Dalam episod kali ini, akak akan bawak you all pergi jalan-jalan ke Pasar Filipina.
Pasar Filipina atau orang sana panggil Pasar Filipin ini terletak di tepi laut di Bandar KK dan berhadapan betul-betul dengan hotel Le Meridien dan berdekatan dengan Hotel Promenade KK. Di sebelah Pasar Filipina ini adalah Pasar Ikan Masin, Pasar Kraftangan dan juga Pasar Besar KK.
Pasar Filipina ini kira sebahagian dari KK Waterfront kerana terletak sepanjang jalan menuju ke Jeti Jesselton, Kota Kinabalu.
Dipanggil pasar Filipina kerana semua peniaga atau kebanyakkan peniaga mereka adalah orang Filipina. Bila di pasar ini, semua akan bercakap bahasa Tagalog. Jadi memang kita tak faham lah apa dorang cakap. Masa akak gih sana, akak nampak dorang bisik-bisik masa tengok akak. Akak sure mesti dorang puji cakap "cantiknya budak ini macam setti nurhalija" gitu. Akak pasti lah. Maklumlah akak kan gadis genit yang comel dan manja. Mesti semua orang suka punya.
Anyway, nak dapat parking sini memang susah. Kena nasib baik baru lah dapat parking yang dekat. Nak jadi cerita, nasib kita memang baik dan dapat parking yang betul-betul depan pasar Ikan Masin. Sebelah pasar Ikan masin tu ada pasar kraftangan. Kita orang singgah lah kat pasar kraftangan tu dulu melihat kraftangan produk paling popular Sabah iaitu Mutiara.
Mutiara ini ada dua jenis satu jenis air tawar dan satu lagi mutiara air masin. Mutiara ikan air tawar ini murah je. Yang mahal sampai beratus-ratus beribu sebiji tu jenis Mutiara air masin. Dan kedua-dua jenis ini ada pulak grade-grade dia mengikut saiz, bentuk, warna dan juga kilauan mutiara tersebut.
Memang cantik sekali.
Gambar kat atas ini adalah mutiara air tawar. Orang yang tidak pandai bezakan takkan tau mana satu air masin dan air tawar. Jangan percaya bila ada orang cakap mutiara air masin berbentuk bulat, dan air tawar tak bentuk bulat atau mutiara air masin lebih berkilat. Sebab ada mutiara air air tawar yang berbentuk bulat dan berkilat jugak.
Kalau nak beli mutiara tu pastikan kita pergi dengan orang yang betul-betul pakar supaya tidak tertipu. Harga mutiara air tawar dalam satu strand lebih kurang RM30 untuk 100 biji, kalau air masin boleh mencapai sampai beribu ringgit. Kadang kala sebiji pun boleh capai ribuan ringgit.
Jadi imagine kalau kita beli rantai Mutiara yang mahal tapi dia kali kita mutiara air tawar. Tapi samada air masin ke air tawar ke, kedua-duanya memang cantik sekali.
Kalau nak tau lebih lanjut lagi kita tanya kakak kat bawah ni, sebab dia memang banyak collection mutiara. Mesti dia pakar.
Hambik kau, besar mana lah oyster tu ek??? Harus makan sebiji kenyang terus.
Akak ada mutiara. Kau hado?? Nan ado
Mati lah akak derhaka.
Dont get me wrong. I think she has class, and she is my favorite Minister of all time. Satu ketika dulu, i was hoping dia jadi Perdana Menteri wanita Malaysia pertama tau.
She is my idol, and we come from the same school.
So akak pun kelas gitu.
Anyway, berbalik pada cerita kita.
Akak pun tak nak lah lepas peluang melihat mutiara ini. Hajat di hati memang nak beli mutiara nak bawak balik. Tapi budget takde sangat, jadi kita tengok je lah. Kalau ada lebih nanti bila nak balik semenanjung baru lah beli sebarang satu dua gitu. Lagipun family akak pun tak berminat sangat mutiara. Akak ada kasi emak akak rantai mutiara tapi dia tak pakai pun. Simpan je dalam almari.
Nak dijadikan cerita, lepas tengok mutiara kita pun decide nak pergi makan. Masa berjalan ke tempat makan tu akak tengok ada benda-benda berkilau kat tangan akak. Sudah apa ni???
Mampus, rupanya masa kita orang dok tengok-tengok mutiara tu akak terpegang satu rantai dan tanpa disedari akak dah merompak kedai tu. Serious akak tak perasan sebab tangan yang sama akak dok pegang wallet lah telefon lah macam-macam.
