Monday, July 11, 2011

Kota Kinabalu Day 2





Hari kedua di Kota Kinabalu bermula dengan satu perasaan yang amat lain sekali. Akibat terlalu penat semalam akak tertido boleh tahan lah awalnya. Selalu jam 12 tu mata ni tahan lagi, tapi ntah mengapa rasa macam malam terlalu panjang. Memandangkan esok paginya akak terpaksa membuat lawatan sosial pada penoreh-penoreh getah yang sedang membuat latihan industri, akak pun tido lah awal. Sengaja tak tutup langsir hotel supaya matahari pagi masuk esok dan tidak terlajak tidor.


Keesokan harinya, akak terkejut orang utan (kat sabah tak leh terkejut beruk, tak kelas) sebab hari dah kesiangan. Akak panik sebab ada appointment dengan student jam 9 pagi. Nasib baik lah hotel tu dengan tempat appointment tu tidak lah jauh sangat. In fact sebelah hotel je. Kelam kabut akak bangun gosok baju dan mandi manda semua. Harus lah ini menunjukkan satu perbuatan yang tidak baik dan tidak professional pada student yang menunggu. Punya lah cepat akak bersiap tak sampai 45 minit dah settle. Masa nak keluar tu akak tengok waktu di telefon dan punya lah sakit jiwa sebab sebenarnya baru pukul 7 pagi.

Boleh??

Rupanya, kat KK tu jam 6 matahari dah naik. Kalau di semenanjung tu keadaan dia macam dah nak masuk kul 8 lebih dah.

Seronok jugak kiranya, i have more time to spend gitu. So akak turun lah hotel breakfast dulu. Kalau dah hotel biasa-biasa, breakfast dia pun biasa-biasa lah. Nothing to shout about.

So seharian tu akak pusing-pusing Kota Kinabalu dan mengenali jalan-jalan di Kota Kinabalu melawat sorang-sorang pelatih.

Kat KK ni teksi dia sangat mahal. Kalau kita dok komplen teksi kat KL ni mahal cekik darah, hang cuba lah naik teksi kat KK tu. Teksi dia sekali naik dia terus charge RM10. Masuk satu simpang naik lagi 10 hengget. Akak pergi kat satu tempat yang jauhnya lebih kurang 5 kilometer dari hotel pun dia dah charge RM20 hengget.

Memang duit habis bayar teksi je lah.

Cadangan akak, kalau kerajaan kita nak dapat sambutan dan sokongan padu dari orang-orang Sabah ni, dorang betulkan lah sistem pengangkutan dan sistem jalan raya di Sabah. Ini bukan win-win situation lagi, ini bakal memberi benefit yang banyak pada ramai orang.



tak sedih ko tengok bus nya??? Kat Indon ke apa ni?


Contohnya perkara yang boleh dilakukan

1. Sediakan sistem Bus dan pusat menunggu Bus yang lebih selesa.
2. Buat konsesi teksi yang lebih systematik dan terurus.
3. System monorail yang mudah untuk menghubungi kawasan-kawasan di KK.
4. Jalan raya yang lebih baik untuk menghubungi kawasan-kawasan yang lain di Sabah.

Projek ini sahaja boleh mendatangkan keuntungan berbilion-bilion ringgit dan menyebabkan hati penduduk sana happy so dorang tidak lah akan buat kempen Bersih 3.0 versi Boleh Bah Kalau Kau.

Sila pastikan tiada corruption na.

Bila dah habis melawat student hari tu, akak pun balik lah kat hotel. Dan dalam perjalanan balik tu Abang Beruang Madu call ajak jenjalan. Dia nak bawak pergi tengok sunset di Tanjung Aru.

Yeahh...


SUNSET DI TANJUNG ARU.

Tanjung Aru datang dari nama pokok Aru lah, atau casuarina gitu. Ntah betul ntah tidak fakta aku ni. Adalah dikatakan tempat ini adalah satu post paling cantik sekali untuk melihat matahari terbenam di dunia.


Sebelum kita tengok sunset, kita beli lah makanan dan minuman dulu untuk mengalas perut sambil tengok matahari terbenam.







Antara makanan paling popular di sabah adalah Kepak dan Tongkeng Ayam bakar. Kat mana-mana sahaja di pelusuk alam, dari Kota Kinabalu Ke Kundasang, Dari Brunei ke Labuan. Semua ada tongkeng ayam.

Seriously, tongkeng ayam dia tak sedap langsung.

Sorry na.







Mengikut kata Abang Beruang madu, selepas ini akan dipanggil abang bear sajork, Tanjung Aru ini di katakan sebagai salah satu dari 10 tempat tercantik untuk melihat Sunset. Ntah betul ntah tidak fakta dia. Kalau dia propah, maka akak pun propah lah jugak.

Anyway, one word to describe the feeling...

Magnificent!!!!



Kul 5.30 Petang


Kenal tak??













Ah masuk dah waktu Maghrib kul 6 lebih gitu. Kelas kan.







Abang Bear sedang mengenangkan nasib berada di perantauan untuk berkhidmat demi negara yang tercinta. Romantik macamana ntah.


Permandangan di waktu malam gitu.


Lepas habis melihat Sunset dan manusia-manusia yang berbadan kekar jogging di Tanjung Aru, kita orang gih pulak dinner. Kali ini kita orang dinner di Pasar Philippines. Tapi sebelum tu kita orang gi lepak kejab tengok pertunjukkan Air Pancut Berirama di Perdana Park, sebelum kita orang gi lepak amik gambar di Sutera Harbour yang meletop sekali.




Best. Ada video satu tapi aku tak reti lah nak edit. Camana ntah, tengok gambar sudah ya.







Perdana Park

Megalan Sutra Harbour


Di Pasar Filipin akak telah melakukan kesalahan yang tidak masuk akal. Akak dengan tidak sengaja telah merompak sebuah kedai.

Apa akak rompak. Nantikan dalam episod khas Pasar Filipin berikutnya.


p/s: ada banyak gambar lain yang cantik-cantik. Terutama yang ada gambar akak yang cantik ni menyebabkan gambar tu nampak lebih cantik, tapi tak leh nak update sini. Bahaya. Hik

3 comments:

hOtMaMa said...

kak, rajin2 la hapdet.. benci taw 18 tahun sekali br nak update blog..*matilaaaaaa..kikiki

Pnut said...

setuju dengan ko pasai kerajaan kena buat sesuatu kat sabah ni.. tempat best, tapi tidak teratur, kat kundasang tu temapt daif semacam je, kundasang memorial park tu macam tah hapa-hapa je...

kat poring hot spring tu, sepanjang gerai-gerai tu, anjing berkeliaran merata-rata.. tmpt makan pun byk kotor2 aduhaiiii...

tp masalah utama kata kawan akak, dia keja tourism, ialah kat sana byk tanah-tanah persendirian... susah kerajaan nak develop.

wahdi said...

cantik pulak susunan jambu dan jeruk mangga tu, bagaikan karya seni yg hebat! lol