business ni kalau buat betul betul memang sangat menguntungkan. Sembilan dari sepulu kekayaan dalam dunia ni ddatang dari peniagaan. Orang kaya-kaya yang kita tengok dan ada kat sekeliling kita semuanya disebabkan business.
Belum lagi lah kita dengar orang kerja kat pejabat ke kat seven eleven tu jadi kaya. Kalau ada pun orang yang kerja bahagian management dan operational kat syarikat-syarikat multi nasional jadi CEO ke CFO ke CKO ke atau jadi VP syarikat.
Anyway tahniah kat kawan akak yang telah di pilih untuk interview bagi jawatan VP bagi sebuah syarikat oil and gas yang agak besar gak. Alhamdullilah rezeki Allah kalau nak bagi, Dia akan bagi. Bangga akak dengar walau masih muda dan ciklempuk tidak menjadi masalah utk dibagi jawatan yang tinggi ni.
anyway memang kalau nak kaya tu memang kena buat business lah. Kalau nak senang dan mewah lite-lite kita boleh lah kerja keras dengan orang, tapi still berada.di bawah telunjuk orang.
Kalau kerja gomen macam akak ni jangan haraplah nak kaya. Dah lah gaji kecik, increment pun sedih. Bonus pun bagi macam tak nak bagi je. Orang lain dapat bonus tujuh lapan bulan, pekerja kerajaan dapat limaratus je. Kalau kat kl ni lima ratus ni kalau pergi beli kain kan jakel tu, setengah jam dah habis.
Lain lah kita kerja kat badan-badan berkanun yang ada financial freedom dia sendiri dan tidak mengharapkan duit cukai macam socso ke EPF yang bonus sampai 5-6 bulan. Tak makan hati semua.
Kalau gaji pulak unless kita ni dah tahap JUSA, marasalah gaji besar sikit.
Kalau kita tengok ada.kakitangan gomen.yang kaya banyak duit tu dia ada 4 sebab je.
1. Sebab dia memang dah sedia ada kaya. contoh macam anak tony fernendes atau ananda krishnan atau syed bukhari yang kerja gomen semata-mata sebab dia memang suka kerja kerajaan sebab pergi kursus boleh makan 6 kali sehari.
2. Sebab laki atau bini dia kaya raya dan dia kerja semata-mata sebab dia suka borak-borak dan gossip gossip yang tidak boleh buat di syarikat swasta.
3. Sebab dia sendiri secara part time buat business samada dengan izin atau diam-diam. Masuk MLM ke atau business avon ke jual zhullian ke atau one drop perfume katanya. Macam kawan akak ni kerja cikgu tapi dia part time kerja make up buat pelamin dan kerja-kerja kahwin ni nak jadi jutawan dah. Pendapatan dari business yang dia buat hari minggu tu kadang-kadang lagi banyak dari gaji dia setahun.
Atau
4. Dia amik rasuah.
Cara-cara lain memang tak lah.
Nak dijadikan cerita, masa akak dengan kawan-kawan akak dok lepak minum borak-borak pasal business dan dok cerita pasal business kawan-kawan dan business anak ayam akak yang semakin berkembang kita pun masing-masing berangan lah jugak nak business.
Sorang kawan akak ni nak jadi wedding planner yang berjaya, especially lepas dia dapat banyak job wedding lepas dia handle job wedding elyana dan siti sarah. Sorang lagi kawan akak yang pernah kerja drngan dato mahathir lokman nak meneruskan part time buat compare atau jadi emcee.
Sorang lagi kawan akak ni tak mau kalah dia pun nak buat business gak ni. Masa orang dok bincang dia tiba-tiba nyampuk. . .
Katanya
"nok, mak ingat mak pun nak buat business lah"
bila kita tanya nak buat business apa, dia jawab. . . Selepas berfikir kejab dan dengan muka serius. . . Pastu dia jawab,
"mak nak buat business cleaning service. Mak suruh lah emak mak jadi cleaner"
*pengsan.
Kurang asam punya budak memang cadangan nak masuk neraka sangat kan?
Bila kita orang cakap. . . Ko gila kan nyah nak suruh mak kau jadi cleaner.
Pastu dia jawab dengan muka confident
MAK LANTIK LAH DIA JADI SUPERVISOR!!!
akak terus pengsan mulut berbuih tak bangun bangun.
No comments:
Post a Comment