Tuesday, December 8, 2009

Sariwan

Akak hadir.

Hello adik-adik melayu, adik-adik kelly ng, adik adik OC dan adik adik orang asli sekelian (srious, ada adik-adik orang asli tau). Salam Satu Malaysia.

Memandangkan sekarang ni semua orang dok sibuk-sibuk memikirkan cara untuk mensatu malaysiakan segala-galanya, akak pun teruja juga le nak sama-sama tergolong dalam bandwagon yang sama.

Tapi bila dok fikir-fikir, sedihlah bila tengok semua negara lain di dunia ni menfokus pada isu-isu ekonomi yang lebih global, kita kat Malaysia ini masih lagi terperuk dengan isu-isu perkauman. Sampai terpaksa mengeluarkan cogankata yang seakan-akan mengambarkan bahawa negara kita tercicir jauh dari segi kerjasama kaum ini. Sepatutnya, in my humble oppinion lah, duit yang beratus-ratus juta yang di spend oleh kerajaan dan pihak swasta untuk buat iklan dan aktiviti 1Malaysia dichannelkan ke arah lain yang lebih bersifat menguntungkan.

Again politician tak mahu belajar-belajar bahawa bila negara banyak duit dan semua orang kaya, semua orang akan happy. Masalah perkauman di Malaysia (walaupun sebenarnya tidak ada masalahpun) adalah disebabkan oleh pengagihan ekonomi yang tidak serata.

Well, akak nak kasi lecture pun bukan korang nak dengar kan.

Anyway, hari ni sekali lagi, akak tak mau cerita pasal politik atau ekonomi atau sosial dan sebagainya. Kalau korang nak belajar menda-menda tu, korang boleh baca dalam bermacam-macam blog lain yang penulisnya cuba menunjuk pandai dan sebagainya, walaupun sebenarnya nan ado.

Akak nak cerita pasal makanan.

Kan, tak abis-abis cerita pasal melantak.

Selalu akak cerita pasal restoren-restoren tahap rendah gitu, sebab itu je akak mampu kan. Tapi kali ini akak nak cerita pasal restoren upclass sikit. Restoren peringkat atasan yang hanya mampu di lihat oleh adik-adik yang mesekin sahajork.

Akak pun mesekin gak. Itu pun sebab ada orang belanja. Nak pergi sendiri haram le jawabnya.

Sekali-sekali nak jugak merasa makan kat restoren mewah ya tak. Kalau dah selalu makan kat restoren-restoren atau gerai yang banyak tikus yang sikit-sikit bila nampak tikus lalu semua angkat kaki. Bila nampak tikus dan jantan kendo, sambil angkat kaki menjerit-jerit buat statement "saya lah bapok... lihat saya menjerit macam bapok" dengan harapan jantan-jantan tu akan tengok. Walhal jantan tu sikit punya menyampah, kalau lah membaling cawan adalah tidak salah di segi undang-undang, nescaya ada cawan melekat kat dahi bapok-bapok tu.

Pastu restoren-restoren tahap marhein ini korang tengok tak sudu dan cawan berkerak. Pastu pinggan sumbing semua dibagi le macam le kita orang Malaysia ini kebal dari serangan-serangan virus dan bakteria yang melekat kat kerak-kerak tu.

Tapi paling akak pantang sekali adalah restoren yang bagi pinggan ada bekas cucuh rokok. Yang menghisap rokok tu pun satu sial, tak belajar adap. Tempat korang makan tu ko pergi bubuh abuk rokok tu apasal. Nanti ko jugak yang nak datang kat situ. Kalau takde ash-tray buang je kat bawah. Kalau korang feeling pembersih korang makan je abu rokok tu.

Ehhhh membebel pulak akak.

Tapi tu lah, kalau boleh beruk-beruk yang suka sangat membuang habuk rokok dan mencucuh kat pinggan plastik restoren atau gerai tu, silalah hentikan perbuatan yang tidak beretika dan keji tu ek.


Anyway, sebelum akak nak cerita pasal restoren ala-ala mewah ni, akak nak bagi satu soalan Trivia.

Soalannya, apakah persamaan di antara semua adik-adik, kakak-kakak, bapok-bapok dan pondan-pondan sekelian, tidak kira di Malaysia, di Ulu benut, di Karak, Ukraine, Afghanistan, pendek kata seluruh dunia lah??






Yaa.. betul...




Jawapannya, adalah FEELING.



Kesemua adik-adik adalah feeling atau berangan. Ini adalah sifat semulajadi yang diberikan tuhan kepada semua adik-adik selain dari sifat sukakan menda alah tu.


Tak kira apa kelas dan status, tahap pelajaran, jenis pekerjaan atau apa apa sekali jenis demographic sekali pun, setiap adik-adik mempunyai, at least sedikit sebanyak perasaan berangan atau feeling itu.