Nak pulang kan balik akak takut. Akak takut kena maki hamun dengan orang Filipina tu. Dah lah tak beli merompak pulak kedai dia gitu. Akak takut nanti akak akan dicolek dan dihantar ke Zambuanga dan menjadi mangsa pemuas nafsu askar-askar Moro di Filipin. Akak tak rela, so akak belah je terus dengan rantai mutiara tu. Unless dia macam Jericho Rosales.
Masalahnya, korang nak tau apa rantai tu?
Mati lah akak telah terkebas Tasbih.
Mati lah masuk neraka.
Anyway, mungkin ini kira zakat lah untuk dia. Lagi pun dorang dah hari-hari tengok Mutiara pun tak heran kalau kena kebas satu dua kot ya.
*Mati lah berdosa besar.
Untuk Dinner hari kedua ni, abang Bear cadangkan kita makan di Pasar Filipina sebab dia pun tidak pernah cuba. Dan ia akan menjadi pengalaman pertama dan terakhir kita makan kat pasar Filipina tu.
Tak payah risau orang cakap orang filipina ini ganas-ganas belaka. Tak yah takut di penggal kepala oleh pejuang Moro ke apa ke. Di pasar Filipina ini sendiri kita akan dipenggal kepala dengan harganya yang tidak masuk akal. Dan to add insult to injury, makanan dia langsung tak sedap.
Hampir semua kedai di sini menjual makanan yang terdedah. Ikan, Udang dan ketam dan semua makanan yang telah di masak semua terdedah sahaja tepi kedai. Kita akan order apa kita nak, dan dia hanya panaskan sahaja makanan tersebut.
Tapi walaupun terdedah, tidak ada lalat yang singgah kat makanan tu. Bila dah makan baru lah tahu kenapa takde lalat hinggap.
Gambar kat atas tu adalah makanan yang kita order. Ada Hinava atau lebih kurang macam umai lah kat Sarawak. Bezanya kat sana dia pakai obor-obor sini dia pakai ikan mentah dan jugak rumpai air. Sedap jugak rumpai air tu.
Pastu kita orang order ikan dan sotong.
Ikan dia takde rasa langsung. Macam makan apa ntah. Makin dalam flesh ikan tu kita makan, kita mula start rasa pelik. Sampai satu part kita terus berhenti makan. Walaupun ikan itu nampak cam menarik, tapi sebenarnya ikan dia dah lama. Akak tak tau lah berapa lama punya ikan dia buat display tu.
Akak rasa dorang bubuh bahan pengawet sebab itu tidak ada lalat hinggap langsung. Dan semakin dalam kita makan ikan tu, dia dah start membusuk mungkin sebab pengawet tu tak sampai. Seriously menyesal sungguh makan sebab ada satu part tu akak geget rasa macam makan spender tak basuh 15 hari. Tak lah akak pernah makan spender, tapi perumpamaan dia lebih kurang gitu lah.
Jadi nasihat akak sapa-sapa nak makan ikan bakar tu. Jangan makan yang dah precooked macam ini. Kita pilih ikan yang segar yang isi dan mata dia masih elok, dan suruh bakar. Kita pun puas hati.
Satu lagi tips berguna di Pasar Filipina ini, bila kita nak makan ikan-ikan atau nak beli apa pun tu kita tanya harga dia dulu. Bila dah oke baru amik. Sebab di meja sebelah kita orang ada abang ni makan 3 orang, kena charge RM390 hengget. Sampai nak terbeliak biji mata dorang. Memang tak masuk akal.
Nasib baik abang bear dia jenis tanya dulu. Kalau akak dah tentu jenis main amik je.
Anyway, barang-barang di Pasar Filipina kalau kita suka jangan main amik je. Kita kena tawar menawar dulu. Contoh macam satu strand mutiara air tawar yang di cultured dia jual dalam RM40-RM50 seikat lebih kurang 60-70 biji. Kita yang tak tau rasa macam murah. Ya lah mutiara kan, mestilah mahal.
Tapi sebenarnya RM40 tu sangat mahal. Sebab akak pernah tengok KL harga satu strand Mutiara air tawar adalah lebih kurang 15-16 ringgit sahaja. Sebab kawan-kawan akak banyak designer buat baju akak tau lah. Tapi akak tak boleh bagitau kat mana nak beli je. Sorry ya. Sila cari sendiri.
Anyway, jom kita tengok gambar sajork. Malas nak menulis dah.
Ini pasar ikan masin. Macam macam ikan masin dia jual. Ikan paling popular tentu lah terubuk masin. Versi di sabah adalah versi yang dah kering. Tak macam di Sarawak jenis basah. Orang cakap yang kat Sarawak punya lebih baik.
