Ahhh, Param katanya. Bukan nak cerita pasal mendiang Param yang telah pun pergi meninggalkan kita, tapi nak cerita pasal Pasar Ramadhan.
By the way, dalam banyak-banyak pelawak kat Malaysia ni, sumpah akak cakap, akak paling minat sekali si Param. Akak rasa dia memang kelakar selamba kodok, dan tak pernah buat lawak-lawak spastik. Tapi kebanyakkan pelawak yang dari kaum India memang kelakar kalau dorang buat lawak tau. Macam dulu kita ada Ayyapan dan Param, pastu sekarang kita ada Accapan, Sathiya dan Rama yang selalu berlakon siri komidi jangan ketawa tu.
Latest kita ada pelakon yang boleh tahan kelakarnya, si Kanchana Dewi.
Mak akan suka gila Kanchana Dewi tu.
Kannnnnnnnnnn, aku hafal katanya pelawak-pelawak Malaysia ni. Bukan apa deknon, sumpah kalau aku boleh jumpa repord card akak masa sekolah rendah dulu, kan dalam report card tu dulu ada tulis apakah cita-cita ketika dewasa, dalam salah satu report card tu akak cakap nak jadi
"Badut"
Hik, masa tu akak suka gila tengok citer Bozo the Clown. Sebab aku cam seronok tengok baju dia kalerful dan rambut dia kaler kuning tu. Tapi harus le arwah bapak akak mengamuk kan bila dia tengok. Pastu dia paksa akak belajar pandai-pandai sampai lah akak jadi pengembala kambing sekarang.
Pandai ke?? pandai le kot ya sikit-sikit. hik.
Tapi tetap akak membadutkan diri dalam kelas juga.
ada aku kisah!!!! Janji peminat akak a.k.a. kambing2 ternakan akak terhibur katanya.
Anyway, jom ikut akak jenjalan meh...
Kali ni kita melawat Pasar Ramadhan Seksyen 13 yang bersebelahan dengan Stadium Malawati Shah Alam.
Jom kita tengok apa yang ada tersedia di Pasar Ramadhan yang sebenarnya sebuah pasar malam yang overated, overpriced and over populated i.e. satu shah alam turun sano, walaupun sebenarnya pasar ramadhan dia nan ado.
Sebelum kita tengok gambar akak nak ceritakan dua cerita dulu boleh.
Kisah pertama pasal kawan akak Corinna Al Gazebo. Dia ni kacukan, ala-ala mix gitu. Adalah sekali dia pernah cerita kekecewaan dia bila gih Pasar Ramadhan kat KL ke mana, tapi taukeh tu kekwat tak mau jual kat dia dengan emak dia, sebab dorang ingat dia Cina. Knowing mulut tahap longkang yang boleh tahan Corrina harusle pakcik tu di ceramahkan. Tapi susah le dia nak ceramah dari satu gerai ke satu gerai kan. Tak pasal-pasal nak beli sebiji karipap, sampai abis lak waktu berbuka katanya. Jadi keesokan harinya, dia dan emaknya telah mendapat idea dan pergi pasar Ramadhan pakai tudung katanya. Masa tu tudung sekerat-sekerat macam tudung Datuk Siti Nurhaliza belum trend, terpaksa le bertudung labuh katanya.
Terus boleh beli tanpa sebarang syak wasangka.
Itu dia.... very der one Malaysia kan.
Kisah kedua pulak nanti akak cerita tengah-tengah gambar yang akak nak pose pose ni ek.
Kalau sapa yang tengok entri ni ketika Berpuasa, harap maafkan lah gangguan-gangguan seksual yang akan dialami.
Pasar Ramadhan di Stadium ni adalah dalam 4 lane gitu, so satu lane ada kedai kiri kanan, basically ada 8 lanes kedai sepanjang 150 meter setiap satu lane. Mrasa kalau ko tawaf 2 kali, dah jalan dekat 1.2 Kilometer katanya.
Dapatlah kurang dalam 300 kalori, pastu ko membadakkan diri membeli makanan untuk satu rumah anak yatim, walhal nak makan 3 orang, merasa lah menambahkan 10, 000 kalori dan duit pun tah kemana-mana, makanan pun tak habis.
Kalau gih pasar ramadhan ni kita tak leh tamak dan kena kukuhkan iman. Hanya beli apa yang nak je dan mata tu jangan nak meliar.
