Tuesday, December 15, 2009

Salam Pantai Timur- Siri Satu

Akok-akok, abe-abe, semuo. Guano gamok? Harap sihat sokmo belake. Maghi deh kawe nok caro sikit, cito pasa makane makane hok ado di pantai timur ni weh.


mati lah macam siam gila sebenarnya kan.


Yessa, akak sekarang berada di Serambi Mekah, yang akak tak nampak pun mana serambinya kot ya. Yang akak nampak banyak mat rempit (sangat-sangat banyak) dan jugak gabas-gabas berkeliaran di stadium sajork.

mati lah pech lobs

Tapi sekali sekala nampak jugak le abe-abe dan daddy-daddy kendo kat sana sini pakai serban dan jubah. Kadang-kala rasa nak masuk dalam jubah dorang dan bermaustatin di dalam tu. Konsep-konsep camping dalam khemah katanya

Tapi one thing for sure, dan ini akan di akui oleh ramai adik-adik yang pernah datang Kelate ni, peratusan cikjans-cikjan kendo adalah paling padat di sini ya, termasuk lah ciklaks akak paling kendo sekali kat mata akak ni. Walaupun, tak kendo sebenarnya.

*nanges

Gigih macamana tah, jumpa ciklaks sanggup datang sini tu. Kalau nak pergi berkebun atau gi menoreh getah kat estate tu malas tul aku rasa kan.

Untuk siri pertama ni, dan mungkin siri-siri pantai timur seterusnya akan berkisar tentang makanan sahajork. Kota Bharu ni adalah food heaven. Kat mana-mana ada jual makanan. Bagi orang-orang yang bertubuh comel dan mungil macam akak ni, sangat bahaya sekali di Kelantan ni ek. Lagi-lagi bila makanan-makanan dorang memang manis-manis berlaka.

Orang kelantan ni suka sangat business. Kat mana-mana kita pergi dari masuk je area Machang sampai ke penghujung Kota Bharu, bila ada jalan besar je, kita akan nampak kedai-kedai atau tapak perniagaan merata-rata sepanjang jalan.

Sekali tengok macam kawasan perniagaan dia tidak terurus, tapi bila tengok dua kali, baru kita perasan yang keadaan ini tak berlaku di mana-mana di Malaysia. Ada kedai bangunan-bangunan tinggi, bangunan rendah, rumah kayu, gerai-gerai macam-macam lah. Pendek kata segala jenis bangunan tepi jalan adalah entiti perniagaan, atau pun pejabat-pejabat kerajaan. Kawasan perumahan pulak berada di dalam-dalam atau belakang kedai-kedai ni.


Orang-orang Kelantan ni suka meniaga. Segala jenis menda lah dia niagakan. Itu orang cakap kat kelantan ni, rakyat dia kaya, kerajaan miskin. Untuk pengetahuan semua, kerajaan negeri tidak boleh memungut cukai pendapatan atau cukai perniagaan, mereka hanya boleh memungut cukai tafsiran, atau cukai pintu.

Semua jenis cukai pendapatan pulak adalah hak kerajaan pusat.


oke ENUF about that.

Kita tak mau cerita pasal keadaan sosiopolitik atau sosioekonomi di negeri kelantan ni, tapi kita nak cerita pasal makanan.

Hari ni, kita akan melawat kedai bernama...


YATI AYAM PERCIK,

Kedai ni terdapat di Jalan Pekeliling, Kota Bharu.

or was it Hayati Ayam Bakar, or was it Hazaki, atau Hazami akak pun tak ingat. Tapi yang penting nasik kerabu dia meletopss sekali.


Jom tengok apa akak dan kawan-kawan makan hari tu.





Akak makan Nasi Kerabu!!!


Ini adalah nasik kerabu paling biru akak pernah tengok dan pernah makan seumur hidup akak. Terus akak teringat nila yang emak akak bubuh kat baju sekolah akak dulu. Selalu jadi bahan je kat sekolah orang lain baju kaler putih, baju akak kaler biru-biru. Adik-adik sangat masa tu tau.

