Thursday, July 28, 2011

Kota Kinabalu Day 6 - Labuan

Most probably korang dah fed up dengan my KK trip yang tak habis-habis ni kan. Akak pun dah macam tak larat nak menulisnya dah pun. Panjang pulak trip aku kali ini.

Anyway, selepas berjalan-jalan di Hotel Empire (the expensive hotel di Brunei), our friend takes us to the Jetty station and we bid farewell. We then took the last ferry from brunei to Labuan around 2.30 PM, reaching Labuan around 3.30 p.m.

Pastu kita orang siap siap untuk pergi tengok wedding orang Labuan. Then i saw the other side of Labuan. Its not that boring after all.

Wedding di Labuan ada banyak acara, dalam 5-6 acara. Ada sanding, ada nikah, ada berinai kecil, berinai besar, malam 3 hari, malam 5 hari, malam 7 hari dan macam-macam malam lah. Lepas tu ada cabutan bertuah, dan hadiah utama dia 3 biji TV lcd 40 inci, pastu ada microwave memacam le.

Of course customer hazwani tu kaya raya macam mana tah, sampai sakit hati tengok. Tapi dorang pemurah dan sebab tu lah akak boleh jenjalan di Sabah, Labuan dan Brunei ni sampai berhari-hari sebab dok menumpang kasih di Labuan ni lah. Kalau nak di harapkan akak nak membayar penginapan dan perjalanan sepanjang 7 hari tu harus akak terpaksa jual tanah dek non. Lain le bapak aku orang kaya kan. Ini bapak pun takde.

Lepas wedding kita orang bersiap-siap untuk gih tengok night life di Brunei yang di katakan sangat happening tu, walaupun hakikatnya sedih.

Sedih untuk golongan macam akak lah. Tapi kalau untuk seorang Jantan kekar yang suka fookey dan minum di Labuan ini seakan syurga dunia gitu.

Masuk je mana-mana kelab yang akan menunggu depan adalah pelacur-pelacur filipina dari yang semuda-muda, cantik bergetah ke setua-tua kerepot bermuka waruk dan keji, tetek dah lanju sampai pusat, tapi ada hati nak pakai skirt dan nampak selulit sampai ke peha.

Satu pemandangan yang menakutkan sekali seperti menonton filem hantu malaysia yang suam suam kuku.

Dan sapa suka minum pulak, dia punya beer dia lagi murah dari coke gitu. Coke 6 hengget, beer 4 hengget je. Akak tak minum ya. Sila jangan speku.

Lepas habis melepak dari satu club ke satu club, pusing-pusing town labuan, pastu kita orang balik dan tido. Sebab esoknya akak kena balik ke Kota Kinabalu semula. Sebab akak terpaksa amik tiket flight dari KK, kalau tak tak boleh claim balik gitu. Kalau aku tau dari KK nak ke Labuan ni sikit punya memenatkan, tak kisah leh burn pun tiket balik tu.

Anyway, hari ni takde cerita apa apa. Just nak tunjuk gambar makanan je.

Akak makan ni kat Restoren apa ntah namanya. Orang Labuan cakap nak makan seafood sedap dan harga berpatutan makan kat restoren ini. Dorang duduk situ, mesti lah dorang tau kan. Nama restoren ni Mewah ke Meliwa ke Melinium ke, Meliwawa ke Meliwat ke, akak pun tak ingat.

Tapi nama dia lebih kurang gitu.






Ini adalah the first time in my life i actually eat a lobster. Sedihkan.

Walaupun umur dah nak sampai ke rahmatullah tak lama lagi, baru nak merasa. Nasib baik lah sempat rasa kalau tak terpaksa le tunggu makan kat Jannah. Ntah bila masuknya tak tahu.

*duduk antara dua sujud sambil pegang tasbih curi dan bertudung Wardina.


Memain ko kan. Tak pasal pasal kena panah petir sat lagi.


Anyway, rasa lobster ni macam udang biasa je, tapi dia kenyal itu je. Takde le special mana sangat pun. Tapi sebab isi dia tebal kepuasan dia tu rasa lain sikit. Macam seks lah, lagi tebal lagi puas.

Mati lah ko.





Tomyam dia pun sedap




Ni sotong goreng in salted egg. Yang ni memang sedap. Tapi apa apa goreng dengan salted egg dan berkolesterol tinggi memang sedap lah.

macam sex, lagi masin masin lagi sedap.


pthuiiikkkkkkkkkkkk



Yang ini, baby kailan dengan garlic. Yang ni pun sedap gak.


Pendek kata, semua sedap lah.


Harga pun sodapppppp! Tapi tak lah mahal mana, dapat makan lobster, dalam Rm120 lebih kurang makan 4 orang.


Habis lunch, my friends terus hantar kita orang ke Jetty, untuk pulak ke Kota Kinabalu. Ingat nak shopping2 kat Labuan, tapi tak sempat. Sempat masuk kedai coklat kat Jeti dan beli rokok dan coklat je. Rokok dia sekotak Rm6.40. Kalau dengan duty, RM10.00. Beli sekatun untuk 30 hengget lebih.

*amaran oleh kerajaan Malaysia. Merokok membahayakan kesihatan.


Sebab hari tu akak dah bosan naik ferry yang memenatkan tu, sampai 4 jam nak ke labuan dari KK tu. kali ini kita orang decide nak ikut jalan darat. At least boleh tengok pemandangan dari duduk dalam Feri yang membosankan tu.

Selain dari naik feri terus dari KK ke Labuan, kita boleh jugak naik feri dari Menumbuk.

Perjalanan dari Labuan ke Menumbuk tu kena lah jugak naik feri, atau bot laju. Tapi tak lama dalam 40 minit sampai dah. Tiket pun murah je, dalam RM12.00. Dan dari menumbuk akan disediakan Bas ekspress terus ke Kota Kinabalu. Jadi kalau kita amik tiket feri dan bas sekaligus dalam RM25 termasuk cukai.

Dari menumbuk kita akan naik bas lalu Beaufort, Papar, Penampang, Kinarut, dan sebagainya.

Perjalanan dengan bas express dalam 3 jam.

Sama je masa perjalanan naik feri, tapi takde le rasa lemas dalam feri tu, dan tak le rasa takut sangat.

Sampai KK kita orang check in kat Cititel Hotel, Kota Kinabalu. Dan akak tak galakkan sesiapa pun duduk kat sini. Macam haram je hotel ni, kecik nak mampus dan tak le murah mana pun.

Banyak hotel lain korang boleh duduk kat KK ini.





Kalau sapa-sapa yang ada kereta, boleh ke Labuan atau ke Brunei dari menumbuk ni naik kereta. Ada feri besar yang buat perkhidmatan ini.




Itu dia, geygeh tak gigih aku ni berjalan macam nak rak menarik beg dari satu kawasan ke satu kawasan sampai berlengas celah kangkang dek non. Dari KK ke Kundasang, ke KK, ke Labuan, ke Brunei, ke Labuan, Ke Menumbuk Ke KK.

Tenaga tu dah kena perah macamana tah. Kalau hari hari macam ni, cukup 5 bulan badan akak dah jadi macam Erra Fazira gitu.

Penat tapi seronok.


Oke itu je untuk hari ini. Nantikan episod terakhir akak di Kota Kinabalu, sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur.



chowwwwwwww cinnnn cauuuuuuuuuuu....

1 comment:

cik salmah said...

ha..hahahahah.. gelak guling2.. sy suke baca cerita hakak.. terhibur :)