Jantan-jantan elok ni pun satu kurang ajar, time ni le dorang nak melaram pakai seluar pendek tak pakai underwear pakai baju ketat-ketat, tak pasal-pasal air liur akak pun sama-sama meleleh bukan sebab tengok ayam golek, tapi sebab tengok abang-abang kendo yang dok membeli belah kat situ. Akak je rasa macam nak mengolek-golekkan diri akak sebagai tanda protes dan kegirangan ketika itu.
Rugi je puasa aku sehari.
Cukup lah aku merepek ek, jom tengok gambar meh.
Parking2 je akak terus masuk lane ke tiga, nampak gerai ni jual pizza. Pizza dia nampak menarik dengan topping yang maha meletop ni kat display dia. Tapi bila akak dok snap-snap gambar, akak tengok akak ni order pizza dia topping Nan Ado, tapi tak le sedih. tapi very der sangat.
Nampak menarikkan pizza dia. Cam best je. Nanti akak nak cuba lah.
Pastu pakcik ni jual roti apa tah, roti burger tu dia isi daging dalam dia, pastu dia bungkus dengan kulit popiah pastu dia goreng. Harus lah pengeluaran minyak masak negara bertambah. Tapi nampak cam best jugak. tapi akak tak beli lah.
Ni akak beli. Ni kueh favorite akak ni. Samosa.
Samosa ni ada tiga jenis, ada pakai macam tepung karipap tu, kulit dia tebal dan ranggup, ada pakai kulit popiah, kulit dia nipis dan akak suka samosa jenis ni, yang kulit dia di tebar cam roti canai. Dia ala ala rangup liat rangup liat gitu.
Walaupun rupa dia tak semenggah dan sedikit buruk berbanding dengan samosa jenis lain, tapi tetap menjadi idaman akak.
Murtabak ni pun nampak menarik. Tapi paling menarik adalah marketing officer dia.
Sekali dia jerit murtabakkkkkkkkkk murtabakkkkkk, kalaulah Institut Jantung Negara tu berada bersebelahan stadium melawati, nescaya ramai lah doktor akan balik awal berbuka di rumah, sebab separuh dari pesakit jantung itu akan meninggal dunia.
Lontaran suara dia memang tahap yang dikehendaki oleh AF dan Malaysian Idol.
Kannnnnnn, gerai- gerai selingan camni tetap ada di mana-mana. Ni kalau le akak bawak anak buah akak, harus aku abis duit beli belon je. Actually akak suka spongebob tu, nak bubuh kat opis, tapi akak malu nak beli.
hik
Ni antara kueh favorite akak. Sebab kueh ni je mak akak tak reti dan tak pernah buat.
Kueh putu bambu.
Kueh-kueh seangkatan dengan nya macam putu piring, putu loceng, putu mayam, putu ku putu mu jua, putus harapan dan putus sudah kasih sayang.
akak beli RM 3 hengget, tapi sayangnya, sebab masa tu ramai sangat orang kot, yang akak beli tu tak berapa nak masak. Jadi boleh rasa beras tu masih bertih lagi. Tak smooth. Putu piring kat Jalan Raja Alang jugak best.
Ni air wajib ni, cendol.
Ada cendol, ada cendol dengan kacang, ada cendol dengan pulut, ada cendol dengan H1N1, maklumlah orang yang dok menjual dan membeli ramainya tak pakai mask masa tu. Kot lah ada yang bersin-bersin tu, mesti termasuk le sekor dua virus tu dalam air tu kot ya.
Oh ni akak nak cerita sikit pasal kedai kat atas ni. Dia tulis Percik Kelantan. Harus lah kalau ayam percik dan ikan percik ni tak leh lawan le dari Pantai Timur punya kan. Dorang memang kalau masak ayam percik memang best in the world, dan santan pun pekat.
So akak jalan-jalan le kat satu lane ni, ada le beberapa kedai jual ayam. Kedai pertama jual ayam golek, sebelah dia jual ayam percik kaler coklat tu. Akak tak le berminat sangat. Pastu akak nampak le kedai ni pulak. Dia jual ayam percik kelantan. Maklum lah, laki akak pun orang sana la ni, jadi akak pun feeling2 nak makan ayam percik versi kelantan katanya. Kekwat sangat kan.
