Tuesday, August 18, 2009

Adoi mak sakitnya.

Orang cakap, ada satu sakit yang lebih sakit dari mati adalah sakit pompuan nak beranak. Lagi-lagi kalau beranak anak sulung. Ya lah kot, tiba-tiba selalu masuk kancil, tiba-tiba nak keluar bas sekolah, harus le terowang tu merana kan. Sebab tu kita kena sentiasa ingatkan jasa ibu kita melahir dan membesarkan kita dan tidak membuang kita di dalam tong sampah atau letak depan balai polis dan sebagainya.

Kata orang jugak, sakit yang kurang sikit dari sakit nak mengandung ni adalah sakit gigi. Merengsa dan berdenyut-denyut di buatnya. Serba tak kena jadi hidup. Mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena. Kalau macam akak yang bekerja sebagai pengembala kambing dok hari-hari mengadap kambing bernafsu serakah yang bukan sahaja pemalas, tapi pantang le aku tarik nafas kejab, selalu je buat bising dan memekak dalam kandang, bila time sakit gigi tu rasa macam tempeleng je kambing-kambing tu biar senget sikit muka masing-masing. Muka yang sedia ada senget tu, tempeleng biar jadi betul.

Jadi itu le akak dok alami sehari dua ni, dok termenung memikirkan apa le masalah kepala akak dok berdenyut-denyut semenjak dua menjak ni. Pastu kalau aku dok tengok muka kambing yang tak menerima arahan, dan suka lah tanya dua tiga kali menda yang sama, walaupun akak dah print, photostat dan email pada kambing-kambing ni kaedah-kaedah memakan rumput yang betul, tapi tetap suruh akak demo cara makan rumput dulu, secara automatiknya membuat akak menjadi begitu merengsa sekali.

Mula mula akak ingatkan pill kurus yang kawan akak kasi punya effect. Ntah apa punya pill dia bagi, bila makan je akak terus rasa happy dan gembira sepanjang hari. Tapi kurusnya tak jugak, makin sihat dan menjadi-jadi lagi ada. Makin imsomnia aku ada le. First day makan hari tu akak tak tido dua hari boleh?

Rupanya semalam denyut-denyut tu perlahan-lahan turun ke pipi dan turun ke rahang dan tiba-tiba masa akak dok sedap hirup teh o ais limau, melekat dia punya sakit sampai mengigil-gigil aku di buatnya. Masa tu lak dok lepak dengan Mama Raz dan si Kakak Mampan, terus akak terpaksa balik awal sebab tak sanggup dah. Walaupun masa tu masa kemuncak bila abang-abang futsal singgah minum, tapi semua tu dah jadi tak menarik.

Adoi tuhan je yang tahu sakitnya camana. Rasa nak ramas-ramas tetek dan cabut tetek dan tukar kan kedudukan tetek tu dari kiri ke kanan, dan kanan ke kiri. Sakit punya pasal akak makan panadol, sebiji tak berkesan, dua biji tak berkesan. Pastu akak ternampak ubat sengugut adik akak yang ada kat bilik dia. Akak selalu tengok kalau dia dok komplen sakit nonok, dia makan menda tu oke dah. Akak telah le sebiji feeling-feeling datang bulan. Tapi akak takde le pakai pad dia. Berkesan le sikit. Kuat jugak penangan pill tu.

Pagi esoknya, tadi le, sakit tu menyerang semula. Pastu akak pulak ada sessi bersenam bersama kambing-kambing ni dua jam, akak gagahkan jugak diri ni bersenam bersama-sama walaupun rasa diri ni dah lemau.

Habis je sessi bersenam akak terus ke pusat perubatan kambing-kambing dan kambing biri-biri untuk gih check gigi.

Sampai-sampai je, tiket dah tak keluar dah untuk sessi pagi. Terpaksa le aku menunggu sampai centre tu bukak balik kul dua. Masa tu akak dah rasa pepetz akak dah macam terkemut-kemut macam gadis kilang dok menunggu abang bangladesh abis shift. Tapi akak gagahi juga diri ini, menunggu dengan penuh pengharapan.