Udang kering kat sini dia jual RM35 sekilo. Kat semenanjung dalam RM35-40 jugak. Tapi kalau beli kat pasar borong di sebelah pasar Filipina tu, sekilo hanya RM25 je.
Kesimpulannya kat pasar filipina ni kalau kita tak tau apa-apa, memang kita akan disembelih.
Tapi kan akak tak berapa gemas lah konsep pasar Filipina ini. Unless memang peniaga sana orang Malaysia. Sebab akak tengok cara dorang meniaga ni nak membunuh orang tempatan yang ada kat sana. Sepatutnya kerajaan kita lebihkan lagi orang kita dari orang-orang asing ini dan sediakan food court yang lebih sempurna, dan terjaga dari segi kebersihan dan kesihatan.
Nasib baik akak tak sakit perut makan kat sini tau. Kalau tak akak akan saman Emelda Marcos dan Gloria Aroyo Macapagal gitu.
Gituhhh, dalam tak mau menulis lagi tu, tetap tertulis. Tetap nak membebelkan.
Kepak ayam merata-rata ya di Sini. Di pasar Filipina, kedai indon, kedai cina, kedai melayu semua ada kepak indon. Very der makanan 1Borneo gitu.
Nampak? sekor lalat pun takde. Ini bukan keajaiban di Sabah ya, atau di Sabah takde lalat sebab semua telah di makan oleh bunga Reflesia ke apa ke.
Cantikkan pasar tepi laut gitu. Sampah-sampah sarap semua baling tepi laut je.
Kakak ni malu-malu masa amik gambar. Kalau perhati betul-betul muka kakak ini macam bapok kan.
Mati lah, kuang ajar.
Ampun.
Itu je lah episod Pasar Filipina kali ini.
Sampai jumpa lagi di lain masa, dalam rancangan Jalan-jalan cari Masalah dengan episod lebih menarik ke Kaki gunung Kinabalu, Kundasang.
Chowwwwwwwww chinnnnnn cauuuuuuuu....
6 comments:
memang pun tak sedap makan kat pasar pilipina tu..aritu aku makan ketam siap diorang bakar ngan getah ..ntah apa apa.huhu
Bakar dengan getah? Macamana tu?
mkn d ctu kena pandai pilih ikan..n mmg amat2 lah d larang memilih ikan2 yg telah d display..mmg ikan2 tu yg smlm pnya..kecuali anda mmg bernasib baik..sy org cni..klu nak mkn ctu..mmg sndiri pilih ikan2 yg masih mentah d dkt dgn tmpt dia memanggang tu..n mintak dia bakar n sambil tnggu dkt meja..mmg sedap n fresh..sy suka mkn gerai ke-2 slps surau tu..owner yg pompuan tu jujur..dia akn bg tau mana2 ikan yg smlm..n klu udg or sotong better pilih yg masi mentah n mintak dia org bakar..n klu nak makan jgn dtg mlm..dtg dalam jam 4-5 ptg..tym tu ikan2 blm d bakar masi byk..klu dtg mlm komfem kta x ble nmpk ikan2 yg baru d bakar n yg recycle pnya..pasal harga pn lagi murah pilih yg mentah2 n mintakd bakar..n bole deal harga..deal harga dulu baru mintak bakar..
kami kat melaka medan ikan bakar bersepah2 semua ikan fresh dan harga sgt berpatutan.... sy penah pi pasar filipina, tgk ikan n sea food semua dah jd 'display' n kaku mcm kaku, terus cancel....lain2 saya rase org2 sabah baik2 n peramah, pemandu2 di bandar kk juga berhemah pada pelancong....
okey ape makanan kat pasar filipina tu,terpegang konon..ntahh ntah mmg niat nak curi?kekadang org semenanjung ni kerumun ramai2 sambil tgk brg2 amik kesempatan mencuri..byk
wat berlaku camni..poyo..
Kdg dorg ambik kesempatan tuu yelaa pelancong org dr semenanjung sng nk tipu,mgkn la mcmtu..jgn beli yg dh di-display kdg separuh tu dah xfresh..org2 sabah tau ler tu,dorg klu nk mkn beli yg masih fresh(yg mentah msk sendiri) bergantung tmpt jg ada yg msakan dia sedap,depends on indvidual pny penilaian dan lagi satu all of 'em are not speaking in Tagalog but in their own mother tongue :'D Sabahan consisting some etnic group yg under rumpun filipino(suluk/tausug&bajau-2nd largest entnicity in Sabah,etc) jd bahasa ibunda dorg tu mstilah mirip2 tagalog,dah etnik pn serumpun kan.Klu korg ada member2 lokal mgkn lbh sng..
Post a Comment