Jadi bila kita pergi restoren mewah kita pun feeling-feeling lah order dalam bahasa orang putih, padahal waiter tu sendiri tak faham, pastu balas balik dalam bahasa Melayu.

Cerita pasal feeling ni kan. Ada satu kali tu akak teman kan kawan akak gih TP. Untuk sesiapa yang tahu, tahu lah apa tu TP. Untuk sesiapa yang tidak tahu, eloklah korang tak tahu. Akak tengok makin ramai le adik-adik yang feeling kat situ dan kalau bercakap tu suara mengalahkan guruh sehingga pesakit-pesakit jantung di hospital berdekatan ini boleh mati lah mendengar suara dorang.

Very der tak macam zaman-zaman akak dulu bila semua feeling wanita muslinyah gitu, cakap perlahan dan bersopan santun dan jalan berkepit telur. Adik-adik sekarang perangai macam tarzan, dan kalau boleh dan diizinkan dorang nak chop kat dahi dorang tu "aku bapok" gitu.

Keji lah.

Anyway, dalam banyak-banyak tu akak tengok adalah satu group ni paling feeling sekali lah. Dengan jaket top man dan baju branded paling murah di kedai ni sedang bergurau senda gegak gempita dan bersahut-sahutan macam beruk antara satu sama lain.

So dalam group tu adalah sorang adik-adik ni dok melepak duduk di atas bonet kereta belakang proton saga buatan tahun 1990 gitu. Feeling kelas camana tah dia duduk sila peha gitu di bonet kereta tu.

Nak dijadikan cerita, kawan dia yang memandu kereta tu pun bergerak, dan dia masih lagi kat boot belakang tu sambil feeling-feeling melambai kawan-kawan macam miss-miss yang diarak dalam kereta berhias gitu.

Sekali tu, ntah macamana kawan dia terpress kereta dia terlaju sedikit, dan gedegukkkkk.. dia jatuh terduduk macam nangka busuk menyembah bumi di tengah-tengah jalan raya berhadapan dengan beratus-ratus manusia yang feeling2 belaka betul-betul di kawasan paling terang di kawasan tu.

Macamana agaknya perasaan dia masa tu ek. Masa tu dia ada feeling tak?

Yang pastinya, akak tengok semua orang (termasuk kawan-kawan dia) dok ketawa dan tersengeh-sengeh melihat kejadian cikcuran paling mengaibkan untuk tahun 2009 ni.

Nasib baik takde Imah Lenggok masa tu. Mrasa lah ko nescaya menjadi bahan blognya sehingga 22 entri.


Oke berbalik pada cerita makanan tu, akak atas pelawaan kawan akak telah makan di restoren Sriwan di Seksyen 13 Shah Alam, yang terletak di apartment paling mewah di Shah Alam iaitu Apartment Acapella. Walaupun, apartment tu kalau di bandingkan dengan apartment-apartment di KL sebenarnya adalah nan ado sajork.


Restoren Sriwan atau seriwan, (actually lupa lak namanya) menyediakan makanan asli Siam, yang bila akak makan macam tak asli sangat pun. Akak tau lah, sebab akak pernah feeling-feeling pergi Bangkok dulu.

Lets tengok gambar sajork oke.



Tu dia. pandangan dalam restoren sriwan. Feeling-feeling cosy macam mana tah, dinch ada tikus bagai dalam tu. Takde lah mewah sangat pun, ala-ala kadar je.




ah ni menu makan dua orang, nampak sangat yang makan tu bukan dari golongan berbadan miss-miss macam Ginger dan LKY kan.


Imah Lenggok sila tutup mulut!!!!


awas loh... jangan coba coba....




Ini namanya dia Spicy Chicken meat wrapped in pandan leaf, atau nama siam dia choupraya namnam chupchup hai madai-madai, atau nama melayu dia ayam pandan.

Rasa dia oke je. B-


Kalau grade tempat akak B- tu adalah markah antara 65-70.




Ini Beed in ginger and oyster sauce with spring onion

Daging dia sedap dan segar, tapi sos dia biasa je dan tidak berperisa yang wow.

C+ (55-59%)



Ini bukan ikan yang mati disebabkan oleh pencemaran alam kerana tumpahan minyak hitam ya. Ini adalah Ikan 3 rasa. Yes! akak pun agak terkejut dan tergamam bila melihat ikan tiga rasa dia kelihatan seperti itu. Akak dok imagine ikan tiga rasa dia kaler-kaler merah, tapi tidak ya. Di berikan ikan berkaler hitam begitu ya.

Rasa kuah dia sangat binatang sekali dan tidak sedap, tetapi ikan dia sangat fresh dan tebal sekali, dan bukan ikan siakap yang di bela di sangkar.