Masa kat pusat perubatan kambing-kambing dan kambing biri-biri tu akak agak scary sekali ya, melihat anak kambing dan bapak-bapak kambing semua berkonsepkan mask of zorro. Kalau zorro tutup mata, ni semua pakat totop molot. Dengan yang batuk, berkahak-kahak meletop-letop bunyi batoknya. Dengan yang muka pusat duduk terkangkang atas kerusi, yang baring pun ada, yang menonggeng pun ada. Tak cukup kat dalam, depa tambah khemah kenduri kahwin kat luar. Khemah triage katanya.

Akak cepat-cepat amik nombor, dan lari dok jauh-jauh.

Mintak di simpangkan le dari penyakit-penyakit yang berasaskan khinzir ni. Cukup-cukup le penyakit-penyakit ni di turunkan. Dari Smallpox, cowpox, taun, malaria, denggi, JE, SARS, selesema burung dan sekarang Selesema babi. Macam tak abis-abis penyakit di turunkan. kadang kala nature have a very effective ways of achieving balance.

ding.... tu diah

no 3038 berkelip-kelip kat pintu, akak pun pose-pose manja dan cakap kat Doktor tu akak sakit gigi dan nak tampal gigi. Rupanya doktor tu cakap tak leh tampal dan, sebab gigi tu dah rosak. Pastu dia cakap bukan satu, akak kena buang semua gigi geraham bongsu akak sebab dia tumbuh tak normal. So akak pun agree le.

Akak pulak paling takut dengan dentist ni. Memang cukup-cukup takut, tapi sakit punya hal, layan kan je. Masa dia keluarkan injektion besi tu, pastu suruh akak tahan sikit tu, akak kecut perut, abis semua masuk casing, pendek kata akak tak payah operation lah, terus jadi woman katanya. Sakitnya tuhan je yang tahu.

Pastu mula lah nurse tu mulakan aktiviti mencabut gigi geraham akak. MasyaAllah, ya tuhan dia punya sakit mengalahkan semua sakit akak pernah alami sebelum ni. Dan sebab gigi tu dah tumbuh tak betul, gigi yang nak di cabut tu dah di halang oleh gigi lain.

Korang nak tau berapa lama dia tarik gigi akak dengan playar tu?

Just imagine akak jumpa doktor tu kul 2.30, kul 3.45 baru aku keluar. Sejam lebih dia dok pusing-pusing gigi tu, siap berhenti 3-4 kali. Akak rasa nak tercabut dah kepala masa tu. Mula-mula oke, tapi tiba-tiba rasa sakit balik. Bayangkan gigi tu dah keluar separuh, tapi tak leh cabut keluar, sebab tersangkut dengan gigi lain. Dia boleh suruh rehat kejab, pastu dia tambah lagi ubat bius tu. Lepas tu dia cungkil cungkil pakai screwdriver, pastu tarik pakai playar, cungkil, tarik cungkil tarik, sampai lah akhirnya terkeluar gigi tu sebiji.

Taubat akak, cukup lah pengalaman ngeri ni. Tak nak dah aku cabut gigi geraham bongsu ni. Kalau le tau sakit dia sampai camtu sekali, akak sanggup makan ubat sengugut tu hari-hari.

Mana le tau, kalau makan hari-hari tiba-tiba magik, terkeluarlah ketumbuhan seakan-akan rahimah rahim dalam perut akak. Terus akak jadi woman katanya....

Akak jugak yang suka ( tepuk tangan)


moral of the story: Jumpa lah dentist 6 bulan sekali seperti yang disarankan. Dan kalau rasa badan sakit-sakit, cuba le makan ubat sengugut, berkesan you all.

6 comments:

captainlukman said...

makdatukkkkkkk yang tukang baca ni boleh rasa sakit dia...tobat...tobat..

p/s: teringat kat makhyam time dia sakit gigi arituh

Corey said...

ngilu baca.
anyway,
apa nama ubat kurus tu?? curious nih nak try :P
right now i telan lipo 6X tp dah immune..

Fiebie said...

adipax, otherwise known as pill goyang.

raden putra said...

2 down, 2 more to go...

miloaiskurangmanis said...

kesiannya...

iols penah kena camtu
lenguh mulut nganga berjam2 giteww
pastu dapat mc 3 hari...
sebulan rasa ngilu
duhhhhhhh!

Aan Andes said...

OMG scarynya. I think lagi sakit than beranak kut. Kalau beranak boleh bius and belah saja hahaha. Get well soon FB >:D<