The secret to be a successful comedian is to not try too hard to be funny. Ataupun, what we call as naturally funny comedian.
Harun Salim Bachick is fucking hilarious, and A.C Mizal is trying to hard to be funny!!!
Pardon my french, tapi itu lah akak rasa bila tengok buah tangan terbaru dari pengarah Afdlin Shauki, sebuah filem aksi komidi yang menampilkan Harun Salim Bachik, AC Mizal, Adlin Aman Ramlie, Afdlin Shauki, Carmen Soo, Defni Iking, Maria Farida, Ridzuan Hashim
Yes! Seriously, Carmen Soo dan Defni Iking pun ada dalam filem komidi separa Melayu, separa english, separa One Malaysia ini. Kalau ada Kanchana Dewi dan Sathiya, lengkap lah filem satu komidi yang menutup tahun 2009. Seorang bloggers terkenal juga membuka tirai filem ini sebagai seorang along yang kejam. Pandai Afdlin nak menarik minat peminat-peminat bloggers yang berpuluh ribu ini untuk menonton filemnya.
Filem yang diarah oleh seorang Blogger (Afdlin Syauki), di tulis oleh seorang Blogger (Amir Hafizi) dan dibuka oleh seorang blogger ini at least boleh menarik minat 40,000 penonton yang membaca blog sekurang-kurangnya.
Dua buah tangan dari Afdlin Shauki dengan Papadom dan Myspy, dan beberapa filem sebelumnya, akak tabik spring pada Afdlin kerana secara prolificnya telah menghasilkan filem berkualiti untuk tontonan ramai.
Filem di bawah penerbitan KRU, selain menjadi iklan terpanjang kerjasama Perodua Myvi dan Celcom Blue Prepaid ini tidak seperti filem-filem komidi melayu lain yang bukan sahaja membodohkan pelakon, malahan membodohkan penonton. Filem ini agak inteligence jalan ceritanya, walaupun kebanyakkan aksi komidinya di cedok dalam banyak filem hongkong dan hollywood, (somehow sepanjang filem akak selalu cakap dengan diri akak, "i have seen that scene somewhere")
The best part of this film is the editing. Editing dia meletop dan kemas. transition dari satu babak ke satu babak dan plot kepada plot adalah effortless dan nampak begitu professional.
Filem ini mengisahkan dua orang penyiasat persendirian yang tidak sebulu dan berbeza dari segi pemikiran yang telah di upah oleh seorang client untuk menyiasat perbuatan suaminya. Seorang adalah perfectionist dan seorang lagi jenis happy go lucky, tapi kedua-duanya tidak mahir dalam apa yang mereka lakukan.
Dalam menjalankan penyiasatan mereka, kedua penyiasat yang tidak sebulu ini kemudiannya mengambil keputusan untuk berkerjasama dan hasilnya adalah huru-hara.
Harun Salim Bachik sebagai seorang pelawak yang natural dan berbakat memang sungguh kelakar, manakala AC Mizal, sedikit "mencuba" untuk menjadi kelakar, tapi masih dalam kawalan dan tidak cuba over shadow pelakon-pelakon lain.
Filem ini bukan macam filem Malaysia langsung. Ia adalah filem yang mengunakan formula, nuansa dan feel sebuah filem Hong Kong. Tapi tak kisahlah sebab the formula works, dan jalan ceritanya walaupun simple tetapi sangat menarik.
Akak tak mau ulas terlalu banyak filem ini tapi akak rekemen kalau korang suka filem kelakar dari Hong Kong, korang akan suka filem ini.
Tapi sedikit warning, filem ini sedikit lucah dan kasar bahasanya. Filem ini juga banyak membuat lawak terhadap isu-isu dan perbuatan gayism. Somehow, most people think that homesexuality adalah sesuatu yang melawakkan.
Pelik tadi benar.
Tapi oke lah, at least orang boleh laugh about it, and not get to fucked up about it.
Filem ini jugak agak fictional sedikit dengan cubaan untuk memperkenalkan gadget-gadget spy yang tidak masuk akal, tetapi sangat kena dengan genre sebuah filem komidi. Jadi jangan lah berlagak pandai dan cuba nak menyamakan gadget-gadget dalam filem ini dengan filem kat US sana.
Overall, akak kasi filem ini 7.5 out of 10, dan untuk sebuah filem Malaysia, akak agak sedikit bangga menontonnya sebab ia memang kelakar, dan sangat rekemen korang pergi tengok. Dan akak rasa seronok sebab filem ini memang kelakar selepas berapa lama tidak menonton filem yang betul-betul lawak (selepas zaman P. Ramlee dan Zaman Ibrahim Pendek dan hamid Gurkha) dan tidak membodohkan pelakon (ie. senario) dan bukan dari pengarah yang bodoh (i.e professor Mydin supermarket - bukan nama sebenar) yang membodoh-bodohkan penonton (isi tempat kosong).
Adlin Aman Ramli pun oke, AC Mizal, not bad lah actually, tapi kemenyampahan akak padanya menyebabkan akak rasa dia tak lawak pun.
sorry akak bias. My bad.
Tapi one thing for sure...
Harun Salim Bachick is so fucking funny.
Akak suka akak suka.
Go and watch it. Its worth your RM10.
p/s: psssttt pssttt, korang ada dengar gossip terbaru Dephne Iking yang melibatkan penceraian seorang artist dan model tak? Akak ada dengar you all.
takuttttttttttt... tak leh cerita sini
3 comments:
terus meks feeling nak pegi tengok....
musti best... kalau fibie kata best...
Hadir baca ribiu
baiklah!!! akan segera aku balik utk tgk-----> akak ni ayat berangan tak?? hahaha
Post a Comment