Maka akak pun tertarik lah. Akak tengok gerai sebelah ayam dia besar lebih kurang, harga seketul dalam Rm2.50. So akak budget-budget harga dia pun dalam Rm3-4 le kot ya. Sebab kedai ni takde tanda harga.
Bila time bayar tu dia cakap harga untuk dua ketul ayam tu adalah RM13 hengget.
Hambikkkkkkkkk.. tu lah kekwat sangat tadi katanya. KFC pun boleh insaf, restoren insaf kat Jalan Tunku Abdul Rahman pun boleh jadi cemburu dengan harganya.
Tak le akak kisah pun nak membayarnya, sebab nasib baik le akak ada duit time tu. Buatnya akak ada RM10 je time tu, tak ke malu jadinya. Sebab saiznya tidak berbaloi dengan harganya.
Kalau boleh cikkak tu pun bubuh lah tanda harga kan. Kawasan tu banyak student, nanti dorang teringin terkejut lak dia nak bayar tak cukup duit katanya.
Jadi akak pun, secara tidak sengaja telah mengsound kakak dan memberi dia kuliah tentang perniagaan kejab. Akak dok bebel-bebel lah cakap kalau harga mahal takpe, tapi bubuh lah tanda harga supaya orang tak rasa tertipu. Pastu muka dorang berubah jadi selenga je, macam tak puas hati.
Nanti akak nak tengok selepas ni dorang bubuh tanda harga tak. Kalau sehari dua, boleh le orang tertipu gitu, tapi bila dah masuk seminggu, dua minggu, mesti start tak lakunya.
tak caya tengok lah.
Tapi nasib baik ayam percik dia sedap. Tak le sesedap ayam percik mak mertua lama akak masak, tapi kira tak terkilan le bayar Rm13 untuk dua ketul ayam tu.
Eh panjang lak aku membebel katanya...
Mari kita teruskan.
Yang ni akak suka. Ni sedikit pembahruan dari gerai-gerai makanan yang lain. Nampak menarik je, kebab daging ni dengan bawang, tomato, terung tu di bakar di atas kuali.
Macam bestkan. Harga pun boleh tahan, tapi sebab dia dah pampangkan harga siap-siap jadi orang tak kisah beratur dan beli daging bakar ni.
Rasa dia boleh tahan, tapi kena pastikan gigi kita sedikit kuat. Sebab selepas 2 jam, daging tu jadi keras gila, tapi masih sedap di makan gitu.
Ohhhhhhh ni akak paling suka. Sebab kueh pau dia gebuuuuuuu ya amatttttt. Besar gila. Sebesar tetek silikon pakai buang Ginger katanya.
Gabu kan, rasa pun sedap. Macam-macam pau dia ada, pau ayam, pau daging, pau kacang, kaya, dan pau sardin. Tapi pau ayam dia takde ayam, ada ubi kentang je. Kalau nak cuba lah pau sardin dia. Best...
Esok akak nak pergi Pasar Ramadhan kat Seksyen 7 Shah Alam pulak.
Orang kata kat sana pun best jugak.
So jangan lupa jalan-jalan carik Param dengan akak esok na.
chowwwwwwwwwww cinnnnnnn cauuuuuuuuuuuuuuuuu

5 comments:
mak aih....tergugat iman aku kak oi...nasib la masih lg di pg buta ini aku baca blog akak....kekekeke...
mahal sgguh ayam itu....kalo aku,mmg dah sound tahap gaban dah kak....tu blm mak aku kak oi...
huhuhu....sepanjang bulan pose ni aku tak pegi lagi bazaar ramadhan kat stadium tu walaupun aku duk seksyen 11 je...sengkek punya pasal la ni....
tapi kak,selepas review dari akak ni terus aku terasa harus pergi kak...huhuhu...abis la kopak duit aku nnt...
huwaaaa rindunya nak pegi param kat shah alam...
harus masa student dulu akak ada skandal dengan driver bas u kan...
pastu time driver bas tak bawa bas dia leh bawa keter wira kaler putih cam U tu keluarkan..merasalah feeling dijemput pakcik drebar kat kolej pegi param... harus angkut kengkawan sekali nak cover skandal..
student lagi dengki je nengok...
rasanya roti burger yg bungkus dgn kulit popiah tu org panggil roti kurasan.
Gilo mahal ayam percik tu!
Putu bambu dia sedap tak kak?
meriahnya pasar ramadan yg u pegi ni. macam macam makanan unik ada.
Post a Comment