Emak akak pun satu, suka tau over expose mak masa kecik dulu. Tengok, sekarang sapa susah. Dah besar-besar ni, akak jugak yang jadi bapok.

Ini semua salah emak!!!


Mati lah anak durhaka.






Tu lah wak, saya cakap jangan makan nasik kerabu ni hari-hari. Tengok kita dah jadi kaler camni.

Diam!!!


Selain dari makan nasik kerabu, tu akak bertiga memilih lauk-lauk berasingan pastu kita semua share-share.





Ini kerabu kaki ayam paling marvelous akak pernah makan. Sedap sekali dan lembut macam jelly, akak suka gila.

Ini solok lada. Lada kat sini kaler dia hijau muda camtu. Cantik je.


Ini adalah daging bakar yang berlemak-lemak yang menyebabkan akak hampir pitam dan hilang pertimbangan badan.

note to self: medical check up bila balik KL nanti.




Ini adalah ayam bakar hayati yang special tu. Ayam bakar dia sedap, tapi kuah dia manis sungguh. In fact semua makanan-makanan dia manis-manis belaka.

Makan sekali sekala oke lah. Kalau makan selalu, harus le darah tinggi dan kencing manis. Agaknya berapa lah statistik rakyat Kelantan yang ada kencing manis ni ek?


Selain dari nasik kerabu ni, kedai ni jual bermacam-macam makanan. Makanan dia semua nampak begitu menarik sekali presentationnya. Kalau orang yang jakun cam akak ni, harus le kalau boleh semua nak beli. Macam budak-budak dalam kedai candy, atau dalam toys'r'us katanya. Rambang biji mata.

Tapi akak takut lah nanti badan akak jadi macam bas sekolah, jadi akak beli suku sajork.

Kaedahnya.


Sebenarnya, sebab ciklaks akak marah, kalau aku gih sorang dah sah-sah aku memborong kueh mueh dia semua.



Meh kita tengok-tengok gambar yang menghairah kan ini jom.


Selain dari menjual ayam bakar dan nask kerabu. Kedai ini menjual bermacam-macam juadah lauk yang popular macam gulai kawah, gulai itik serati, dan macam-macam lagi lah.



Kawan depan tu sangat besar ya, sangat-sangat besar. Akak pun boleh masuk dan berenang-renang dalam tu. Boleh buat swimming pool.










Meletop kan lauk pauk dia.

Itu baru sikit tu akak amik. Maklum lah, akak amik gambar pun cepat-cepat. Keji le akak hari-hari kena tebalkan muka amik gambar makanan nak tulis blog ini.

Orang tengok mesti dia kata, mana le tak gemuk budak ni. Gambar makanan pun nak amik.


Selain dari lauk pauk yang nampak sedap-sedap belaka, kedai ini pun menjual kueh-mueh yang sangat-sangat menghairahkan sehingga menyebabkan payudara kita bergetar-getar.


















Sekian sahaja, siri pertama Salam Pantai Timur kita untuk kali ini.

Jumpa lagi, di waktu yang sama, bila-bila aku nak update.


daaaaaaaaaaaaaaaaa.

9 comments:

@xiM said...

aku tergelak sampai nak terkencing baca entri nih..

lawak!

mummy said...

mang lawak...

tapau sekali apa yg patut n send to mummy hse apa2 yg ptt, k.

muaaahhh....

kimping said...
This comment has been removed by the author.
kimping said...

akak.. biler nk jln2 mkn kt johor ni? kt sini ader ayam penyet. nasi ujang. hmm.. sedap dan pedas sekali.

kalo beryani gam tu jgn ckp la kan.

Tak Lawak said...

tetiba je rasa lapar ni...

Adam said...

takbir!!! teribe~~~

Unknown said...

Saje je kan nak soh hat jauh dari tanahair jeles perkapasita!!! Hiks!

The Muppets Boy said...

Aslkm tuan n puan,wah lain dari yg lain blog,i ske,but nak ajak sesape ke blog sye ni di http://kedairejek.blogspot.com ,ok bye

lovelylin said...

PITAM!