Rasa dia B-




In sotong goreng tepung, yang disaluti oleh tepung goreng KFC sahajork. Tapi sedap le jugak.

Ini dapat B+ (70-75)


Ini pula adalah tomyam dan jangan tertipu dengan udang galah yang besar di dalam mangkuk itu ya. Ini kerana, dalam periuk yang besar itu, itu lah satu-satunya udang yang ada di dalamnya. Paling busuk pun, kalau ko nampak dua orang makan bubuh lah dua ketul udang tu kan. Berapa sen sangat le udang sekor tu.

Rasa dia biasa je. I was expecting something nice, tapi what i got was just plain tomyam macam yang boleh di dapati di gerai-gerai biasa.

Rasa dia B- sahajork.



Dan sebagai penutup jamuan dan pencuci mulut adalah Sagu dengan cendol dan santan atau nama siamnya kapkhunkap sawasdee kap.

Sagu dengan cendol, water chestnut dan nangka dalam santan yang disira gula.

Yang ni je akak suka.


Rasa dia A- (80-85)


Itu lah menu yang kita orang order. Ada banyak lagi menu lain, tapi sebab menu dalam bahasa Siam jadi kita order je lah makanan yang dah biasa makan. Mana le tau, salahorder dapat daging monyet salai atau ular masak lemak ke kan.

Kesimpulannya, makanan di restoren ini adalah sangat biasa sahaja. Tidak lah teruk sangat, tapi dengan harga yang diletakkan, ternyata restoren ini gagal mengimpress perut akak yang super besar ini.

Nak tau harga dia???


Lebih kurang RM200 untuk dua orang makan oke. Akak rasa dia ketuk kat harga ikan tu, sebab takde tanda harga. Tapi terkilan bukan sebab harga dia, tapi bila dok mengenangkan keadaan restoren yang nampak mewah dan harga yang dipaparkan di menu, ternyata restoren ini tidak mampu melawan walaupun makanan-makanan di gerai pun dari segi rasa dan presentation.

Apapun, restoren ini sangat selesa, perkhidmatannya sangat cepat (walaupun waktu dinner, tidak ada orang di dalam restoren ini ya) dan bahan-bahan yang digunakan adalah segar-segar belaka.

Jadi sapa ada banyak duit untuk dibazirkan, boleh lah makan di restoren ini tetapi kalau sapa yang suka the real authentic thai food with affordable price (ataupun dengan kata lain, kedekut) boleh lah makan di gerai-gerai biasa sahaja.

Tapi sapa nak pergi dating dan tunjuk kelas dan feeling kat pasangan masing-masing boleh lah datang ke

Sariwan Thai Restaurant
Acapella Apartment
Section 13, Shah Alam.



Sampai sini sahaja...


Chowwwwwwwwwww cinnnnnnnnn cauuuuuuuuuuuuu


Sawasdee Karp....

7 comments:

Audra Sazreena said...

Hmm.. kalau bab Thai food.. saya pergi ke kedai makan Johan tomyam kat jalan raja uda, kg baru.. situ je yang saya rasa sedap.. tempat lain takleh celen.. not even Krathong!

SINORA said...

love u fiebie.. love forever.

jan marah, aku copy paste 1 para post ko ni letak dlm komen box kawan d fb.. feeling2 pintar mcm u!

B-D

Independent Queen said...

Fiebie! u are so funny, & I love u for that... cakap pasal thai food.. klau nk spend sekali lagi rm200.00 tu kan.. Sila la pergi Sri Ayutthaya... atau pun Coca Restaurant. Cuba lah.

@xiM said...

kat penang ni ada satu restoran siriwan nih,pun memang haram lansung tak sedap!

captainlukman said...

ni adik2 mmg suka attention pun, tak reti nak aga tatatertib langsung, kalau ______**fill in the blank** takpa jugakkan??**matitakmak???**ops

Fiebie said...

audra, juara tomyam ke johan tomyam. ada ke johan tomyam sana? memandai manda je ko kan.

sinora, i love you too

independent queen, sri authaya tu nak masuk pun segan.

axim, memang tak sedap. banyak cawangan dia kat penang

captain lukman: kannnnnnnn.. kalau cantik takpe lah jugak kan (kasi crown kat captain lokman bawak kapalterbang pakai crown)

CoKeLaT-RaWkZ said...

Uhhh haruslah uols menangis, kalo kt Kuching ni murs murs seafood dia. aritu akak sekeluarga makan 8 org gitu, harga makanan termasuk air dan sup jagung dia RM145 sajorrk.. lapan org makan ok? Nasi 2 mangkuk sorang lak tu. ada Buttered Prawn, Sweet n Sour Fish, Kangkung Belacan, TIlapia Steam, dan etc..