai ke Hong Kong katanya.





Tapi melihat pada hentaman ombak dan kebiruan airnya. Akak rasa laut dia agak dalam kot.


Dari kejauhan kita boleh melihat pulau-pulau popular di Terengganu macam Pulau Perhentian, dan Pulau Kapas dan Pulau Redang.

emmmm...

Actually akak pun tak tau pulau apa tu. Akak hanya speku je nama pulau tu. Sebabnya, Kawasan Tok Bali yang terletak dalam kawasan pentadbiran Pasir Putih ini adalah hampir sempadan dengan Terengganu.

Dan jalan coastal yang menyambungkan Terengganu dan Kelantan adalah di Tok Bali, Pasir Putih ni lah.





Tok Bali mengambil masa lebih kurang 1/2 jam menaiki kereta dari Kota Bharu mengikut jalan-jalan kampung yang advanture sekali. Kalau ikut highway mungkin lebih cepat kot. Tapi laki akak feeling-feeling nak tunjuk jalan-jalan kampung akak ikut je lah. Karang tak ikut kehendak dia karang, dikatakan derhaka. Sebagai isteri mithali kita kena sentiasa ikut cakap suami, kecuali kalau suami suruh berlakon filem blue ya walaupun untuk collection sendiri. Mana le tau, tak pasal-pasal keluar video skandal seks.

Ya lah kalau kita ni set-set cantik, ada gak hasilnya. Tapi kalau dah set-set hauk camana pulak rupanya kan.






Kemudahan awam di sini??


Hampir tiada.

Rasanya takde kot, sebab akak dok pusing-pusing tak nampak le pulak tandas awam ke, tempat mandi awam ke.

Yang ada pun gerai-gerai keciltidak berlesen, hidup segan mati tak mau macam ni yang menjual air botol dan jugak satar.


Memandangkan ia dekat sangat dengan Terengganu, jadi satar kat sini rasa macam satar terengganu, tetapi sedikit manis.




Sebelum makan kita kena lah bentangkan tikar dulu.

Opss. tikar sapa tu macam kenal.


Hik, kalau sapa-sapa ingat entri piknik bulan puasa tikar yang sama telah keluar sebagai pelakon utama. Jauh perjalanan tikar kepunyaan zery zamry ni, dari kuala lumpur ke kelantan perginya.




Ni namanya Satar dalam Jabir Ghokghak. Itu kalau sebutan dalam bahasa terengganu, kalau dalam bahasa kelantan kita panggil, Satar dale Supik Gelenya.

Ah gitu...

Kat Kl kita panggil Mince Fish Meat with coconut and chillys wrapped in banana leaf and grilled with wood fire.



Ni apa ni?


cepat teka...

Yang ni mesti semua orang tau kan?



salahhhhhhhhhhhhh... ini bukan otak-otak yang selalu kita makan tu.





Ini adalah otak kauuuuuuuuuu


hik.


Actually akak tak tau nama dia, tapi dalam dia ada seketul udang dengan sambal kelapa dan di bakar dalam daun nyior.




Lepas makan kita pose-pose video clip kejab. Sorry gambar akak takde masa pose-pose atas pokok, al maklumlah.

Elok-elok pokok tu ada 4 dahan, bila akak naik tinggal 3 je dahan dia. Tak pasal-pasal lah akak kena dikejarkan ke emergency room.



Alah cian.... tangan laki akak luka sebab dia cuba melawan dengan jerung untuk menyelamatkan akak.


So sweet.




opss... pose-pose tido di atas adalah dikhaskan untuk blog sherita sahajork. Macamana boleh terlepas dalam blog ni akak pun tak tau.


Nasib baik waktu maghrib jauh lagi, kalau tak harus lah orang masjid datang azan kalau dorang nampak pose-pose lagu ni abe weh...



Oke lah, entri Bali on the way...



scout honour.



Nantikan.

4 comments:

Sherita Aziz said...

:)

arep said...

nice blog

monstorious wife said...

xpe la kak,
Iols rasa akak lupakan je lah entry pasal Bali ittew..

motifff 5 tahun baru nak update entry Bali??

captainlukman said...

hahahahaha haaaaa cam ni lah kita mahu, mukadimah saja 5pages, isi saja 3 pages, conclusion lagi 2 pages...hehehe